You are on page 1of 6

Penilaian Dalam Pengajaran Sains (SCE 3111)

PENGENALAN MIKROORGANISMA

Mikroorganisma adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu mikros yang membawa maksud kecil dan organismos bermaksud organisma. Mikroorganisma adalah hidupan seni yang hanya dapat dilihat menerusi mikroskop. Ia boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Terdapat perlbagai jenis mikroorganisma dan secara amnya ia dapat dikelaskan kepada lima kumpulan iaitu bakteria, virus, kulat, protozoa dan alga. Mikroorganisma dikelaskan berdasarkan ciri-ciri sepunya seperti saiz, rupa bentuk, cara pembiakan, nutrisi dan habitat. Walaupun mikroorganisma mempunyai struktur yang ringkas tetapi ia berupaya memberikan kesan kepada manusia dan hidupan lain. Sesetengah mikroorganisma berfaedah kepada manusia manakala yang lainnya berbahaya kepada manusia begitu juga dengan hidupan lain. Kesan buruk yang dibawa oleh mikroorganisma ialah peranannya dalam menyebabkan penyakit. Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma pada manusia telah banyak mengakibatkan penderitaan, kematian dan juga kerugian ekonomi. Ini adalah kerana mikroorganisma juga boleh menjangkiti haiwan ternakan dan tanaman. Tanaman yang dijangkiti mikroorganisma mengeluarkan hasil yang kurang dan rendah kualiti. Haiwan yang dijangkiti mikroorganisma pula menjadi tidak sihat da nada juga yang mati. Walaupun mikroorganisma lazimnya dikaitkan dengan penyakit, tetapi bilangan spesis mikroorganisma yang terlibat dengan penyakit adalah sedikit. Bahkan banyak spesis mikroorganisma telah digunakan oleh manusia dalam menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh manusia. Dalam bidang perubatan misalnya, penghasilan bahan sekunder yang disebut sebagai antibiotik telah dimanfaatkan bagi merawat pelbagai penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma patogen.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains (SCE 3111)

http://ngleekeng.blogspot.com/

SAINS TAHUN 5.
Tema Standard Kandungan Standard Pembelajaran Hasil Pembelajaran : Menyiasat Alam Kehidupan : Mikroorganisma : Memahami mikroorganisma adalah hidupan. : Menyatakan yis ialah mikroorganisma. Menyatakan mikroorganisma bernafas. Menyatakan mikroorganisma membesar.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains (SCE 3111)

Alat Pentaksiran Bahan-bahan

: Eksperimen : 1 cawan tepung gandum, cawan air suam, 1 sudu teh yis kering, 1 sudu teh gula.

Langkah-langkah

1. Campurkan semua bahan. 2. Tutup adunan dengan kain basah. 3. Biarkan selama 20 minit. 4. Rekod hasil pemerhatian.

PEMERHATIAN: Apakah yang terjadi kepada adunan itu selepas 20 minit? - Saiz doh bertambah

PERBINCANGAN : a) Gambar di bawah menunjukkan adunan doh. Lukis saiz doh selepas 20 minit pemerhatian anda.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains (SCE 3111)

b) Kenapa doh itu menaik? - Kerana mikroorganisma bernafas c) Kesimpulan - Yis adalah hidupan - Mikroorganisma bernafas.

PENILAIAN KERJA AMALI.

KONSTRUK

MARKAH

KRITERIA K1- Menyatakan ciri-ciri objek dan situasi

CATATAN Instrumen Pentaksiran : Eksperimen

KPS 1 Memerhati

yang betul dengan menggunakan manamana lima deria K2- menyatakan ciri-ciri objek dan situasi dengan betul menggunakan alat-alat yang sesuai untuk merangsang deria

Tajuk : 2/5/5.1/5.1.3

Penilaian Dalam Pengajaran Sains (SCE 3111)

K3- menyatakan ciri-ciri objek dan situasi berdasarkan urutan yang berlaku 3 2 1 K1 dan K2 K1 atau K2 K1 atau K2 dengan bimbingan SKOR

RUJUKAN.
1. Azizi Ahmad, Mohd. Isha Awang ( 2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains (SCE 3111)

2. Unit Sains Rendah, Sektor Pengurusan Akademik Pulau Pinang. Science Practical Work Assessment ( PEKA ), Year 5&6. Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. 3. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4, 5 dan 6. 4. http://www.scribd.com/doc/87288086/PeKA-Sains-Tahun-5 5. http://diary-cikgu.blogspot.com/2012/01/eksperimen-mikroorganismabernafas.html 6. http://www.slideshare.net/winnahafiz/mikroorganisma-tahun-5 7. http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm 8. http://panitiasainsskha.blogspot.com/2012/01/mikroorganisma.html 9. http://www.scribd.com/doc/84208265/Soalan-Sains-Tahun-5-PKSR-1-2012Latest 10. http://banksoalanupsr.blogspot.com/ 11. http://www.tutor.com.my/tutor/banksoalan.asp?pg=banksoalan.htm 12. http://www.melvister.com/2012/08/koleksi-soalan-percubaan-upsr-2012-seluruhnegeri.html 13. http://gudangsoalan.blogspot.com/p/soalan-tahun-6upsr.html

You might also like