You are on page 1of 2

DOA-DOA PELINDUNG DIRI

Doa berlindung daripada kejahatan jin dan kejahatan yang tidak nampak

Aku berlindung dengan wajah (zat) Allah yang Maha Mulia dan dengan kalimat Allah (Al Quranul Karim) yang sempurna yang tidak melampaui kebaikan orang yang soleh dan tidak orang yang fasiq daripada kejahatan barang yang turun daripada langit daripada bala dan kejahatan yang naik kepadanya daripada segala maksiat yang membawa kepada kemurkaan Allah dan daripada kejahatan bala yang ada dibumi iaitu segala perkara yang menyakiti dan daripada kejahatan yang keluar dari bumi seperti ular dan kala dan sebahagian binatang yang bisa dan daripada fitnah malam dan siang dan daripada kejahatan orang yang datang mengetuk-ketuk pintu di waktu malam dan siang melainkan orang yang datang mengetuk kerana tujuan kebaikan wahai Tuhan yang bersifat Rahman Doa yang diajar Jibril kepada Nabi s.a.w.

Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad Ahmad, 2/403; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30; Sohih

You might also like