You are on page 1of 9

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD PELAN ILUSTRASI PRUBSN PROTECTPLUS

Pelan PruBSN ProtectPlus untuk Butiran Nama Jantina Status merokok Kelas pekerjaan Tarikh lahir Umur pada tarikh lahir akan datang Tarikh: 17/10/2013 Disediakan oleh: MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL 8S400062

Orang yang akan Dilindungi : ABC : Perempuan : Tidak : Kelas 2 : 17/10/1967 : 47

Jumlah permulaan perlindungan asas Kekerapan bayaran Cara bayaran Jangkaan tarikh matang

: RM 33,000 : Bulanan : Potongan Terus : 01/11/2033 Kasar 3.00% 4.61% Bersih 2.21% 3.39% Peruntukan Keuntungan Pelaburan Peserta 80% PruBSN 20% Keuntungan Pelaburan Sebenar Tahun 2010 2009 2008 Dana Tabarru 4.31% 2.70% 3.80% ISA 4.24% 3.35% 3.65%

Keuntungan Pelaburan Yang Diunjurkan Senario 1 Senario 2

Nota: Keuntungan pelaburan bersih yang diunjurkan selepas cukai dan perkongsian keuntungan pelaburan

ABC layak untuk pengunderaitan yang dipermudahkan. Sila isi Seksyen A dan B di bawah Bahagian 3 di dalam Borang Cadangan. Jika ABC sudah/pernah mempunyai sijil PruBSN Protect, PruBSN ProtectPlus, PruBSN CrisisCover, PruBSN Ummah atau sebarang pelan tradisional PruBSN yang lain, ABC mungkin perlu memberi keperluan tambahan bila diperlukan.

Butiran Pelan Pelan Asas: PruBSN ProtectPlus

Tempoh untuk 20 tahun Sumbangan Asas (A)

Jumlah Perlindungan (RM) 33,000

Sumbangan (RM) 25.00 RM 25.00

Tambahan: Accidental Death dan Disablement Accidental Medical Reimbursement Family Income Benefit Contributor

untuk 20 tahun untuk 20 tahun untuk 20 tahun untuk 20 tahun Sumbangan Tambahan (B) Caj Sijil (C) Jumlah Sumbangan (A+B+C)

20,000 2,000 100 Bulanan 396 setahun

3.00 3.00 17.00 10.00 RM 33.00 RM 2.00 RM 60.00

Jenis Pelan : Pelan Takaful Bertempoh Penerangan : Pelan PruBSN ProtectPlus merupakan sijil sumbangan berkala tradisional bertempoh. Sijil ini menawarkan perlindungan takaful untuk 20 tahun. Ia membayar manfaat sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia semasa tempoh sijil atau mengalami kehilangan upaya kekal dan menyeluruh sebelum umur 70 tahun. Pelan ini turut serta dalam keuntungan pelaburan. Jumlah perlindungan asas PruBSN ProtectPlus akan meningkat sebanyak 5% setiap 3 tahun sehingga tempoh matang. Accidental Death and Disablement menyediakan amaun sekaligus jika berlaku kematian dan kehilangan upaya kekal dan menyeluruh disebabkan kemalangan. Ia juga membayar peratusan daripada jumlah perlindungan ke atas ketidakupayaan (berdasarkan skala manfaat) disebabkan kemalangan dan elaun belas kasihan sebanyak RM2,000 seorang ke atas kematian orang yang dilindungi yang berpunca daripada sebab semulajadi dan kemalangan. Accidental Medical Reimbursement membayar balik perbelanjaan sebenar yang disebabkan oleh rawatan perubatan sehingga mencapai jumlah perlindungan dalam masa 104 minggu dari tarikh kemalangan. Disampaikan oleh : MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL Tarikh: 17/10/2013 Versi : SQS - Agency ver 2.2.1.5 a 8S400062 Mukasurat 1 daripada 9

Family Income Benefit membayar manfaat bulanan kepada keluarga orang yang dilindungi untuk 120 bulan jika orang yang dilindungi meninggal dunia. Jika orang yang dilindungi dikenalpasti mengalami penyakit kritikal sebelum tarikh matang atau mengalami kehilangan upaya kekal dan menyeluruh sebelum mencapai umur 70 tahun, manfaat akan dibayar kepada orang yang dilindungi. Contributor membayar manfaat tahunan setara dengan sumbangan sijil sekiranya orang yang dilindungi mengalami kehilangan upaya kekal dan menyeluruh sebelum mencapai umur 70 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal semasa tempoh sijil.

Disampaikan oleh : MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL Tarikh: 17/10/2013 Versi : SQS - Agency ver 2.2.1.5 a

8S400062 Mukasurat 2 daripada 9

Pelan PruBSN ProtectPlus untuk ABC Ilustrasi Manfaat Jangkaan Caj Wakalah Wakalah Pendahuluan Caj Sijil (RM) Dijamin TF Manfaat Asas Kematian (RM) Manfaat Kematian Akibat Dari3 Kemalangan (RM)
Sumbangan Yang Dibayar Pada Awal Tahun Ke Dalam ISA (RM)

Sumbangan Hujung Yang Tahun Umur Dibayar Sijil Pada Awal PeratTahun usan (%)

Tidak Dijamin ISA Keuntungan Pelaburan Jumlah Tabarru' (RM) Senario 1 (x%) 1 (RM) Senario 2 (y%) 2 (RM)

Jumlah Manfaat Senario 1 (x%)1 Senario 2 (y%) 2 ISA Terkumpul Senario 1 (x%) 1 (RM) Senario 2 (y%) 2 (RM) Nilai Tunai Terkumpul (RM) Jumlah Manfaat Kematian (RM) (p) = (o)+(g) 33,045 33,131 33,342 35,191 35,481 35,760 37,806 38,180 38,527 40,486 40,764 41,011 42,860 43,023 43,170 44,920 44,987 45,023 46,659 46,599 Nilai Tunai Terkumpul (RM) Jumlah Manfaat Kematian (RM) (r) = (q)+(g) 33,045 33,132 33,346 35,201 35,499 35,791 37,852 38,248 38,622 40,612 40,926 41,212 43,106 43,316 43,515 45,318 45,442 45,538 47,235 47,238

Amaun Sebenar (RM) (e) = [(c)(f)]*(d) 522 383 244 244 139 139 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

(a) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 2 3

(b) 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66

(c) 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720 720

(d) 75 55 35 35 20 20 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

(f) 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00 24.00

(g) 33,000 33,000 33,000 34,650 34,650 34,650 36,300 36,300 36,300 37,950 37,950 37,950 39,600 39,600 39,600 41,250 41,250 41,250 42,900 42,900

(h) 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000 20,000

(i) = (c) -(e)-(f) 174 313 452 452 557 557 696 696 696 696 696 696 696 696 696 696 696 696 696 696

(j) 130 229 247 262 282 299 330 359 394 439 476 514 566 607 625 676 710 742 792 838

(k) 1 2 5 10 15 21 29 37 45 52 59 64 69 73 76 79 81 82 82 81

(l) 1 3 8 15 24 34 45 59 72 83 94 104 113 121 127 133 138 141 144 145

m(t )=m(t -1) n(t )=n(t -1) +(i)-(j)+(k) +(i)-(j)+(l) 45 131 342 541 831 1,110 1,506 1,880 2,227 2,536 2,814 3,061 3,260 3,423 3,570 3,670 3,737 3,773 3,759 3,699 45 132 346 551 849 1,141 1,552 1,948 2,322 2,662 2,976 3,262 3,506 3,716 3,915 4,068 4,192 4,288 4,335 4,338

(o)=m(t) 45 131 342 541 831 1,110 1,506 1,880 2,227 2,536 2,814 3,061 3,260 3,423 3,570 3,670 3,737 3,773 3,759 3,699

(q)=n(t) 45 132 346 551 849 1,141 1,552 1,948 2,322 2,662 2,976 3,262 3,506 3,716 3,915 4,068 4,192 4,288 4,335 4,338

Senario 1 (x%) mengandaikan keuntungan kasar sebelum cukai sebanyak 3.00% setahun dalam Akaun Khas Individu. Senario 2 (y%) mengandaikan keuntungan kasar sebelum cukai sebanyak 4.61% setahun dalam Akaun Khas Individu. Jika berlaku kematian akibat dari kemalangan, jumlah manfaat kematian akibat dari kemalangan seperti yang tertera di dalam lajur (h) di atas akan dibayar berserta dengan jumlah manfaat kematian yang tertera di dalam lajur (p) atau (r) di atas. t = Tahun semasa

Disampaikan oleh : MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL Tarikh : 17/10/2013 Versi : SQS - Agency ver 2.2.1.5 a

8S400062 Mukasurat 3 daripada 9

Pelan PruBSN ProtectPlus untuk ABC Nota: Informasi dibawah adalah sebahagian daripada ilustrasi pelan. 1. Ini adalah ringkasan ilustrasi unjuran manfaat. Ia bertujuan untuk menunjukkan kemungkinan aliran pergerakan wang untuk pelaburan dan kesan caj wakalah dan Tabarru' pada nilai serahan berdasarkan andaian yang dinyatakan di dalam ilustrasi ini. 2. 3. 4. 5. ISA merujuk kepada Akaun Khas Individu. TF merujuk kepada Dana Tabarru'. Jumlah manfaat kematian ((p) atau (r)) tidak akan kurang daripada lajur (g). ISA terkumpul mengunjurkan manfaat dibayar berdasarkan strategi pelaburan untuk pelan jenis ini, amalan semasa PruBSN dan penilaian pengalaman akan datang dalam senario 1 dan senario 2 di senario keuntungan pelaburan. Jumlah daripada ISA akan dilaburkan di dalam pelaburan berisiko rendah yang mematuhi Shariah seperti sekuritisekuriti pendapatan tetap dan pelaburan di dalam institusi kewangan yang berasaskan undang-undang Islam untuk memenuhi pembayaran Tabarru' pada masa hadapan. ISA terkumpul mungkin kurang dari jumlah sumbangan di dalam ISA ,bergantung kepada perkembangan dana. Ilustrasi keuntungan pelaburan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan TIDAK DIJAMIN. Pulangan sebenar mungkin di bawah kadar yang diunjurkan atau negatif. Keuntungan pelaburan sebenar yang akan diisytiharkan mungkin lebih atau kurang bergantung kepada operasi dan hasil pelaburan yang dialami oleh PruBSN. Prestasi sebenar terdahulu bukanlah suatu rujukan untuk prestasi akan datang dimana ia mungkin berbeza.

6. 7. 8. 9.

10. Anda perlu berpuas hati dengan pelan ini dan ia memenuhi keperluan serta anda mampu membuat sumbangan. 11. Manfaat kematian dijamin dan sekiranya berlaku kekurangan dalam Dana Tabarru ', PruBSN akan menanggung kekurangan tersebut menerusi suatu pinjaman tanpa faedah (Qard al-hasan). 12. Manfaat ini sah selagi sijil ini berkuatkuasa. 13. Semua sumbangan dan manfaat dinyatakan dalam nilai kewangan. 14. PruBSN percaya ianya amat penting anda memahami sepenuhnya semua manfaat dalam sijil dan anda juga perlu memahami bagaimana kos perlindungan takaful dan pengagihan mempengaruhi manfaat-manfaat ini. 15. Ilustrasi ini mengandungi jadual yang menunjukkan bagaimana nilai sijil berubah mengikut masa. 16. Sekiranya kami tidak menerima sebarang pembayaran sumbangan dan dana tidak mencukupi untuk menampung Tabarru , manfaat( manfaat) anda akhirnya akan luput. Sekiranya ini berlaku, anda boleh menguatkuasakan semula sijil tersebut dengan mengemaskini pembayaran sumbangan yang tertunggak. Komisen Komisen yang ditanggung oleh anda dan dibayar dari sumbangan anda Hujung Tahun Sijil Pembahagian Sumbangan yang Ditolak untuk Komisen (%) 65.00 40.00 26.00 20.00 10.00 10.00 Amaun Sebenar (RM)

1 2 3 4 5 6

452.40 278.40 180.96 139.20 69.60 69.60

Ilustrasi di atas mengandaikan produk bukan berkaitan pelaburan untuk tempoh 20 tahun dan sumbangan tahunan sebanyak RM 720.00.

Disampaikan oleh : MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL 8S400062 Tarikh : 17/10/2013 Versi : SQS - Agency ver 2.2.1.5 a

Mukasurat 4 daripada 9

Pelan PruBSN ProtectPlus untuk ABC Definisi Lampiran

Konsep takaful Takaful ialah satu konsep yang berasaskan prinsip perkongsian tanggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berdasarkan Tabarru (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain apabila diperlukan. Akaun Khas Individu (ISA) Akaun di mana sumbangan dan lebihan dan/atau keuntungan akan dibayar. Keuntungan Pelaburan Keuntungan hasil daripada pengurusan pelaburan ISA, yang akan diagihkan antara peserta dan PruBSN dalam nisbah yang dinyatakan. Bahagian peserta akan ditempatkan semula ke dalam akaun mereka. Lebihan Merupakan lebihan, termasuk keuntungan pelaburan dana Tabarru', hasil daripada dana Tabarru' selepas tuntutan dibayar dan dirizab, jika ada, akan dikira dan diagihkan pada setiap akhir tahun kewangan. Tabarru' Persetujuan di mana sebahagian daripada sumbangan anda didermakan ke dalam dana untuk membantu mana-mana peserta yang memerlukan menerusi pemberian manfaat kepada mereka yang layak. Dana Tabarru' Adalah kumpulan dana untuk tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta yang digunakan untuk membantu para peserta semasa ditimpa kesusahan. Caj Wakalah Pendahuluan Caj yang dibayar oleh peserta kepada PruBSN untuk perkhidmatan yang diberikan. Kos ini terdiri daripada Komisen dan Caj berkaitan Pengagihan. Komisen dan Caj berkaitan Pengagihan Terdiri daripada komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan. Caj Sijil Terdiri daripada perbelanjaan pengurusan sijil. Penerangan Ringkas Pelan Manfaat - Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh sebelum usia 70 tahun, jumlah amaun di dalam ISA akan dibayar. Jumlah perlindungan asas daripada dana Tabarru' juga akan dibayar. - Sekiranya berlaku serahan, nilai serahan (jumlah nilai di dalam ISA) sijil akan dibayar. - Pengeluaran separa dari ISA tidak dibenarkan. Amaun Tabarru' dan Caj Wakalah - Amaun Tabarru' yang berdasarkan tarikh lahir akan datang, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, cara bayaran dan jumlah perlindungan, adalah dilevi secara bulanan. - Caj sijil dilevi RM 2.00 secara Bulanan. - Amaun Tabarru' dan caj wakalah di atas boleh diubah dari masa ke semasa dengan memberikan notis bertulis 90 hari kalendar kepada pemilik sijil.

Disampaikan oleh : MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL 8S400062 Tarikh : 17/10/2013 Versi : SQS - Agency ver 2.2.1.5 a

Mukasurat 5 daripada 9

Pelan PruBSN ProtectPlus untuk ABC Penerangan Ringkas Pelan Lampiran

Perkongsian Keuntungan Pelaburan dan Lebihan - Kami akan berkongsi dengan anda keuntungan pelaburan yang timbul dari ISA berdasarkan prinsip Mudharabah. Anda akan mendapat 80% daripada keuntungan pelaburan dan bakinya 20% akan diberikan kepada kami. Keuntungan anda akan dimasukkan kembali ke dalam ISA. - Keuntungan pelaburan di dalam dana Tabarru' akan diagihkan sebagai sebahagian daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada). - Anda berhak menerima lebihan (jika ada) yang timbul dari dana Tabarru selepas ia ditolak bayaran tuntutan masa kini dan peruntukan untuk tuntutan masa hadapan. Lebihan yang boleh diberikan ini termasuk keuntungan pelaburan dari dana Tabarru seperti yang diterangkan di atas. Anda berhak untuk menerima sekurang-kurangnya 50% lebihan yang boleh diberikan dan bakinya 50% akan diberikan kepada kami sebagai insentif menguruskan dana. Amaun sebenar lebihan yang boleh diberikan akan ditentukan setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah kami.

Kondisi Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh Hilang upaya kekal dan menyeluruh ialah ketidakupayaan untuk terlibat dalam sebarang pekerjaan dan menjalankan sebarang pekerjaan untuk mendapat imbuhan atau keuntungan sebelum mencapai umur 70 tahun. Ini juga melibatkan. (a) kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata secara penuh dan tidak boleh dipulihkan lagi. (b) kehilangan kerana putusnya dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki. (c) kehilangan penglihatan sebelah mata dan putusnya satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki. Untuk ketidakupayaan di bawah umur 15, kanak-kanak tersebut memerlukan penjagaan dan perhatian berterusan serta terpaksa tinggal di rumahnya di bawah penyeliaaan perubatan atau di hospital atau institusi sepertinya disebabkan oleh kemalangan atau penyakit. Hilang upaya sedemikian hendaklah kekal dan berterusan untuk tempoh minimum selama 6 bulan berturut-turut. Penyakit Kritikal Sejumlah 36 penyakit kritikal yang dilindungi: 1. AIDS akibat pemindahan darah atau full blown AIDS 2. Anemia aplasia 3. Sindrom apalik 4. Penyakit alzheimer 5. Tumor otak benigna 6. Buta 7. Pembedahan otak 8. Kanser 9. Kardiomiopati 10. Penyakit hati kronik 11. Penyakit paru-paru kronik 12. Koma 13. Penyakit arteri koronari 14. Pekak 15. Ensefalitis 16. Hepatitis viral fulminan 17. Serangan jantung 18. Penggantian injap jantung 19. Kegagalan buah pinggang 20. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari) 21. Kehilangan pertuturan 22. Kelecuran major 23. Trauma kepala major 24. Pemindahan organ major 25. Penyakit sistik medulari 26. Meningitis 27. Penyakit neuron motor 28. Sklerosis berbilang 29. Distrofi otot 30. Kelumpuhan 31. Penyakit parkinson 32. Poliomielitis 33. Tekanan darah tinggi arteri pulmonari utama 34. Strok 35. Pembedahan pada aorta 36. Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis

Kemalangan Manfaat akibat kemalangan disediakan oleh produk-produk kemalangan. Produk - produk kemalangan adalah Accidental Death and Disablement, Accidental Medical Reimbursement dan Weekly indemnity. Selain elaun belas kasihan, manfaat dibayar jika kematian, kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, kecacatan atau rawatan perubatan yang merupakan akibat daripada kecederaan badan yang disebabkan daripada kemalangan luaran dan nyata sebelum berumur 80 (manfaat hanya dibayar jika kematian, kehilangan upaya penuh dan kekal atau kecacatan berlaku dalam masa 12 bulan dari kemalangan). Manfaat ketidakupayaan bergantung kepada tahap keparahan ke atas ketidakupayaan dan dinyatakan sebagai peratusan daripada jumlah perlindungan. Nota: - Sumbangan dan Tabarru' daripada produk PruBSN ProtectPlus dan Manfaat Tambahan mungkin diubah oleh PruBSN dari masa ke semasa dengan memberi notis bertulis 90 hari kalendar. - Pelan PruBSN ProtectPlus ialah produk mematuhi Syariah.

Disampaikan oleh : MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL 8S400062 Tarikh : 17/10/2013 Versi : SQS - Agency ver 2.2.1.5 a

Mukasurat 6 daripada 9

Pelan PruBSN ProtectPlus untuk ABC Lampiran Pendedahan Produk Sila baca Lampiran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai pelan PruBSN ProtectPlus. Sila pastikan juga anda baca termaterma dan syarat-syarat umum. Pelan Takaful Bertempoh PruBSN ProtectPlus 17/10/2013 1. Apakah produk ini? Pelan sumbangan berkala takaful keluarga bertempoh ini memberi perlindungan takaful untuk 20 tahun. Ia akan membayar manfaat sekiranya anda mengalami kehilangan upaya kekal dan menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau meninggal dunia dalam tempoh sijil. 2. Apakah konsep Syariah yang berkenaan? Tabarru' - Persetujuan di mana sebahagian daripada sumbangan anda didermakan ke dalam dana untuk membantu mana-mana peserta yang memerlukan menerusi manfaat kepada mereka yang layak. Wakalah Bil Ajr - Persetujuan di mana kami dilantik untuk menguruskan perkhidmatan keseluruhan yang disediakan di bawah sijil anda. Kami akan mengambil sebahagian daripada sumbangan anda sebagai upah untuk perkhidmatan ini, yang mana termasuk komisen, caj sijil dan caj berkaitan pengagihan. Mudharabah - Persetujuan yang membenarkan kami melaburkan dana dari ISA dan dana Tabarru' anda di mana sebarang keuntungan dari pelaburan ini akan dikongsi mengikut nisbah yang ditetapkan.

3. Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan? Manfaat kematian: Manfaat kehilangan upaya kekal dan menyeluruh: (sebagai pengganti manfaat kematian) Manfaat penyakit kritikal: Manfaat kemalangan: - Kematian - Perbelanjaan perubatan

RM 33,000.00 RM 33,000.00 RM 396.00 setahun

(Meningkat 5% setiap 3 tahun sehingga matang) (Meningkat 5% setiap 3 tahun sehingga matang)

RM 20,000 Seperti yang dicaj (tertakluk kepada mak RM 2,000)

RM 100.00 sebulan Pendapatan keluarga: Jangka masa pelan: 20 tahun atau sehingga anda meninggal dunia (jika anda meninggal dunia lebih awal) 4. Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar? Jumlah sumbangan yang perlu anda bayar dan terma-terma sijil mungkin berbeza bergantung kepada penilaian kami terhadap risiko yang terlibat: Anggaran jumlah sumbangan yang perlu anda bayar: RM 60.00 Bulanan Sumbangan dibayar sehingga umur 67. Adalah penting sebarang resit yang diterima disimpan sebagai bukti pembayaran sumbangan. 5. Apakah caj-caj yang perlu saya bayar? Jenis Caj wakalah pendahuluan Caj sijil Amaun 11.60% daripada sumbangan atau RM 1,670.40 daripada RM 14,400.00 RM 2.00 Bulanan

Disampaikan oleh : MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL 8S400062 Tarikh : 17/10/2013 Versi : SQS - Agency ver 2.2.1.5 a

Mukasurat 7 daripada 9

Pelan PruBSN ProtectPlus untuk ABC 6. Apakah terma-terma dan syarat-syarat penting yang perlu saya tahu? Adalah menjadi tugas anda untuk memberitahu kami mengenai fakta-fakta penting - anda perlu memberitahu kami segala fakta-fakta penting seperti keadaan perubatan anda dan nyatakan umur anda dengan betul. Tempoh rujukan percuma - anda boleh membatalkan sijil anda dengan menulis kepada kami dan memulangkan sijil tersebut dalam masa 15 hari kalendar dari masa kami menghantarkannya kepada anda. Kami akan memulangkan sumbangan yang telah anda bayar (ditolak kos perubatan yang ditanggung oleh PruBSN). Sijil luput - sijil akan luput apabila amaun di dalam ISA tidak mencukupi untuk membayar Tabarru' dan caj-caj lain. Jika berlakunya kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, jumlah bayaran yang dibayar sekaligus untuk semua sijil PruBSN boleh dibayar sehingga RM1 juta seorang. Sebarang lebihan akan dibayar pada ulang tahun pertama hilang upaya kekal dan menyeluruh orang yang dilindungi bergantung kepada bukti ketidakupayaan yang berterusan. Jika berlaku kematian, sebarang baki ansuran yang belum dibayar akan dibayar serta-merta. Jumlah bayaran maksimum di bawah semua sijil bagi seorang ialah sebanyak RM4 juta. Nota: Ini bukan senarai penuh. Sila lihat dokumen sijil untuk terma dan syarat di bawah sijil ini. 7. Apakah pengecualian-pengecualian utama di bawah sijil ini? Meninggal dunia Jika kematian disebabkan bunuh diri pada tahun pertama sijil, kami tidak akan membayar sebarang tuntutan. Walaubagaimanapun kami akan membayar nilai di dalam ISA. Hilang upaya kekal dan menyeluruh (a) Percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman. (b) Penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk penerjunan berpayung dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang membawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual. Kemalangan (a) Peperangan, penaklukan, tindakan keganasan musuh luar ( sama ada perang diisytiharkan atau tidak ), perang saudara, pemberontakan, revolusi, kebangkitan kuasa, ketenteraan atau rampasan kuasa, pengambilan bahagian secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam. (b) Mana-mana pelanggaran atau cubaan melanggar undang-undang atau menentang penahanan. (c) Cubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman. (d) Kehamilan, kehamilan sekarang dan sebelumnya (dan komplikasi berkaitan ), melahirkan anak ( termasuk kelahiran secara pembedahan dan apa juga pembedahan atau prosedur bukan pembedahan ke atas sistem peranakan wanita ketika pembedahan untuk kelahiran), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan. (e) Ketidaksempurnaan fizikal atau mental atau keuzuran, yang sedia ada. (f) Penglibatan dalam aktiviti sukan profesional, penyelaman skuba, sebarang jenis perlumbaan, penerbangan udara selain daripada sebagai anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang, di atas kapal terbang komersial berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi secara berjadual mengikut laluan biasa, atau sebarang aktiviti atau sukan merbahaya ( termasuk penerjunan lelabah, geluncur angin, menaiki belon panas, penerjunan payung terjun dan penerjunan udara) , melainkan kami memberi persetujuan melalui endorsan khas. (g) Mengambil dadah atau narkotik selain daripada yang ditetapkan oleh doktor atau pakar perubatan. (h) Kemabukan alkohol atau dadah. (i) Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan. Penyakit kritikal (a) Simptom-simptom penyakit berlaku sebelum atau dalam masa 60 hari kalendar selepas sijil telah berkuat kuasa untuk serangan penyakit jantung, penyakit koronari arteri jantung atau kanser dan 30 hari kalendar untuk penyakit kritikal yang lainnya. (b) Penyakit disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh AIDS atau sebarang jangkitan HIV, kecuali bila AIDS adalah "Full Blown" atau disebabkan pemindahan darah. Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk dokumen sijil untuk senarai penuh pengecualian di bawah sijil ini. 8. Bolehkah saya membatalkan sijil ini? Menyertai pelan takaful keluarga memerlukan komitmen dari segi kewangan dalam jangka masa yang panjang. Jika anda tidak membayar sumbangan dalam tempoh yang kami benarkan, perlindungan anda mungkin akan ditamatkan. Amaun tunai yang kami akan bayar kepada anda sekiranya anda membatalkan sijil sebelum tarikh tamat adalah kurang berbanding dengan jumlah amaun sumbangan yang telah anda bayar. Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberi notis bertulis dan memulangkan dokumen sijil yang asal kepada PruBSN. 9. Apakah yang perlu saya buat jika terdapat sebarang perubahan alamat surat-menyurat? Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan alamat anda untuk memastikan bahawa semua surat menyurat sampai kepada anda tepat pada waktunya. 10. Dimanakah saya boleh mendapat maklumat lanjut? Jika anda memerlukan maklumat tambahan mengenai takaful keluarga, sila rujuk buku info insurans mengenai 'Takaful Keluarga ', yang terdapat di semua cawangan kami atau anda boleh mendapat salinan daripada wakil takaful atau layari www.insuranceinfo.com.my. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: Disampaikan oleh : MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL 8S400062 Tarikh : 17/10/2013 Versi : SQS - Agency ver 2.2.1.5 a

Mukasurat 8 daripada 9

Pelan PruBSN ProtectPlus untuk ABC Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H) Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03 2053 7188 Faks: 03 2072 6188 E-mel: customer@prubsn.com.my Anda juga boleh melayari www.prubsn.com.my 11. Lain-lain jenis perlindungan takaful keluarga yang serupa: PruBSN Protect PruBSN CrisisCover NOTA PENTING: MENYERTAI PELAN TAKAFUL KELUARGA MEMERLUKAN KOMITMEN DARI SEGI KEWANGAN DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG. ANDA PERLU MEMILIH SIJIL YANG PALING SESUAI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN DIRI ANDA. OLEH DEMIKIAN ANDA PERLU MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN WAKIL TAKAFUL ATAU HUBUNGI TERUS PRUBSN UNTUK MAKLUMAT LANJUT. Maklumat yang disediakan dalam lampiran ini sah pada 17/10/2013.

Disampaikan oleh : MOHAMMAD YUSOF BIN ISMAIL 8S400062 Tarikh : 17/10/2013 Versi : SQS - Agency ver 2.2.1.5 a

Mukasurat 9 daripada 9

You might also like