You are on page 1of 2

Laporan Lawatan One Day Trip ke Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri

Pada 21 September 2013, Sekolah Kebangsaan Riam Batu Dua, Kem Sri Miri telah mengadakan lawatan Pasca UPSR ke Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, disertai oleh sebanyak 41 orang murid dan 10 orang guru penasihat. Objektif lawatan tersebut adalah sebagai pengisian Program Santai Minda sempena berakhirnya Minggu UPSR bagi Tahun 6. Turut menyertai lawatan tersebut ialah beberapa orang murid darjah 5. Sebelum bertolak, PK1 Cik Suriyati Binti Amit telah mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa berada di sana. Selepas mendengar taklimat ringkas daripada Cik Suriyati Binti Amit, rombongan mula bertolak dari sekolah ke Borneo Tropical Rainforest. Kami tiba di Borneo Tropical Rainforest tepat pukul 8 pagi. Rombongan kami disambut oleh kakitangan Borneo Tropical Rainforest Resort dengan persembahan muzik tradisional di Sarawak. Kemudian kami telah mangambil gambar secara beramai-ramai di tapak Borneo Tropical Rainforest Resort sebelum bergerak ke Lambir Hall untuk mendengar sedikit pengenalan tentang Borneo Tropical Rainforest Resort sebagai pengunjung. Aktiviti pertama kami pada hari tersebut ialah wall climbing. Setiap pelajar mendengar dengan teliti taklimat keselamatan serba ringkas terlebih dahulu daripada jurulatih aktiviti tersebut sebelum memulakan aktiviti mendaki. Aktiviti ini dapat membina kesungguhan pelajar agar tidak mudah berputus asa menghadapi sebarang cabaran untuk mencapai sesuatu kejayaan. Dalam aktiviti tersebut, 4 orang pelajar telah berjaya sampai ke puncak dan membunyikan loceng pendakian. Seterusnya kami meneruskan aktiviti dengan bersiar siar di kawasan resort (Trailer Ride). Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di dalam pakej Trailer Ride tersebut. Antaranya ialah menikmati keindahan panorama hutan hujan tropika dengan menaiki trelar dan berjalan, melawat ladang ternakan haiwan dan menaiki bot di kawasan tasik yang indah. Kelebihan aktiviti ini dapat mengosongkan minda pelajar apabila menikmati keindahan alam sekitar.

Sebelum meneruskan aktiviti terakhir, kumpulan lawatan telah disajikan makanan tengah hari. Aktiviti terakhir kami ialah berseronok di water park. Kelebihan aktiviti terakhir ini ialah untuk melepaskan segala tekanan dan juga mengosongkan minda murid. Dari segi terapi, molekul H2O (air) terbukti dapat menenangkan badan. Sebelum pulang, kami. kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan. Sebaik sahaja habis, kami mula bertolak keluar dari perkarangan Borneo Tropical Rainforest Resort. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami walaupun lawatan seumpama ini dilaksanakan dalam jangkamasa yang pendek dan serba ringkas. Antara faedah ialah pelajar telah mendapat input yang dapat diaplikasikan sebagai pengalaman lepas dalam pengajaran dan pembelajaran. . Harapan kami agar aktiviti lawatan ini dapat dilaksankan lagi pada tahun hadapan sebagai pengisian Program Pasca UPSR.

Dilaporkan Oleh,

27 September 2012.

(EMMANUEL ANAK JOHNNY) Guru Praktikum, Semester 2/ 2013, SK Riam Batu 2, Kem Sri Miri.

You might also like