You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PERNUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM BiL 1 Tahun 2013 Tarikh Masa Tempat

: 19 OGOS 2013 : 10:30 12:00 mlm : Virtual (Online meeting)

HADIR 1. Mohd Zairee Mindar 2. Md Zaini Md Ladzim 3. Harizam Mohd Noor 4. Idriasari Mohd Idris 5. Suharnita Hussin 6. Rufaihah Yaacob 7. Aznilia Mohammad Suardi 8. Azmil Amat Sehab 9. Misri Bohari 10. Muhamad Shamsi Abdul Latip 11. Anuar Abdul Aziz 12. Norazurah Selamat 13. Azira Pauruz Mohammad Puzi 14. Muhammad Huzaifah Redzuan 15. Faisal Johari 16. Sapie Senin 17. Saifullah Mustafa 18. Mohd Yunus Yusof 19. Zakiah Hanim Abdullah 20. Mohd Norayim Mahpol

1. PERUTUSAN Y. BHG. PENGERUSI Tuan pengerusi Mohd Zairee mindar setelah membuka kata kata aluan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah meluahkan masa untuk membincangkan perkara perkara asas berkaitan penubuhan Persatuam Alumni Sekolah Agama Menengah Jeram (PASAMJ). Kemudiannya telah memberi laluan kepada Harizam Mohd Noor untuk memperjelaskan syarat syarat ROS. 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Tiada mesyuarat sebelumnya yang perlu disahkan.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Terdapat permintaan untuk menubuhkan Alumni Sekolah Agama Menengah Jeram bertujuan untuk menjaga kebajikan para ahlinya. Jesteru itu, diterangkan dengan jelas tentang proses-proses penubuhan persatuan alumni. Mesyuarat untuk menubuhkan pertubuhan yang dihadiri tidak kurang daripada 7 orang dan nama-nama mereka hendaklah dicatitkan di dalam minit mesyuarat. Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah meluluskan resolusi-resolusi seperti berikut: I. Bersetuju tentang penubuhan pertubuhan II. Meluluskan nama pertubuhan III. Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja untuk mengendalikan pendaftaran pertubuhan IV. Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang didaftarkan V. Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) pertubuhan termasuk resolusi-resolusi yang disebutkan di atas. 3.1. PERSETUJUAN Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Alumni Sekolah Agama Menengah Jeram.

3.2. MELULUSKAN NAMA PERTUBUHAN Terdapat beberapa cadangan nama persatuan antaranya seperti tersenarai: I. Xsamj94 II. Alumni Jeram III. Otai Samj Association IV. Otai Samj V. Samjrians VI. Samjey Kata sepakat untuk nama persatuan gagal dipersetujui, namun ahli mesyuarat bersetuju untuk menangguhkan penamaan nama persatuan untuk mengambil kira pandangan dari batch alumni dari tahun berlainan. Usaha tersebut akan dilakukan di facebook dalam waktu yang terdekat.

3.3. MELANTIK AHLI JAWATANKUASA PENAJA Ahli mesyuarat telah bersepakat untuk melantik ahli jawantankuasa penaja yang pada dasarnya dilantik untuk mendaftarkan persatuan dengan ROS. Ahli jawatankuasa yang baru akan dilantik pada AGM pertama selepas persatuan berjaya didaftarkan. Ahli Jawatankuasa penaja yang telah dilantik adalah seperti berikut:

Pengerusi Zairee Setiausaha Harizam Mohd Noor AJK (i) (ii)

Naib Pengerusi Mohd Zaini Mohd Ladzim Bendahari (i) Rufaihah (ii) Huzaifah (iii) Azira Fauruz

Azmil Aznilia Biro Kebajikan Anuar Abdul Aziz Biro Sukan Shamsi

Biro Ibadah Misri Biro Ekonomi Azura Selamat

3.4. MELULUSKAN PERLEMBANGAAN Semua ahli mesyuarat bersetuju perlembagaan dan dasar polisi persatuan akan didrafkan oleh ahli jawatankuasa penaja dan akan diperhalusi pada mesyuarat akan datang.

3.5. MENCATAT MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat direkodkan oleh setiausaha yang telah dilantik.

4. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA Bagi mesyuarat akan datang perlembagaan dan dasar polisi persatuan akan dibincangkan dengan lebih terperinici. Perkara-perkara yang perlu di bincangkan untuk perlembagaan dan polisi dasar adalah seperti berikut: I. Kertas kerja berkaitan dengan perlembagaan dan dasar polisi persatuan; II. Bersetuju dengan tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan; III. Membahagikan tugas untuk menyediakan kertas kerja berkenaan; IV. Membincangkan isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja bekenaan; V. Pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan; dan VI. Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya. 5. HAL-HAL LAIN

Hal hal lain yang dibincangkan adalah seperti berikut I. Kos pendaftaran persatuan sebanyak RM30, seperti yang tertulis di website ROS. Jika ada perubahan, ahli jawatankuasa penaja akan diberitahu. II. Jangka masa yang diperuntukan untuk pendaftaran persatuan adalah 3 bulan, iaitu sehingga disember 2013 dan AGM perlu dilaksanakan dengan kadar segera setelah persatuan Berjaya didaftarkan.

6. PENUTUP Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti: a. Mesyuarat ditangguh pada pukul 12:00 tengah malam. b. Mesyuarat seterusnya akan dilakukan semasa open house di rumah Timbalan pengerusi. b. Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat; dan bacaan doa dari Ustaz Sapidin

7. URUSETIA
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

.. Harizam Md Noor Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penaja PASAMJ

Mohd Zairee Mindar Pengerusi Jawatankuasa Penaja PASAMJ

You might also like