You are on page 1of 4

NOTA BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1. Pengertian Ekonomi

Ekonomi - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber


ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
Sumber -sumber terhad : Buruh, Usahawan, Tanah, Modal, (SE = BUTM)
I. Buruh:
- Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia.
- Boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
- Terdiri daripada tiga kumpulan iaitu, buruh mahir, buruh separuh mahir dan
buruh tidak mahir
- Ganjarannya ialah upah
- Contohnya, doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain.
II. Usahawan :
- Individu yang menggabungkan buruh,tanah dan modal untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan
- Orang yang menanggung risiko yang tidak boleh diinsurankan.
- Ganjarannya adalah untung.
- Contohnya, pengusaha, peniaga, peruncit dan pemborong.
III. Tanah :
- Alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan.
- Penawarannya adalah terhad.
- Merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
- Ganjarannya adalah sewa
- Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan.
IV. Modal :
- Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan
- Dapat mempercepatkan proses pengeluaran.
- Terbahagi kepada dua kumpulan modal iaitu:

a) modal fizikal yang terdiri daripada loji, jentera dan peralatan


b) modal kerja yang terdiri daripada wang tunai, stok dan bahan mentah.
- Ganjarannya adalah faedah.
- Contohnya, Mesin, kilang dan jentera

2. Unit Ekonomi (UE = FIK)


I. Firma
- Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input
pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
II. Isi Rumah
- Unit penggunaan dalam ekonomi yang terdiri daripada seorang individu,
sekumpulan individu, atau sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah.
III. Kerajaan
- Unit pentadbiran negara yang merancang projek-projek infrastruktur dengan
menggunakan sumber-sumber yang terhad untuk memaksimumkan kebajikan
rakyat.

3. Masalah Ekonomi (ME = KPKL)

Unit-Unit Ekonomi

Kekurangan

Pilihan

Kos Lepas
Isi Rumah

Pendapatan atau wang yang terhad(kehendak tidak terhad)


Contoh : wang yang ada hanya cukup untk membeli kasut sukan atau buku
rujukan

Memilih barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan


Samada membeli buku rujukan atau membeli kasut sukan

Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang


yang terbaik
Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku rujukan

Firma

Faktor pengeluaran yang terhad (Buruh,Tanah ,Modal)

Memilih Keluaran yang memaksimumkan keuntungan


Samada memilih mengeluarkan tv atau radio

Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan


Kos lepas bagi tv adalah radio

Kerajaan

Sumber hasil kerajaan terhad

Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan


Samada memilih membina hospital atau sekolah

Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan


Kos lepas bagi hospital ialah sekolah

4. Jenis-Jenis Barang (JB = PAE)

You might also like