You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELUGOR,

24300 KERTEH , KEMAMAN, TERENGGANU


TEL : 09-8260171 / FAX : 09-8260171

MINIT MESYUARAT KEEMPAT PROGRAM LINUS 2010


TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
KEHADIRAN

:
:
:
:
:

26 September 2010
Ahad
12.45 tengah hari
Bilik PPSMI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Pn. Hjh Hamidah bt. Mohamad (Guru Besar )


En. Mustaffar b. Abdullah ( GPK Pentadbiran )
Pn. Mariam bt. Ibrahim
Pn. Norma bt. Abd. Rahman
Pn. Aminah bt. Ismail
Pn. Norzihan bt. Abdullah
Pn. Asmah bt. Ngah
Pn. Jasreen Irdawaty bt. Jaafar
Pn. Suhani bt. Mansor
En. Mohd Nazri b. Mohamad

AGENDA
1. Ucapan pengerusi majlis
1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian semua guru menghadiri
mesyuarat kali ini.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.

2. Pelaporan Pemantauan Saringan 2


2.1 Puan Hjh. Hamidah memaklumkan mengenai kehadiran nazir KPM ke daerah Kemaman baru-baru ini.
Lawatan pihak nazir telah dijalankan di lapan buah sekolah PKG Kemasik yang terpilih.Sekolah
Kebangsaan Seri Gelugor juga terpilih dan telah dilawati oleh pihak nazir.
2.2 Beliau juga memaklumkan mengenai teguran dari pihak nazir. Sekolah mestilah mengasingkan murid
tahun satu mengikut kategori yang telah ditetapkan. Beliau juga meminta guru tahun satu melaksanakan
arahan tersebut selepas saringan 3 nanti.
2.3 Beliau juga memaklumkan mengenai teguran pihak nazir berkaitan dengan HSP dan sukatan pelajaran.
Ianya hendaklah diselaraskan oleh ketua panitia mata pelajaran. Rancangan tahunan hendaklah dibuat
berdasarkan kepada takwim sekolah.
2.4 Beliau juga memaklumkan mengenai guru linus yang bertukar haruslah meninggalkan semua bahan yang
diperolehi kepada pihak sekolah.
2.5 Beliau juga meminta agar pemberitahuan mengenai status murid linus kepada ibu bapa masing-masing.
Surat makluman akan dihantar selepas saringan.
.

Makluman/Tindakan : guru program Linus

3. Pelaporan Unjuran Sifar Daerah


3.1 Puan Hamidah memaklumkan mengenai target yang perlu dicapai dalam perlaksanaan program linus.
Target sifar pada tahun 2012 perlu dicapai oleh setiap sekolah. Ianya adalah sebagai akujanji kepada
Pihak kementerian.
3.2 Sekolah telah menghantar data bagi unjuran tiga tahun program linus.Unjuran baru boleh dibuat
semula sekiranya perlu.
3.3 Program yang telah dijalankan akan diteruskan bagi menyelesaikan masalah murid linus dan linus
tegar.Murid yang bermasalah akan dihantar kepada guru pemulihan.
.
3.4 Beliau juga ingin murid yang bermasalah pembelajaran agar dirujuk kepada Penyelaras PKIBP.
3.5 Beliau juga mengharapkan agar sekolah dapat mencapai target sifar pada tahun 2012 nanti.
.

Makluman/Tindakan : guru program linus

4.Perlaksanaan Saringan 3
4.1 Saringan 3 akan dijalankan pada 1 hingga 14 September 2010 bagi ujian lisan membaca literasi
dan numerasi.Murid boleh ditaksir semula mengikut konstruk yang tidak dapat dikuasai.
4.2 Saringan menulis literasi dan numerasi akan dijalankan pada 17 21 September 2010.Guru boleh
membaca soalan yang diberikan kepada murid.
4.3 Borang prestasi individu hendaklah diberi kepada murid yang bertukar sekolah.
4.4 Puan Hamidah juga mengharapkan data linus dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
4.5 En. Mustaffar meminta agar saringan diselesaikan dan data dihantar secepat yang boleh.
Makluman/Tindakan : guru program linus

5. Penutup
5.1 Majlis diakhiri dengan bacaan Al-Asr. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih.
Mesuyarat ditangguhkan pada jam 2.10 petang.

(MARIAM BT IBRAHIM)
Setiausaha 1 Program Linus
SK. Seri Gelugor,
24300 Kerteh, Kemaman,
Terengganu.

You might also like