You are on page 1of 69

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Disember 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Dis. 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk 1 Kemahiran Jahitan 1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 1.3 1.4 1.5 Kerangka Tajuk Pengenalan Alatan Jahitan Jenis Jahitan

i ii iii iv vi vii 1 1 1 1 2 4 13 13 14 14 15 17 19 22 25 39 39 39 40 40 41 43 52 60

Tajuk 2 Kemahiran Berkebun 2.0 Sinopsis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Pengenalan 2.4 Alatan Perkebunan 2.5 Prosedur Keselamatan Penggunaan Alatan 2.6 Jenis Tanaman 2.7 Pengenalan Analisis Tugasan 2.8 Menanam Tanaman Tajuk 3 Kemahiran Memelihara Haiwan 3.0 Sinopsis 3.1 Hasil Pembelajaran 3.2 Kerangka Tajuk 3.3 Pengenalan 3.4 Jenis-Jenis Haiwan 3.5 Pemeliharaan Haiwan

3.6 Penternakan Ayam 3.7 Pemeliharaan Kucing 3.8 Rumusan Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul 61 62 63

PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Pengenalan Modul Kursus Kod 3107 Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) melibatkan teori dan amali dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi tiga tajuk iaitu Tajuk 1 Kemahiran Jahitan (Topik 5 Bahagian Amali dalam proforma), Tajuk 2 Kemahiran Berkebun (Topik 7 Bahagian Amali dalam proforma), Tajuk 3 Kemahiran Memelihara Haiwan (Topik 8 Bahagian Amali dalam proforma). Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk analisis peranan guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran bagi matapelajaran Kemahiran Hidup berdasarkan pengalaman pelajar di sekolah membuat aktiviti amali. Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

AGIHAN TAJUK Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka Kod & Nama Kursus: PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma ) Interaksi Bersemuka (jam) 6 jam

Bil. 1

Tajuk/Topik Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk berdikari (KAUB). Konsep dan definisi KAUB Kemahiran Urus Diri Kemahiran Pra Vokasional Kepentingan KAUB kepada muridmurid bermasalah pembelajaran. Teori-teori pembelajaran KAUB. - Teori Psikososial - Teori Behavioris - Teori Pembelajaran Sosial Kepentingan analisis tugasan dalam KAUB. Peraturan dan Keselamatan Di Bengkel. Peraturan di bengkel dan bilik kemahiran hidup. Peraturan menggunakan peralatan di bengkel dan bilik kemahiran hidup. Keusahawanan Pengurusan kewangan. Jenis produk. Pemasaran produk.

Modul (jam)

Jumlah Jam

6 jam

3 jam

3 jam

3 jam

3 jam

Bil. 4

Tajuk/Topik

Interaksi Bersemuka (jam) 3 jam

Modul (jam)

Jumlah Jam

Persediaan Mengajar Kemahiran Hidup Untuk Berdikari. Kajian sukatan dan huraian sukatan KAUB. - Kandungan/Kemahiran - Hasil Pembelajaran - Aktiviti Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian. - Format rancangan - Hasil pembelajaran - Pemilihan aktiviti - Perancangan langkah pengajaran 1. Refleksi 5 Kemahiran Urus Diri Menghasilkan analisis tugasan aktiviti pengurusan diri. Mengaplikasikanaktiviti pengurusan diri megikut analisis tugasan. - Kebersihan tubuh badan - Menggunakan tandas - Memakai pakaian - Memakai kasut - Berdandan - Mengurus diri semasa kedatangan haid 6 Keselamatan Diri dan Adab Bertatasusila Mengaplikasi aktiviti keselamatan di pelbagai premis. - Mengenalpasti dan menyenaraikan amalan keselamatan diri. - Mengenalpasti dan menyenaraikan amalan penggunaan kemudahan awam. Mengaplikasi aktiviti adab bertatasusila. - Menyenaraikan amalan bertatasusila/adab murid dan orang ramai pelbagai peringkat umur ketika bersosialisasi di pelbagai premis.

3 jam

6 jam

6 jam

6 jam

6 jam

Bil. 7

Tajuk/Topik Pengurusan Rumahtangga Menghasilkan analisis tugasan aktivitiaktiviti pengurusan rumahtangga. Mengaplikasikan aktiviti pengurusan rumahtangga mengikut analisis tugasan. - Amalan kebersihan ruang - Amalan kebersihan di dapur - Amalan pemakanan sihat - Pengurusan perkakas/perabut 2. Aktiviti mendobi Kemahiran Memasak Analisis tugasan teknik-teknik memasak seperti - merebus - membakar - memanggang Analisis tugasan kemahiran menyediakan hidangan mudah seperti- air minuman (panas & sejuk) - sarapan pagi - makan tengahari - minum petang Mengaplikasikan analisis tugasn aktiviti-aktiviti menyediakan hidangan mudah. Kemahiran Jahitan Mengenalpasti alat jahitan dan fungsinya. Menghasilkan prosedur peraturan keselamatan menjahit. Menghasilkan analisis tugasan aktiviti menjahit mengikut jenis jahitan seperti-- Jahitan asas - Jahitan tangan - Jahitan mesin Menghasilkan projek jahitan berdasarkan jenis-jenis jahitan.

Interaksi Bersemuka (jam) 6 jam

Modul (jam)

Jumlah Jam

6 jam

9 jam

9 jam

1 jam

5 jam

6 jam

Bil. 10

Tajuk/Topik Kemahiran Pertukangan Mengenalpasti peralatan pertukangan dan kegunaannya. Prosedur keselamatan dalam pertukangan. Menyediakan analisis tugasan untuk aktiviti pertukangan. Menghasilkan projek pertukangan. Kemahiran Berkebun Mengenalpasti peralatan untuk aktiviti berkebun. Prosedur keselamatan penggunaan alatan untuk berkebun. Menyediakan analisis tugasan kemahiran aktiviti berkebun. Mengaplikasikan kemahiran berkebun- pemilihan tapak - proses menanam - proses penjagaan tanaman - penjagaan tanaman dan tapak tanaman Kemahiran Memelihara Haiwan Mengenalpasti peralatan memelihara haiwan. Menyediakan analisis tugasan kemahiran memelihara haiwan. Mengaplikasikan kemahiran memelihara haiwan. Pengajaran Mikro Pelaksanaan rancangan pengajaran harian - individu - kelas - berpasangan 3. pelbagai keupayaan JUMLAH

Interaksi Bersemuka (jam) 6 jam

Modul (jam)

Jumlah Jam

6 jam

11

1 jam

5 jam

6 jam

12

1 jam

5 jam

6 jam

13

9 jam

9 jam

60 jam

15 jam

TAJUK 1 KEMAHIRAN JAHITAN


1.0. SINOPSIS Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek alatan jahitan dan jenisjenis jahitan. Disamping itu satu projek menghasilkan artikel jahitan dilaksanakan. 1.1. HASIL PEMBELAJARAN Mengenal pasti alatan jahitan dan kefungsian Melaksanakan dan menilai aktiviti jahitan yang bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan murid pendidikan khas. Merancang aktiviti jahitan untuk menghasilkan aktikel bagi kegunaan harian dan kerjaya. 1.2. KERANGKA TAJUK-TAJUK Alatan jahitan dan fungsinya akan

Kemahiran Jahitan

Aktiviti menjahit mengikut jenisnya

Menghasilkan projek jahitan 1.3. Pengenalan Murid-murid pendidikan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut ketidakupayaan dan kebolehan mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat mengikuti dan mampu mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk mereka. Di masa lalu murid -murid yang kurang kemampuan ini atau bermasaalah fizikal hanya memerhati kawan-kawan seusia dengannya melaksanakan aktiviti-aktiviti jahitan. Mereka hanya melihat kawan-kawan menikmati keseronokan dalam aktiviti jahitan. Semua kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu dan bersemangat untuk mencuba. Justeru itu dengan strategi

pengajaran yang bersesuaian dengan mereka , kanak-kanak ini dapat melakukan proses menjahit mengikut potensi dan keupayaan mereka. Aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan otot dan moto halus dan kasar dapat memberi sumbangan besar kepada individu yang mengalami rencatan akal dan fizikal. Ini adalah kerana aktiviti dapat dapat meningkatkan aspek kehidupan mereka. 1.4. Alatan Jahitan

Untuk mencapai kejayaan dan kepuasan dalam jahitan, anda hendaklah mendapat alatan yang sesuai dan betul. Anda juga mestilah menggunakan dan menyimpannya dengan baik. Mulakan jahitan dengan sempurna dan berkerja dengan kemas dan teratur. Simpankan alatan ditempat yang sesuai dan selamat. Alatan-alatan yang diperlukan untuk jahitan asas.

JENIS ALATAN Gunting kain

RUPA DAN KEGUNAAN 2 20cm panjang. Sebelah mata bulat, sebelah mata runcing. 3 Digunakan untuk mengunting kain.

PENJAGAAN 1. Elak daripada jatuh. 2. Minyakkan sendisendi. 3. Simpan dalam sarung

Gunting Trimmin

1. 12cm panjang. Kedua Sama seperti penjagaan belah mata runcing. gunting kain 2. Digunakan untuk mengunting kelim, benang dan lengkung bulat. 1. 10-16cm panjang. Mempunyai tepi yang bergerigi. 2. Digunakan untuk mengemaskan tepi kainsupaya tidak berbulu. 1. 150cm panjang. Diperbuat daripada kanvas atau plastik. Kedua-dua pangkal berlogam. Mempunyai nombor dan tanda jelas pada kedua-dua belah pita ukur. 2. Digunakan untuk Sama seperti penjagaan gunting kain

Gunting Bergerigi

Pita Ukur

Gulung longgar-longgar dengan nombor kecil diluar. Jangan tarik bila menggunakannya.

mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit. Jarum peniti 1. Halus, panjang dan tajam. 2. Digunakan untuk melekatkan kelim dan menandakan kedudukan sementara. 3. Untuk menyemat kepingan fabrik sebelum dijahit. Simpan penilti dalam kotak beralas dengan kertas penyerap supaya peniti kering dan tidak berkarat. Semasa digunakan cucuk di kusion peniti

Jarum Tangan

1. Tirus dan tajam. No. 7-9 Sama seperti penjagaan 2. Digunakan untuk menjahit jarum peniti. semua jahitan tangan pada fabrik. 1. Berbagai warna mengikut Lilitkan benang dan fabrik yang hendak dijahit. selitkan hujungnya 2. Digunakan untuk jahitan supaya tidak tersimpul. tangan dan jahitan mesin. Berbagai warna mengikut warna Sama fabrik dan jahitan hiasan yang jahit. hendak dibuat. seperi benang

Benang Jahit

Benang Sulam

Aktiviti-aktiviti jahitan yang di atas bukanlah boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Mereka boleh memanfaatkan aktiviti-aktiviti dengan sekurang-kurangnya mengenali alatan jahitan dan mengetahui cara-cara memegang dan menggunakan alatan tersebut dengan selamat. Perkara yang penting yang perlu diambil adalah penyertaan dan pengubahsuaian bagi jenis aktiviti yang dijalankan.

1.5.

Rangkakan langkah-langkah keselamatan penggunaan alatan jahitan di atas semasa menjalankan aktiviti jahitan bersama kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Jenis jahitan.

Tajuk ini meliputi jenis-jenis jahitan asas dan jahitan hiasan disamping cara menjahit yang betul. Aktiviti-aktiviti jahitan asas dan hiasan yang bersesuaian serta diubahsuai boleh dijalankan dikelas bermasalah pembelajaran. JAHITAN

Jahitan Asas

Jahitan Hiasan

Rajah 1.1 : Jenis-jenis jahitan 1.5.1. Jahitan Asas Terdapat beberapa jenis jahitan asas yang boleh dipratikkan dan dilaksanakan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara jenis-jenis jahitan asas ialah : Jahitan Kia

Jahitan Jelujur Kasar JAHITAN ASAS Jahitan Jelujur Halus Jahitan sembat Jahitan sembat susup Rajah 1.2. Jenis-jenis jahitan asas

i). Jahitan Kia Jahitan kia digunakan untuk memulakan sesuatu jahitan atau mematikan jahitan tangan. Ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin. Jahitan kia juga boleh digunakan untuk menjahit kelim yang meretas. Langkah menjahit jahitan kia: (Lihat Rajah 1.3 dan 1.4) Jahit dari kanan ke kiri Mula dari A ke B Jarak 2 mm Cucuk jarum sekali lagi pada A Keluarkan pada B

Rajah 1.3 Langkah menjahit jahitan kia

Rajah 1.4 Langkah menjahit jahitan kia

Jahit semula dari A (Lihat Rajah 1.5) Keluarkan pada C Jarak 4 mm Jahit hingga hujung Matikan dengan jahitan kia (2 Kali)

Rajah 1.5 Langkah menjahit jahitan kia ii) Jahitan Jelujur Kasar Jahitan Jelujur kasar merupakan jahitan sementara sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga digunakan untuk menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut. Langkah-langkah menjahit jelujur kasar: (Lihat rajah 1.6 dan 1.7) Jahit dari kanan ke kiri Mula dari A ke B Jarak 1 cm Jahit sampai hujung Matikan dengan jahitan kia

Rajah 1.6 Langkah menjahit jahitan Jelujur kasar

Rajah 1.7 Langkah menjahit jahitan Jelujur kasar iii) Jahitan Jelujur halus

Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet meretas. Jahitan jelujur halus juga boleh menggantikan mata jahitan mesin. Ia juga boleh dijadikan perhiasan pada artikel.

Langkah-langkah menjahit jahitan jelujur halus: (Lihat rajah 1.8) Jahit dari kanan ke kiri Mula dengan jahitan kia Jarak 3-5 mm Jahit hingga hujung Matikan dengan jahitan kia

Rajah 1.8 Langkah menjahit jahitan Jelujur halus v). Jahitan sembat Jahitan sembat halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian. Ia digunakan untuk menetapkan dan mengemaskan kelim/kelepet. Langkah-langkah menjahit jahitan sembat: (Lihat rajah 1.9) Jahit dari kanan ke kiri Masuk jarum dari A ke B Jarum kena condong Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia

Rajah 1.9 Langkah menjahit jahitan sembat

v)

Jahitan sempat susup

Jahitan sempat susup ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan tetapi tidak begitu kukuh seperti jahitan sempat. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet skirt, blaus, lengan dan lapik-lapik di lubang lengan dan garis leher. Langkah-langkah menjahit jahitan sempat susup: Jahit dari kanan ke kiri Masuk jarum dari A ke B Jarum kena condong Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia

Rajah 1.10 Langkah menjahit jahitan sembat susup

Membuat buku skrap jenis-jenis jahitan asas yang

tersenarai diatas.

1.5.2. Jahitan Hiasan i) Jahit Silang Pangkah

Jahitan ini digunakan untuk menjadikan, lapik dan mengemaskan pita zip. Ia juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan. Langkah-langkah menjahit silangkah pangkah. (Lihat rajah 1.11 dan 1.12) Jahit dari kiri ke kanan Masuk jarum dari A ke B dengan jarak 1mm Masuk jarum pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm Akhir jahitan dengan jahitan kia

Rajah 1.11 Langkah menjahit jahitan Silang Pangkah

Rajah 1.12 Langkah menjahit jahitan Silang Pangkah ii) Jahitan Lilit Ubi

Jahitan ini digunakan untuk mengemaskan guntingan tepi fabrik. Ia juga digunakan untuk menjahit butang katup, cangkuk dan palang. Langkah-langkah menjahit jahitan lilit ubi: (Lihat rajah 1.13 dan 1.14) Jahit dari kanan ke kiri Tinggal 1 cm benang diantara 2 lipatan Cucuk jarum dari A ke B Akhir jahitan dengan jahit ke kanan semula dengan jahitan lilit ubi

Rajah 1.13 Langkah menjahit jahitan Lilit Ubi

Rajah 1.14 Langkah menjahit jahitan Lilit Ubi

iii) Jahitan Insang Pari.

Jahitan ini digunakan untuk mengemas guntingan tepi fabrik dan jahitan lubang butang. Langkah-langkah menjahit jahitan insang pari: (Lihat rajah 1.15 dan 1.16) Jahit dari kiri ke kanan Mula dengan jelujur halus menegak pada A Cucuk jarum pada B dan hala ke arah penjahit Tarik benang ke arah penjahit Matikan jahitan dengan jelujur halus di sebelah kanan

Rajah 1.15 Langkah menjahit jahitan Insang Pari

Rajah 1.16 Langkah menjahit jahitan Insang Pari Buatkan hiasan sehalai alas meja, sarung bantal artikal mudah berasaskan fabrik dengan menggunakan sekurang-kurangnya 6 jenis jahitan asas dan jahitan hiasan.

TAJUK 2 KEMAHIRAN BERKEBUN

2.0

SINOPSIS

Topik kemahiran berkebun memberi pendedahan tentang amalan perkebunan yang memberi penerangan mengenai perkakas atau peralatan yang digunakan, langkahlangkah keselamatan yang perlu diikuti semasa menjalankan aktiviti berkebun, mengetahui jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam serta mengetahui aspek berkebun secara keseluruhan seperti pemilihan tapak yang sesuai, proses menanam dan penjagaan tanaman serta tapak tanaman. Pendedahan juga diberikan mengenai kaedah-kaedah tanaman serta penjagaan yang memastikan tanaman tumbuh dengan baik dan sempurna. Kandungan topik kemahiran berkebun ini juga meliputi tanaman hiasan dan sayur-sayuran. 2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini anda seharusnya dapat 1. Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas bidang perkebunan. 2. Menerangkan perkakas serta peralatan berkebun kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. 3. Menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti berkebun kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. 4. Mempraktikkan tanaman hiasan dan sayur-sayuran kepada murid bermasalah pembelajaran. 5. Menjelaskan kaedah penjagaan tanaman kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

2.2

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kemahiran Berkebun

Perkakas dan peralatan perkebunan

Prosedur keselamatan penggunaan alatan

Jenis tanaman

Penjagaan tanaman dan tapak tanaman

2.3

Pengenalan

Apakah perasaan anda apabila melihat pemandangan dengan kehijauan tanaman seluas mata memandang? Bagaimana pula perasaan anda apabila rumah anda dikelilingi oleh rimbunan pohon hijau yang menyegarkan? Berkebun merupakan satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan selain dari membekalkan sumber sayuran segar yang boleh dijadikan makanan pada setiap hari. Namun begitu, berkebun bukanlah suatu aktiviti yang mudah dilaksanakan tanpa ada pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai pelbagai tahap kemampuan, aktiviti berkebun merupakan satu kemahiran yang sukar. Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk memberi pendedahan mengenai kemahiran-kemahiran perlu dikuasai dengan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan teratur. Mereka perlu diberi peluang mengikut keupayaan masing-masing untuk menguasai kemahiran ini bagi membolehkan mereka melalui proses pertumbuhan dan perkembangan diri disamping membina keyakinan dan imej diri yang positif. Oleh itu, selain murid-murid, guru juga perlu menguasai kemahiran berkebun dengan menimba pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk membimbing muridmurid menjalankan aktiviti yang berfaedah ini. 2.4 Alatan Perkebunan Mengenalpasti peralatan untuk aktiviti berkebun. Pelbagai alatan perkebunan perlu digunakan untuk melakukan kerja-kerja membersihkan tapak, menggembur, menyemai, menanam dan menjaga tanaman hiasan atau pun sayur-sayuran. Antara peralatan yang biasa digunakan ialah:

Penyiram

Sekater

Sekop

Sudip Tangan

Serampang Tangan

Kereta Sorong

Sarung Tangan

Cangkul

Pencakar

Pencakar Tangan

Setiap alatan perkebunan mempunyai fungsi atau kegunaan tersendiri. Di bawah ini dinyatakan fungsi alatan tersebut. Jenis Alatan Penyiram Sekater Sekop Sudip Tangan Serampang Tangan Kereta Sorong Sarung Tangan Cangkul Pencakar Pencakar Tangan Kegunaan Digunakan untuk menyiram tanaman. Digunakan untuk memotong dahan kecil tanaman. Digunakan untuk menyodok tanah atau menggaul campuran medium tanaman. Digunakan untuk menggali lubang kecil atau menggembur tanah. Digunakan untuk menggembur tanah di sekeliling batang atau di dalam pasu. Digunakan untuk mengangkut tanah atau medium tanaman serta benih semaian. Dipakai semasa melakukan kerja-kerja perkebunan. Digunakan untuk menggali lubang besar dan dalam. Digunakan untuk membersihkan dan meratakan tanah selepas digembur. Digunakan untuk meratakan tanah yang digembur di kawasan yang kecil.

Latihan 1. Senaraikan 5 mesin dan kegunaannya selain dari peralatan tangan yang digunakan untuk aktiviti berkebun. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman menggunakan teknik fertigasi dan senaraikan alatan yang digunakan untuk menanam tanaman menggunakan teknik tersebut.

2.5 2.5.1

Prosedur Keselamatan Penggunaan Alatan Untuk Berkebun Keselamatan

Semasa melakukan aktiviti berkebun, murid-murid sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan. Oleh itu sebagai guru, kita perlu mengikuti prosedur atau langkah-langkah keselamatan bagi memastikan tiada kemalangan atau kecederaan berlaku sepanjang aktiviti tersebut. 2.5.2 Keselamatan Diri

Beberapa peraturan atau langkah keselamatan perlu diketahui dan diikuti oleh murid bagi menjamin keselamatan mereka semasa menjalankan aktiviti berkebun. Antara amalan keselamatan yang boleh diamalkan ialah: 1. 2. Selalu memakai sarung tangan dan kasut atau but yang bersesuaian semasa berkebun. Semasa membuang batu-batu, tin, kayu api dan sebagainya, lakukan secara perlahan-lahan agar sesuatu benda yang tersembunyi di sebaliknya dapat ditanggalkan dengan baik. 3. Sentiasa memeriksa but, sarung tangan dan pakaian sebelum memakainya. Jika ia telah terbiar dalam tempoh tertentu, goncangkan ia dengan kuat. Anda mungkin tidak mengetahui apa yang terdapat di dalamnya! 4. 5. Perhatikan jika sesuatu tumbuh-tumbuhan itu jenis yang beracun sebelum menanamnya di kawasan rumah. Jangan sekali-kali memasukkan jari ke dalam lubang-lubang di dalam tanah.

6 7. 8. 2.5.2

Gunakan peralatan tajam dengan berhati-hati dan diawasi oleh guru. Jauhkan diri dari rakan yang sedang menggunakan alatan yang tajam. Elakkan bermain atau bergurau semasa menjalankan aktiviti berkebun. Keselamatan Rakan

Biasanya aktiviti berkebun akan dijalankan secara berkumpulan. Semasa menjalankan aktiviti berkebun pelbagai alatan digunakan oleh murid. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan keselamatan semua murid terjamin. Antara langkah keselamatan yang boleh dijalankan ialah: 1. 2. 3. 4. Jangan menggunakan peralatan tajam berhampiran satu sama lain semasa berkebun. Jangan bermain atau bergurau dengan rakan semasa menggunakan peralatan tajam. Jangan menghalakan peralatan tajam ke arah rakan. Pastikan murid tahu fungsi alatan tajam dan bagaimana hendak digunakan.

2.5.3

Keselamatan Alatan

Penjagaan alatan dengan sempurna membolehkan alatan tersebut tahan lama serta berfungsi dengan baik apabila hendak digunakan. Alatan yang tidak dijaga dengan baik akan mudah rosak serta mengganggu fungsinya. Antara amalan menjaga alatan supaya tahan lama ialah: 1. 2. Bersihkan alatan yang digunakan dengan air dan keringkan. Keringkan kasut atau but yang digunakan untuk berkebun. Jika kasut atau but basah di bagian dalamnya, masukkan gumpalan kain. Selipkan sampai ke bahagian dalam kasut. Air akan menyerap ke kain tersebut. Kalau perlu, ganti kain tersebut beberapa kali. 3. 4. 5. Simpan semua peralatan berkebun secara tegak lurus supaya cepat kering. Sapukan sedikit minyak jika perlu untuk mengelakkan berkarat. Sangkut peralatan yang kecil di tempat yang disediakan. Latihan

1. Amalan menjaga kebersihan memainkan peranan penting dalam menjamin kesihatan murid dan ketahanan peralatan yang digunakan. Jelaskan amalan menjaga kebersihan dari aspek kebersihan diri, kebersihan alatan dan kebersihan kebun semasa menjalankan aktiviti berkebun.

2.6 2.6.1

Jenis Tanaman Tanaman Hiasan

Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut. Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga. 2.6.1.1 Jenis-jenis tanaman hiasan

Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau bangunan. Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat. Pokok Naungan Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu tempat. Contoh: Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana

Pokok renek Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang. Contoh: Pokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora. Pokok palma Contoh: Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading dan Pokok Pingang Manila.

Pokok memanjat / menjalar Contoh: Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok Bunga Ros Jepun.

Pokok bunga semusim Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja. Contoh: Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia. Pokok bunga penutup bumi Contoh: rumput, Arachis spp

Pokok kaktus Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus

2.6.2

Sayur-Sayuran

Sayur-sayuran ialah sebahagian dari keperluan utama dalam pengambilan makanan individu. Ia mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, garam mineral, protein dan karbohidrat. Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-bahagian makanan. Jenis sayuran Jenis Daun Jenis Kekacang Jenis Buah Jenis Akar/Umbisi Contoh Bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan kangkung. Kacang botol/kelisa, kacang buncis, kacang sepat dan kacang panjang. Bendi, cili, kundur, terung, petola, timun dan tomato. Halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi sengkuang dan keladi.

Mengumpul maklumat.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman holtikultur ?

2.7

Pengenalan Analisis Tugasan

Analisis tugasan ialah satu proses analisis dan pengajaran secara berturutan yang mencerakinkan unit pembelajaran kepada kemahiran asas yang berkaitan untuk mengenal pasti peringkat penguasaan atau pengetahuan atau kemahiran murid. Kaedah analisis tugasan amat membantu guru dan murid Pendidikan Khas dalam menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan Pembelajaran akan dijalankan mengikuti langkah-langkah kecil dari perkara yang memecahkan perkara-perkara kompleks menjadi sesuatu yang lebih ringkas. Hal ini bermaksud murid Pendidikan Khas akan diajar sesuatu perkara secara langkah dei langkah sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran sasaran. Terdapat beberapa kepentingan kaedah analisis tugasan dalam pengajaran dan pembelajaran murid Pendidikan Khas. 1. Kaedah ini dapat membantu guru untuk merancang dan menyusun atur sesuatu kemahiran yang hendak diajar. Hal ini kerana guru harus menyediakan semua arahan, peralatan dan tempat yang sesuai dan betul supaya murid dapat menjalankan aktiviti analisis tugasan dengan baik.

2. Kaedah analisis tugasan amat membantu murid dalam memahami dan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Murid dapat melakukan aktiviti secara berperingkat dan membolehkan mereka menguasai sesuatu tahap pengajaran atau kemahiran dengan lebih cepat dan berkesan. Perkara ini juga membantu mereka dalam mengingat dan memahami sesuatu aktiviti atau kemahiran yang dipelajari untuk jangka masa yang lebih panjang. 3. Kaedah ini juga dapat membantu guru dalam mengenal dan menilai tahap pencapaian murid Pendidikan Khas di dalam kelasnya. Guru dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan muridnya dengan lebih mudah melalui kaedah analisis tugasan. Sekiranya murid gagal melakukan sesuatu aktiviti atau kemahiran dalam satu tahap, guru boleh merendahkan tahap tersebut kepada tahap yang lebih mudah. 4. Akhir sekali, kaedah analisis tugasan ini juga penting dalam membantu ibu bapa untuk mendidik dan membantu anak mereka dalam melakukan sesuatu aktiviti atau kemahiran. Hal ini kerana kaedah ini juga merupakan salah satu penyediaan intervensi kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam menjalankan pengurusan kemahiran diri dalam kehidupan harian mereka. Kesimpulannya, kaedah analisis tugasan merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk memahami dan menguasai sesuatu kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru memainkan peranan yang penting dalam menganalisiskan tugasan tersebut supaya bersesuaian dengan tahap murid Pendidikan Khas mereka.

Latihan 1. Sediakan satu perancangan pengajaran kemahiran berkebun berdasarkan analisis tugasan yang anda pelajari.

Contoh analisis tugasan PPKI SMK ABCDE Analisis Tugasan 1 Nama Murid : . Tahun : . Kemahiran: Cara menggunakan cangkul dengan cara yang betul Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Aktiviti Pergi ke kawasan kebun. Mengenalkan cangkul Mengenalkan fungsi cangkul. Mengenal bahagian cangkul. Memegang cangkul dengan cara yang betul. Mencangkul tanah dengan bimbingan guru. Mencangkul tanah tanpa bimbingan guru. Membersihkan cangkul. Menyimpan cangkul di tempat yang selamat. Tarikh Mula Tarikh Semak Tarikh Mula Tarikh Semak Catatan

Disediakan oleh : . ( 2.8 2.8.1 ) Menanam Tanaman Medium Tanaman

DBS DBG TBG

: Dengan bantuan sepenuh : Dengan bimbingan guru : Tanpa bantuan guru

Langkah Penyediaan Medium Semaian 1. 2. 3. 4. 5. Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium semaian. Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah. Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikutn nisbah, 2 bahagian tanah loam,1 bahagian bahan organik,1 bahagian pasir sungai Campurkan dan gaulkan bahan tersebut semula. Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.

Langkah Penyediaan Medium Penanaman 1. 2. 3. Sediakan ketiga-tiga bahan medium penanaman dan tapis bahan tersebut secara berasingan. Sukat bahan medium mengikut nisbah 3 ahagian tanah loam, 2 bahagian bahan organik dan1 bahagian pasir sungai secara berasingan. Gaul ketiga-tiga bahan medium tersebut.

Langkah menyemai biji benih (kasar) 1. 2. 3. 4. Dengan menggunakan sudip tangan, isikan medium semaian ke dalam bekas semaian sehingga 2.5 cm dari bibir bekas semaian. Campurkan dan gaul biji benih dengan pasir halus mengikut nisbah1 bahagian biji benih dengan 5 bahagian pasir halus. Tabur campuran biji benih dan pasir halus di atas permukaan medium semaian dengan rata. Tabur sedikit medium untuk menutup campuran biji benih.

5.

Siram semaian. Pastikan semaian diletakkan di tempat yang teduh. Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah menyemai biji benih (halus) 1. 2. 3. 4. 5. Buat barisan lurus di permukaan medium dengan jarak 10 cm antara satu sama lain. Tandakan titik penanaman dan buat lubang dengan menggunakan sebatang kayu kecil. Masukkan satu biji benih ke dalam setiap lubang. Tutup lubang biji benih dengan campuran medium. Siram semaian. Pastikan semaian berada di tempat yang teduh. Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian. Langkah penyediaan bekas penanaman 1. 2. Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian bawahnya. Jika menggunakan pasu tanah liat yang baru, rendamkannya di dalam air semalaman supaya air dapat meresap ke rongga halus pasu. Cara ini menggelakkan pasu menyerap air daripada medium. Sekiranya, menggunakan bekas terpakai, cuci bekas terpakai untuk mengeluarkan kotoran yang terlekat padanya. 3. Tutup lubang saliran dengan menggunakan batu-batu kecil atau pecahan pasu untuk mengelakkan medium daripada terkeluar bersama-sama air siraman. Langkah mengubah anak pokok 1. 2. 3. 4. Lembapkan medium di dalam bekas semaian beberapa jam sebelum mengubah anak pokok. Masukkan medium ke dalam pasu penananaman seingga memenuhitiga perempat bahagian pasu. Buat lubang di tengah-tengah medium di dalam pasu dengan menggunakan sudip tangan. Ubah anak pokok dari bekas semaian.

5. 6. 7. 8.

Masukkan anak pokok ke dalam lubang medium. Tambahkan medium sehingga 2.5 cm dari bibir pasu. Padatkan permukaan medium dengan tangan. Siram anak pokok yang baru dipindahkan sehingga medium lemap dan letakannya di tempat lindungan selam beberapa hari. Setelah beberapa hari di bawah tempat lindungan, dedahkan anak pokok tersebut secara beransur-ansur kepada cahaya matahari.

Langkah membina batas. 1. 2. Tanah digemburkan.Buat batas setinggi 15 cm hingga 20cm. Panjang batas bergantung pada bentuk yang telah ditetapkan. Tabur dan gaul baja kompos atau baja organik di atas batas.

Langkah menanam anak pokok di atas batas. 1. 2. Buat lubang di permukaan batas dengan menggunakan sudip tangan. Ubah anak pokok dari bekas semaian dengan menggunakan sudip tangan. Kemudian masukkan anak pokok ke dalam lubang. Padatkan tanah dengan tangan. 3. 4. Siram anak pokok. Gunakan daun lalang atau pelepah kelapa atau jaring untuk melindungi anak pokok daripada pancaran matahari. Labelkan batas anak pokok tersebut.

2.8.2

Pemilihan Tapak dan Tempat Tanaman

Terdapat faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah: 1. 2. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan.

3.

Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien.

4. 5. 6. 7.

Mempunyai kemudahan infrastruktur. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan jika tanah bercerun. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian

Penyediaan Tapak Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh iitu pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut: 1. Kandungan nutrien yang rendah Kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi. 2. Keadaan tanah berasid Tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron. 3. Tanah berlempung Mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah. 4. Tanah berpasir Tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan

dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8. Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid. Penyediaan batas Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayursayuran seperti : 1. 2. Membuang rumpai dan batu batan Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan. 3. 4. 5. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 25 cm.

2.8.3

Sungkupan

Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk: 1. Mengurangkan suhu tanah Suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna. 2. Menjaga tanah supaya sentiasa lembab Air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah. 3. Mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat Tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat. 4. 5. 6. 2.8.4 Mengelakkan tumbesaran rumpai Mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih. Bertindak sebagai baja organan apabila ia reput. Pemilihan biji benih

Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi. Ciri-ciri biji benih yang baik ialah: 1. 2. 3. 4. Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat. Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi. Tidak rosak atau cacat.

Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran

1. 2. 3. 4. 5.

Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit. Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak. Labelkan biji benih supaya mudah dikenali. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

Penyemaian biji benih Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat beberapa cara penyemaian: 1. Semaian terus biji benih besar Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu. Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi : Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan Tanam sebiji atau dua biji selubang Selepas bercambah, lakukan penjarangan. 2. Semaian terus biji benih kecil Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan lain-lain boleh menggunakan dua cara: 3. Semaian terus ke batas tetap. Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu - tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah. - beri perlindungan (sungkupan) dan air. Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu. 4. Semaian biji benih halus di dalam kotak semaian Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian - penjagaan anak benih lebih mudah - anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini memastikan hasil yang bertambah. - anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama.

- pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari kotak semaian.

5.

Menyemai cara semai tabur Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut, - tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis. - beri perlindungan (sungkupan) dan air. - selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

2.8.5

Penjarangan

Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi. Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam. 2.8.6 Menyulam

Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat. Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih.

2.8.7

Penanaman

Penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran. 2.8.8 Mengubah

Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap. Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ; 2.8.9 Segarkan anak benih sebelum diubah Lakukan waktu pagi atau petang Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah. Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar. Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar. Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan. Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat. Bekalkan perlindungan dan air. Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari Naungan

Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih. Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa lalang/rumput yang dipotong kertas plastik dan jaring.

Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan. 2.8.10 Penjagaan tanaman sayuran Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut: 1. Menyiram Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus. 2. Merumput Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pemb perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia. 3. Membaja Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

4. Membuat sokongan Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat. Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah. 5. Mengawal Perosak dan penyakit Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu. Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari. 6. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia: Penyakit Melecur anak benih Reput akar Bintik daun Layu bakteria Kulapok Agen Kulat Kulat atau bakteria Kulat Bakteria Bakteria Simptom Anak benih layu dan mati Pokok layu dan mati Daun dengan bintik perang atau hitam Urat daun menjadi hitam. Pokok akan layu dan mati Daun yang diserang layu dan mati.

Karat batang/ daun atau lengai

Kulat

Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti akan jatuh.

Tugasan Mengumpul maklumat

Dapatkan maklumat beserta contoh-contoh mengenai pelbagai jenis tanaman hiasan dari pelbagai sumber. Muatkan hasil yang diperolehi ke dalam folio anda.

Soalan Tutorial Jalankan aktiviti menanam sayur-sayuran bersama murid anda. Senaraikan semua masalah yang anda hadapi sepanjang menjalankan aktiviti tersebut dari memulakan tanaman sehingga memungut hasil.

TAJUK 3 KEMAHIRAN MEMELIHARA HAIWAN

3.0

SINOPSIS Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek peralatan atau bahan

memelihara haiwan. Ia juga akan menerangkan dan mengaplikasikan kemahiran memelihara haiwan. 3.1 i. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: Mengenal pasti alatan/bahan memelihara haiwan ii. Menghasilkan analisis tugasan kemahiran memelihara haiwan iii. Mengaplikasikan kemahiran memelihara haiwan. 3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK Alatan/Bahan memelihara haiwan

Kemahiran Memelihara Haiwan

Analisis tugasan kemahiran memelihara haiwan.

Aplikasi kemahiran memelihara haiwan

3.3

Pengenalan

Kemahiran Memelihara Haiwan memberi fokus kepada perkembangan motor kasar, motor halus dan pengamatan murid. Kemahiran pemeliharaan haiwan ini akan menyediakan murid pendidikan khas dengan kemahiran asas yang diperlukan dalam kehidupan harian. Tanggungjawab melengkapkan murid pendidikan khas dengan kemahiran pemeliharaan haiwan perlu dipikul oleh guru pendidikan khas. Sebagai guru pendidikan khas perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kemahiran pemeliharaan haiwan bagi memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. 3.4 Jenis-jenis Haiwan Haiwan

Adakah anda mengetahui jenis-jenis haiwan yang terdapat di Malaysia? dibahagikan dua jenis iaitu: Jenis-jenis Haiwan

Haiwan Ternakan

Haiwan Liar

Rajah 1 Jenis-jenis Haiwan

3.4.1

Haiwan Ternakan

Haiwan ternakan adalah haiwan yang dipelihara untuk mendapat hasil atau secara kormesial. Beberapa contoh haiwan ternakan yang biasa didapati dan dilhat disekeliling kita.

Kucing

Ikan

Lembu

3.4.2

Haiwan Liar

Haiwan liar adalah terdiri daripada haiwan yang hidup bebas di kawasan perhutanan atau yang jauh daripada kehidupan manusia. Beberapa contoh haiwan liar yang terdapat di Malaysia.

Harimau Gajah 3.5

Gajah Pemeliharaan haiwan.

Singa

Pada zaman dahulu telah pun dilaksanakan aktiviti pemeliharaan haiwan yang bertujuan untuk mendapat daging, susu, bulu dan bahagian lain yang boleh digunakan. Pemeliharaan haiwan masih dijalankan masakini oleh manusia tetapi ia lebih intensif dan bersifat komersial. Dalam konteks ini, kemahiran yang akan diajar kepada murid pendidikan khas berkaitan dengan pemeliharaan haiwan merupakan satu usaha untuk memberi pengetahuan dan kemahiran agar mereka dapat mengetahui kaedah-keadah dan teknik-teknik yang boleh mereka lakukan dalam usaha untuk memelihara haiwan secara kecil-kecilan.

3.5.1

Jenis-jenis haiwan ternakan

Terdapat pelbagai jenis haiwan ternakan di Malaysia. Di antaranya ialah:

Jenis Haiwan Mamalia

Keterangan Terdapat dua kategori: Ternakan bertujuan untuk mendapatkan daging, susu, bulu dan kulitnya. Contohnya; kambing, kuda, unta, lembu dan rusa Haiwan kesayangan haiwan yang dipelihara sebagai haiwan kesayangan atau hobi saperti kucing, arnab, ikan dan haiwan kesayangan lain. Burung yang dipelihara oleh manusia ialah ayam, itik, angsa, puyuh, burung unta, dan lain-lain. Terdapat dua lkategori: Ternakan bertujuan untuk komersial. Contoh: ikan keli, ikan talapia, ikan pating, ikan jelawat, ikan kelah dan lain-lain Haiwan kesayangan Contoh: ikan emas, ikan kelisa dan ikan-ikan hiasan yang lain.

Burung,

Ikan

Bagi memenuhi keperluan kemahiran yang boleh murid pendidikan khas kuasai bersesuaian dengan keupayaan mereka, modul ini akan membincangkan 2 jenis haiwan ternakan iaitu: a). b). Ayam Kucing

3.6

Penternakan Ayam Menternak ayam adalah satu aktiviti penternakan haiwan yang utama di

Malaysia. Ini adalah kerana permintaan terhadap daging ayam adalah lebih tinggi daripada daging-daging lembu, kerbau dan kambing. Mungkin harga daging ayam lebih murah daripada daging-daging yang lain. 3.6.1 Pengenalan

Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak bagi telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl). Ayam merupakan burung paling biasa di dunia. Dianggarkan terdapat 24 bilion pada tahun 2003, menurut Firefly Encyclopedia of Birds. Ayam merupakan haiwan maserba. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Ayam ternakan biasanya tidak dapat terbang begitu jauh. Ayam merupakan makanan yang sangat digemari dan boleh digoreng untuk dimakan begitu sahaja ataupun sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi. Pemeliharaan ayam di Malaysia merupakan salah satu industri yang mencapai ratusan juta ringgit dan salah satu daripada industri pemakanan yang berkembang maju semenjak akhir tahun 80-an. Industri ini dapat mengurangkan pergantungan import daging dari luar negara. Walau bagaimanapun perkembangan dan kemajuan industri ini bergantung sepenuhnya kepada kaedah dan pengurusan yang menjamin kejayaan satu-satu ladang ternakan.

3.6.2

Habitat

Ayam yang akan diternak samada mengeluarkan hasil telur atau daging, memerlukan tempat yang sempurna. Dalam konsep ini, bangsal atau reban merupakan tempat yang digunakan untuk menempatkan ayam-ayam peliharaan. (a) Reban

Sebelum memulakan proses pemeliharaan ayam, seseorang penternak perlu memilih lokasi dimana reban itu hendak dibina. Reban dibina di kawasan

berasingan dari kawasan premis- premis bukan pengeluaran dan dipagar memisahkan antara keduanya. Kebiasaan reban tidak dibina terlalu dekat dengan jalan awam yang sering digunakan oleh kenderaan mengangkut ayam. Reban yang dibina mempunyai rekabentuk yang lebar, dinding, lantai dan atap yang tinggi dan diperbuat daripada bahan yang memberi keselesaan kepada ayam.

Antara ciri-ciri reban yang baik. Dibina di tempat tinggi untuk membolehkan peredaran udara bersih yang sempurna. Mengurangkan tekanan bahan haba. Tidak tempias dan membasahi bahagian reban apabila hujan. Mudah untuk menjalankan kerja membersih. Mempunyai saiz yang sesuai dengan jumlah ayam. Mempunyai pengaliran yang sempurna. Tidak bercampur dengan haiwan lain. Tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan. Berdekatan dengan pengguna dan pemasaran. Pembinaan reban ayam dapat dikategorikan kepada dua iaiitu: Sistem Lantai Atas Reban Ayam Sistem Lantai Bawah

Rajah 1.2. Pembinaan Reban Pembinaan reban seharusnya jauh daripada jalan raya atau jalan yang digunakan oleh orang ramai terutamanya jalan yang sentiasa digunakan oleh kenderaan mengangkut ayam. Ini ialah untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit dari ayam reban atau tempat lain yang menggunakan jalan itu.

Bagi menjamin pengudaraan yang baik, reban yang besar perlu dilengkapkan dengan sistem yang dapat membantu mengawal ventilasi dalam reban. Ini dapat dilakukan dengan melengkapkan reban dengan kipas yang menjamin pengudaraan sepanjang masa. Penyakit berjangkit kepada ayam boleh dibawa oleh haiwan liar seperti tikus dan burung. Risiko dari bahaya penyakit ini perlu diatasi dengan cara membina bangunan atau reban yang tidak membolehkan binatang-binatang ini mendekati atau memasuki reban ayam. Sekiranya terdapat lebih daripada satu reban dalam satu-satu kawasan, pengudaraannya tidak membolehkan udara dari satu reban bertiup ke reban yang lain. Sekiranya berlaku. Ianya boleh menyebabkan penyakit boleh merebak melalui udara.

(b)

Sangkar

Terdapat juga ayam-ayam ternakan yang dipelihara dalam sangkar, terutama ayamayam yang mengeluarkan hasil telur. Penternak hendaklah memastikan bahawa saiz dan bentuk sangkar itu akan memberi keselesaan dan menjamin tidak mencederakan ayam-ayam yang dikurung didalamnya.

3.6.3

Keselamatan dan Kebersihan Keselamatan dan kebersihan memainkan peranan dalam industri perternakan.

Kedua-dua aspek ini akan menjamin kesihatan haiwan ternakan. Sekiranya haiwan

dapat hidup dengan baik dan pembesaran ternakan berjalan dengan sempurna, dengan sendirinya mengeluarkan hasil yang baik. (a) (i) Menjaga Keselamatan Ketinggian reban

Berikut adalah cara-cara untuk menjaga keselamatan ayam-ayam yang dipelihara: Ayam-ayam yang dipelihara dalam reban yang mempunyai sistem lantai atas berisiko tinggi untuk jatuh ke bawah reban. Biasanya ketinggian reban adalah selaras dengan keperluan untuk membolehkan pekerja-pekerja membersih najis ayam di bawahnya. (ii) Pelindungan daripada musuh

Reban yang dibina seharusnya mempunyai halangan bagi musuh-musuh ayam memasuki reban. Oleh itu penternak perlu membina reban yang menghalang daripada musuh-musuh mendekati dan menganggu atau memakan ayam dalam reban. Keseluruhan kawasaan ladang perlu dipagar dengan pagar jenis chain-link atau yang bersesuaian untuk menghalang orang yang tidak berkaitan atau haiwan. (iii) Pelindungan daripada musuh.

Jalan masuk dan keluar dalam ladang mestilah sehala bertujuan memudahkan pengawasan orang yang keluar masuk ladang. Tindakan ini boleh mengelakkan daripada merebaknya daripada penyakit yang mungkin boleh membunuh ayam di dalam reban. (b) Menjaga kebersihan

Penternak perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran ladang ternakan ayam. Persekitaran ladang yang tidak bersih memudahkan berlakunya penyakit, menyebabkan ketidakselesaan kehidupan dan boleh menjejaskan pembesaran ayam. (i) Pembersihan sampah sarap Ladang-ladang perlu bebas dari sampah sarap dan ayam mati kerana kuman yang dibawa oleh punca-punca ini boleh menyebabkan penyakit kepada ayam-ayam. Bahan kotoran ini perlu di lupuskan dengan segera daan sistematik. (ii) Penyenggaraan kawasaan sekitar.

Pokok-pokok dan rumput perlu disenggarakan dengan baik supaya pembiakan tikustikus dan burung-burung liar tidak membiak. Ia juga mengelakkan daripada pemandangan yang tidak menarik.

(iii) Saliran Kebiasaan ladaang ternakan ayaam memerlukan saliran yang baik. Untuk memastikan saliran itu berkeadaan baik, penternak perlu sentiasa memeriksa supaya parit itu tidak tersumbat dan aliran air berjalan baik. (iv) Pembersihan sistem lantai Reban ayam yang menggunakan sistem lantai atas atau lantai bawah perlu menjaga kebersihan lantai tempat ayam itu hidup. Pastikan najis ayam sentiasa dibersihkan dan dikeluarkan supaya tidak menjadi pembiakan lalat dan serangga lain. (v) Penyenggaran stor Stor dan kelengkapan pemeliharaan seperti bekas makanan, bekas minuman sentiasa disenggaraan dan dijaga kebersihannya dengan baik sepanjang masa. 3.6.4.Pengurusan ternakan dan peralatan (a) Panduan Pengurusan Menyediakan panduan pengurusan ladang termasuk kaedah pengurusan ternakan, pemberian makanan dan air minum, pengurusan reban, vaksinasi, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan, pengurusan kesihatan ternakan dan lain-lain panduan yang berkaitan. Meletakkan panduan ringkas pengurusan ladang di setiap reban supaya mudah dilihat dan dirujuk oleh pekerja. (b) Kawalan dan Jaminan Kualiti Mengamalkan pengurusan harian, penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan pertumbuhan dan mutu ayam yang baik, pengeluaran telur dan mutunya yang baik.. Mengamalkan pengurusan harian, penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan tidak

menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran serta perebakan penyakit. (c) Mengendali Ayam dan Telur Memungut telur beberapa kali sehari. Menyimpan telur yang bersih berasingan dari yang kotor dan pecah. Segala peralatan dan kelengkapan yang berkaitan dengan pengendalian telur dipastikan bersih. Program penyelenggaraan peralatan disediakan. Bilik menggred dan menyimpan telur sentiasa dipastikan berkeadaan bersih. Menyimpan telur dengan posisi yang betul di tempat yang bersih, bersuhu rendah dan ventilasi yang baik. (d) Makanan Memperolehi bekalan makanan dari kilang makanan yang menerapkan amalan pembuatan yang baik (GMP) atau amalan yang diperakukan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pemantauan mutu dan kebersihan makan dibuat dari masa kesemasa. Menyimpan makanan di tempat yang mempunyai ventilasi yang baik yang tidak mendedahkan makanan mengalami kerosakan mutu atau pertumbuhan kulat..Menyimpan makanan di tempat yang bersih, kalis tikus dan burung.Tidak menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis yang menyimpan makanan. Makanan tidak disimpan lama.(tidak lebih dari satu minggu) Bagi tempat simpanan makanan yang berlantai simen atau tanah, makanan disimpan di atas alas tinggi lebih kurang 15sm. (e) Air Minuman Menggunakan air dari sumber yang bersih atau air yang telah dirawat terlebih dahulu dengan menggunakan bahan seperti klorin dan lain-lain bahan sanitizer yang diluluskan oleh kerajaan Mengelakkan air minuman dari dicemari. AIr minuman disimpan di dalam bekas yang tertutup dan mudah dicuci. Menggunakan bekas menyimpan air minum yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat dari bahan yang boleh menyebabkan keracunan. Pemantauan kualiti air (pH, kandungan kimia, kuman, logam) dari masa ke semasa. 3.6.5 Kesihatan Ternakan

(a) Program Kesihatan Menyediakan dokumen bertulis program kesihatan ladang dan melaksanakannya dengan betul. Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan diawasi oleh perunding veterinar yang diiktiraf. (b) Kawalan Penyakit Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini. Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci) dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter, Lysteria), Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang. (d) Ubatan, Racun dan Bahan Kimia Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia mengikut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya. Dos diguna, tempoh penggunaan dan persekitaran menyimpannya dipatuhi. Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang dijangka mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum tarikh lupusnya. Mengguna hanya ubat, bahan kimia dan racun dari jenis yang diluluskan oleh kerajaan. 3.6.6 Kawalan makluk perosak dan pencemaran. (a) Kawalan Tikus

Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan merekod dengan sempurna. Mengambil langkah mempastikan indeks infestasi tikus tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika infestasi tikus melebihi indeks ini. (b) Kawalan Lalat Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang di paras minimum. Program kawalan lalat diwujudkan dan melaksanakannya dengan betul. Memantau infestasi lalat di semua peringkat pemeliharaan secara berkala dan merekod dengan lengkap indeks lalat (menggunakan Scuder fly grill) mesti tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika indeks infestasi melebihi indeks ini. (c) Kawalan Bau

Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di ladang yang terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran pada setiap masa. Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera segala perkara yang boleh menjadi punca bau busuk di ladang dan persekitaran. Kawalan Habuk Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban tertutup tidak mencemarkan udara dan menganggu kawasan persekitaran.

Pencemaran Bunyi Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan dan kelengkapan yang digunakan tidak menganggu kesejahteraan awam di sekitar.

Latihan (a) Dapatkan maklumat lanjut berkenaan ternakan ayam dengan melayari http://www.jphpkgov.my (b) Senaraikan penyakit-penyakit yang mudah dijangkiti ayam dan bagaimanakah mencegahnya.

Latihan Jelaskan semua perbezaan dan persamaan antara perternakan ayam telur dan ayam daging.

3.7 Pemeliharaan Kucing

Memiliki binatang peliharaan adalah sesuatu yang sangat menyenangkan. Seolaholah seperti menerima anggota keluarga baru yang lucu dan mampu menghibur kita dikala kita tertekan dan stress dengan aktiviti seharian. Kucing sudah sekian lama dijadikan companion animal, binatang yang sudah diterima sebagai anggota masyarakat dan anggota keluarga. Kemanjaannya, ekspresinya, tingkah lakunya mampu menghibur manusia dan membuatnya sebagai makhluk yang dicintai dan disayangi manusia. Kucing memiliki berbagai tingkatan status dalam hubungannya dengan manusia. Bermula sebagai status binatang pengganggu, binatang yang dijualbeli, sebagai alat pengusir tikus, sebagai badut di rumah atau sebahagian anggota keluarga yang dicintai. Komitmen manusia dalam memelihara dan merawat kucing tidak terlepas bagaimana manusia tersebut memandang interaksi kucing dalam kehidupannya. Kucing yang beruntung adalah kucing yang diterima dan disayangi sebagai anggota keluarga. Dalam hal ini tidak hanya kucingnya yang beruntung tetapi juga manusianya. Kucing adalah haiwan yang melucukan, comel, menyenangkan dan menghiburkan. Namun mereka memerlukan perhatian yang rapi , terutama dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan sebagainya. Jika anda adalah salah satu penggemar kucing dan ingin memelihara kucing sebagai binatang peliharaan anda, maklumat di bawah dapat membantu anda mendapatkan pengetahuan tentang pemeliharaan haiwan ini. 3.7.1 Tujuan Pemeliharaan Terdapat beberapa tujuan memelihara kucing, antaranya ialah 1. Sebagai hobi 2. Sebagai teman kepada manusia 3. Untuk tujuan pembiakan 4. Untuk pertandingan dan pertunjukan 5. Sebagai terapi 6. Memupuk dan berkongsi minat dan rasa kasih terhadap haiwan peliharaan kesayangan iaitu kucing. 7. Membuat kebajikan dan memberi perlindungan terhadap kucing-kucing yang terbiar melalui pembelaan tempat tinggal, kesihatan dan makan minum. 8. Memberi kesedaran, mendidik, pendedahan, pengetahuan, bimbingan kepada

masyarakat mengenai penjagaan sebenar haiwan kesayangan iaitu kucing. 9. Menjadikan kucing sebagai sumber dan model pengikat kasih sayang kekeluargaan dikalangan masyarakat melalui perkongsian hobi yang sama iaitu memelihara kucing. 3.7.2 Pemilihan kucing peliharaan Sebelum memelihara kucing, anda perlu membuat pemilihan tentang beberapa aspek penting bagi menentukan kucing yang dipelihara nanti tidak mendatangkan masalah kepada murid bermasalah pembelajaran. 1. Memilih watak kucing Pilih karektor kucing yang cergas, penyayang, aktif dan manja. Jangan memilih kucing yang agak liar dan sukar dikawal. 2. Memilih Warna Anda harus pandai memilih warna kucing. Ini kerana faktor gen warna akan mempengaruhi anak kucing yang dilahirkan. Warna kucing yang menarik akan menambah keceriaan kucing tersebut. 3. Faktor kesihatan Anda sebaiknya melihat bentuk gigi dan kelengkapan gigi kucing, selain itu lihat kebersihan telinga dan bentuk telinga. Kucing yang memiliki penyakit boleh membahayakan kanak-kanak serta orang yang memliharanya. 4. Periksa Seluruh Bulu dan Badan. Periksa keseluruhan badan kucing bagi memastikan kucing tersebut tidak dijangkiti sebarang penyakit. 5. Periksa kad vaksinasi Periksa rekod vaksinasi sekiranya ada untuk memastikan tahap kesihatan kucing.

3.7.3 Menjaga kebajikan kucing

Haiwan peliharaan yang dipelihara memerlukan penjagaan, kebajikan dan kesihatan yang sama dengan seorang ahli keluarga. Sebagai seorang pemilik haiwan yang bertanggung jawab, anda seharusnya memastikan kebajikan kucing dijaga dengan baik. Diantara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah 1. Makanan yang berkhasiat 2. Menjaga kesihatan 3. Sangkar yang bersih dan selesa 4. Tumbesaran yang seimbang 5. Keadaan fizikal yang sempurna 3.7.4 Penjagaan kucing Haiwan peliharaan memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memastikan kesihatan dan kehidupan yang baik. Adalah menjadi tanggung jawab pemiliknya untuk menyediakan segala keperluan yang menjadi asas kepada kebajikan dan kesihatan haiwan berkenaan. Kesihatan (i) Makanan - Menyediakan makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan sesuai untuk kucing. - Makanan yang disukai kucing. - Makanan yang bersih dan tidak tercemar. (ii) Tempat tinggal - Selesa dengan saiz yang sesuai - Sentiasa bersih - Jauh dari tempat yang kotor dan tidak selamat - Dibuat dari bahan yang tidak membahayakan - Mempunyai pengudaraan yang baik Tip penjagaan kucing 1. Pastikan ia dihantar ke veterinar setiap bulan dan diberi suntikan bagi mengelakkan penyakit seperti leukimia,batu karang dan sebagainya. 2. Kucing juga perlu dimanja,hantarkan ke SPA untuk dibersihkan dari bulu,telinga,ekor dan sebagainya.

3. Beri ruang kepada kucing anda,jangan malas untuk melatihnya agar biasa tidur dikandang kucing. 4. Pastikan anda memilih diet yang sesuai unutk peringkat umur kucing.Pemakanan kucing akan mempengaruhi karater najisnya. 5. Jangan berkira unutk membeli pasir khas agar bau najis kucing tidak tersebar di serata kawasan apartment anada. 6. Kucing perlu dikasi agar tidak mengawan dan membuat bising semasa mahu mengawan. 7. Pastikan anda menyedut segala balu dan habuk lebih kerap jika mempunyai kucing demi kualiti kesihatan anak-anak. 8. Gunakan cecair pembersih anti bakteria dan pengudaraan juga perlu baik agar mengelakkan kuman dan penyakit. 9. Latih kucing anda agar betah unutk ke satu ruang saja dan tutup pintu gelongsor apabila melepaskan ia di ruang kediaman. 10. Buat jadual pemakanan kerana kucing juga adakala jelak apabila dihidangkan makanan yang sama .Anda juga boleh merangka jadual khas untuk dilepaskan agar mudah anda membersihkan ruang kembali selepas itu.

3.7.5 Penyakit-penyaki kucing Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis penyakit yang mungkin dihidapi oleh kucing. Feline Panleukopinia ( Feline Entritis ,Feline Distemper) Etiologi : Parvovirus Tanda-tanda klinikal: Cirit-birit (diarrhoea)

Demam (fever) Hilang selera makan (aneroxia) Kehilangan air (dehydrated) Muntah (Vomitting) -Kadar kematian adalah tinggi khasnya dikalangan anak kucing berumur 12 bulan dan mudah berjangkit ( contagious) Feline Respiratory Disease Complax (Feline Influenza, Feline Hepetitis) Etiologi : Herpersvirus Calicivirus Tanda-tanda klinikal: Bersin (sneezing) Batuk (coughing) Hidung dan mata berair (eye & nasal discharge) Tidak selera makan (anorexia) Luka pada gusi dan lidah Oleh kerana etilogi penyakit-penyakit ini adalah virus maka tiada rawatan khusus yang boleh diberikan. Bagi mengawal dan mencegah masalah ini setiap anak kucing hendaklah diberi suntikan Imunisasi ( vaccination) Suntikan : vaksin 4:1 Dose pertama : umur 9-12 mingguBooster : Selepas 2- 4 minggu ulang setahun sekali Feline infections peritonitis (Corona virus) Tanda-tanda : Dry form ( kurus kering) Wet form/ ascites ( busung) Tiada rawatan, tetapi vaksin hanya boleh melindungi 60% sahaja Feline leukemia Disebabkan genetic virus yang menyerang tulang hingga gagal mengeluar sel darah merah. Tiada rawatan ,hanya Vaksin sebagai pencegahan Feline Hemobartonella (Serangan Fleas)

Tanda-tanda: Kucing mengantuk dan lemah Penyebab: Serangan protozoa dalam sel darah merah Mycoplama Tanda-tanda : Menyerang mata ( Conjuctiva) Rawatan Gentamycint, Oitment Flutd ( kucing tak mahu kencing) Tanda tanda : FUS feline urinology system Rawatan : masukan Cathether Puncanya dalam makanan /Biskut kucing yang mengeluarkan protein struvite. Fungal infection Punca penyakit: Microsparum cati, Trichopyton Rawatan Cuci dengan iodine dan sapu dengan methlyne blue. penggunaan anti fungal tidak disyorkan kerana menyebabkan penyakit buah pinggang. Mange/ scarbies/ kurap/ mites Penyebab : Serangan sarcopties scaba, Notoedress cati Rawatan ivomecting (0.1 =5kg + propylene glycerol atau air suling) suntikan di ulang 2 minggu kemudian. Otodectic mange ( hama dalam telingga yang memakan body lymph) Rawatan: Cuci telingga hingga bersih dan suntik ivomecting Thiamine defe ( kucing jalan melengkong) Penyebab : Kucing yang makan ikan mentah ( sering terdapat di market ) Keracunan Penedol ( Paracetamol) Tanda-tanda muka bengkak, mata biru, muntah Rawatan : suntikan atropine

Helminthiasis ( bebanan cacing ) Penyebab: serangan cacing Hookworm- berak berdarah Trichuris- Cirit-berit yang tak henti- henti selang 2 hari Stronggyles-Diorhea busuk dan melekat didubur Tanda-tanda Gatal di sekeliling anus Rawatan : Pyrantel pomoat

Latihan Senaraikan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk memelihara kucing. Jelaskan fungsi peralatan tersebut.

Mengumpul Maklumat

Nyatakan prosedur penternakan kambing secara komersial.

3.8 Rumusan Setelah anda selesai mempelajari tajuk ini, diharapkan anda telah mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Anda telah memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang Kemahiran Asas Untuk Berdikari. Berdasarkan pengetahuan yang diperolehi diharapkan anda dapat membimbing murid-murid melaksanakan kerja-kerja amali yang berkaitan dengan tajuk ini. Anda juga digalakkan membuat rujukan berdasarkan pelbagai sumber untuk mengukuhkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang ini.

BIBLIOGRAFI Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-Jahitan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-

Perkebunan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran HidupPemeliharaan Haiwan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. KPLI SR Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Kemahiran Hidup Untuk Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Minor Modul 1/3. Putrajaya. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. KPLI SR Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Kemahiran Hidup Untuk Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Minor Modul 2/3. Putrajaya. Bahagian Pendidikan Guru. Open University Malaysia. 2008. HBSE 3403 Kemahiran Hidup untuk Pendidikan Khas 1. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Open University Malaysia. 2009. HBSE 4203 Kemahiran Hidup untuk Pendidikan Khas 2. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan dan Bahasa.

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KAMARUL BAHRIN BIN MOHD. RADZI PENSYARAH IPG KAMPUS IPOH KELAYAKAN M.Ed.(Pendidikan Khas) B.Ed. (Pendidikan Khas) Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas) Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas)

NAMA kamar62003@yahoo.com kamarulbahrin@ipip.edu.my

KELAYAKAN Pensyarah IPG Kampus Ipoh Peg.Khas Pend. Khas PPD Kuala Kangsar Penyelaras Pendidikan Khas Guru Pendidikan Khas Guru Pemulihan Khas

AZMI BIN ABU BAKAR PENSYARAH IPG KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH azmi313@gmail.com azmiab@ipda.edu.my

M.Ed.(Teknologi Pendidikan & Multimedia) B.Ed. (Pendidikan Khas) Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas) Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Khas) Pensyarah IPG Kampus Darulaman Peg. Khas Unit Pend. Khas JPN Kedah Penyelaras Pendidikan Khas Guru Pendidikan Khas

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

You might also like