You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2013

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


TUGASAN KURSUS

NAMA

BAKRI BIN AWANG AHMAD

NO. MATRIKULASI

650712025359

NO. KAD PENGNEALAN:

650712025359

NO. TELEFON

013-4256259

E-MEL

namakurie@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN:

PUSAT PEMBELAJARAN SUNGAI PETANI

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

INDEKS PENCEMARAN UDARA(IPU)

2.1

PUNCA-PUNCA JEREBU

2.1.1

Pembakaran

2.1.2

Pembakaran Bahan Api

2.1.3

Proses Perbandaran

2.1.4

Pertambahan jumlah Kenderaan

3.0

DATA INDEKS PENCEMARAN UDARA

4.0

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

4.1

Melalui Pendidikan

4.2

Larangan Pembakaran Terbuka

10

4.3

Melalui Pembenihan Awan

10

4.4

Kempen Hijau

11

4.5

Penggunaan CFC

12

4.6

Perundangan Dan Dasar Kerajaan

12

4.7

Tanggungjawab Orang Ramai

13

5.0

KESAN-KESAN JEREBU

13

6.0

PENUTUP

16

RUJUKAN

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

1.0

PENGENALAN
Sejak dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini

telah menjadi bahan wacana masyarakat.

Keadaan ini disebabkan oleh kesan

pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,
contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala
Lumpur. Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak
pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan
pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan
kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah
satunya ialah masalah jerebu.
Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara
selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk
kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera
dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan
yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan
menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.
Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat
berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca
kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan
pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan
menyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar Malaysia).

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebih
dari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud
secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang,
asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.
Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung
di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke
permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan
kadar penglihatan.
Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika
dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara.
Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak
menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca juga
memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena ElNino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan
negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yang
mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

2.0

Tahap Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui ataupun
mengukur tahap pencemaran yang berpunca daripada jerebu. Ia melibatkan pengukuran
kuantiti zarah halus yang berbahaya kepada kesihatan manusia seperti karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon yang terdapat di udara. Pengelasan tahap kualiti
udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU
0 - 50
51 - 100
101 - 200
201 - 300
301 - 400
401 - 500
Lebih 501

2.1

PUNCA-PUNCA JEREBU

2.1.1

Pembakaran

Kualiti udara
Baik
Sederhana
Tidak sihat
Sangat tidak sihat
Berbahaya
Sangat berbahaya
Darurat

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu


pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan
terhadap alam sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di
Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada
ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap
jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke
selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami
masalah jerebu yang amat membimbangkan.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah dengan

tindakan

masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga


menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak
yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada
individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan
pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas
untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat
pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya
bertindak

membakar

sendiri

bahan

buangan

kilang

mereka.

Mereka

tidak

betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu
sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa
asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin
dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan
asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.

2.1.2

Pembakaran Bahan Api

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama
pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon.
Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang
adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan
oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:
S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan
membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen
dan membentuk asid karbonat.

2.1.3

Proses Perbandaran
Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi

yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi


perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada
proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan
bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif
dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini ( Tuan Pah Rokiah Syed Husin,
2003: 102).
Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang
akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya bahan
pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di
sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang,
gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh


menyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan
sebagainnya (Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).

2.1.4 Peningkatan jumlah kenderaan


Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat
9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida
dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan
keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap
yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan
jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di
atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal
ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

3.0

DATA INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Pada 23 June 2013 iaitu pada hari Ahad , Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar,
kembali meningkat kepada tahap bahaya dengan bacaan IPU 746 pada waktu pagi,
kemerosotan kualiti udara yang paling terjejas berbanding hari sebelumnya sejak 4 hari
sebelum itu.
Keadaan ini, turut menyebabkan had jarak penglihatan terjejas Menurut sumber di
kawasan sekitar, jerebu turut menyelubungi ruang dalam rumah selain bau asap dan debu
yang kuat. Oleh itu, orang ramai terutamanya di kawasan Muar harus mengambil langkah

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

sepatutnya kerana difahamkan situasi itu boleh menyebabkan masalah pernafasan, selain
boleh mendatangkan pelbagai penyakit dengan tanda awal antaranya batuk, sakit mata atau
kerongkong dan demam
Manakala di tiga stesen lagi kekal kepada IPU kategori tidak sihat pada pagi dan
menjelang petang IPU bertambah baik. Berikut adalah catatan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di stesen di kawasan Johor, yang direkodkan bermula jam 7 pagi, 11 pagi dan 5
petang pada hari ini berdasarkan rujukan di Portal rasmi Jabatan Alam sekitar
Lokasi
Kota Tinggi
Larkin lama
Muar
Pasir Gudang

7 AM
137*
117*
746*
127*

11 AM
124*
100*
690*
110*

5 PM
91*
89*
507*
96*

Status
sederhana
sederhana
bahaya
sederhana

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, pada Ahad 23 Jun 2013, Indeks Pencemaran
Udara (IPU) di Muar, meningkat kepada tahap bahaya dengan bacaan IPU 746 pada waktu
pagi. Lantaran itu Muar merupakan daerah yang menunjukkan kemerosotan kualiti udara
yang paling terjejas berbanding lokasi yang lain di negeri Johor. Keadaan ini, turut
menyebabkan had jarak penglihatan terjejas. Pada pukul 11.00 pagi bacaan IPU di Muar
lebih baik sedikit berbanding bacaan pada waktu pagi tetapi masih di tahap bahaya iaitu
IPU 690. Pada waktu petang pula iaitu sekitar pukul 5.00 petang bacaan IPU di Muar
bertambah baik iaitu sekitar IPU 500. Walau bagaimanapun ianya masih lagi berada di
tahap bahaya.
Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang pula menunjukkan bacaan IPU hanya
mencapai tahap tidak sihat dan beransur pulih pada waktu petang. Sebagai contoh kita
ambil bacaan IPU di Larkin Lama, pada pukul 7.00 pagi bacaan IPU mencapai IPU 117
pada pukul 7.00 pagi iaitu tahap tidak sihat. Keadaan ini beransur pulih pada pukul 11.00
pagi iaitu IPU 100 dan IPU 89 pada pukul 5.00 petang di tahap sederhana.
Bacaan IPU di Muar agak teruk mungkin disebabkan lokasi berkenaan terletak
lebih hampir dengan kawasan pembakaran hutan yang terletak di Indonesia. Ada
9

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

kemungkinan juga pada bulan Mei hingga Oktober merupakan masa tiupan Angin Monsun
Barat Daya. Pencemaran yang terhasil akibat pembakaran hutan di Sumatera dibawa oleh
angin tersebut ke arah Timur Laut iaitu daerah Muar di Johor.
Menurut sumber di kawasan sekitar, jerebu turut menyelubungi ruang dalam rumah
selain bau asap dan debu yang kuat. Oleh itu, orang ramai terutamanya di kawasan Muar
harus mengambil langkah sepatutnya kerana difahamkan situasi itu boleh menyebabkan
masalah pernafasan, selain boleh mendatangkan pelbagai penyakit dengan tanda awal
antaranya batuk, sakit mata atau kerongkong dan demam. Manakala di tiga stesen lagi
kekal kepada IPU kategori tidak sihat pada pagi dan menjelang petang IPU bertambah
baik

4.0

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

4.1

Melalui Pendidikan
Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam

sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh
dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan
kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak
sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar
serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting
kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar (Department of
Invironment, 1989).
Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran
orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam
sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan

10

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat
di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa
perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh
dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar,
Sekitar dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran
radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 402).
4.2

Larangan Pembakaran Terbuka


Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula,

kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang
harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran
terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu
pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal
contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti
pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke Malaysia dibawa
oleh angin lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120).
Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam
persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24
September 1997.
4.3

Pembenihan Awan
Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda

negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja

11

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,
suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak
dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering
akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan
semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi
titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu
keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.
4.4

Kempen Hijau
Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di

rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau mambantu


menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada alam
sekitar kita kerana ia

mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat

mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi


atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana
proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar
yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif
dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdul Samad Hadi,
1990: 442).
Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum,
Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan
digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan oleh

12

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh sebagai
Taman Negara untuk tujuan menebat banjir (Chan dan Wan Ruslan, 2000).

4.5

Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am

Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan
aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon
(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti
sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan
buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom
klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu,
sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan
hidrokloroflorokarbon (HCFC) (Abdul Latif Ibrahim, 1992: 57) .
4.6

Perundangan Dan Dasar Kerajaan


Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh

memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam
Sekitar ( JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara.
Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen
Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal
dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.

13

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan


Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor
(Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan
iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah
peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter (Chan
Ngai Weng, 2002: 43). Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar
Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi
memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap
kesihatan mereka dengan cara yang termudah. lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar
yang diukur pada skala antara 0-500.
Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu
kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia
berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di
tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan
pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan
kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah
keseimbangan dalam kedua-dua proses tersebut iaitu wujudkan Pembangunan Tanpa
Kemusnahan. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa
Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk mengurangkan

14

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi 1 (Sham Sani,
Abdul Samad Hadi, 1990: 398).

4.7 Tanggungjawab Orang Ramai


Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang
awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan
yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan
kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan
tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan
mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk
pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya
berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja
Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat
jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai
sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.
5.0

KESAN-KESAN JEREBU
Fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan

manusia. Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan manusia terutamanya sistem
pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk,
nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana
1

15

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Jerebu
merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Fenomena
jerebu adalah disebabkan oleh kewujudan partikel kecil yang tidak boleh dilihat melalui
mata kasar dan partikel tersebut juga terapung di udara.
Jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan kesihatan terjejas terutamanya kepada
golongan kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit seperti bronkitis,
asma, penyakit paru-paru kronik, jantung, perokok dan individu yang bekerja di luar
pejabat atau pun di luar rumah. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan kesihatan
kita berada dalam keadaan yang stabil ketika masalah jerebu tersebut berlaku dalam
kawasan kita.
Jerebu boleh mengganggu hidung, tekak, saluran pernafasan, kulit dan mata. Kanakkanak akan mengalami kesukaran bernafas, hingus meleleh, iritasi mata, tekak kering dan
batuk. Apabila kualiti udara mencapai tahap yang kritikal, partikel halus dalam jerebu
boleh menembusi masuk ke dalam paru-paru kanak-kanak. Jika kanak-kanak mempunyai
sejarah masalah respiratori, sinusitis dan masalah alergi kulit, kesihatannya menjadi lebih
terancam semasa musim jerebu melanda. Sekiranya kanak-kanak mempunyai asma,
simptomnya adalah lebih teruk.
Perokok merupakan golongan berisiko lebih tinggi terkena jangkitan pelbagai jenis
penyakit berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. Golongan tersebut berisiko
menghadapi jangkitan di bahagian paru-paru akibat asap rokok dan jerebu. Asap tersebut
akan menyerang ruang paling kecil di saluran paru-paru hingga boleh merebak dan
memberi kesan yang serius. Golongan ini berisiko menyedut asap rokok dan partikel jerebu
di mana kedua-dua jenis asap itu akan terus masuk ke dalam saluran alveoli dan terus
memberi jangkitan seperti sesak nafas, kerengsaan dan alergi. Risiko jangkitan tersebut
bukan sahaja menyerang perokok tegar malah turut memberi kesan kepada perokok pasif.
Orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit seperti bronkitis, asma, penyakit
paru-paru kronik dan jantung amat berisiko semasa jerebu melanda sesuatu kawasan. Ini
adalah kerana partikel-partikel jerebu amat mudah menyerang bahagian saluran pernafasan

16

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

golongan ini yang telah sedia bermasalah. Ada baiknya golongan yang berisiko ini
memakai penutup mulut semasa keluar dari rumah untuk mengurangkan risiko penyakit
akibat jerebu.

6.0

PENUTUP
Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi

isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah
alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihakpihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan
tidak merosakkan alam sekitar.
Jerebu mendatang kesan yang buruk kepada manusia. Kesan yang paling jelas
sekali ialah yang berkaitan dengan kesihatan. Oleh hal yang demikian, semua pihak
hendaklah berganding bahu untuk mengatasi masalah jerebu yang saban tahun melanda
negara kita. Sika acuh tak acuh sesetengah pihak akan memburukkan lagi keadaan. Di
pihak kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah yang
berkaitan dengan jerebu manakala masyarakat setempat pula perlu mengelakkan diri dari
melakukan perbuatan yang menambah kesan jerebu seperti membakar sampah dan
kawasan pertanian.
Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak searusnya mengorbankan alam
sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di sebalik arus
pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif terhadap
kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah di
17

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam
sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar.
Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka
sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru
sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan.
RUJUKAN

Ahmad, S. (1998). El Nino dan Kesannya Kepada Perubahan Cuaca Di Malaysia.


Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di
Malaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan


Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.

Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988.


Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology and the Environment.

Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di
Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Garis panduan Kesihatan akibat jerebu. (1998). Kuala Lumpur: Kementerian


Kesihatan
Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia

http://members.tripod.com/lttan/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu

18

HBPE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


BAKRI BIN AWANG AHMAD
650712025359

19

You might also like