You are on page 1of 99

FIBER OPTIK

OBJEKTIF
Objektif Am :

Memahami sistem gentian optik dari sudut rajah blok dan jenisjenis mod yang lazimnya digunakan.

Objektif Khusus :

Melukis serta melabelkan rajah blok bagi sistem gentian optik. Menerangkan fungsi setiap blok dalam gentian optik. Mengenalpasti jenis-jenis mod gentain optik. Melakar dan membezakan kriteria bagi mod Indeks Langkah Pelbagai-Mod, Indeks Gred Pelbagai-Mod dan Mod Tunggal. Membandingkan persamaan dan perbezaan antara jenis-jenis mod gentian optik. Menyatakan jenis-jenis penyambungan dan penggandingan.

5.0

Sejarah dan Pengenalan Gentian Optik

Sebelum kita mempelajari tentang gentian optik, mari kita melihat sejarah gentian optik. Pada 1870 John Tyndall, seorang ahli falsafah peribumi yang tinggal di England telah pun membuktikan Sistem Cahaya yang pertama kepada Royal Society Experiment. Ujikajinya telah menggunakan air sebagai suatu medium dan membuktikan sinaran cahaya dalam air adalah melengkung. Semasa awal 1950s, seorang penyelidik menggunakan kajian rod kaca boleh dilentur untuk memeriksa organ-organ di dalam tubuh manusia. Pada tahun 1958, Charles Townes dan Arthur Schawlow dari Bell Laboratories telah membuat teori penggunaan Laser sebagai keamatan punca cahaya. Pada 1960, Theodore Maiman dari Hughes Research Laboratory telah membuat eksperimen yang pertama tentang laser. Pada 1962, semikonduktor laser yang pertama wujud sebagai tunas permulaan.

Pada tahun 1973, Airbone Light Optical Fiber Technology (ALOFT) telah melaksanakan program penggantian 302 kabel yang beratnya 40 kg dengan gentian fiber yang beratnya hanya 1.7kg. Di akhir 1970 dan awal 1980, hampir kesemua syarikat telekomunikasi telah menggunakan sistem gentian optik yang mempunyai kecekapan yang lebih tinggi. Untuk pengetahuan anda, era pembangunan gentian optik telahpun bermula pada awal 60-an dan menjadi semakin pesat kini. Kini, gentian optik digunakan sebagai medium penghantaran isyarat dalam bentuk gelombang cahaya melalui gentian kaca atau plastik. Gelombang cahaya yang bergerak dalam gentian optik mematuhi Prinsip Hukum Snells iaitu pada kelajuan cahaya iaitu 3 x 108 m/s.

Di Malaysia, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) telah menggunakan gentian optik sebagai litar sambungan jarak jauh dan juga sebagai sistem penghantaran data. Ini kerana, gentian optik mempunyai kehilangan kuasa yang kurang, kos yang murah dan senang diselenggarakan. Terdapat 3 elemen utama dalam sistem komunikasi gentian optik iaitu sumber cahaya (Pemancar), gentian optik dan pengesan cahaya (Penerima). Rajah 5.1 dibawah menunjukkan elemen asas bagi sistem gentian optik.

Sumber Cahaya

Pengesan Cahaya

Pemancar Rajah 5.1.

Gentian Optik

Penerima

Elemen asas bagi sistem gentian optik

Dalam pemancar gentian optik, punca-punca cahaya boleh dihasilkan melalui LED (Light Emitting Diode) atau ILD (Injection Laser Diode). Manakala, di bahagian penerima, pengesan cahaya digunakan untuk mengesan cahaya yang dipancarkan oleh punca cahaya. Pengesan cahaya yang biasa digunakan adalah Pin Diod, Avalanche Photo Diode (APD) atau Photo Transistor.

Pin Diod

Avalanche Photo Diode (APD)

Photo Transistor

5.1. Talian Gentian Optik Untuk pengetahuan anda, rupabentuk dan warna gentian optik adalah hampir serupa dengan tali tangsi. Manakala, saiz diameter gentian optik adalah lebih halus daripada sehelai rambut, kebiasaanya lebih kurang 120 m.

Struktur binaan gentian optik terdiri daripada teras kaca (core) yang dilindungi oleh lapisan salutan (cladding). Teras kaca berfungsi sebagai media yang merambatkan gelombang cahaya. Manakala, lapisan salutan pula menghalang cahaya menebus keluar daripada teras kaca. Ini disebabkan oleh indeks pembiasan bagi lapisan teras dan salutan berbeza (Rajah 5.2). Untuk meningkatkan kecekapan pergerakkan cahaya dalam gentian, teras kaca mestilah tulen atau tiada bendasing semasa penghasilan gentian tersebut. Kebiasaanya, bahan yang digunakan untuk pembuatan gentian ialah:

Kaca berasaskan silika Silika berbagai campuran dan plastik berkualiti tinggi.

Jaket Pelindung

Salutan (Cladding) Teras (Core)

a) Teras Tunggal (Single Core)

Salut Politin Dawai Besi Salut Aluminium

Gentian optik

b) Pelbagai Teras (Multi Core)

Rajah 5.2 Stuktur binaan gentian optik.

Merujuk kepada Rajah 5.2 :

teras dikelilingi oleh pelindung yang dikenali sebagai salutan (cladding). Bahagian ini digunakan untuk penghantaran maklumat dalam bentuk cahaya. salutan mempunyai indeks biasan yang lebih rendah daripada teras. Ia bertujuan untuk memastikan pengantaramukaan yang sesuai dicapai dan gelombang cahaya kekal melalui teras. Selain itu, pelindung bertujuan untuk menambahkan ketahanan teras gentian. Lapisan ini diperbuat daripada plastik yang berfungsi sebagai penebat.

Oleh kerana, struktur binaan gentian adalah bebas daripada bendasing, isyarat tenaga yang hilang adalah kecil iaitu lebih kurang 0.1 0.6 dB per kilometer. Jika dibandingkan gentian optik dengan kabel logam, gentian optik mempunyai ciri-ciri yang jauh lebih baik daripada kabel logam. Ini jelas dapat dilihat dalam Jadual 5.1 dan Gambarajah 5.1.

Ciri-Ciri Kehilangan Lebar Jalur Diameter Berat Aruhan Gelombang Elektromagnet Kos Bahan Mentah Kualiti maklumat

Gentian Optik 0.1-0.6 dB/km Melebihi 1GHz bagi gentian optik tunggal 0.125mm 40 km per 1 kg Tidak terdapat Untuk jangka masa panjang, kos menurun. Tak Terhingga Baik

Kabel Logam 18 dB/km Lebih kurang 600MHz bagi kabel sepaksi 9.5mm 0.7 km per 1 kg Akibatnya ketara Kos pembuatan yang tinggi Semakin berkurangan Terdapat gangguan

Jadual 5.1 Perbandingan di antara gentian optik dengan kebel logam

Kabel Sepaksi Gentian Optik Pelbagai Teras

Gambarajah 5.1 Perbandingan rupabentuk fizikal di antara gentian optik dan kabel sepaksi

5.2

Sistem Gentian Optik Dan Kendaliannya


denyut

Isyarat masukan

Pengkod atau Penukar

Penghantar Punca Cahaya

Gentian optik

denyut Pembentuk Penyahkod Maklumat asal

Pengesan Cahaya

Penguat

Rajah 5.4 Rajah blok asas bagi sistem komunikasi gentian optik

Rajah 5.4 menunjukan sistem gentian optik asas bagi penghantaran maklumat melalui gentian. Isyarat yang hendak dihantar melalui penghantar boleh terdiri daripada isyarat suara, video atau data komputer. Kendalian bagi Rajah 5.4 adalah seperti berikut ; Isyarat maklumat asal dalam analog akan ditukarkan ke dalam bentuk denyut-denyut digital. Proses ini dilakukan dengan menggunakan penukar analog ke digital (Analog Digital Converter, ADC). Di bahagian Penghantar Punca Cahaya, denyut-denyut tersebut akan ditukarkan dari bentuk voltan kepada arus dengan menggunakan penukar voltan ke arus. Seterusnya, arus ini akan ditukarkan kepada bentuk cahaya dengan menggunakan punca cahaya seperti LED atau ILD. Keamatan cahaya bergantung kepada jumlah arus yang mengalir.

Penganding digunakan untuk menyambung punca cahaya dengan gentian optik. Kini, sumber cahaya tersebut akan disalurkan ke dalam gentian optik di mana, cahaya ini akan dipantulkan sepanjang talian. Di bahagian penerima, pengganding sekali lagi digunakan sebagai penyambung antara gentian dan pengesan cahaya. Komponen pengesan cahaya seperti foto-sel, foto transistor atau APD akan digunakan sebagai pengesan sumber cahaya dari gentian. Cahaya tersebut akan ditukarkan semula ke bentuk arus dan seterusnya, ditukarkan ke bentuk voltan. Isyarat voltan yang terhasil akan dikuatkan dengan menggunakan penguat. Isyarat voltan yang dihasilkan selepas penguat tidak mempunyai bentuk denyut yang sebenar (rujuk Rajah 5.5). Oleh yang demikian, pembentuk (shaper) diperlukan untuk membentuk semula denyut tersebut. Isyarat denyut-denyut berdigit kini ditukarkan ke bentuk analog dengan menggunakan penyahkod. Hasil keluarannya adalah isyarat maklumat asal.

Isyarat denyut sebelum memasuki pembentuk

Isyarat denyut selepas pembentuk

5V 0V

Rajah 5.5 Rupabentuk denyut sebelum dan selepas memasuki pembentuk (shaper).

5.3

Mod Gentian Optik

Sebenarnya, terdapat 2 cara untuk mengklasifikasikan jenisjenis gentian optik iaitu melalui indeks pembiasan dan melalui mod-mod yang terdapat pada setiap kabel. Di mana, mod-mod ini boleh dirujuk kepada tindakan yang diambil oleh sesuatu sinaran cahaya yang dipancar melalui kabel gentian optik.

Kedua-dua cara kelasifikasi ini akan digabungkan untuk membezakan jenis kabel gentian optik. Terdapat dua cara untuk menerangkan perubahan indeks pembiasan yang melalui sesuatu kabel gentian optik iaitu Indeks Langkah (Step Index) dan Indeks Gred (Graded Index).

5.3.1 Indeks Kabel Gentian Indeks kabel gentian optik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: (i) Indeks Langkah (Step Index)

Indeks Langkah merujuk kepada indeks pembiasan antaramuka bagi teras dan salutan. Ini bermakna teras mempunyai indeks pembiasan yang malar, N1. Manakala, pula salutan mempunyai indeks pembiasan yang malar, N2.

Gabungan kedua-dua indeks pembiasan ini (N1 dan N2) akan menghasilkan perbezaan langkah. Jika anda, plotkan lengkungan untuk menunjukan indeks pembiasan bagi N1 dan N2, maka anda akan memperolehi suatu keadaan menegak dari kiri ke kanan, lihat Rajah 5.6.
Antaramuka Salutan Teras

Indeks Pembiasa n (N)

N1 N2

Rajah 5.6 Keratan rentas dan lengkungan indeks pembiasan bagi indeks langkah

Salut Indeks pembiasan teras an yang berubah-ubah

Indeks Pembiasa n (N) Rajah 5.7 Keratan rentas dan lengkungan indeks pembiasan bagi indeks gred

(ii) Indeks Gred

Bagi Indeks Gred, indeks pembiasan bagi teras adalah tidak tetap manakala, bagi salutan gentian adalah tetap. Indeks pembiasan teras berubah dengan perlahan-lahan dan berterusan berpandukan kepada diameter teras gentian optik. Apabila cahaya menghampiri pada titik tengah teras, indeks pembiasannya akan meningkat secara perlahan-lahan, mencapai tahap maksimum di titik tengah teras dan kemudiannya mula menurun selepas melalui titik tengah tersebut. Ini akan membentuk satu separuh bulatan saiz seperti diameter teras. Ini dapat dilihat seperti dalam Rajah 5.7.

5.3.2

Mod Kabel Gentian

Mod adalah merujuk kepada bilangan saluran bagi pancaran cahaya yang terdapat pada sesuatu gentian optik. Terdapat 2 kelasifikasi mod iaitu Mod Tunggal (single mode) dan Mod Pelbagai (multimode). Dalam mod tunggal, sinaran cahaya hanya mengikut satu laluan tunggal untuk melalui pada teras gentian manakala bagi mod pelbagai pula, sinaran cahaya dapat melalui beberapa laluan di dalam teras gentian optik. Setiap jenis kabel gentian optik dapat dibezakan dengan kadar indeks dan mod. Terdapat 3 jenis kabel gentian optik yang biasa digunakan iaitu Indeks Langkah Pelbagai-Mod (Multimode Step Index), Indeks Gred Pelbagai-Mod (Multimode Graded Index) dan Mod Tunggal (Single Mode).

(i) Indeks Langkah Pelbagai-Mod (Multimode Step Index)

Indeks Langkah Pelbagai-Mod merupakan jenis gentian optik yang mempunyai satu teras berdiameter daripada 50 m hingga 100 m. Saiz diameter yang besar ini menjadi pendorong kepada penumpuan cahaya dan memancarkannya dengan berkesan. Ini bermakna punca cahaya yang murah seperti LED boleh digunakan untuk menghasilkan denyut-denyut cahaya. Cahaya boleh bergerak dalam teras dengan melalui beribu-ribu laluan, seperti di Rajah 5.8.
Dispersion Jaket Pelindung Teras Punca Cahaya Salutan C A

Rajah 5.8 Laluan cahaya dalam Indeks Langkah Pelbagai-Mod

Anda dapat lihat bahawa sinaran cahaya bergerak dalam bentuk zigzag. Disebabkan cahaya bergerak dalam laluan yang pelbagai maka setiap laluan mempunyai jarak yang berbeza. Ini jelas dilihat pada, cahaya A, B dan C. Dalam jenis gentian optik ini, pelbagai maklumat dapat dihantar dalam bentuk cahaya pada masa yag sama tetapi denyut-denyut cahaya tersebut akan sampai ke penghujung kabel pada masa yang berlainan bagi setiap laluan. Dari Rajah 5.8, Cahaya A akan sampai ke penghujung gentian dahulu, diikuti oleh cahaya B dan C. Keadaan ini dinamakan Modal Dispersion, dimana denyut yang sampai ke penghujung gentian mempunyai amplitud yang rendah. Ini disebabkan oleh pelemahan (attenuation) di sepanjang talian gentian dan kenaikkan dalam tempoh, akibat daripada denyut cahaya yang sampai pada masa yang berlainan. Oleh yang demikian, kabel gentian ini hanya sesuai digunakan untuk jarak dekat dan sederhana.

(ii) Indeks Gred Pelbagai-Mod (Multimode Graded Index)

Gentian Indeks Gred Pelbagai-Mod mempunyai banyak mod, atau laluan bagi penghantaran denyut cahaya melalui kabel gentian. Rajah 5.9 menunjukan pergerakan cahaya di dalam kabel gentian ini. Gentian ini mempunyai indeks pembiasan yang berubah-ubah secara berterusan di sepanjang teras maka, sinaran cahaya dengan perlahan-lahan akan naik membengkok dan menurun semula hingga menumpu di suatu titik, proses ini akan berulang di sepanjang kabel gentian. Cahaya yang berada di pinggir teras akan mengambil laluan yang lebih jauh tetapi bergerak dengan kelajuan yang lebih tinggi. Ini disebabkan oleh indeks pembiasan pada pinggir teras adalah rendah. Kesemua mod atau laluan cahaya cuba untuk sampai ke satu titik secara serentak. Ini akan menyebabkan kurangnya berlaku modal dispersion.

Oleh sebab itu, gentian ini boleh digunakan pada kadar denyutan yang sangat tinggi maka, lebih banyak maklumat boleh dihantar. Gentian in berdiameter teras antara 50 -85 m.
Salutan Teras Pergerakan cahaya

Rajah 5.9 Laluan cahaya dalam Indeks Gred Pelbagai-Mod

(iii)

Mod Tunggal (Single-Mode)

Mod Tunggal ialah satu gentian kaca tunggal yang mempunyai hanya satu mod untuk pancaran cahaya dengan diameter teras dari 7 - 10 m. Cahaya hanya bergerak melalui laluan tengah teras, seperti di Rajah 5.10. Gentian ini mengalami pembiasan yang kecil. Denyut keluaran mempunyai tempoh yang sama dengan denyut masukan. Jadi, kadar ulangan denyut tersebut boleh ditinggikan. Hasilnya, lebih banyak maklumat dapat dibawa pada jarak yang lebih jauh.
Salutan Teras Pergerakan cahaya

Rajah 5.10 Laluan cahaya dalam Mod Tunggal

5.4
Ciri-Ciri

Perbandingan Antara Ketiga-Tiga Mod


Pelbagai-Mod Mod Tunggal Indeks Langkah Indeks Gred 50 -85 m lebih kurang sama seperti bentuk gelombang. 500 MHz/km 1500 MHz/km. 7 - 10 m linear dan kurang pemantulan Luas dan lebar sehingga beberapa ribu MHz/km. jarak jauh ( lebihkurang 500 km) 1 G bit per saat 1300 nm dan 1550 nm. 50 - 100 m Lebih tajam. Kecil (15 MHz/km 50 MHz/km.)

Saiz teras Sudut pantulan cahaya Lebar jalur Jarak Penghantaran Penghantaran isyarat Panjang gelombang () Sumber cahaya

Jarak dekat dan sederhana (lebihkurang 50 km) 300 M bit per saat 850 nm dan 1300 nm.

Penyambungan dan penyenggaraan

Aplikasi

Menggunakan ultraviolet sebagai pembawa cahaya berkuasa tinggi seperti maklumat, kerana ia berkemampuan membawa lebih cahaya laser untuk penghantaran banyak data. jarak yang jauh. Penyenggaraan penyambungan adalah rumit, kerana gentian yang halus serta memerlukan murah, serta mudah diperbaiki. mikroskop untuk memudahkan penglihatan semasa menjalankan kerja. Jarang digunakan, sesuai untuk Banyak digunakan untuk penghantaran jarak dekat kegunaan komersil seperti seperti bangunan, pejabat,LAN. Syarikat Telefoni.

5.5 Penyambungan Dan Penggandingan Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan teknik penyambungan dan penggandingan. Apabila kabel gentian yang panjang diperlukan, dua atau lebih gentian perlu disambungkan. Proses penyambungan ini didahului dengan teknik splicing, kemudian kedua-dua penghujung gentian dicantumkan sejajar dihujung gentian dan dilakurkan (fusion) dengan menggunakan kepanasan. Terdapat pelbagai jenis penyambung yang boleh digunakan bagi memudahkan proses splicing dan seterusnya, mencantumkannya kepada gentian lain, pemancar, penerima dan pengulang (repeaters) Terdapat pelbagai jenis penyambungan yang digunakan bagi kegunaan yang berlainan tetapi yang biasa digunakan ialah

i. Sejajaran lurah V (V grove allignment) Empat rod bulat mengelilingi gentian membentuk empat lurah dan empat titik sentuhan untuk memegang gentian agar tetap di kedudukannya, rujuk Rajah 5.11. ii. Pengisian menggunakan bahan-bahan anjal mengelilingi gentian, rujuk Rajah 5.12. Melalui rajah tersebut, kita dapat melihat gentian berada di antara logam anjal. Logam ini terletak di dalam taper bush di kedua-dua hujung. Taper akan menekan logam anjal supaya ia dapat masuk kedalam bushnya. Daya tekanan ini akan menyebabkan penyambung bercantum sejajar pada satah yang sama.

Lengan Pin penentu kedudukan

Rajah 5.11 Sejajar lurah V

Logam anjal
Taper bushing Logam anjal

Gentian

Rajah 5.12 Pengisian menggunakan logam anjal


Logam dimampatkan kedalam bush

Penyambung SMA, merupakan penyambung yang digunakan pada peringkat awal, bermulanya era gentian optik. Kini, ianya kurang popular. Penyambung SC (Snap-in Single-Fibre Connectors), digunakan untuk penyambungan gentian optik Mod Tunggal. Kosnya murah, berkualiti sederhana dan mempunyai daya ketahanan yang baik. Ia memberikan kedudukan yang tepat dengan pemegang logam (ferrule), Rajah 5.14 (a) menunjukan contoh penyambung SC dan Gambarajah 5.15 (d) menunjukan pengganding SC.

(a) Penyambung SC

(b) Penyambung ST

(c) Penyambung FC/PC

(d) Penyambung SMA

iii. Penyambung dan pengganding ST (Twist on Single) seperti di Rajah 5.14 (b) dan Gambarajah 5.15 (a) dan (b), menyerupai pengganding BNC (Banana Jack Connector). Ia digunakan pada gentian optik Mod Tunggal dan Mod-Pelbagai. Pengganding ini menggunakan spring dan kekunci untuk disambungkan dengan baik. iv. Pengganding FC (Fiber Connector) seperti di Gambarajah 5.15, juga dikenali sebagai pengganding PC. Binaan asas bagi penyambung ini hampir sama dengan ST tetapi tidak mempuyai kekunci. Malah digantikan dengan bebenang skru. Pengganding FC digunakan pada Mod Tunggal sahaja.

(a) Penyambung SC

(b) Pengganding FC

(c) Pengganding terus

(d) Pengganding Double- SC

Gambarajah 5.15 Penyambung dan Pengganding gentian optik

FIBER OPTIK SPLICING

Objektif Am: Mengetahui dan memahami kaedah splicing dan loss dalam gentian optik

Objektif Khusus :

Menyatakan jenis-jenis splicing : Fusion Splicing dan Mechanical Splicing. Menerangkan kaedah-kaedah splicing Fusion Splicing dan Mechanical Splicing. Menerangkan jenis-jenis kehilangan dalam gentian optik : kabel, penyambung, pengganding, splicing dan bahan.

6.0

Pengenalan

Seperti yang telah anda ketahui, gentian optik merupakan talian berdiameter kecil dan mudah lentur. Sekiranya, talian tersebut putus atau ingin disambungkan supaya ia menjadi lebih panjang maka satu proses yang dikenali sebagai splicing diperlukan.

Proses Splicing

proses splicing adalah proses penyambungan kedua-dua penghujung gentian optik

Kaedah splicing Terdapat 2 kaedah splicing: 1. Fusion Splicing 2. Mechanical Splicing

Tujuan kedua-dua kaedah ini adalah untuk


mengoptimumkan proses splicing dari segi penyambungan kedua-dua penghujungan gentian (contoh; mengurangkan kadar kehilangan insertion). Lazimnya, kadar kehilangan splicing insertion bagi gentian Mod-Pelbagai adalah 0.1 dB hingga 0.2 dB dan julat kehilangan ini amat minimum.

Kaedah splicing ini dapat mengurangkan kadar loss kehilangan maklumat dalam talian serta dapat memperbaiki kecekapan sistem gentian tersebut

1. Kaedah Fusion Splicing

Aduiiiiii, panasnya arka elektrik ini, kena kat badan saya.

1.1 At site

Kaedah ini dicapai melalui proses peleburan di permukaan gentian optik dengan menggunakan haba yang tinggi, contohnya; penggunaan percikkan elektrik, di mana kedua-dua permukaan dileburkan agar ia menjadi lembut dan seterusnya, disambungkan secara sejajar. Oleh kerana, bahagian teras dalam gentian optik sahaja yang perlu disambungkan maka permukaan luar seperti penebat, pelapis atau pelindung boleh dibuang (stripping proces). Ini bertujuan untuk memperolehi pelarasan serta kedudukkan yang betul bagi kedua-dua penghujung gentian

Rajah 6.1 (a) menunjukan kedudukan gentian optik dalam lurah pembolehubah dan tetap. Kedua-dua penghujung gentian ditetapkan kedudukan yang sejajar melalui pembolehubahmikro. Setelah dirapatkan dan dibetulkan kedudukan maka berlakulah proses pencatuman melalui arka elektrik. Manakala, Rajah 6.1 (b) memaparkan proses pengarkaan berperingkat seperti:

1. Peringkat permulaan Gentian diletakkan secara lurus dan selari. 2. Peringkat penyusunan permukaan gentian Elektrod yang berada bertentangan dengan gentian akan mengeluarkan arka bertenaga rendah. Ini bertujuan untuk menyediakan satu permukaan yang sama rata pada kedua-dua penghujung dan meleburkan bahagian cladding dan penebat.

3. Peringkat pencantuman Dengan hanya adanya bahagian teras gentian sahaja maka proses pencantuman akan dilakukan di mana, suatu arka bertenaga tinggi akan dibekalkan disekeliling gentian. Ini bertujuan untuk meleburkan permukaan teras gentian dan seterusnya, dicantumkan. 4. Peringkat akhir Setelah dicantum maka ia dibiarkan sejuk untuk seketika. Pada ketika ini, elektrod tidak akan mengeluarkan sebarang arka. Kini dapat dilihat proses pencantuman yang sejajar selesai.

Blok Tetap

Elektrod

Blok bergerak Gentian

Lurah pembolehubah gentian Lengan henti

Lengan Penolak

Pembolehubah mikro Spring 3) Pencantuman Pecikan Elektrik 2) Penyusunan permukaan gentian gentian Pecikan Elektrik 4) Lengkap Proses Splicing Elektrod gentian (b) Elektrod gentian

(a)

(c)
1) Permulaan gentian Elektrod

Peralatan

Pada pandangan anda, apakah yang terlintas dalam pemikiran jika disebutkan mengenai Mechanical Splicing?

2. Kaedah Mechanical Splicing

Kaedah ini lebih mudah daripada fusion splicing dan merupakan satu teknik penyambungan kedua-dua hujung gentian optik yang akan disusun dalam satu garis lurus dan, celah di antara gentian optik tersebut akan diisi dengan epoksi atau lebih dikenali dengan epoxy resin.

Loss Dalam Gentian Optik

Berlaku semasa penghantaran maklumat Faktor luaran dan dalaman Kadar kehilangan (loss) rendah

Sambungan..

Jenis kehilangan dalam fiber optik 1. Kehilangan Dalam Kabel 2. Kehilangan Dalam Splicing 3. Kehilangan Disebabkan oleh Penyambung 4. Kehilangan Disebabkan Bahan 5. Kehilangan Isyarat

Kehilangan dalam gentian dikenali sebagai instrinsik loss. Instrinsik loss ini disebabkan oleh faktor dalaman kabel itu sendiri.

Antara kehilangan di dalam kabel adalah disebabkan oleh ialah : (a) Kesilapan penumpuan bagi teras (b) Bentuk teras kelihatan elips (c) Diameter teras yang tidak sama (d) Diameter pelindung yang tidak sama

(a)

Kesilapan penumpuan bagi teras

Dengan merujuk kepada Rajah 6.4 (a), apabila paksi teras dan gentian tidak sejajar, ia menyebabkan berlaku kehilangan isyarat. Ini kerana teras tidak berada di tengah gentian. Masalah ini ialah masalah untuk gentian mod pelbagai dan mod tunggal

(b)

Bentuk teras kelihatan elips

Walaupun gentian yang dihasilkan adalah selalunya tetap, namun begitu, sering terjadi ellipticity iaitu penghasilan teras yang berbentuk elips. Apabila gentian dipotong dan disambung kembali kepada orientasi teras, selalunya teras tetap tidak akan sepadan. Sedikit sinaran atau cahaya akan hilang Sila rujuk Rajah 6.4 (b)

(c)

Diameter teras yang tidak sama

Merujuk kepada Rajah 6.4 (c), kita dapat melihat diameter teras yang berbeza, ini akan menyebabkan kehilangan sinaran Tetapi jika berlaku keadaan di mana, sinaran bergerak dari teras berdiameter kecil ke teras berdiameter besar maka tiada kehilangan yang akan berlaku. Teras yang berbeza diameter selalu digunakan unutk menghantar sinaran sahaja. Contohnya, teras gentian 62.5m disambungkan kepada teras gentian 50m, kerana kebanyakan peralatan komunikasi data menggunakan gentian MM 62.5 micron.

(d)

Diameter pelindung yang tidak sama

Rajah 6.4 (d) menunjukan penurapan pelindung (cladding) tidak seimbang. Ini akan menyebabkan saiz diameter pelindung yang berbeza di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Akibatnya, berlakulah ketidak sejajaran pada teras.

1. Loss di dalam kabel

(a) Kesilapan penumpuan bagi teras

(b) Bentuk teras kelihatan elips

(c) Diameter teras yang tidak sama

(d) Diameter pelindung (cladding) yang tidak sama

2. Kehilangan Dalam Splicing


Kehilangan ini disebabkan oleh proses penyambungan di antara dua gentian. Ianya boleh dibahagikan kepada lima jenis kehilangan iaitu: 1. Ketidaksejajaran longitud (Longitudinal misallignment) 2. Ketidaksejajaran mendatar (Lateral misallignment)

Sambungan..
3. Hujung gentian yang tidak dipotong

secara lurus (Fiber end not cut square) 4. Ketidaksejajaran sudut (angular misallignment) 5. Hujung gentian yang tidak rata (Fibre end irregular or rough)

1. Longitudinal misallignment
Kehilangan ini juga dikenali sebagai pemisahan hujung permukaan dan, mempunyai dua kesan kehilangan iaitu: i. Kehilangan kuasa isyarat yang disebabkan oleh sinaran dari permukaan yang terkeluar dan tersebar ke luar (bergantung kepada jumlah penyebaran) ii. Penyebaran hujung permukaan ini akan menjadikan keadaan Fabry-Perot interferometer yang bergantung kepada panjang gelombang dan jarak sebenar untuk hujung permukaan.

2. Lateral misallignment

Kehilangan ini adalah disebabkan oleh dua penghujung gentian yang tidak disambungkan dengan betul atau sejajar semasa proses splicing dilakukan.

3. Fiber end not cut square

Apabila salah satu hujung gentian tidak dipotong secara lurus, ini menyebabkan kedua-dua gentian tidak dapat disambung walaupun berada pada jarak yang paling dekat.

4. Angular misallignment

Apabila kedua-dua penghujung gentian optik tidak disambungkan secara tepat atau mendatar maka akan wujudlah satu sudut bukaan di antara keduadua gentian optik tersebut. Ini akan menyebabkan kehilangan sinaran cahaya dari satu gentian ke gentian yang lain.

5. Fibre end irregular or rough Apabila, hujung gentian tidak rata, maka ia akan menyebabkan kedua-dua hujung gentian tidak dapat didekatkan dan seterusnya, menyebabkan kehilangan sinaran cahaya.

6.2.3 Kehilangan Disebabkan oleh Penyambung

Penggunaan penyambung bagi satu gentian optik selalunya menyebabkan lebihan kehilangan yang dikenali sebagai kehilangan sisipan (insertion loss). Punca utama berlakunya kehilangan ini adalah disebabkan oleh kesilapan dalam penjajarannnya, permukaan gentian optik yang tidak elok atau kesilapan dalam memilih alat penyambungan.

3. Kehilangan Disebabkan oleh Penyambung

6.2.3.1 Kehilangan Disebabkan Oleh Crimping Punca kehilangan ini adalah disebabkan oleh pencacatan dalam geometri teras itu sendiri. Renyukkan pada gentian akan menyebabkan sinaran terlepas dari pelindung (cladding) . Kewujudan kehilangan ini pada amnya mempunyai hubungan dengan penggunaan peralatan crimping yang tidak sesuai.

6.2.3.1 Kehilangan Disebabkan Oleh Crimping

Pelindung

Pemegang

Penyambung Pelindung optik

Teras

Bahagian yang tidak rata disebabkan oleh kesan himpitan dari penyambung

6.2.3.2 Kehilangan Disebabkan Oleh Jarak


jarak = - 10 log 10 { ( 1 +

[2d] D

tan max )}

Sinaran dari pemancar gentian akan terpancar dalam bentuk kon yang mana separuh sudut dari puncak adalah bersamaan dengan max. Oleh kerana itu penerimaan sinaran yang lebih baik di penerima akan diperolehi apabila jarak perpisahan di antara dua gentian, d, adalah kecil. Dengan menganggap bahawa terdapat penyebaran kuasa yang sekata di dalam gentian, kehilangan kuasa tersebut boleh ditentukan dengan membandingkan di antara bahagian penerimaan masukan di bahagian penerima gentian, bahagian teras dan kawasan yang menerima cahaya dari pemancar gentian. Kehilangan di tentukan dalam unit dB berdasarkan formula yang berikut:-

Di mana D adalah diameter teras fiber dan d pula adalah jarak. Kehilangan adalah berkadaran dengan jarak sekiranya jarak adalah kecil (d < D/6). Bagi keadaan dimana diameter teras gentian optik adalah 1mm dan Numerical Appreture adalah 0.5, keputusan berikut akan diperolehi :Untuk d = 100m Untuk d = 10m dist = - 0.94 dB dist = - 0.09 dB

Teras optik yang memancar

max d

Sinaran yang terlepas D Teras optik yang memerima Sinaran terjodoh

D + d tan max 2

Rajah 6.7 Pemisahan secara mendatar

6.2.4 Kehilangan Disebabkan Bahan

Kewujudan bahan asing dipermukaan teras gentian optik akan menyebabkan kehilangan yang disebabakan oleh penyerapan dan penyerakan cahaya. Oleh itu adalah perlu untuk memastikan permukaan ini bersih.

6.2.4 Kehilangan Disebabkan Bahan


Faktor yang menyebabkan rosotan kuasa optik dalam gentian optik ialah: a) Serapan Intrinsik - bahan yang digunakan untuk membuat gentian seperti silikon dioksida (SiO2) - Penyerapan sebahagian daripada tenaga cahaya oleh molekul-molekul kaca.

b) -

Serapan Ekstrinsik Serapan yang disebabkan oleh bahanbahan asing yang tidak diperlukan semasa membuat bahan gentian optik. Tetapi wujud dalam gentian optik di mana bahan-bahan ini adalah susah untuk dikeluarkan

5. Kehilangan Isyarat

Contoh 6.1 Diberi kabel gentian optik jenis mod tunggal, di mana kehilangan pada gentian optik sahaja adalah 1.5dB/km. Manakala, kehilangan pada penyambungan pula bernilai 0.5dB dan pada peranti penyambung (patch cord) pula mempunyai nilai kehilangan yang normal sebanyak 0.5 dB. Dapatkan jumlah kehilangan sekirannya panjang gentian optik sepanjang 10km dan menggunakan dua patch cord?

Penyelesaian Kehilangan pada gentian Kehilangan pada patch cord Kehilangan pada splicing Maka jumlah keseluruhan :10 km x 1.5 dB = 15 dB :2unit x 0.5 dB = 1 dB :2 unit splicing x 0.5 dB = 1 dB :15 dB + 1dB + 1 dB = 17 dB

Contoh 6.2 Penyambungan kabel gentian optik pada jarak 15km mempunyai Kehilangan sebanyak 0.5dB/km. Setelah diperiksa dengan menggunakan meter kuasa, didapati jumlah keluaran adalah 20W manakala, kuasa masukan adalah separuh daripada kuasa keluaran. Kirakan jumlah kuasa yang hilang dalam gentian? Penyelesaian Kehilangan kabel Kuasa keluaran : Kuasa masukan: : Po Pi 15km x 0.5 db = = 20W = x Po = 7.5 dB 10W

Maka : dB = dB = dB = dB =

10 log Po/Pi 10 log 20W/10W 10 log 2 3.01 dB (3.01 + 7.5) dB

Jumlah kehilangan = = 10.51 dB

Contoh 6.3 Satu gentian optik telah di pasang dengan menggunakan kaedah hujung ke hujung (end to end). Gentian tersebut mempunyai kehilangan sebanyak 8.1 dB dan patch cord berkehilangan sebanyak 0.5dB maka dapatkan jumlah kehilangan talian tersebut? Penyelesaian Dengan kaedah pengiraan hujung ke hujung, Kehilangan = Kehilangan dalam gentian + Kehilangan patch = 8.1 dB + 0.5 dB = 8.6 dB

Pertukaran unit dB kepada dBm


dB dBm = (xdb + 30)dBm dBm dB = (xdbm 30)dB Contoh: 100mw = 10log10100 mw= -10dB (-10dB + 30) = 20dBm Or 100mw = 10log10100mw = 20dBm 1m

Contoh : 10w = 10log1010w = -50dB (-50dB + 30) = -20dBm Or 10w = 10log1010w = -20dBm 1m

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like