You are on page 1of 2

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenalpasti beberapa kaedah kajian yang akan digunakan untuk memudahkan saya

mencatat beberapa maklumat secara terperinci dan sistematik . Oleh itu , saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk memudahkan kerja kursus ini . Berikut adalah beberapa kaedah kajian yang telah digunakan : -

Pemerhatian - Saya membuat beberapa pemerhatian untuk mengenalpasti masalah pencemaran udara dan bunyi yang berlaku di Kampung Masjid Segambut Dalam .

Temu bual

- Seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk Kampung Masjid Segambut Dalam untuk mengetahui dan mendengar pendapat serta pandangan mereka tentang beberapa masalah yang telah saya kemukakan tentang pencemaran udara dan bunyi di Kampung Masjid Segambut Dalam. Tujuan saya menemubual penduduk Kampung Masjid Segambut Dalam

kerana mereka telah lama menetap di sini dan amat berpengalaman tentang selok-belok dan sejarah tentang kawasan kajian saya pada kali ini .

Soal Selidik -

Saya juga telah mengisi beberapa borang selidik yang perlu diisi oleh penduduk Kampung Masjid Segambut Dalam yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan saya jalankan .

Rujukan

- Selain itu , saya juga telah membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet bagi mendapatkan maklumat terutamanya tentang penerangan pencemaran yang berlaku di Malaysia .

You might also like