You are on page 1of 23

SAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA Tel : 03-8884 9370
MALAYSIA Laman Web : www.moe.gov.my

Ruj. Kami : KPM.800-4/4/33 ( 77


Tarikh � Januari 2024

Pengarah Pendidikan Negeri


Semua Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan,

PELAKSANAAN SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA BAGI MURID


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia


(TPSM) akan diteruskan bagi tahun 2024. Nombor Sijil TPSM yang berkuat kuasa
bermula daripada 01/01/2024 sehingga 31/12/2024 ialah PTP-P0324898-04-DIR-24.

... 3. Skim TPSM memberi perlindungan bagi semua murid prasekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah dan tingkatan enam di sekolah-sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan seperti berikut:

3.1 Tempoh perlindungan berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 sehingga


31 Disember 2024.

3.2 Skim ini menyediakan perlindungan 24 jam sehari yang meliputi seluruh
dunia.

3.3 Kekecualian, skop perlindungan, jadual manfaat dan syarat-syarat


adalah seperti yang dilampirkan dalam Sijil Takaful Pelajar Sekolah
Malaysia.

3.4 Tatacara tuntutan pampasan boleh dirujuk seperti dalam lampiran


Appendix B.

. .. 2/-

Si/a catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung


77
77
NO SIJIL TPSM 2024 : TEMPOH PERLINDUNGAN :
1/1/2024 -31/12/2024
PTP-P0324898-04-DIR-24

1
AMAUN MANFAAT
SKOP PERLINDUNGAN
(RM)
A. KEMATIAN akibat kemalangan 5,500.00
B. LUMPUH berkekalan seluruh badan akibat kemalangan 22,000.00

C. TERPISAH ATAU PUTUS ANGGOTA DARI BADAN ATAU


KEHILANGAN PENGLIHATAN akibat kemalangan seperti
berikut:

i. Kedua-dua belah tangan di atas pergelangan, atau


ii. Kedua-dua belah kaki di atas buku lali, atau 22,000.00
iii. Kehilangan kekal penglihatan kedua-dua belah mata

 Jika kehilangan hanya satu daripada mana-mana anggota


badan atau penglihatan dalam C(a), (b) & (c) di atas, maka
amaun manfaatnya adalah sebanyak 50% daripada 11,000.00
RM22,000.00

2
AMAUN MANFAAT
SKOP PERLINDUNGAN
(RM)
D. KHAIRAT KEMATIAN - mati akibat sakit biasa 1,500.00
E. ELAUN TUNAI HOSPITAL - Sekiranya Orang Yang Dilindungi
dimasukkan ke dalam wad akibat kemalangan, Kami akan
membayar sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100.00) untuk
tempoh kemasukan wad selama empat (4) hari atau kurang dan
bayaran tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima
25.00 sehari
(RM25.00) sehari akan dibayar untuk hari-hari berikutnya,
maksimum enam puluh (60) hari setahun dengan syarat kemasukan
wad tersebut berlaku dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada
tarikh kemalangan.

F. ELAUN KERUSI RODA ATAU KAKI/TANGAN PALSU - Bayaran


tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) akan
dibayar sebagai elaun kerusi roda atau kaki/tangan palsu sekiranya
Orang Yang Dilindungi mengalami keilatan kekal dan tuntutan RM1,000.00
tersebut dibayar di bawah manfaat B atau C. Manfaat ini dibayar
sekali sahaja sepanjang Tempoh Takaful dan ianya tidak akan
dibayar sekiranya tuntutan tersebut tidak boleh dibayar di bawah
manfaat B atau C. 3
AMAUN MANFAAT
SKOP PERLINDUNGAN
(RM)

G. ELAUN PERJALANAN
Sekiranya Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam wad akibat
kemalangan dan tuntutan tersebut dibayar di bawah manfaat E,
bayaran tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus RM 200.00
(RM200.00) akan dibayar bagi setiap kemalangan sebagai elaun
perjalanan untuk ibubapa atau penjaga ke atau dari hospital
sepanjang tempoh Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam
wad.

4
Unit Tuntutan TPSM
U/p: En. Suhirman Bin Azmi
Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad,
Tingkat 13, Blok Annex,
Menara Takaful Malaysia,
No 4. Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur,
Telefon : 03-22681984 ext: 399

5
SIJIL TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM)
BAHAWASANYA Kementerian Pendidikan Malaysia (kemudian daripada ini dipanggil "Peserta") seperti yang dicatit di
dalam Jadual Pembaharuan telah memohon untuk melindungi semua pelajar (Unnamed Basis) di sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan (kemudian daripada ini dipanggil "Orang Yang Dilindungi") dalam Skim TPSM ini dan melantik
SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA AM BERHAD (kemudian daripada ini dipanggil "Syarikat" atau “Kami”) di bawah kontrak
Wakalah dan telah membayar atau bersetuju membayar Sumbangan Takaful sebagai balasan bagi penyertaan untuk
Tempoh Takaful yang tercatit di dalamnya.

MAKA SIJIL INI MENYAKSIKAN bahawa semasa Tempoh Takaful jika mana-mana Orang Yang Dilindungi mendapat
kecederaan tubuh badan, yang menyebabkan kematian atau keilatan seperti yang didefinasikan, maka (tertakluk kepada
syarat-syarat pengecualian, peruntukan dan peraturan yang terkandung atau yang diendos di atas Sijil) Syarikat akan
membayar kepada sekolah/ Orang Yang Dilindungi/ waris terdekat Orang Yang Dilindungi berkenaan suatu jumlah wang
seperti yang tercatit di dalam Jadual Manfaat dan pengesahan penerimaan oleh Guru Besar atau Pengetua atau Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid sekolah merupakan perlepasan yang muktamad dan sepenuhnya kepada Syarikat.

PENGECUALIAN
Sijil ini tidak melindungi:

1. Kematian atau keilatan atau kecederaan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan dari:
a. peperangan, pelanggaran, tindakan musuh luar, permusuhan (sama ada perang diisytiharkan atau tidak),
perang saudara, dahagi, revolusi, hasutan pemberontakan tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan
undang-undang tentera, pemogokan atau kegemparan awam;

b. bunuh diri (sama ada feloni atau tidak) atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan,
pembunuhan, kegiatan-kegiatan jahat (gangsterism), jenayah atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan;

c. penyakit atau wabak;

d. pengaruh alkohol dadah atau bahan-bahan berunsur kimia;

e. mengandung, melahirkan atau keguguran;

f. perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;

g. keilatan yang telah sedia wujud; dan

h. aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang dan Syariah.

2. Kematian atau keilatan atau kehilangan akibat melibatkan diri dalam sukan merbahaya seperti memburu, luncur (ski)
air, penerjunan ‘bungee’, polo, payung terjun, penerjunan paragliding, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan aktiviti
sukan air yang menggunakan alat pernafasan kecuali aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Peserta.

3. Kematian atau keilatan yang secara langsung atau tidak langsung atau timbul atau disebabkan dari:
a. Sinaran mengion, pancaran atau jangkitan oleh radioaktif daripada mana-mana bahan buangan nuklear. Bagi
maksud pengecualian ini, pembakaran hendaklah termasuk apa-apa penahanan sendirian proses
pembelahan nuklear.
b. Bahan senjata nuklear.

Jadual /Sijil Takaful Pelajar Sekolah Malaysia Muka Surat 1 daripada 5


Pengecualian di atas tidak berkait dengan manfaat (D) kecuali 1a, 1b, 1d, 1h dan 3a dan 3 b.

SKOP PERLINDUNGAN

JUMLAH
MANFAAT-MANFAAT PERLINDUNGAN
(RM)
A. KEMATIAN AKIBAT DARIPADA KEMALANGAN.
Kami akan membayar Jumlah Perlindungan sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia
5,500.00
akibat kemalangan dengan syarat kematian tersebut berlaku dalam tempoh dua belas (12) bulan
dari tarikh kemalangan.
B. LUMPUH BERKEKALAN SELURUH BADAN AKIBAT DARIPADA KEMALANGAN
Kami akan membayar Jumlah Perlindungan sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami lumpuh
22,000.00
berkekalan seluruh badan akibat kemalangan dengan syarat ianya berlaku dalam tempoh dua
belas (12) bulan dari tarikh kemalangan.
C. TERPISAH ATAU PUTUS ANGGOTA BADAN ATAU KEHILANGAN PENGLIHATAN
Kami akan membayar Jumlah Perlindungan sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami keilatan
kekal akibat kemalangan dengan syarat ianya berlaku dalam tempoh dua belas (12) bulan dari
tarikh kemalangan, seperti berikut:

(i) Terpisah atau putus kedua-dua belah tangan di paras pergelangan tangan dan ke atas;
22,000.00
(ii) Terpisah atau putus kedua-dua belah kaki di paras buku lali dan ke atas; atau
(iii) Kehilangan kekal penglihatan kedua-dua belah mata.

Jika kehilangan hanya satu daripada mana-mana anggota badan atau penglihatan dalam C(i), (ii)
atau (iii) di atas, maka Jumlah Perlindungan adalah sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada
Ringgit Malaysia Dua Puluh Dua Ribu (RM22,000.00.)
D. KHAIRAT KEMATIAN
Kami akan membayar Jumlah Perlindungan sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia 1,500.00
akibat penyakit atau semula jadi.
E. ELAUN TUNAI HOSPITAL
Sekiranya Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam wad akibat kemalangan, Kami akan
membayar sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100.00) untuk tempoh kemasukan wad
selama empat (4) hari atau kurang dan bayaran tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh 25.00 sehari
Lima (RM25.00) sehari akan dibayar untuk hari-hari berikutnya, maksimum enam puluh (60) hari
setahun dengan syarat kemasukan wad tersebut berlaku dalam tempoh dua belas (12) bulan
daripada tarikh kemalangan.
F. ELAUN KERUSI RODA ATAU KAKI/TANGAN PALSU
Bayaran tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) akan dibayar sebagai
elaun kerusi roda atau kaki/tangan palsu sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami keilatan
1,000.00
kekal dan tuntutan tersebut dibayar di bawah manfaat B atau C. Manfaat ini dibayar sekali sahaja
sepanjang Tempoh Takaful dan ianya tidak akan dibayar sekiranya tuntutan tersebut tidak boleh
dibayar di bawah manfaat B atau C.
G. ELAUN PERJALANAN
Sekiranya Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam wad akibat kemalangan dan tuntutan
tersebut dibayar di bawah manfaat E, bayaran tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus
200.00
(RM200.00) akan dibayar bagi setiap kemalangan sebagai elaun perjalanan untuk ibubapa atau
penjaga ke atau dari hospital sepanjang tempoh Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam
wad.

Jadual /Sijil Takaful Pelajar Sekolah Malaysia Muka Surat 2 daripada 5


PERUNTUKAN

1. Jumlah manfaat A atau D yang akan dibayar bersabit dengan tuntutan ke atas Orang Yang Dilindungi tidak akan
melebihi jumlah maksima bagi tiap-tiap manfaat A atau D. Bagi manfaat B dan C, jumlah maksima yang akan dibayar
adalah tidak melebihi jumlah maksima keseluruhan bagi kedua-dua manfaat B dan F atau C dan F.Sekiranya jumlah
manfaat maksima telah dibayar kepada seseorang yang dilindungi maka semua perlindungan ke atasnya adalah
dimansuhkan dan tidak berhak lagi mendapat manfaat seterusnya.

2. Apabila Orang-orang Yang Dilindungi didapati menaiki satu-satu pengangkutan secara bersama-sama, sekiranya
berlaku kemalangan maka tanggungjawab Syarikat ke atas orang-orang tersebut adalah tidak melebihi Ringgit
Malaysia Lima Juta (RM5,000,000.00). Syarikat akan membayar manfaat ke atas Orang-orang Yang Dilindungi
tersebut secara purata.

3. Tertakluk kepada syarat-syarat, terma-terma, had-had, peraturan-peraturan dan pengecualian di dalam Sijil ini
kecuali yang khas dinyatakan di dalamnya. Sekiranya Orang Yang Dilindungi didapati hilang di dalam Tempoh
Takaful dan jasadnya tidak dijumpai dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh kehilangan, maka Syarikat akan
membayar manfaat A di bawah Sijil Takaful ini.

SYARAT-SYARAT

1. TAKRIF

Sijil ini dan Jadual Pembaharuan hendaklah dibacakan bersekali sebagai satu kontrak dan mana-mana perkataan
atau perbahasan iaitu makna yang khas telah diberikan di mana-mana bahagian yang terdapat dalam Sijil atau
Jadual Pembaharuan tersebut adalah mempunyai makna yang sama di mana-mana ia terdapat.

2. SYARAT UTAMA

Pematuhan kepada syarat-syarat Sijil setakat mana yang ianya berkaitan kepada perkara-perkara yang dilakukan
atau yang tidak perlu dilakukan oleh Peserta hendaklah merupakan syarat-syarat terdahulu kepada apa-apa
tanggungan Syarikat untuk membuat apa-apa bayaran di bawah Sijil ini.

3. NOTIS

Setiap notis atau pemberitahuan yang diberi di bawah Sijil ini hendaklah secara bertulis dan hendaklah dihantar
dengan kepada Ibu Pejabat atau mana-mana cawangan Syarikat secara pos/serahan tangan atau emel.

4. MAKLUMAT DAN BUKTI KECEDERAAN

Semua sijil, maklumat dan bukti yang diperlukan oleh Syarikat hendaklah dibekalkan atas perbelanjaan Orang
Yang Dilindungi dan hendaklah di dalam bentuk dan jenis yang ditetapkan oleh Syarikat. Sekiranya berlaku
kemalangan, Peserta melalui Guru Besar atau Pengetua Sekolah atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
hendaklah mengatur Orang Yang Dilindungi untuk pemeriksaan perubatan bagi pihak Syarikat di atas perbelanjaan
Orang Yang Dilindungi ke atas sebarang kecederaan tubuh badan, jika diperlukan.

Jadual /Sijil Takaful Pelajar Sekolah Malaysia Muka Surat 3 daripada 5


5. KECEDERAAN TUBUH BADAN

Dalam kes kecederaan tubuh badan yang dilindungi di bawah Sijil ini:
a. Orang Yang Dilindungi hendaklah berusaha dan bertindak mengikut nasihat pakar perubatan bertauliah
secepat mungkin;

b. Notis bertulis hendaklah dihantar kepada Syarikat oleh Guru Besar atau Pengetua sekolah atau Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid secepat mungkin tidak melebihi tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh
kemalangan yang mengakibatkan kecederaan.

6. SYARAT KELENYAPAN

Tertakluk kepada syarat-syarat, had-had, peraturan-peraturan dan kekecualian pada Sijil ini kecuali yang khusus
diperuntukkan di dalamnya, jika Orang Yang Dilindungi didapati lenyap semasa Sijil ini berkuatkuasa dan tubuh
badannya tidak dijumpai dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelenyapan tersebut, dan bukti yang mencukupi
dikemukakan dimana Syarikat berpuashati dan kesimpulan dibuat bahawa beliau mendapat kemalangan
kecederaan tubuh badan dan kecederaan tersebut menyebabkan kematian, Syarikat akan terus membayar
manfaat kematian di bawah Sijil ini dengan syarat orang yang menerima bayaran tersebut hendaklah
menandatangan dan bersetuju untuk memulangkan bayaran tersebut kepada Syarikat sekiranya Orang Yang
Dilindungi berkenaan seterusnya dijumpai masih hidup.

7. PEMBAHARUAN SECARA AUTOMATIK

Sijil ini akan diperbaharui secara automatik apabila tamat Tempoh Takaful seperti yang tecatit di Jadual
Pembaharuan dan Sumbangan Takaful akan ditetapkan, melainkan diarahkan sebaliknya.

8. PEMBATALAN SIJIL PERLINDUNGAN

Syarikat boleh membatalkan Sijil ini dengan menghantar notis tujuh (7) hari secara surat berdaftar kepada Peserta
di alamat yang didaftarkan di dalam rekod Syarikat. Begitu juga Sijil ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh
Peserta dengan memberi notis (7) hari kepada Syarikat.

9. TANGGUNGAN SYARIKAT

Syarikat tidak akan bertanggung jawab bagi apa-apa tuntutan yang berlaku sekiranya Sumbangan Takaful tidak
dibayar oleh mana-mana Orang Yang Dilindungi.

10. TIMBANGTARA

Semua perbezaan yang timbul daripada Sijil ini hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang Penimbangtara yang
dilantik secara bertulis oleh pihak Syarikat dan Peserta atau jika mereka tidak bersetuju terhadap Penimbangtara
tunggal, maka kepada keputusan dua (2) orang Penimbangtara seorang dilantik secara bertulis oleh setiap pihak
dalam masa satu (1) bulan kalendar selepas diperlukan secara bertulis untuk berbuat demikian oleh mana-mana
pihak atau sekiranya Penimbangtara-Penimbangtara itu tidak bersetuju, seorang Pengadil akan dilantik secara
bertulis oleh Penimbangtara-Penimbangtara sebelum meneliti rujukan kes berkenaan. Pengadil hendaklah
bersidang dengan Penimbangtara-Penimbangtara dan mempengerusikan mesyuarat itu. Keputusan yang dibuat
hendaklah merupakan syarat yang mengikat terhadap mana-mana hak tindakan terhadap Syarikat. Kos rujukan
dan keputusan adalah mengikut budi bicara Penimbangtara, Penimbangtara-Penimbangtara atau Pengadil yang

Jadual /Sijil Takaful Pelajar Sekolah Malaysia Muka Surat 4 daripada 5


membuat keputusan. Timbang tara hendaklah di adakan di Kuala Lumpur dan undang-undang Malaysia hendaklah
terpakai bagi timbang tara tersebut.

11. AGIHAN LEBIHAN

Sumbangan Takaful, setelah ditolak yuran Wakalah sebanyak lapan belas peratus (18%) akan dikreditkan ke
dalam Dana Takaful Am Syarikat (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “DTA”). Syarikat akan melabur dan
menguruskan DTA selaras dengan prinsip Syariah.

Sebarang lebihan daripada DTA, jika ada, akan ditentukan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak Syarikat di
mana jumlah pengagihan lebihan tahunan di antara Peserta dan Syarikat adalah mengikut nisbah berikut:
a) lima puluh peratus (50%) daripada lebihan yang diagihkan akan dibayar kepada Peserta; dan
b) lima puluh peratus (50%) daripada lebihan yang diagihkan akan dibayar kepada Syarikat.

Lebihan dari DTA adalah tidak dijamin dan akan berdasarkan prestasi sebenar Syarikat dan akan digunakan
terlebih dahulu untuk menyelesaikan sebarang Qard terhutang kepada Syarikat.

Perkataan “Wakalah” seperti yang disebutkan di atas merujuk kepada satu kontrak Syariah di mana peserta
melantik Syarikat menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam DTA.
Sebagai pulangannya, Peserta membenarkan Syarikat membuat potongan yang tertentu sebagai yuran Wakalah
untuk perkhidmatan yang diberi.

Perkataan “Qard” seperti yang disebutkan di atas merujuk kepada kontrak pemberian pinjaman wang oleh pemberi
pinjaman kepada peminjam di mana peminjam itu perlu membayar balik jumlah yang setara kepada pemberi
pinjaman. Di bawah Sijil ini, Syarikat akan meminjamkan sejumlah wang kepada DTA tanpa faedah sekiranya DTA
mengalami defisit.

12. BAYARAN UNTUK JUMLAH KECIL

Untuk sebarang jumlah yang perlu dibayar kepada Peserta atau Orang Yang Dilindungi akibat daripada
pemulangan/ penyerahan/ kematangan/ penamatan/ tuntutan yang perlu dibuat selain daripada cara pembayaran
elektronik, bayaran tersebut hanya akan dibuat jika jumlah yang perlu dibayar ialah Ringgit Malaysia Sepuluh
(RM10.00) dan ke atas. Untuk sebarang jumlah yang kurang daripada Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00),
Syarikat akan menderma kepada badan amal yang di luluskan oleh pihak Syarikat.

Jadual /Sijil Takaful Pelajar Sekolah Malaysia Muka Surat 5 daripada 5


Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad ­£Ó{È{nȇ ® Ê WÊ Ì>Ž>vՏ‡“>>ÞÈ>°Vœ“°“Þ
HEAD OFFICE/ 14Ì ÊœœÀ]ʘ˜iÝiÊ œVŽ]Êi˜>À>Ê/>Ž>vՏÊ>>ÞÈ>] TÊ £‡ÎääÊnnÊÓxÓÊÎnx
IBU PEJABAT:
œÊ{°Ê>>˜Ê-ՏÌ>˜Ê-Տ>ˆ“>˜]ÊxääääÊÕ>>ÊՓ«ÕÀ] FÊ Èä·ÓÓÇ{äÓÎÇ
*°"Ê œÝÊ££{nÎ]ÊxäÇ{ÈÊÕ>>ÊՓ«ÕÀ EÊ VÃÕJÌ>Ž>vՏ‡“>>ÞÈ>°Vœ“°“Þ

Emel Sekolah
Emel Waris
5V-HRZ

06102020DƵŬĂƐƵƌĂƚ ϭ ͬ ϰ
IV. ARAHAN PINDAHAN TERUS
Nota Penting : Nama Pemegang Akaun dan penandatangan arahan kredit mestilah sama dengan lampiran A.
E-Pembayaran (Individu)

Nama Pemegang Akaun

No. My.ad / PaspoUt

Alamat Surat Menyurat

Alamat E-mel

No. Telefon

Nama Bank

No. Akaun Bank

Tandatangan Tarikh

06102020DƵŬĂƐƵƌĂƚ Ϯ ͬ ϰ
Terma-terma dan syarat-syarat

 Kemudahan Kredit Terus hanya boleh digunakan bagi akaun bank yang diselenggara di Malaysia sahaja. Bagi pelanggan luar negara, kami akan menilai setiap
kes sebelum membenarkan kemudahan Kredit Terus ini.

 Kemudahan Kredit Terus Boleh digunakan untuk akaun bank seperti di lampiran A sahaja. Pembayaran kepada penerima lain akan dipertimbangkan berdasarkan
setiap kes.

 Peserta / Pemilik Sijil perlu mengemukakan satu salinan buku simpanan bank atau penyata bank dan No. Kad Pengenalan / No. Pasport yang digunakan bagi
membuka akaun bank untuk tujuan pengesahan.

 Jika salinan buku simpanan bank atau penyata bank tidak dikemukakan, penuntut dianggap telah mengesahkan bahawa butir-butir akaun di dalam borang ini
adalah sahih dan tepat.

* Sekiranya butir-butir yang diberikan oleh Peserta / Pemilik Sijil tidak sah atau tidak tepat, mengakibatkan pembayaran Kredit Terus ke dalam akaun bank pihak
ketiga, pembayaran dibuat itu masih dianggap pembayaran penuh bagi tujuan Bayaran Balik / Serahan / Pengeluaran Sebahagian / Tuntutan / Pembatalan /
Lain-lain dan STM$B tidak akan bertanggungjawab atas segala liabiliti, dakwaan dan permintaan pada masa kini dan juga pada masa hadapan yang
berkaitan dengan Bayaran Balik / Serahan / Pengeluaran Sebahagian / Tuntutan / Pembatalan / Lain-lain.

06102020DƵŬĂƐƵƌĂƚ ϯ ͬ ϰ
>DW/ZE 

Nama dan Alamat Sekolah


.....................................................................................................

.....................................................................................................

.....................................................................................................

.....................................................................................................

Tarikh :

Syarikat Takaful Malaysia ŵBerhad,


Menara Takaful Malaysia,
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur

Tuan,

dhEdhdE ^</D dW^D

Nama Pelajar :
KemaƟan / Keilatan Kekal / Elaun Tunai Hospital
: / Elaun Kerusi Roda

Adalah saya dengan hormatnya memohon pembayaran manfaat tuntutan pelajar di atas dibuat atas :-

Nama : .....................................................................................................................................................

Nama bank : .....................................................................................................................................................

No. akaun : .....................................................................................................................................................

Hubungan dengan Pelajar : .....................................................................................................................................................

Disertakan bersama ƐĂůŝŶĂŶ kĂĚ pĞŶŐĞŶĂůĂŶ / sĂůŝŶĂŶ sƵƌĂt bĞƌĂŶĂk dan saya dengan ini mengesahkan penama tersebut adalah orang yang
berhak kepada bayaran manfaat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................................................
Tandatangan Pengetua / Guru Besar / Guru HEM

Nama : ......................................................................................................................

Cop Rasmi Sekolah : ....................................................................

06102020DƵŬĂƐƵƌĂƚ ϰ ͬ ϰ
IBUPEJABAT:
Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (1246486-D)
Tingkat 27, Blok Annexe Menara Takaful Malaysia.
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-8-TAKAFUL (825 2385)
Fax: 603-22740237
Email: csu@takaful-malaysia.com.my
APPENDIX B

GARIS PANDUAN TUNTUTAN TPSM 2024

1. TATACARA TUNTUTAN PAMPASAN

1.1 Notis Pemberitahuan Kemalangan/Tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari
tarikh kemalangan.

1.2 Pihak Sekolah / IbuBapa / Murid / Waris boleh mengemukakan dokumen tuntutan terus
ke Unit Tuntutan TPSM, Ibu Pejabat / Cawangan Takaful Malaysia yang berdekatan
melalui pengesahan sekolah dengan menggunakan Borang Tuntutan TPSM yang
dikeluarkan oleh Takaful Malaysia yang dimuat turun dan dicetak melalui laman
sesawang :

takaful-malaysia.com.my

1.3 Borang Tuntutan hendaklah diisikan oleh sekolah berkenaan dengan mendapat
pengesahan dan perakuan daripada Pengetua, Guru Besar atau Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah.

1.4 Guru Besar/Pengetua hendaklah memastikan bahawa :

a. Murid yang menuntut adalah murid yang sah dan berdaftar di sekolah
berkenaan.
b. Tuntutan yang dibuat benar-benar berada di bawah skop perlindungan yang
dinyatakan.

1.5 Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan betul dan tepat.

1.6 Semua borang mesti ditandatangani oleh Guru Besar, Pengetua atau Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

1.7 Bayaran manfaat tuntutan akan dimasukkan kedalam akaun bank penama seperti
dalam ”LAMPIRAN A”

1
2. DOKUMEN TUNTUTAN PAMPASAN

Pihak Sekolah mesti memastikan borang tuntutan asal serta dokumen-dokumen/salinan


sokongan tuntutan mestilah disahkan oleh pihak sekolah sebelum semua dokumen tuntutan ini
dihantar secara pos berdaftar/pos laju ke Takaful Malaysia.

Jenis Tuntutan Dokumen Berkaitan

i. Lampiran A
ii. Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap)
iii. Laporan Polis
iv. Salinan Sijil Kematian / Permit Menguburkan
Tuntutan Kematian Akibat
A v. Salinan Sijil Kelahiran, Muka Hadapan Buku
Kemalangan
Bank/Penyata Bank & Kad Pengenalan Penerima
Bayaran Tuntutan Takaful

*Perlu disahkan oleh Pihak Sekolah

i. Lampiran A
ii. Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap)
iii. Salinan Sijil Kematian / Permit Menguburkan
iv. Salinan Sijil Kelahiran, Muka Hadapan Buku Bank
B Khairat Kematian
(Kematian / Penyata Bank & Kad Pengenalan Penerima
biasa/semuljadi) Bayaran Tuntutan Takaful

*Perlu disahkan oleh Pihak Sekolah

i. Lampiran A
ii. Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-
sama dokumen sokongan termasuk gambar
sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan
Perubatan Pakar atau Laporan Perubatan OKU
Tuntutan Lumpuh (kos laporan ditanggung oleh waris).
C Berkekalan/Terpisah atau iii. Laporan Polis
Hilang Anggota Serta iv. Salinan Sijil Kelahiran, Muka Hadapan Buku
Elaun Kerusi Roda Atau Bank/Penyata Bank & Kad Pengenalan Penerima
Kaki/Tangan Palsu Bayaran Tuntutan Takaful

*Perlu disahkan oleh Pihak Sekolah

i. Lampiran A
Tuntutan Elaun Tunai
D ii. Borang Tuntutan TPSM (diisi lengkap)
Hospital Serta
iii. Pengesahan Rawatan / Ward Chit / Discharge
Elaun Perjalanan
Note

2
iv. Salinan Sijil Kelahiran, Muka Hadapan Buku
Bank/Penyata Bank & Kad Pengenalan Penerima
Bayaran Tuntutan Takaful

*Perlu disahkan oleh Pihak Sekolah

3. PANDUAN MENGISI BORANG DAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN TPSM

i. Sebelum mengemukakan tuntutan, Guru Besar/Pengetua Sekolah hendaklah memastikan


perkara-perkara berikut :-

a. Bahawa murid yang menuntut adalah murid yang sah berdaftar di


sekolahberkenaan.

b. Bahawa tuntutan yang hendak dibuat adalah berhak memperolehi manfaat di


bawahTPSM. (Sila Rujuk Jadual Manfaat)

ii. Semua Borang Tuntuan hendaklah diisi dengan betul oleh sekolah berkenaan dengan
ditandatangani oleh Guru Besar / Pengetua / Guru Hem sekolah terbabit.
Semua dokumen sokongan tuntutan wajib disahkan sebagai salinan asal oleh pihak
sekolah (Pengetua / Guru Besar / Guru Hem)

iii. Semua ruang di Borang Tuntutan hendaklah diisi dengan panduan berikut :

RUANG I : BUTIR-BUTIR PELAJAR

Ruang ini adalah untuk menyatakan maklumat murid yang membuat


tuntutan dan maklumat sekolah. Perlu diisi bagi semua jenis tuntutan.

RUANG II : BUTIR-BUTIR KEMALANGAN/KEMATIAN

Ruang ini adalah untuk menyatakan kejadian kemalangan/kematian


murid. Bagi tuntutan kematian biasa untuk manfaat D (Khairat
Kematian), hanya ruang A perlu dipenuhkan. Bagi tuntutan lain-lain
manfaat, ruang A, B dan C perlu dipenuhkan bersama Laporan Polis
/ Laporan Sekolah..

3
RUANG III : JENIS TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN

Sebelum ruang ini dipenuhkan, Guru Besar/Pengetua Sekolah perlu


terlebih dahulu mengenal pasti jenis tuntutan manfaat yang hendak
dikemukakan:

RUANG IV : ARAHAN PINDAHAN TERUS

Ruang ini adalah untuk menyatakan butir perihalan penama penerima


bayaran tuntutan dan akaun bank penama tersebut. Wajib diisi bagi
semua jenis tuntutan.

RUANG V : PENGESAHAN DAN PERAKUAN

Ruang ini adalah untuk pihak Pengetua, Guru Besar atau Guru HEM
memberi pengesahan dan perakuan bahawa pelajar yang membuat
tuntutan adalah murid sah berdaftar dan layak untuk membuat
tuntutan selanjutnya.

RUANG A/D
Bagi tuntutan manfaat A dan/atau D

RUANG B/C & F

Bagi tuntutan manfaat B atau C dan F.

Bagi tuntutan B atau C dan F, pengesahan doktor adalah dikehendaki


untuk pengesahan hilang upaya tersebut di borang tuntutan serta
Laporan Perubatan Pakar atau Laporan Perubatan OKU

Untuk manfaat C, sila tandakan jenis hilang upaya yang menimpa


murid.

RUANG E
Adalah untuk tuntutan manfaat E dan G.

iv. Semua tuntutan hendaklah disokong dengan dokumen seperti Perkara 2 (Dokumen
Tuntutan Pampasan) di atas.

v. Pengesahan dan perakuan tuntutan hendaklah dibuat oleh Guru Besar / Pengetua
Sekolah / PK HEM di ruang V & Lampiran A

vi. Borang Tuntutan yang telah dilengkapkan dan disertai dokumen-dokumen sokongan
yang diperlukan boleh dihantar kepada mana-mana pejabat Cawangan Takaful
Malaysia atau dihantar terus / pos laju kepada :

URUSETIA UNIT TUNTUTAN TPSM


Syarikat Takaful Malaysia Berhad,
Tingkat 13, Blok Annex, Menara Takaful Malaysia,
No. 4 Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia
(Untuk perhatian : En Suhirman Bin Azmi)

Tel : 603-22681984, Tol Free : 1 800 387180


E-mail : suhirman.azmi@takaful-malaysia.com.my
: csu@takaful-malaysia.com.my

4
Lampiran Senarai Cawangan dan Kaunter Syarikat Takaful Malaysia Keluarga/Am Berhad.

TAKAFUL myCARE CENTRES

Dan

IFIC/Takaful Retails Centers

*************************************************************************************************************

5
TAKAFUL myCARE CENTRES TAKAFUL RETAIL CENTRES
KUALA LUMPUR KEDAH TERENGGANU IFiC KL Sentral IFiC Putrajaya
Kuala Terengganu Aras Bawah, Menara TH Sentral Kompleks Islam Putrajaya
Menara Takaful Malaysia Alor Setar
Tingkat 2, Lot 1129 & 1130 Blok D, Plaza Sentral Blok B, Jalan Tunku Abdul Rahman
Tingkat Bawah, Blok Utama No. 229, Jalan Shahab 2 Jalan Stesen Sentral 5
Jalan Sultan Ismail Presint 3, Pusat Pentadbiran
Menara Takaful Malaysia Shahab Perdana 50470 Kuala Lumpur Kerajaan Persekutuan
20200 Kuala Terengganu
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman Jalan Sultanah Sambungan Terengganu Darul Iman 62100 Putrajaya
50000 Kuala Lumpur 05150 Alor Setar Waktu Operasi
Waktu Operasi Isnin - Jumaat Waktu Operasi
Waktu Operasi Kedah Darul Aman
Ahad - Khamis 8:30 pagi - 4:00 petang Isnin - Jumaat
Isnin - Jumaat Waktu Operasi 8:30 pagi - 5:00 petang Jumaat 8:30 pagi - 4:00 petang
8:30 pagi - 5:00 petang Isnin - Jumaat 12:30 petang - 2:30 petang (tutup) Jumaat
KELANTAN
Jumaat 8:30 pagi - 5:00 petang 12:30 petang - 2:30 petang (tutup)
Kota Bharu IFiC Jalan Tun Razak
12:30 petang - 2:30 petang (tutup) Jumaat Aras 2, Menara Tabung Haji IFiC Johor Bahru
Lot 331 & 332
12:30 petang - 2:30 petang (tutup) 201, Jalan Tun Razak Tingkat Bawah
SELANGOR Tingkat Bawah
Sungai Petani Jalan Sultan Yahya Petra 54000 Kuala Lumpur Menara TH Johor Bahru
Shah Alam Wakaf Siku, 15200 Kota Bharu PTB 20485, Jalan Ayer Molek
No. 4, Kompleks Seri Temin Waktu Operasi 80000 Johor Bahru
Tingkat Bawah Jalan Ibrahim Kelantan Darul Naim Isnin - Jumaat Johor Darul Takzim
Lot. No 82, 84, 86 08000 Sungai Petani Waktu Operasi 8:30 pagi - 4:00 petang
Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13 Ahad - Khamis Jumaat Waktu Operasi
Kedah Darul Aman Ahad - Khamis
40100 Shah Alam 8:30 pagi - 5:00 petang 12:30 petang - 2:30 petang (tutup)
Selangor Darul Ehsan Waktu Operasi 8:30 pagi - 4:00 petang
Isnin - Jumaat SARAWAK IFiC Sepang
Waktu Operasi Tingkat Bawah, Lot 01 IFiC Banda Kaba
8:30 pagi - 5:00 petang Miri BangunanTabung Haji
Isnin - Jumaat Jumaat Lot 1340, Tingkat Bawah Movenpick Hotel &
8:30 pagi - 5:00 petang Lot 250, Jalan Banda Kaba
12:30 petang - 2:30 petang (tutup) Miri Waterfront Convention Centre KLIA
Peti Surat 205, 75740 Melaka
Jumaat Commercial Centre Kompleks TH Sepang
12:30 petang - 2:30 petang (tutup) JOHOR Jalan Waterfront Jalan Masjid KLIA Waktu Operasi
98000 Miri, Sarawak 64000 Sepang Isnin - Jumaat
MELAKA Batu Pahat Selangor Darul Ehsan 8:30 pagi - 4:00 petang
Tingkat Bawah Waktu Operasi
Isnin - Jumaat Jumaat
Melaka No. 46, Jalan Rahmat Waktu Operasi
8:30 pagi - 5:00 petang 12:30 petang - 2:30 petang (tutup)
148, Kompleks Munshi Abdullah Isnin - Jumaat
83000 Batu Pahat Jumaat
Jalan Munshi Abdullah 8:30 pagi - 4:00 petang IFiC Ipoh
Johor Darul Takzim 12:30 petang - 2:00 petang (tutup) Jumaat
75100 Melaka Aras 1, Bangunan Tabung Haji
Waktu Operasi Kuching 12:30 petang - 2:30 petang (tutup) Jalan Koo Chong Kong
Waktu Operasi Isnin - Jumaat Lot 435, Tingkat 1 & 2 30000 Ipoh
Isnin - Jumaat 8:30 pagi - 5:00 petang Bangunan Tuanku Haji Perak Darul Ridzuan
8:30 pagi - 5:00 petang Jumaat Mohammad Al-Edrus Waktu Operasi
Jumaat 12:30 petang - 2:30 petang (tutup) Jalan Kulas Isnin - Jumaat
12:30 petang - 2:30 petang (tutup) 93400 Kuching, Sarawak 8:30 pagi - 4:00 petang
Johor Bahru Waktu Operasi Jumaat
PULAU PINANG Tingkat Bawah Isnin - Jumaat 12:30 petang - 2:30 petang (tutup)
Bandar Perda No. 5, Jalan Setia Tropika 1/30 8:30 pagi - 5:00 petang
No. 28, Jalan Perda Barat 1 Taman Setia Tropika Jumaat
Bandar Baru Perda 81200 Johor Bahru 12:00 petang - 2:00 petang (tutup)
14000 Bukit Mertajam Johor Darul Takzim
SABAH
Pulau Pinang Waktu Operasi Kota Kinabalu
Waktu Operasi Isnin - Jumaat Lot A 202 & 203, Tingkat 2
Isnin - Jumaat 8:30 pagi - 5:00 petang Blok A, Wisma MUIS Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad [198401019089 (131646-K)]
8:30 pagi - 5:00 petang Jumaat Jalan Tengku Abdul Rahman
12:30 petang - 2:30 petang (tutup) 88850 Kota Kinabalu, Sabah Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad [201701032316 (1246486-D)]
Jumaat
12:30 petang - 2:30 petang (tutup) Waktu Operasi Tingkat 14, Blok Annex
PAHANG Isnin - Jumaat Menara Takaful Malaysia
Gelugor Kuantan 8:30 pagi - 5:00 petang No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
No. 2480, Tingkat Bawah No. 45, Tingkat Bawah Jumaat 50000 Kuala Lumpur
Jalan Sultan Azlan Shah Jalan Teluk Sisek 12:00 petang - 2:00 petang (tutup) Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur
11700 Gelugor 25000 Kuantan
Pulau Pinang Pahang Darul Makmur 1-300 88 252 385
Waktu Operasi 603-2274 0237
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat takaful-malaysia.com.my
Isnin - Jumaat Kedah
8:30 pagi - 5:00 petang csu@takaful-malaysia.com.my
8:30 pagi - 5:00 petang
Jumaat Jumaat
12:30 petang - 2:30 petang (tutup) 12:30 petang - 2:30 petang (tutup)
Temerloh Pulau Sabah
Pinang Kelantan Terengganu
NEGERI SEMBILAN No. 27, Jalan Dato’ Bahaman 3
Seremban Pusat Dagangan Temerloh
28000 Temerloh Perak
Suite 14-2, Tingkat 2
Seremban City Centre Pahang Darul Makmur
Jalan Tuanku Munawir Waktu Operasi
70000 Seremban Isnin - Jumaat Pahang
Negeri Sembilan Darul Khusus 8:30 pagi - 5:00 petang
Jumaat Selangor Kuala Sarawak
Waktu Operasi Lumpur
Isnin - Jumaat 12:30 petang - 2:30 petang (tutup)
8:30 pagi - 5:00 petang Putrajaya
Jumaat Negeri Sembilan
12:30 petang - 2:30 petang (tutup)
Melaka Johor

Kami Lindungi. Kami Prihatin. Kami Berkongsi.

You might also like