You are on page 1of 3

960715-14-5528

ABSTRAK
ADAT DAN PANTANG LARANG PERKAHWINAN MASYARAKAT
MELAYU DI KAMPUNG MASJID SEGAMBUT DALAM, SEGAMBUT
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

Tujuan kajian ini diadakan untuk mengkaji tentang adat perkahwinan


dan pantang larang dalam kalangan masyarakat Melayu yang tinggal di Kampung
Segambut Dalam. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian. Objektif utama
ialah Mengkaji adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di
Kampung Segambut Dalam. Objektif kajian kedua ialah, Mengenal pasti pantang
larang yang diamalkan sepanjang proses perkahwinan oleh masyarakat Melayu di
Kampung Segambut Dalam. Kajian ini telah dijalankan di Kampung Segambut
Dalam. Kaedah kajian yang telah digunakan ialah kaedah temu bual, kaedah soal
selidik, dan kaedah rujukan. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk
dari Kampung Masjid Segambut Dalam. Penduduk terdiri daripada, 40% daripada
penduduk wanita dan 60% daripada penduduk lelaki. Bagi kualitatif pula, 3 orang
penduduk telah dipilih untuk ditemu bual.. Hasil daripada kajian mendapati bahawa

960715-14-5528
100% responden ini masih mengamalkan adat pantang larang iaitu tidak tidur di
rumah orang lain kerana takut terkena ilmu hitam. Secara keseluruhannya adat dan
Melayu memang tidak dapat dipisahkan. Sebahagian besar daripada masyarakat
Melayu masih mengamalkan setiap adat dan pantang larang dalam perkahwinan
terutamanya sehingga kini.

960715-14-5528

You might also like