You are on page 1of 1

Adat perkahwinan suku kaum Iban adalah berbeza mengikut kawasan dan agama yang dianuti.

Sungguhpun begitu, adat perkahwinan masyarakat ini sering dirujuk kepada suku kaum Iban yang mendiami negeri Sarawak. Pengamalan adat juga turut dipengaruhi oleh faktor masa, keadaan sekeliling dan kesesuaian mengikut pertimbangan yang dipersetujui bersama dalam kalangan komuniti mereka.

Hasil pengalaman merakam detik-detik perkahwinan sepasang pengantin di daerah Kapit, Sarawak baru-baru ini, saya mendapati sebahagian besar adat resam nenek-moyang mereka masih diamal dan dipertahankan.

Semasa hari perkahwinan, pengantin lelaki dan rombongannya bangun awal dan mempersiapkan kelengkapan perkahwinan sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan. Gong merupakan alat yang mesti dibawa sepanjang perjalanan. Pengantin lelaki juga telah bersedia awal dengan memakai pakaian perkahwinan seperti baju yang diperbuat daripada kulit kayu yang disulam.

Rombongan pengantin lelaki bertolak menggunakan bot ekspress yang isewa khas memanangkan jalan darat belum dibina. Sepanjang perjjalanan alunan bunyi irama gong sentiasa menceriakan suasana. Adat memukul gong sepanjang mengiring pengantin lelaki telah lama dilakukan walaupun perjalan mengharungi hutan dan bukit pada ketika dahulu.

Semasa menghampiri jeti kampung pengantun perempuan, kelihatan keluarga penganting perempuan telah berkumpul untuk menyambut ketibaan rombopngan pengantin lelaki. Sebaik sahaja tiba, wakil ketua pengantin perempuan menjamu ketua rombongan pengantin lelaki dengan segelas arak yang dipamggil sebagai air haus sebagai tanda penghormatan kepada keluarga pengantin lelaki. Keluarga

You might also like