You are on page 1of 16

Nama Nama Panggilan Keturunan

Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Abu Abdullah

1. Al- Ju'fi : Ini adalah kerana nasab keturunan Arab, sebabnya : Al-Mughirah, adalah datuk kepada Imam Bukhari yang telah memeluk Islam di hadapan Al-Yaman Al-Ju'fi, lalu dinasabkan kepadanya sebagai nasab kepada pemimpin. LATARBE 2. Bukhari : Ialah nisbah kepada negerinya. Dilahirkan pada 13 Syawal tahun 194 H, pada hari Jumaat.

Kelahiran

LAKANG

Kematian

Imam Bukhari meninggal dunia pada tahun (256) Hijrah, pada malam Sabtu, malam Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu beliau berusia 62 tahun.

Berusaha dengan bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan yang memberi manfaat. Teliti dan berhati-hati dalam sesuatu perkara yang dilakukannya. Mempunyai daya ingatan yang kuat. Sangat menghormati ilmu yang dipelajarinya terutama sekali ilmu hadis. Sangat berminat pada ilmu hadis. Beliau sanggup bermusafir ke beberapa daerah untuk berjumpa dengan ulama-ulama hadis dan mendapatkan ilmu daripada mereka. Beliau sangat warak dan tidak makan benda-benda yang syubhat.

Imam Al-Bukhari mula mempelajari ilmu hadis ketika berusia sebelas tahun. Ketika berusia enam belas tahun, beliau mengunjungi kota Makkah dan kota Madinah dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Selama enam tahun beliau mengikuti pengajian hadis daripada ulamaulama di sana.

Beliau kemudian mengunjungi Basrah, Mesir, Hijaz, Kufah dan Baghdad untukmempelajari dan mengumpul hadis-hadis nabi.
Berkat kesungguhan, usaha gigih dan mempunyai daya ingatan yang kuat, Al-Imam Al-Bukhari telah hafaz segala hadis-hadis yang diperoleh daripada 80,000 orang ahli hadis. Mengikut satu riwayat, beliau telah hafaz 600,000 buah hadis beserta sanadnya.

1. Abu Asim An-Nabil. 2. Makkiyah bin Ibrahim. 3. Muhammad bin Isa At-Tabba'. 4. Ubaidullah bin Musa. 5. Muhammad bin Salam Al-Bikandi. 6. Ahmad bin Hambal. 7. Ishak bin Mansor. 8. Khalad bin Yahya bin Safuan. 9. Ayub bin Sulaiman bin Bilal. 10. Ahmad bin Isykab.

Hadis - Ilmu hadis ialah penjagaan atau hafalan beliau terhadap hadis dan pengetahuannya tentang sanad. Imam Bukhari telah mencapai tahap yang tinggi dalam ilmu ini.

Tafsir - Imam Bukhari telah memberi perhatian sebagaimana yang diberikan oleh seorang ahli hadis yang mengetahui sanad juga sebagaimana seorang ahli bahasa yang mengerti maksud lafaz-lafaz seperti seorang faqih mengeluarkan hukum-hakam.

- Pengetahuan Imam Bukhari yang banyak tentang Hadis, Bahasa Arab dan pengetahuannya sejak kecil tentang mazhab ahli fikir serta perbahasan hukum oleh para Sahabat dan para Taabi'een telah membolehkan beliau mengarang dalam bidang Fekah ketika berusia 18 tahun. Ketika itu beliau telah digolongkan sebagai seorang ahli fekah yang terkenal, seorang mujtahid yang terkemuka sehingga para syeikh yang mengetahui kecemerlangan beliau mengakuinya. Mereka ialah : (i) Naim bin Hamad Al-Khaza'i (ii) Muhammad bin Basyar (iii) Abu Mus'ib Az-Zuhri

Feqah

Sejarah dan Biografi - Imam Bukhari telah menguasai bidang ini dan tiada seorang pun yang setanding dengannya. Beliau mengambil berat terhadap ilmu tersebut semenjak kecil lagi. Beliau telah mula mengarang berkaitan dengan ilmu sejarah dan biografi semasa muda. - Beliau menceritakan tentang dirinya : "Ketika aku berumur 18 tahun, aku mula mengarang cerita-cerita para sahabat dan para Taabi'een, mengarang sejarah Madinah di sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku menulis kitab itu pada malam bulan mengambang."

- Beliau berkata lagi : " Satu nama walaupun kecil nilainya aku tetap menganggap nama itu mempunyai cerita melainkan aku tidak mahu memanjangkan penulisanku." - Kitab yang beliau maksudkan sebagai sejarah ialah Kitab At-Tarikh Al-Kabir. Kitab ini adalah untuk menyempurnakan penyusunan beliau mengikut babnya. Beliau tidak meninggalkan seorang pun orang yang diambil ilmu darinya melainkan beliau menyebut nama orang tersebut dalam kitabnya At-Tarikh AlAusat dan As-Soghir yang menunjukkan keilmuan dan makrifatnya tentang biografi, tarikh kematian dan sejarah manusia.

Jarah dan Ta'dil - Imam Bukhari merupakan orang yang pertama mengemukan ilmu Jarah dan Ta'dil. Beliau merupakan hafiz yang seolah-olah sanad hadis semenjak zaman sahabat sehinggalah zaman beliau dibawah penjagaannya. Beliau membezakan antara pencatit hadis serta menguasainya dengan orang yang mencampur aduk serta melakukan pembohongan. - Imam Bukhari telah memperkatakan tentang masalah perawi hadis tentang kecacatan perawi dan memperelokkannya, tetapi beliau membuat perbezaan yang ketara kerana beliau berhati-hati terhadap lafaz-lafaz yang dikemukakan berhubung dengan masalah Jarah dan Ta'dil kerana dikhuatiri menyebut keaiban orang lain.

Ilal - Ilmu ini membawa maksud kecacatan yang tersembunyi dalam hadis. Merupakan ilmu yang begitu terperinci dan paling rumit kerana tersembunyi. Melalui intipati pengetahuan beliau itulah telah terhasilnya kitab beliau yang agung iaitu Kitab As-Sahih. Ahli hadis yang tidak memahami serta tidak memberi pengamatan yang baik terhadap ilmu ini maka kebiasaannya ia tidak mampu untuk menyusun kitab hadis yang membezakan antara hadis sahih dan tidak sahih.

Bahasa - Imam Bukhari tidak masyhur atau cemerlang dengan ilmu bahasa kerana beliau sibuk dengan ilmu lain tetapi beliau pada zahirnya telah menguasai sebahagian ilmu tersebut yang merupakan ilmu alat semestinya dikuasai untuk mendalami serta memahami ilmu lain. Tandatanda yang menunjukkan bahawa beliau menguasai ilmu bahasa ialah sebagaimana yang telah beliau tulis dibeberapa tempat dalam Kitab As-Sahih berhubung dengan tafsir ayatayat Al-Quran yang susah serta gesaan beliau.

1. Al-Jaami' As- Sahih. Dikenali sebagai Sahih Bukhari. 2. At- Tarikh Al Kabir. Ia merupakan karangan yang paling indah dan baik mengikut bab begitu juga topiknya. Perawi-perawai hadis semenjak dari zaman sahabat sehinggalah zaman beliau serta mengandungi perbahasan tentang kecacatan-kecacatan Hadis, Jarah, Ta'dil dan sebagainya. Ia telah dicetak di Hyderabad di India pada tahun 1691 M dengan disemak oleh Al-Allaamah Abdul Rahman Al-Mu'allimi Rahimahullah. 3. At-Tarikh Al-Ausat. Ia disusun selama beberapa tahun dan tiba kepada kita darinya potongan kitab ilmu islam yang terdahulu.

4. At-Taarikh As-Soghir. Ia disusun beberapa tahun dan dicetak berulang kali. 5. Kitab Al-Kuna. Ia dicetak sebagai lampiran Kitab At-Taarikh Al-Kabir dipercetakan Hyderabad. 6. Adh-Dhu'afa'. Terdapat dua kitab dengan nama tersebut iaitu Soghir (kecil) dan Kabir (besar). Mengandungi sejumlah perawiperawi hadis yang lemah. 7. Al-Adab Al- Mufrad. Merupakan kitab adab dan akhlak yang elok lagi baik mengikut bab dengan cara terkini dan telah dicetak sebanyak beberapa kali.

8. Al-Qiraat Khalfa Al-Imam (bacaan dibelakang imam). Dikenali sebagai Juz Al-Qiraat. Mengandungi masalah bacaan makmum dibelakang imam dan menyokong hujah tentang diwajibkan membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat dalam apa jua keadaan, sekalipun orang yang mendirikan sembahyang itu sebagai imam, makmum atau bersendirian, samada di dalam sembahyang yang tidak dinyatakan bacaannya ataupun yang dinyatakan bacaannya malah tidak dikira rakaat tanpanya.

9. Mengangkat kedua-dua tangan dalam sembahyang. Dikenali dengan Juz Raf'ul Yadain. Imam Bukhari membentangkan masalah orang sembahyang mengangkat kedua-dua tangan apabila melakukan takbiratul-ihram dan semasa berpindah rukun. 10. Kejadian Perbuatan Hamba. Kandungannya adalah tentang permasalahan pegangan (akidah) iaitu perbuatan-perbuatan hamba adalah merupakan makhluk dan kalam Allah iaitu Al-Quran adalah bukan makhluk. Faktor yang mendorong beliau mengarang kitab tersebut adalah sebagai suatu ujian yang dihadapi tentang masalah tersebut.

You might also like