You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELUGOR,

24300 KERTEH , KEMAMAN, TERENGGANU


TEL : 09-8260171 / FAX : 09-8260171

MINIT MESYUARAT KETIGA PROGRAM LINUS 2010


TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
KEHADIRAN

:
:
:
:
:

25 Julai 2010
Ahad
12.45 tengah hari
Bilik Mesyuarat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Pn. Hjh Hamidah bt. Mohamad (Guru Besar )


En. Mustaffar b. Abdullah ( GPK Pentadbiran )
Pn. Mariam bt. Ibrahim
Pn. Norma bt. Abd. Rahman
En. Mohd Tarmizi
Pn. Norzihan bt. Abdullah
Pn. Asmah bt. Ngah
Pn. Jasreen Irdawaty bt. Jaafar
Pn. Suhani bt. Mansor
En. Mohd Nazri b. Mohamad

AGENDA
1. Ucapan pengerusi majlis
1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian semua guru menghadiri
mesyuarat kali ini.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
2. Ucapan Guru Besar
2.1 Puan Hjh. Hamidah memaklumkan mengenai saringan 2 yang telah dijalankan dan data telah pun
dihantar ke PPD bertarikh 7 Julai 2010. Beliau juga memaklumkan mengenai peningkatan dalam
saringan 2 baru-baru ini.
2.2 Beliau berharap agar guru berusaha lebih gigih lagi bagi menghadapi saringan 3 pada bulan oktober nanti.
.
2.3 Beliau juga memaklumkan mengenai lawatan dan pemantauan oleh pihak nazir ke sekolah khusus
bagi memantau perjalanan program linus.Beliau juga berharap semua guru supaya sentiasa bersedia.

2.5 Beliau juga meminta setiausaha mengemaskini fail-fail program linus dan sentiasa diletakkan di pejabat
bagi kemudahan pihak pentadbiran.

Makluman/Tindakan : guru program Linus

3. Post mortem saringan linus 2


3.1 En. Mustaffar membentangkan laporan saringan 2 yang telah dijalankan.Laporan adalah seperti yang
yang dilampirkan.
3.2 Beliau juga meminta maklum balas mengenai kelemahan dan kekuatan bagi saringan 2 ini.Puan Norma
menyatakan mengenai aras soalan yang agak sukar pada saringan kali ini.
3.3Puan Mariam memaklumkan terdapat segelintir murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran
membaca dengan lancar.
.
3.4Beliau juga meminta pandangan semua Ajk mengenai langkah penambahbaikkan bagi masalah ini.
Hasil perbincangan mesyuarat adalah seperti berikut :
3.4.1
Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran di dalam kelas.
3.4.2
Bengkel membina BBM perlu diadakan supaya murid lebih berminat dan memahami isi
Pelajaran yang diajar.
3.4.3
Sistem ganjaran perlu diwujudkan sebagai galakkan kepada murid tahun satu.
3.4.4
Aktiviti latih tubi perlu dijalankan di dalam kelas.
3.4.5
Guru perlu menyediakan suasana kelas yang lebih ceria dan menarik.
3.5 Beliau juga meminta guru memberi perhatian yang lebih kepada murid linus.Bimbingan daripada guru
amat penting bagi mereka.

Makluman/Tindakan : guru program linus

4.Perjumpaan ibu bapa murid program linus.


4.1 En. Mustaffar mencadangkan agar sekolah mengadakan perjumpaan ibu bapa bagi murid program
linus tahun satu.
4.2 Program ini akan diadakan selepas hari raya nanti.Semua ibu bapa akan dipanggil bagi membincangkan
perkara berhubung dengan program linus.
4.3 Permasalahan mengenai murid tahun satu akan dibincangkan pada hari tersebut.
Makluman/Tindakan : guru program linus

4. Penutup
4.1 Majlis diakhiri dengan bacaan Al-Asr. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih.
Mesuyarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

(MARIAM BT IBRAHIM)
Setiausaha 1 Program Linus
SK. Seri Gelugor,
24300 Kerteh, Kemaman,
Terengganu.

You might also like