You are on page 1of 1

KUMPULAN 4

JENIS-JENIS JERAT:

1. Jerat haiwan sederhana

Jerat jenis ini diikat pada sebuah tiang (ranting/pokok). Tali yang digunakan untuk menjerat pula diletakkan di laluan keluar masuk haiwan. Simpulan yang digunakan bagi menghasilkan jerat ini ialah simpulan lasso. Simpulan ini digunakan agar mudah untuk menjerat leher haiwan kerana simpulan ini jenis yang mudah laras.

2. Jerat gantung.

Simpulan yang digunakan ialah simpul laso. Hujung tali jerat diikatkan pada ranting atau dahan yang mudah lentur dan elastik. Jerat ini menggunakan pengait sebagai tempat letak umpan. Apabila haiwan tersebut makan umpan maka pengait tersebut akan bergerak dan secara tidak langsung akan menggerakkan tali jerat yang diletakkan pada bahagian pengait tersebut. Jerat jenis ini boleh mematikan mangsa (haiwan).

You might also like