You are on page 1of 24

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi Kertas 4 (944/4)
Penggal 3 Tahun 2013

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. __________________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 24 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2013 1
TERHAD

TERHAD Kandungan Bil. BAHAGIAN I : GURU 1.0 2.0 Pengenalan Objektif Penilaian 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi 3.1 Arahan umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 3.5 Tanggungjawab Calon Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Langkah Menjalankan Aktiviti di Luar Bilik Darjah Kaedah Kajian Peralatan dan Kegunaannya Format Penulisan Struktur Penulisan Penskoran 3 34 Perkara Halaman

3.0

48

4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0

8 10 10 11 11 11 12 12 13 13 14

BAHAGIAN II : CALON 12.0 13.0 14.0 15.0 Tanggungjawab Calon Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Format Penulisan Struktur Penulisan 15 16 17 17 17 18 19 22 23 24

Lampiran Soalan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi (944/4)

TERHAD

TERHAD BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Ekonomi wajib melaksanakan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja kursus adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersamasama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. 2.0 Objektif Penilaian

Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi bertujuan untuk memenuhi matlamat pendidikan Ekonomi yang menyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah. 2.1 Kemahiran kognitif, 2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan ekonomi dan mencadangkan langkah untuk mengatasinya dalam konteks setempat, menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan manusia dan faktor yang mempengaruhinya, mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar, dan mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu ekonomi. menghitung, mengukur, melakar, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer, menemu bual, melakukan pemerhatian, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer, mengumpul, mengelas, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta memuat turun bahan daripada sumber Internet, memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, merumus, dan menganalisis data dan maklumat yang diperoleh, dan mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menganalisis dan mempersembahkan data. boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan, boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan, berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti di luar bilik darjah yang dilaksanakan secara berkumpulan, berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan, berupaya menyelesaikan masalah, berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif, boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik,

2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.2 2.2.1 2.2.2 2.2.3

Kemahiran manipulatif,

2.2.4 2.2.5

2.3

Kemahiran insaniah (soft skills), 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 2.3.5 2.3.6 2.3.7

TERHAD

TERHAD 2.3.8 2.3.9 menyedari dan menghargai tentang kepentingan isu ekonomi negara, boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika, dan

2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi. 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Kerja kursus (kerja projek) Ekonomi wajib diambil oleh semua calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian Kerja kursus (kerja projek) Ekonomi hendaklah dibuat dalam Penggal 3 Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Enam peringkat sekolah Memastikan ahli jawatan kuasa PBS sekolah menyediakan Fail Induk PBS Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail PBS bagi mata pelajaran masing-masing Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Ekonomi Memastikan bahawa semua hasil penulisan kerja kursus calon telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut perkara yang terdapat dalam borang markah yang disediakan Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus dipenuhi Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tema (b) Memahami skop tugasan dan membuat perancangan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi secara individu

3.1.2 3.2 3.2.1 3.2.2

Tanggungjawab Pengetua

3.2.3 3.2.4

3.2.5 3.2.6 3.3

Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.3.1 3.3.2 3.3.3

3.3.4

3.3.6 3.3.7

TERHAD

TERHAD 3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

3.3.9

3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM 3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) 3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon 3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Ekonomi calon 3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.3.22 Menilai pembentangan calon dan memberi markah secara individu serta mengisi markah pembentangan dalam Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 3.3.23 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus (kerja projek) Ekonomi bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

TERHAD

TERHAD 3.3.24 Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4 3.3.25 Mencetak Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) dan membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek) calon bersama dengan seorang lagi guru Ekonomi. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon. 3.3.26 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta 3.4.1 3.4.2 3.4.3 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi Memastikan semua calon memahami keperluan untuk menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja projek) Ekonomi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tema (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi secara individu Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

3.3.4

3.4.6 3.4.7 3.4.8

3.4.9

3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat

TERHAD

TERHAD 3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM 3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) 3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon 3.5 Tanggungjawab Calon 3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 3.5.5 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Melaksanakan kerja kursus (kerja projek) dalam tempoh yang ditetapkan Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kerja projek) dijalankan Menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) secara individu Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu; (a) Memilih tajuk kerja projek berdasarkan tema, (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.5.6 3.5.7 3.5.8 3.5.9 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Mengukuhkan kemahiran manipulatif pencarian/pengumpulan data/maklumat dan kemahiran insaniah semasa

Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kerja projek) Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon

3.5.10 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM 3.5.11 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

TERHAD

TERHAD 3.5.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 3.5.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 3.5.14 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) 3.5.15 Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (kerja projek) Ekonomi ini bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi adalah seperti berikut: Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu. my) pada 28 Mei 2013: i. Manual PBS yang mengandungi Bahagian I: Guru, Bahagian II : Calon, dan soalan tugasan ii. Kriteria penilaian dan pemarkahan Pengenalan kerja kursus dan penentuan tajuk kerja kursus Tindakan Penyelaras/Guru Mesyuarat penyelarasan peringkat negeri antara PN dengan PD dan seterusnya mesyuarat penyelarasan peringkat daerah antara PD dengan guru-guru (bermula 28 Mei 2013) Memuat turun Manual PBS berserta kriteria penilaian dan pemarkahan Tindakan Calon

4.2

Tarikh 28 Mei hingga 9 Jun 2013

10 Jun hingga 28 Jun 2013

Memberi taklimat tugasan kepada calon Memilih soalan dan menetapkan lokasi kajian Merancang jadual kerja Membuat tinjauan awal lokasi Memohon kebenaran lawatan/kajian luar daripada JPN (jika perlu) Menyediakan suratmenyurat

Mendapatkan sumber kewangan Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga Membincangkan jadual kerja bersamasama ahli kumpulan Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan

TERHAD

TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Menghubungi agensi yang berkaitan Mengagihkan calon mengikut kumpulan Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring Menyediakan peralatan dan instrumen kajian Mengurus sumber kewangan Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah yang akan dinilai Menilai kemahiran insaniah 10 Jun hingga 28 Jun 2013 Perlaksanaan kajian di luar bilik darjah, atau pencarian data sekunder yang berkaitan Membimbing calon melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah Membimbing calon untuk mencari data sekunder Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan kajian Membimbing calon menulis penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan Menilai progres/kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan Menetapkan tarikh akhir penghantaran laporan kajian luar mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia Tindakan Calon Menyediakan kerangka tugasan Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder

Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari TERHAD

1 Julai hingga 31 Julai 2013

Penulisan kerja kursus setelah kembali daripada aktiviti di luar bilik darjah

TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Tindakan Calon Menulis penulisan kerja kursus yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kerja kursus 1 Ogos hingga 20 September 2013 Penilaian laporan kerja kursus Pembentangan hasil kerja kursus oleh semua calon Menerima penulisan kerja kursus daripada setiap calon Membuat penilaian dan pemarkahan bagi setiap calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Menilai kebolehan dan keupayaan setiap calon dalam kemahiran yang diperlukan 23 September hingga 11 Oktober 2013 14 Oktober hingga 3 November 2013 Ogos 2014 Penyemakan silang markah PBS Pengisian dan penghantaran markah PBS ke Majlis Peperiksaan Malaysia melalui perisian e-submission Penyelarasan markah PBS oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan/Penyelaras Negeri/Penyelaras Daerah Tidak berkenaan Menghantar penulisan kerja kursus masingmasing kepada guru Membentangkan hasil kerja kursus secara individu

Tidak berkenaan

Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan)

Tidak berkenaan

5.0

Langkah menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 5.1 5.5 MPM memberikan dua tema berdasarkan sukatan pelajaran Ekonomi STPM. Sebelum menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, guru membuat persiapan awal seperti berikut: 5.5.1 Menentukan lokasi dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian dengan soalan tugasan 5.5.2 Menentukan kumpulan calon

10

TERHAD

TERHAD 5.5.3 Menguruskan surat-menyurat, seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran dari sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) 5.5.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi 5.5.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring 5.5.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal selidik 5.5.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian 5.6 Semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon menjalankan pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan yang telah dipilih (calon mesti mendapatkan data primer atau data sekunder semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah). Sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon melaksanakan tugasan berikut: 5.7.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan daripada soalan yang telah dipilih 5.7.2 Memproses maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh 5.7.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai 5.7.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah 5.7.5 Menyiapkan penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 5.7.6 Membentangkan hasil kerja kursus masing-masing. Tempoh pembentangan dan soal jawab hendaklah tidak melebihi 10 minit bagi setiap calon 5.7.7 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembentangan adalah digalakkan 6.0 Kaedah kajian 6.1 6.2 Maklumat diperoleh daripada dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber sekunder Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual, pemerhatian, dan mengkaji selidik Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber Internet

5.7

6.3

7.0

Peralatan dan kegunaannya Bagi menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, peralatan/bahan berikut boleh digunakan: 7.1 7.2 7.3 Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian Kamera digunakan untuk merakam foto sebagai bukti lokasi itu dan bahan sokongan kajian Alat perakam suara, jika perlu

11

TERHAD

TERHAD 8.0 Format Penulisan 8.1 8.2 Calon digalakkan untuk menggunakan TMK bagi memperoleh maklumat tambahan. Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan penulisan kerja kursus mengikut perkara berikut: 8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja 8.2.2 Margin : Atas, bawah, kiri,dan kanan 2.54cm 8.2.3 Tulisan: Times New Roman font 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja 8.2.4 Langkau (spacing): 1.5 8.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 8.3 8.4 8.5 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan. Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan lain-lain. Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut: 8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 8.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4) 8.5.5 Penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 8.6 Penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

9.0

Struktur Penulisan Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 9.6 Abstrak Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian, dan hasil kajian. Isi kandungan Latar belakang kajian Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan kata kunci Pernyataan masalah Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian perlu/penting dilakukan Tujuan/objektif kajian Menyatakan dua atau lebih objektif Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. Seterusnya calon hendaklah menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan. Hasil kajian dan perbincangan Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti Cadangan Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah

9.7 9.8

12

TERHAD

TERHAD 9.9 Penutup/Rumusan kajian Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian

9.10 Senarai rujukan Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut: Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Terhadap Alam Sekitar.

Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9.11 Lampiran Mesti melebihi dua lampiran. Terdiri daripada borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks 10.0 Penskoran Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Aspek Pemarkahan Tajuk kajian dan abstrak Pengenalan: Latar belakang kajian Pernyataan masalah Tujuan/objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian dan perbincangan Cadangan Penutup/rumusan kajian Senarai rujukan Lampiran Kemahiran manipulatif Kemahiran insaniah Pembentangan JUMLAH MARKAH Markah penuh 2 3 2 2 4 20 4 2 1 2 3 5 10 60

13

TERHAD

TERHAD

10.1 Penskoran Pembentangan Kerja Kursus (Individu) No 1 Kerelevanan Apa yang dibentang oleh pelajar sama atau tidak dengan yang dihasilkan dalam kerja kursus. 2 Perkara Markah Markah Penuh

Kreativiti Calon menggunakan alat bantuan seperti OHP, manila kad, flash kad, power point, dan lain-lain 2

Keterampilan Keyakinan calon semasa pembentangan Pakaian yang sesuai Sahsiah diri 2

10

Kebahasaan Calon menggunakan istilah ekonomi semasa pembentangan 2

Soal jawab Calon respon terhadap soalan guru

14

TERHAD

TERHAD

BAHAGIAN II : CALON 11.0 Tanggungjawab Calon 11.1 11.2 11.3 11.4 11.5 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Melaksanakan kerja kursus (kerja projek) dalam tempoh yang ditetapkan Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kerja projek) dijalankan Menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) secara individu Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu; (a) Memilih tajuk kerja kursus berdasarkan tema, (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 11.6 11.7 11.8 11.9 11.10 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Mengukuhkan kemahiran manipulatif pencarian/pengumpulan data/maklumat dan kemahiran insaniah semasa

Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kerja projek) Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM Mengakui kerja kursus (kerja projek) Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

11.11 11.12

11.13 11.14

11.15

15

TERHAD

TERHAD

12.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi Tarikh 28 Mei hingga 9 Jun 2013 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu. my) pada 28 Mei 2013: i. Manual PBS yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon, dan soalan tugasan ii. Kriteria penilaian dan pemarkahan Pengenalan kerja kursus dan penentuan tajuk kerja kursus Tindakan Calon Menerima soalan tugasan Memahami skop tugasan kajian luar

10 Jun hingga 28 Jun 2013

Mendapatkan sumber kewangan Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga Membincangkan jadual kerja bersama-sama ahli kumpulan Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan Menyediakan kerangka tugasan Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder

10 Jun hingga 28 Jun 2013

Perlaksanaan kajian di luar bilik darjah, atau pencarian data sekunder yang berkaitan

Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder

1 Julai hingga 31 Julai 2013

Penulisan kerja kursus setelah kembali dari aktiviti di luar bilik darjah

Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari

16

TERHAD

TERHAD

Tarikh

Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti

Tindakan Calon Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kajian luar

1 Ogos hingga 20 September 2013

Penilaian laporan kerja kursus Pembentangan kerja kursus oleh semua calon

Menghantar penulisan kerja kursus masing-masing kepada guru Membentangkan hasil kerja kursus secara individu

13.0 Format Penulisan 13.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan. 13.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja kursus mengikut perkara berikut: 13.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja 13.2.2 Margin : Atas, bawah, kiri,dan kanan 2.54cm 13.2.3 Tulisan: Times New Roman font 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja 13.2.4 Langkau (spacing): 1.5 13.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 13.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan. 13.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan lain-lain. 13.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut: 13.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 13.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 13.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 13.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4) 13.5.5 Penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi 13.6 Penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 14.0 Struktur Penulisan Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

17

TERHAD

TERHAD 14.1 14.2 14.3 14.4 14.5 14.6 Abstrak Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian, dan hasil kajian. Isi kandungan Latar belakang kajian Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan kata kunci Pernyataan masalah Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian perlu/penting dilakukan Tujuan/objektif kajian Menyatakan dua atau lebih objektif Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. Seterusnya calon hendaklah menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan. Hasil kajian dan perbincangan Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti Cadangan Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah Penutup/Rumusan kajian Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian

14.7 14.8 14.9

14.10 Senarai rujukan Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut:

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 14.11 Lampiran Mesti melebihi dua lampiran. Terdiri daripada borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks

18

TERHAD

TERHAD

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

TAJUK

NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN GURU TARIKH

MARKAH

19

TERHAD

TERHAD

Lampiran 2 BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi (944) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Ekonomi di sekolah. Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Ekonomi (944) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru Nama Guru Tarikh Alamat 20
TERHAD

TERHAD

Lampiran 3 BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran : Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (Untuk diisi oleh calon) No. Kad Pengenalan :

Tarikh Aktiviti

Ulasan Guru

Tandatangan Tandatangan Calon Guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru EKONOMI Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi STPM 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: .. Nama Guru: .. Tarikh : ............................................................ Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai.

21

TERHAD

TERHAD

Lampiran 4 BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 EKONOMI 944/4 BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ...... Angka Giliran No. Kad Pengenalan : ...


(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

Bil A. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 B. 1 2 3 4 5

Kriteria Penilaian Kerja Kursus Tajuk/Abstrak Latar belakang kajian Penyataan masalah Tujuan/objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian dan perbincangan Cadangan Penutup/rumusan Senarai rujukan Lampiran Kemahiran manipulatif Kemahiran insaniah Pembentangan Kerelevanan Soal jawab Kebahasaan Kreativiti Keterampilan JUMLAH

Markah Penuh 2 3 2 2 4 20 4 2 1 2 3 5 2 2 2 2 2 60

Markah Guru atau Pemeriksa

Markah Penyelaras

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh : .. No. Telefon (sekolah) : (bimbit) : .

PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Penyelaras: Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh : .. No. Telefon (sekolah) : (bimbit) : .

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

22

TERHAD

TERHAD

23 23

TERHAD

TERHAD

Jawab satu soalan sahaja. Tema 1 Tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. [60]

Tema 2 Perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. [60]

944/4 24
TERHAD

You might also like