You are on page 1of 2

Susunan Elektron dan Pembentukan ion

Sesuatu atom dikatakan mempunyai


susunan elektron yang stabil jika
petala terluarnya diisi penuh dengan
elektron.
Dua jenis susunan elektron yang stabil
ialah susunan duplet dan susunan
oktet.

Nota Ringkas
Petala pertama sesuatu atom hanya
boleh diisi dengan 2 elektron.
Petala berikutnya boleh diisi dengan 8
elektron.

Sesuatu atom boleh mencapai susunan elektron duplet atau oktet secara melepaskan elektron
di petala terluarnya atau menerima elektron ke petala terluarnya.

Pembentukan ion
positif
Ion positif terbentuk
apabila atom
melepaskan elektron di
petala terluarnya.

Contoh : Atom magnesium ada 12 elektron (2,8,2).


Untuk mencapai susunan elektron oktet, atom magnesium melepaskan 2 elektron di petala
terluar.
Mg - 2 e ------> Mg2+
Ion magnesium bercas +2 kerana bilangan proton(12) melebihi bilangan elektron(10) sebanyak 2.
Ion magnesium mempunyai susunan elektron 2, 8 iaitu susunan oktet yang stabil.

Pembentuk
an ion
negatif
Ion negatif
terbentuk
apabila atom
menerima
elektron ke
petala
terluarnya.
Contoh : Atom oksigen ada 8 elektron (2,6).
Untuk mencapai susunan elektron oktet, atom oksigen menerima 2
elektron ke petala terluar.
O + 2 e ------> O2-
Ion oksigen bercas -2 kerana bilangan elektron(10) melebihi bilangan proton(8) sebanyak 2.
Ion oksigen mempunyai susunan elektron 2, 8 iaitu susunan oktet yang stabil.

You might also like