You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKAR ARANG 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 3/2012 TARIKH HARI MASA TEMPAT : : : : 09.07.2012 ISNIN 1.15 tengah hari BILIK MESYUARAT SKBA PUAN MONA WARAH BT. HJ. IDRUS

PENGERUSI :

KEHADIRAN TIDAK HADIR URUS SETIA

: : :

SEMUA AJK TIADA PUAN HANIZA BT NOR AZLAN

I.

UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran AJK Panitia Bahasa Inggeris. 2. Beliau amat berbesar hati dan ucapan tahniah di atas kerjasama guru menjalankan aktiviti panitia setiap hari Rabu yang telah berjalan lancar seperti dirancangkan. 3. Begitu juga kelas tambahan berjalan dengan baik.

II.

UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ( EN.ABDU RAHMAN)

4. En. Abdu Rahman mengingatkan setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah didokumentasikan dan disediakan laporan. 5. Beliau juga mengingatkan guru, sekiranya ada lawatan dari pihak JPN, akan melihat atau membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran. 6. Meminta guru yang berkenaan, membuat catatan kehadiran murid yang melakukan aktiviti Zoom A di sebelah petang, untuk memastikan juga muri-murid tidak berkeliaran. 7. Memperingati tentang segala bahan/program yang diberikan oleh JPN dan MGB, hendaklah diselesaikan. 8. PK 1 , mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru-guru Bahasa Inggeris.

Makluman : Semua guru BI

III.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

9. Puan Setiausaha membentangkan minit mesyuarat. 10. Encik Rohaizad mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. 11. Pn. Tan Yan Swee menyokong cadangan tersebut. Tindakan : Setiausaha IV. PERKARA BERBANGKIT

12. Ketua Panitia memaklumkan program panitia, `English Day` telah mula bejalan.

13. Ketua Panitia memberitahu yang SBOA bagi penggal yang ke-2 boleh mula diisi. Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

V.

POST MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

14. TAHUN 1 - En. Rohaizad B. Abu Talib Tahun 1 Intan murid memerlukan lebih bombing. Murid kurang memberi penumpuan dan adakalanya agak sukar dikawal.

Tindakan : En Rohaizad 15. TAHUN 2 ~ Puan Noorliza Bt Fadzil 2 Arked Band 4 dan Band 5 2 Delima Band 3 2 Intan Band 1 dan beberapa sahaja Band 2 a. Puan Noorliza memberitahu ada sesetangah sekolah masih menjalankan peperiksaan untuk KSSR, iaitu secara dalaman. b. Beliau mencadangkan pihak pentadbir melakukan peperiksaan di peringkat sekolah untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2. c. Ini bertujuan untuk melihat dan mengukur tahap pencapaian murid . d. Dicadangakan juga, peperiksaan tersebut untuk murid KSSR dijalankan sama dengan peperiksaan Tahap 2. e. Eviden perlulan berjalan seperti biasa tetapi peperiksaan dalaman perlu diadakan untuk tujuan memurnikan eviden tersebut.

f. Pengerusi menyatakan sesekali sekala bolehlah menjemput GB dan PK1 untuk pemantauan. Tindakan : Puan Noorliza Bt Fadzil

16. TAHUN 3 - Puan Kavidha Kumari a. 3 Arked ~ murid-murid kelas ini boleh menjawab dengan baik. b. 3 Intan ~ murid tidak mahir dalam paper 2. Murid agak keliru untuk menjawab soalan bergambar yang diberi. Mereka perlu susun ayat yang diberi dan menulis semula dalam perenggan. ~ Pada bulan Mac, soalan yang diberikan dalam bentuk padanan (suaikan). Lantaran itu, mereka agak keliru, kerana format soalan yang berubahubah. 17. Ketua Panitia meminta guru berkenaan, memperbanyakkan latihan berbentuk seperti itu untuk memastikan murid dapat menguasai cara menjawab soalan. 18. TAHUN 4 Puan Rusnani yang mengajar Tahun 4, telah bersara. Ketua Panitia meminta guru menggantikannya merujuk analisis Bahasa Inggeris bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun

19. TAHUN 5 a. 5 Arked Puan Tan Yan Swee Murid agak lemah dalam Paper 2 . Beliau akan perbanyakkan latihan untuk mengukuhkan pengetahuan murid.

20. TAHUN 6 a. 6 Arked dan 6 Delima Puan Monawarah Keputusannya, murid lulus 100 % . b. 6 Intan Murid memerlukan latihan yang banyak. Zoom A telah mula dijalankan dan ramai murid yang telah mula menjawab di rumah. Tindakan : Guru Bahasa Inggeris VI. STRATEGI PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS

21. Panitia menjalankan satu strategi bertujuan meningkatkan pencapaian Pepriksaan Akhir Tahun bagi Tahun 3, Tahun 4, dan Tahun 5. 22. Pelbagai aktiviti boleh diadakan, tetapi perlu dilakukan dalam bentuk kumpulan. Jika semua menjalankan tanggungjawab maka agak mudah untuk murid-murid. 23. Puan Noor Anati memberi cadangan dijalankan strategi gambar Word phrase sentence level

24. Pengerusi meminta guru-guru memberi fokus kepada format peperiksaan sebenar. Perbanyakkan latihan agar murid biasa menjawab soalan. 25. Pengerusi juga berharap penggunaan Zoom A diperbanyakkan. Guru-guru boleh menggunakan bilik komputer jika tidak melanggan.Guru-guru akan mendapat secara percuma dan boleh menjawab. Guru juga diharapkan menggunakan kemudahan ini dengan sepenuhnya. Tindakan : Guru Bahasa Inggeris VII. BUKU REKOD PLBS

26. Pengerusi memberitahu buku rekod PLBS, boleh mula diisi oleh guru-guru.

Tindakan : Guru Bahasa Inggeris Tahun 3, 4, 5 dan 6. VIII. PERSEDIAAN PERTANDINGAN BAHASA INGGERIS

27. Pengerusi memaklumkan, guru-guru mulai memberikan skrip untuk story telling, action song bermula pada bulan September, untuk murid-murid lebih bersedia. 28. Bagi Action Song, boleh mendapatkannya, tetapi memerlukan sokongan dari pihak sekolah. 29. Story Telling penyertaan untuk 2 orang murid dan tindakan oleh Puan Noor Anati. 30. Public Speaking disertai oleh 2 orang juga dan dibawah tindakan Puan Mona Warah. 31. Pengerusi mengharapakan guru terlibat akan sentiasa bertanya dari masa ke semasa supaya persediaan rapi dapat dijalankan. 32. Guru juga boleh merujuk dari You Tube untuk mempertingkatkan persembahan. Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

IX.

HAL-HAL LAIN

33. Puan Noorliza memohon pemantauan buku latihan diberikan agak lewat kerana beliau lama bercuti.

Tindakan : Guru-guru Bahasa Inggeris Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.

Disediakan oleh ;

Disemak oleh ;

_________________________ ________________________ Puan Haniza Bt Nor Azlan Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris SKBA 2012 Puan Mona Warah Bt Hj Idrus Ketua Panitia Bahasa Inggeris SKBA 2012

You might also like