You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SG TUA BAHARU MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI PERTAMA/ TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran(Bilangan) Nama Yang Hadir

: 17 Januari 2013 : 12 tengah hari : Bilik Gerakan : En. Azhar Bin Hj.Ahmad : 10 orang : 1. En.Azhar Bin Hj.Ahmad 2. Pn.Pauziah Bt Ahmad 3. Pn.Norliza bt Mohamed 4. Pn.Rosnani Bt Buyong 5. Pn.Jamilah Bt Saad 6. Pn.Saratha Ramdass 7. Pn.Jayalakshmi A/P Kalimuthu 8. Pn.Nachammai A/P Karupiah 9. Pn.Nahdatusima Ab Halim
10. Pn.Nirmala Sornamuthu

Nama Yang Tidak Hadir Turut Hadir (Jika ada)

: Tiada : Tiada

PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Pn.Saratha Ramdass selaku ketua panatia memulakan mesyuarat dengan mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada semua guru kerana dapat hadir pada mesyuarat kali pertama ini. Makluman 1.2. Pn.Saratha memberitahu bahawa struktur organisasi perlu selaras seperti yang telah diberitahu di dalam mesyuarat guru yang lepas. (bagi jawatan pengerusi, timbalan dan naib pengerusi) Makluman

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT. 2.1. Pn.Jayalakshmi telah mencadangkan agar minit mesyuarat kali kedua disahkan dan sebulat suara semua guru bersetuju. Makluman
No. Keluaran 02 Tarikh Keluaran No. Pindaan 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010 Tarikh Pindaan

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT: 3.1. Pn.Nachammai A/P Karupiah mencadangkan agar panitia dapat menyediakan bahan secukupnya bagi KSSR tahun 3 agar penilaian pbs dapat dijalankan dengan baik dan teratur. Makluman 3.2. KSSR juga diberi perhatian dan Pn.Saratha telah menunjukkan beberapa buah buku panduan guru dan boleh diambil di bilik Pn.Pauziah Ahmad. Makluman

DATA MURID MORAL 2013 4.1. Pn.Norliza selaku GPK Hem memberikan bilangan murid moral iaitu tahun lepas murid moral hanya seramai 4 orang dari jumlah besar murid. Pada tahun 2013, seramai 4 orang murid bukan Islam telah berpindah masuk ke sekolah pada bulan Januari dan murid moral bertambah kepada 8 orang. Makluman 4.2. Pn.Pauziah selaku GPK Kurikulum menyatakan bahawa 4 orang murid dari tahun lepas iaitu 2 orang murid sebelah petang dan 2 orang murid pagi mempunyai guru Moral yang tetap dan jadual waktu mereka juga selaras mengikut aliran masingmasing. Gpk juga menyatakan masalah yang timbul bagi 4 orang murid baru yang berpindah masuk ini iaitu akibat jadual waktu yang tidak seimbang telah menyebabkan murid moral tidak mempunyai guru moral yang tetap dan mereka terpaksa belajar dengan guru relief di pusat sumber. Makluman 4.3.Pn.Saratha menjelaskan bahawa walaupun murid-murid baru ini tidak lagi mempunyai guru moral yang tetap, peperiksaan dan ujian tetap akan dijalankan dan mereka juga akan terlibat dengan rancangan aktiviti pendidikan moral yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Makluman

SPSK 5.1.Pn.Saratha memberitahu bahawa jawatankuasa perlu membuat mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Saratha juga menerangkan bahawa mesyuarat yang ingin dijalankan pada hari persekolahan hanya boleh dijalankan selama 1 jam dan jika lebih perlu dijalankan pada hari Sabtu. Makluman 5.2.Selain itu, dalam minit mesyuarat yang dibuat, tindakan iaitu respon daripada individu yang terlibat ataupun makluman perlu dinyatakan. Makluman 5.3.Pn.Saratha memberitahu semua guru perlu mendapatkan sukatan terkini, alat bantu mengajar dan sebagainya agar P&P dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
No. Keluaran 02 Tarikh Keluaran No. Pindaan 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010 Tarikh Pindaan

Makluman 5.4.Pn.Saratha juga mengingatkan notis mesyuarat perlu dibuat seminggu sebelum mesyuarat sebenar dan laporan program perlu disediakan 2 minggu selepas. Kertas kerja juga perlu dibuat dan boleh mendapatkan contoh daripada Pn.Rozina.

Makluman 6 PERLANTIKAN AJK 2013 6.1. Berikut adalah AJK Panitia Pendidikan Moral 2013 Naib Pengerusi: Pn.Nachammai A/P Karupiah Setiausaha: Pn.Jayalakshmi Kalimuthu Bendahari : Pn.Pauziah Ahmad AJK : En.Azhar Hj Ahmad ( Tahun 6 ) Pn.Norliza Ahmed ( Tahun 5 ) Pn.Rosnani Buyong ( Tahun 4 ) Pn.Jamilah Saad ( Tahun 3 ) Pn.Nahdatusima Ab Halim ( Tahun 2 ) Makluman 7 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 7.1. Pn.Jayalakshmi akan menyediakan rancangan tahunan dan akan mengedarkan salinan kepada setiap guru dan berharap segala aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan. Rujuk lampiran. 7.2. Pn.Saratha memberitahu pembinaan kertas ujian adalah mengikut penyelaras bagi setiap aliran. Makluman 8 HAL-HAL LAIN 8.1 Pn.Nachammai menyarankan bahawa nilai-nilai moral dalam sukatan pelajaran Moral perlu dititikberatkan agar murid-murid dapat menguasai kata kunci nilai moral dengan baik dan mereka juga boleh menguasai sehingga melangkah ke alam persekolahan menengah nanti. Makluman 9 PENANGGUHAN MESYUARAT 9.1.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................

................................

( JAYALAKSHMI KALIMUTHU) Setiausaha

SARATHA RAMDASS Ketua Panitia Moral

No. Keluaran 02

Tarikh Keluaran No. Pindaan 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

No. Keluaran 02

Tarikh Keluaran No. Pindaan 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

Tarikh Pindaan

You might also like