You are on page 1of 11

Model ASSURE Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).

Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud,

A - Analyse learner (Analisis pelajar) S - State objective (nyatakan objektif) S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media) U - Use media (gunakan media) R - Require learner response (keperluan tindakan) E - Evaluate materials (menilai)

Analyse learner (analisis pelajar)


Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

State objective (nyatakan objektif)


Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.

Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)


Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.

Use media (gunakan media)Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan.


Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

Require learner response (keperluan tindakbalas)


Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.

Evaluate materials (menilai)


Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.

Adakah objektif tercapai? Bahan yang digunakan membantu P&P? Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul? Adakah suasana P&P selesa? Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi? Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?

PENUTUP
Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.

Bibliografi

Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999. Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999. Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997.

RANCANGAN MENGAJAR MENGIKUT KAEDAH ASSURE Tarikh :12 Februari 2007 Masa : 8.00 pagi 8.35 pagi. Kelas : 4 Cemerlang Bilangan Pelajar : 28 Orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tajuk Pelajaran : Kepulangan Pengetahuan Sedia Ada : 1. Pernah membaca cerpen mengenai kisah anak kehilangan bapa. 2. Pernah melihat kehidupan anak yang kematian bapa. Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran murid dapat: I. Menjawab soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah. II. Membaca dan memahami bahan sastera yang berbentuk cerpen. III. Menulis jawapan pemahaman dengan betul sekurang-kurangnya tiga dari lima soalan berdasarkan cerpen kepulangan yang dibaca. Isi Pelajaran : Fokus Utama 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami yang dibaca. Aras 2I. Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. II. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. Fokus Sampingan 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat. Aras 3I. Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiwa. Nilai-nilai Murni : Kasih sayang,tolong-menolong, kerjasama, kesyukuran, baik hati Alat Bantu Mengajar : Radio kaset, kaset rakaman sajak kepulangan, petikan sajak kepulangan, muzik instrumental, petikan cerpen kepulangan, kertas sebak, lembaran kerja. Bahan Rujukan : Adaptasi bahan sastera cerpen Kepulangan karya Atie Zulaikha. Razlee Mohamad & Ahmad Idris Ali, 2002, Celik Bahasa Melqayu KBSR Tahun 5, Pholygrapic (M) Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan. Langkah Keselamatan:

Induksi Set

Langkah

ISI PELAJARAN

KAEDAH PENYAMPAIAN

Set Induksi (5 Minit) Murid diminta memejamkan mata perlahan-lahan dan senyap. Murid dibawa membayangkan situasi ayah dan ibu dengan cara imaginasi berpandu. Muzik instrunmental dimainkan dan serentak dengan itu guru memperdengarkan rakaman kaset sajak kepulangan. Murid bersoal jawab dengan guru tentang sajakkepulangan yang telah diperdengarkan. Pengalaman sediaada murid diaktifkan berdasarkan soalansoalan secara lisan. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran
Langkah 2 (10 minit)

Muzik iringan (muzik instrumental). Rakaman kaset sajak kepulangan(rujuk lampiran1). Soal jawab mengenai sajak kepulangan. Contoh Soalan 1. Apakah yang dapat murid-murid faham daripada rakaman sajak yang telah diperdengarkanitu tadi? 2. Bagaimanakah keadaan aku dalam sajak tersebut? 3. Bagaimanakah perasaan kamu apabila kehilangan ayah yang tercinta?

BBM Kaset Rakaman Sajak Kepulangan dan Muzik Instrumental Teknik p&p Imaginasi Berpandu PSA Meneroka Kehidupan Bersama Keluarga

Murid dipecahkan kepada empat kumpulan.

Perwatakan Watak-watak dalam Cerpen Kepulangan. Watak Ibu 1. Seorang yang penyayang. 2. Tabah menghadapi dugaan. 3. Isteri yang baik. Watak Faiz 1. Seorang anak yang baik. 2. Sentiasa mengambil berat tentang hal keluarga. 3. Redha dengan ketentuan Ilahi

Setiap kumpulan diberi kertas sebak.

BBM Kertas Sebak KBKK Banding Beza

Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan perwatakan diri dan memberi pandangan mengenai sifat atau perilaku watak yang terdapat dalam cerpen Kepulangan.

Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan jawapan kumpulan.

Guru menilai kewajaran jawapan yang diberikan oleh murid.

Guru menyerapkan nilai watak kepada murid dalam kehidupan seharian

Langkah 3 (10 minit) Murid diedarkan lembaran kerja. Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan kefahaman yang terdapat dalam lembaran kerja. Tiga orang murid yang sukarela diminta membacakanjawapan Penutup (3 minit) Guru meminta murid menyatakan apa yang telah dipelajari pada hari ini. Membantu ibu bapa ketika masa lapang menjadikan kita seorang insan yang baik budi perketi

Latihan Kefahaman (rujuk lampiran 3)

BBM Lembaran Kerja

Penutup Kognitif Sentiasa menjaga keselamatan dan keharmonian keluarga. Penutup Sosial Sentiasa mengenang jasa ibu

KBKK Membuat Rumusan

Lampiran 1 (set induksi) BAHAN BANTU MENGAJAR (SET INDUKSI)

(Muzik iringan dimainkan. Murid memejamkan mata Kaset rakaman : sajak kepulangan
KEPULANGAN Ayah Sewaktu aku menjejakkan kaki ke rumah pusaka ini, Ku terdengar tangisan suara ibu, Memecah hening petang yang beransur hilang Mengapa ibu? Takkan kubiarkan wajah hiba dan duka ibu berterusan, Hingga kalbuku terasa bagai digores luka Apakah ertinya semua ini? Oh Tuhan! Aku bagai dibawa oleh angin yang mengkhabarkan berita, Bahawa aku akan kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup ini, Lalu, kuteringat di manakah ayah?

Kupanggil nama ayah buat ke sekian kalinya, Ayah ayah ayah! ( murid membukakan mata)

______________SELAMAT MENJAWAB SOALAN___________

A) Sebahagian pelajar tahun 4 cemerlang di sekolah SK Jeram adalah anak nelayan. Manakala yang selebihnya adalah dari anak golongan kakitangan kerajaan, bekerja sendiri dan bekerja di ladang kelapa sawit. Justeru, latar belakang keluarga yang berbeza telah memuwujudkan gaya belajar yang berbeza yakni tahap untuk menguasai sesuatu ilmu itu tidak sama antara satu sama lain. Ada pelajar yang cepat menguasai ilmu yang disampaikan oleh guru dan ada yang sebaliknya. Merujuk kepada tahap murid yang pelbagai maka teknik yang digunakan semasa set induksi adalah menggunakan teknik imaginasi berpandu. Teknik ini digunakan agar murid dapat fokus terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru, disamping membantu murid membayangkan sesuatu mengikuti perancanganyang telah diatur oleh guru. Teknik ini dapat membantu guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan lancar dan mengikut perancangan. Teknik sumbang saran juga turut dipraktikkan semasa sesi p&p. Ini kerana teknik sumbang saran dapat menggalakkan murid lebih terbuka untuk melontarkan idea dan aktiviti yang dilaksanakan adalah berpusatkan murid. Murid lebih diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti p&p. Soalan-soalan yang diutarakan oleh guru juga bersifat bertumpu dan bercampah. Situasi ini pasti akan memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid kerana soalan yang ditanya oleh guru bertumpu kepada tajuk perbincangan. Selain itu penggunaan kaset rakaman sajak kepulangan adalah bertujuan memberi sedikit kelainan dan dapat mendengar dengan jelas cara mendeklamasikan sajak dengan betul kepada murid. Manakala penggunaan kertas sebak adalah bertujuan untuk menarik minat murid berkongsi idea mengenai maklumat yang terkandung dalam bahan petikkan yang dibaca. Bagi memastikan aktiviti p&p berpusatkan murid maka permilihan bahan pengajaran adalah penting. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan mestilah dapat menggalakkan

penglibatan murid, menarik minat dan mencetuskan motivasi murid. Berpandukan pada rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, penggunaan rakaman kaset sajak kepulangan adalah bertujuan untuk menarik minat murid mengikuti apa yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Manakala penggunaan kertas sebak secara berkumpulan adalah bertujuan untuk melibatkan semua murid dalam aktiviti p&p. Semua murid dapat dilibatkan dalam aktiviti p&p dengan melaksanakan aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti berkumpulan, semua ahli kumpulan perlu menyumbangkan idea untuk dipersembahan di hadapan kelas. Ahli kumpulan yang pintar dan cerdas dapat membantu ahli lemah untuk turut serta dalam aktiviti kumpulan. Manakala petikan cerpen dan latihan pemahaman yang diedarkan kepada semua murid akan dapat memudahkan murid mengikuti aktiviti pengajaran dengan teratur. Latihan pemahaman yang diberikan kepada murid adalah sebagai kayu pengukur sejauh manakah kefahaman tentang apa yang dipelajari. Sekiranya jumlah murid berjaya menjawab betul tiga soalan daripada lima soalan maka bolehlah dirumuskan bahawa murid faham apa yang dipelajari pada hari ini. Aktiviti sumbang saran antara murid dan dibantu oleh guru juga dapat membantu menilai sejauh mana murid-murid faham mengenai tajuk yang sedang dibincangkan. Selain itu, pada akhir sesi p&p soal jawab antara guru dan murid juga dapat mengetahui sepenuhnya apa yang telah dipelajari. Sekiranya murid dapat menyatakan semula tentang apa yang telah dipelajari maka jelaslah bahawa murid faham mengenai pelajaran yang dipelajari pada hari ini. Kesimpulannya, aktiviti p&p dapat dilaksanakan dengan lebih baik, terancang dan berkesan sekiranya dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan kaedah yang pelbagai agar dapat merangsang minat murid untuk menguasai aktiviti p&p.

B)

Dua langkah model ASSURE iaitu Penggunaa media dan bahan dan Mendorong

Penglibatan Pelajar jika dapat dilaksanakan semasa sesi p&p akan dapat merangsang minat murid untuk aktif belajar. Namun terdapat beberapa masalah yang timbul dalam perlaksanaan kedua-dua langkah tersebut. Antaranya, persekitaran atau ruang kelas yang berhampiran antara satu kelas dengan kelas yang lain telah mencetuskan suasana bising. Situasi ini menyebabkan kaset rakaman tidak jelas ketika diperdengarkan kepada murid. Kesannya ialah set induksi yang dilaksanakan tidak berkesan untuk menarik minat murid mengetahui apa yang bakal dipelajari pada hari tersebut.

Murid-murid pasif dan tidak memberi tumpuan semasa p&p. Situasi ini berlaku kerana kelas tersebut terdapat murid pelbagai aras kognitif. Contohnya, semasa sesi sumbang saran hanya murid-murid cerdas pintar sahaja menyumbang idea. Manakala murid-murid lemah hanya pasif dan tidak berani menyuarakan pendapat. Terdapat sebilangan murid yang tidak memberi kerjasama semasa aktiviti berkumpulan. Contohnya semasa aktiviti berkumpulan terdapat murid dalam kumpulan yang tidak menyumbang idea dan hanya menjadi penumpang sahaja. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Keadaan persekitaran yang bising boleh diatasi dengan beberapa cara. Sekiranya guru hendak menggunakan alat media elektronik semasa p&p, guru boleh menggunakan bilik tayangan sebagai tempat alternatif untuk mengajar. Penggunaan bilik tayangan bukan sahaja dapat menghindarkan gangguan persekitaran yang bising tetapi juga dapat mewujudkan suasana berbeza untuk murid berlajar.Murid tidak memberi kerjasama semasa p&p khususnya semasa aktiviti berkumpulan boleh diatasi sekiranya guru memberi lebih fokus kepada setiap murid. Sekiranya ingin melaksanakan aktiviti berkumpulan, guru mesti memastikan setiap kumpulan tidak melebihi lima orang. Jumlah murid melebihi lima orang dalam satu kumpulan akan menyebabkan ada ahli yang hanya menumpang dan tidak memberi sumbangan kepada perbincangan kumpulan.

You might also like