You are on page 1of 11

MRSM GERIK

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

TARIKH : 29 SEPT 2012 HINGGA 30 SEPT 2012

HOMEROOM AL-RAZI DAN HOMEROOM AL-SHAFIE

PENGHARGAAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Satirah Bt. Mat Sharif selaku guru penasihat Homeroom Al-Razi dan Puan Siti Hajar Bt. Ibrahim selaku Homeroom Al-Shafie Maktab Rendah Sains Mara, Gerik.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Satirah dan Puan Siti Hajar kerana telah menjaga kami dan memberi peluang kepada kami untuk membuat program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur iaitu tempat lawatan utamanya adalah Petrosains, Planeterium dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua MRSM Gerik iaitu Tuan Haji Md Noh Bin Jani kerana memberi kebenaran program lawatan sambil belajar ini dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada pemandu bas yang akan membawa kami ke setiap distinasi yang dirancangkan. Kami berasa amat bertuah kerana dapat menyertai program lawatan ini bersama dengan guru-guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman baru sekali gus menrapatkan hubungan antara kami dan guruguru. Akhir kata, semoga program lawatan ini memberi manafaat kepada semua peserta lawatan dan dapat memberi idea-idea baru dalam pembelajaran. Kami memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan dan kesilapan sepanjang rancangan perlaksanaan program lawatan ini.

Sekian terima kasih

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2.0 Objektif 3.0 Tentative program 4.0 Ahli Jawatan Kuasa Lawatan 5.0 Anggaran Kos Perbelanjaan 6.0 penutup

4 5 6-7 8 9 10

1.0 PENGENALAN

Homeroom Al-Razi mempunyai 10 orang murid yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Homeroom Al-Shafie pula mempunyai 13 orang murid yang terdiri daripada 7 murid lelaki dan 6 murid perempuan. Keseluruhan murid bagi kedua-dua homeroom adalah seramai 23 murid. Penasihat Homeroom Al-Razi ialah Puan Satirah Bt. Mat Sharif dan penasihat Homeroom Al-Shafie ialah Puan Siti Hajar Bt. Ibrahim.

Setiap Homeroom diberi peluang untuk melaksanakan satu program lawatan mengikut perancangan masing-masing. Pada kali ini Homeroom Al-Razi membuat keputusan untuk mengadakan program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur iaitu Petrosains, Planeterium dan Universiti Islam Antarabangsa dimana program lawatan tersebut dijangkakqan berlangsung pada 29/9/2012 @ sabtu.

2.0 OBJEKTIF

1.

Memberi pendedahan tentang suasana pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa bagi meningkatkan motivasi murid-murid.

2.

Memberi pengalaman baru serta meningkatkan pengetahuan terhadap sains inovasi yang terdapat di Petrosains.

3.

Memberi pendedahan dan memupuk minat pelajar kepada sains angkasa lepas.

4.

Mengeratkan hubungan antara sesame pelajar dan antara pelajar dan guru-guru.

3.0 TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA

7.00 7.30 Pagi 7.30 7.50 Pagi 8.00 Pagi 1.00 Petang -

Berkumpul dan Pendaftaran di Foyer. Taklimat Guru Penasihat Homeroom / Guru Pengiring Bertolak ke Kuala Lumpur Tiba di Hentian Rehat Jejantas Sungai Buluh Rehat / Makan Tengahari / Solat Jama /Qasar

2.15 Petang

Bertolak Ke Universiti Islam Antarabangsa ( Kampus induk, Gombak )

3.00 Petang

Tiba di UIA, Sesi Lawatan, Taklimat dan Suaikenal bersama Pelajar UIA

5.00 Petang 7.30 Petang

Bertolak ke Asrama Penginapan POLAPUL Tiba di Asrama Penginapan Makan malam Solat Jama Qasar Rehat dan Aktiviti Bebas

HARI KEDUA

7.00 Pagi 8.00 Pagi 9.30 Pagi

Sarapan Pagi Berkumpul dan Bertolak ke Plenatarium Negara Tiba di Plenatarium Negara / Sesi Lawatan, Taklimat dan Tayangan.

12.00 T/hari 1.00 Petang 2.00 Petang 5.00 Petang 8.00 Malam 9.30 Malam 1.00 Pagi

Bertolak Ke KLCC Tiba di KLCC, Makan Tengahari, Solat Jama/ Qasar Lawatan Ke PetroSains, Taklimat dan Tayangan Bertolak Balik Ke MRSM Gerik Makan Malam Di R&R Tapah, Solat Jama/Qasar Bertolak Balik Ke MRSM Gerik. Tiba Di MRSM Gerik

4.0 AHLI JAWATAN KUASA LAWATAN

Penasihat: Presiden:

Puan Satirah Bt. Mat Sharif Fatdzirul Izzat Bin Abdul Radzi

Timbalan Presiden: NurHuda afiqah Bt. Sazeli Setiausaha: Naib Setiausaha: Bendahari: AJK Lawatan: AJK Penginapan: AJK Pengangkutan: AJK Disiplin: Nik Nur Faqihah Bt. Nik Mud Intan Nurfazlyana Siti Nur Ain Syazwani Muhd Amirul B. Shuhaimi

5.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

KOS

1. 2. 3. 4

Petrosains Planeterium Penginapan Elaun pemandu

RM 6.00 setiap pelajar (23x6 = 138) RM 11.00 setiap pelajar (23x11= 253) RM 100.00 setiap dorm (100x2= 200) RM 450.00

JUMLAH

RM 1041.00

Bayaran setiap pelajar

RM 50.00 (50 x 23 =1150) RM 1150.00

6.0 PENUTUP

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Maktab Rendah Sains Mara Gerik kerana membenarkan kami membuat program lawatan sambil belajar ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru Penasihat Homeroom Al-Razi iaitu Puan Satirah Bt. Mat Sharif dan guru penasihat Homeroom Al-Shafie iaitu Puan Siti Hajar Bt. Ibrahim.

Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan program lawatan sambil belajar ini.

Sekian terima kasih.

10

DISEDIAKAN OLEH

.. (FATDZIRUL IZZAT BIN ABDUL RADZI)

DISAHKAN OLEH

(PUAN SATIRAH BT. MAT SHARIF)

DISOKONG OLEH

.. (PUAN SITI HAJAR BT. IBRAHI

11

You might also like