You are on page 1of 24

MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA DI ALOR STAR PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-

33 -2006

PENDAKWA RAYA V. 1. SHAMSUL KAMAR BIN KARIA @ HALIM 2. AWI BIN YUSOF

PENGHAKIMAN Latar Belakang dan Pertuduhan [1] Kedua-dua Orang Kena Tuduh (OKT) telah dituduh bersama-sama dengan

dengan pertuduhan di bawah:bahawa kamu bersama-sama pada 23hb Mac 2006, lebih kurang jam 3.30 petang, di hadapan deretan kedai No. 3, Lorong 1, Taman Sutera, Batu 2, Sungai Petani, di dalam Daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman bagi mencapai niat bersama kamu, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 4424 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

[2]

Di akhir kes pendakwaan saya telah membebas dan melepaskan OKT Kedua

tetapi telah mengarahkan OKT Pertama ini membela diri setelah saya dapati terdapat keterangan yang mencukupi yang dikemukakan oleh pihak pendakwa yang

menunjukkan OKT Pertama ini mempunyai pemilikan ke atas dadah yang dirampas oleh pasukan polis dan juga telah melakukan perbuatan mengedar dadah tersebut. Keputusan ini saya capai setelah menimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa, terutamanya keterangan SP8 dan SP7, yang telah bertindak sebagai agent provocateur di dalam kes ini. Saya telah menimbangkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwa ini dengan pertimbangan yang maksima. Saya juga berpuashati dadah yang dirampas tersebut telah dianalisa secara wajar oleh ahli kimia dan telah dibuktikan dadah tersebut sebagai cannabis dengan beratnya 4424 gram.

[3]

OKT pertama kemudian membela diri secara memberi keterangan

bersumpah. Di akhir kes ini saya telah mendapati pihak pendakwa telah berjaya
membuktikan kes terhadap OKT Pertama melampaui keraguan yang munasabah dan seterusnya mendapati beliau bersalah dan disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan. OKT membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Kes Pihak Pendakwa

[4]

Pihak pendakwa telah memanggil sembilan (9) orang saksi. Di antara saksi-saksi

ini saksi-saksi pihak pendakwa yang penting dikemukakan adalah DSP George Jerrat A/L V. John James (SP3), ASP Muharishanizam bin Abas (SP5), D/SM Mat Sedi bin 2

Salleh (SP7), D/Lan5s Koperal Muhd. Dahalan bin Yunus (SP8) dan Cif Inspektor Che Man bin Che Amat (SP9).

[5]

Kedua-dua OKT telah ditangkap pada 23hb Mac 2006, lebih kurang jam 3.30

petang, di hadapan deretan kedai No. 3, Lorong 1, Taman Sutera, Batu 2, Sungai Petani, Kedah Darul Aman di dalam satu serbuan yang dirancang oleh pasukan polis berasaskan maklumat yang diterima OKT Pertama akan menyerahkan dadah berbahaya kepada SP8 yang bertindak sebagai pembeli dadah tersebut. Penyerahan dadah kepada SP8 diatur setelah SP8 berurusan lebih dahulu dengan OKT pertama untuk membeli dadah berbahaya jenis cannabis seberat 5 kiliogram. Urusan jual beli dadah tersebut tercetus setelah SP8 menerima maklumat dari seorang sumber bahawa terdapat satu kegiatan mengedar dadah di kawasan Taman Sutera, Sungai Petani. Sumber tersebut kemudiannya telah mengatur pertemuan di antara seorang pengedar dadah bernama Yun (kemudiannya dicamkan oleh SP8 sebagai OKT Pertama) dan SP8 pada 11.3.2008 di Taman Sutera, Sungai Petani. Semasa pertemuan tersebut sumber telah memperkenalkan SP8 kepada OKT Pertama. Di dalam pertemuan itu SP8 meminta OKT Pertama membekalkan lima kilogram dadah berbahaya jenis cannabis kepada beliau. Oleh kerana pada masa itu OKT Pertama tidak mempunyai bekalan dadah untuk dibekalkan, OKT Pertama berjanji akan memberitahu SP8 apabila terdapat bekalan sedemikan. Di akhir pertemuan pertama ini SP8 dan OKT Pertama bertukar-tukar nombor talipon bimbit masing-masing.

[6]

SP8 telah memaklumkan pertemuan beliau dengan OKT Pertama ini kepada

pegawai atasan beliau, ASP Rosli; pada hari itu juga. ASP Rosli kemudiannya mengarahkan SP8 terus membuat perhubungan dengan Yun (OKT Pertama) untuk diadakan satu operasi. Berdasarkan arahan tersebut SP8 terus membuat hubungan dengan OKT Pertama. Terdapat perhubungan talipon di antara SP8 dan OKT pertama bermula pada 20.3.2006 apabila OKT Pertama menghubungi SP8 dan memberitahu SP8 beliau sudah ada bekalan dadah yang dikehendaki oleh SP8 dan bertanya bila SP8 boleh mengambil dadah tersebut. SP8 meminta tempoh dua tiga hari. Pada

22.3.2006 jam lebih kurang 7.10 malam OKT Pertama sekali lagi menghubungi SP8 dan meminta beliau datang mengambil dadah tersebut dan SP8 meminta tempoh sehingga 23.3.2006 untuk mengambil dadah tersebut. Pada 23.3.2006, jam lebih kurang 11.35 pagi, OKT Pertama sekali lagi menghubungi SP8 meminta SP8 datang mengambil dadah tersebut di Sungai Petani sebelum jam 5.00 petang pada hari itu juga dan jika SP8 tidak datang mengambil dadah tersebut pada hari itu, tauke OKT Pertama akan membawa keluar dadah tersebut dari Sungai Petani.

[7]

SP8 memaklumkan perkembangan ini kepada ASP Rosli yang kemudiannya

mengatur satu taklimat untuk tujuan melakukan operasi. Taklimat tersebut disampaikan oleh SP5 (ASP Muharishanizam). Di dalam taklimat tersebut SP8 dan SP7 telah

dilantik sebagai Agent Provocatuer (AP). ASP Rosli juga membekalkan SP8 dengan wang sebanyak RM8,000.00. Operasi tersebut akan melibatkan ramai pegawai dan anggota. Operasi akan di ketuai SP5 dan diawasi oleh SP3. Selepas taklimat tersebut tamat semua yang terlibat bertolak ke Sungai Petani menaiki beberapa kenderaan.

[8]

SP7 dan SP8 yang akan memainkan peranan sebagai pembeli dadah tersebut

telah pergi ke tempat yang dijanjikan dengan sebuah lori dengan SP7 memandu lori tersebut. Mereka sampai di Taman Sutera Sungai Petani lebih kurang 3.15 petang. Ketika sampai di tepi jalan besar, Taman Sutera tersebut SP8 ternampak OKT Pertama sedang menunggu beliau dengan motorsikal KAK 1745 seperti yang dijanjikan. SP8 turun dan berjumpa dengan OKT Pertama. OKT Pertama ingin melihat wang harga belian dadah terlebih dahulu sebelum setuju untuk membekalkan dadah tersebut. Setelah SP8 menunjukkan wang yang beliau bawa OKT Pertama meminta beliau menunggu di situ kerana beliau hendak mengambil dadah tersebut dan akan datang dengan tauke beliau. SP8 maklumkan perkara ini kepada SP5 yang berada di sekitar kawasan serbuan.

[9]

Lebih kurang 15 hingga 20 minit kemudian OKT Pertama datang semula ke

tempat itu dengan motorsikal yang sama bersama OKT Kedua . Motorsikal ditunggang oleh OKT Pertama dan dibonceng oleh OKT Kedua. Motorsikal tersebut kemudian berhenti di sebelah lori SP7 dan SP8. OKT Pertama menunjukkan satu beg plastik di dalam raga motorsikal tersebut kepada SP8 yang berada di dalam lori. SP8 kemudian arahkan SP7 untuk melihat beg plastik tersebut. SP7 pergi melihat plastik tersebut dan kemudian memberi isyarat kepad pasukan serbuan.

[10]

Pasukan serbuan yang diketuai SP5 kemudian menyerbu tempat tersebut dan

berjaya menangkap kedua-dua OKT dengan bantuan SP7 dan SP8 serta merampas beg plastik tersebut. Menurut keterangan SP5 sebelum membuat serbuan tersebut

beliau telah melihat OKT Pertama berbual dengan SP8 dan selepas itu OKT Pertama telah tinggalkan tempat tersebut sebelum datang semula bersama OKT Kedua. SP5 juga nampak motorsikal yang ditunggang OKT Pertama berhenti di tepi lori tersebut dan kemudiannya SP7 telah memberi isyarat untuk membuat serbuan.

[11]

SP5 kemudian menyerahkan kedua-dua OKT yang telah ditangkap kepada SP3.

SP3 selanjutnya memeriksa raga motorsikal dan di dalam raga motorsikal tersebut SP3 menjumpai satu bungkusan plastik hitam yang apabila dibuka terdapat lima ketulan mampat yang disyaki dadah berbahaya. SP3 merampas barang-barang tersebut. Selepas itu SP3 membawa barang yang dirampas serta kedua-dua OKT balik ke Balai Polis Sungai Petani dan kemudiannya membuat laporan polis mengenai tangkapan tersebut. Selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani, SP3 menyerahkan kedua-dua OKT dan barang kes tersebut kepada pegawai penyiasat, Cif Inspektor Che Man bin Che Amat (SP9). SP9 yang menjalankan siasatan kes ini antara lain telah menghantar lima ketulan mampat yang dirampas ini ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang untuk di analisa dan selepas di analisa oleh ahli kimia telah disahkan sebagai dadah berbahaya jenis cannabis seberat 4424 gram.

Pembuktian Kes Prima Facie [11] Bagi memutuskan sama ada satu kes prima facie telah dibuktikan ke atas kedua-

dua OKT semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa mestilah ditimbangkan dengan mengenakan penilaian maksima ke atas semua keterangan

tersebut. (lihat kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734). Di dalam kes PP

V. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Mahkamah persekutuan telah memberi contoh bagaimana penilaian maksima dilakukan. Mahkamah Persekutuan

juga telah meletakkan dengan jelas apa yang sepatutnya dilakukan oleh Majistret atau Hakim Perbicaraan apabila memutuskan kes prima facie ini. Berasaskan panduan yang diberikan di dalam di dalam kes PP V. Mohd Radzi bin Abu Bakar (supra) ini saya telah letakkan soalan di bawah kepada diri saya bagi dipertimbangkan dalam membuat keputusan terdapat atau tidak kes prima facie terhadapa kedua-dua OKT iaitu :dengan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa adakah saya bersedia mensabitkan tertuduh-tertuduh jika tertuduh-tertuduh memilih untuk berdiam diri selepas saya memutuskan terdapat kes prima facie dan memanggil tertuduh-tertuduh membela diri?

[12]

Pihak pendakwa perlu membuktikan intipati berikut untuk mendapatkan sabitan

ke atas kedua-dua OKT di atas pertuduhan yang dikenakan:a) b) Kedua-dua OKT mempunyai pemilikan ke atas dadah berbahaya tersebut. Kedua-dua mereka telah melakukan perbuatan mengedar dadah tersebut.

Pembuktian pemilikan ke atas dadah tersebut amat penting sebelum dibuktikan perbuatan mengedar dadah tersebut kerana jika dadah tersebut tidak berada di dalam pemilikan mereka, mereka tidak boleh dikatakan melakukan kesalahan mengedar dadah. Pemilikan dadah di dalam undang-undang melibatkan dua intipati penting iaitu; pertamanya kawalan dan jagaan ke atas dadah tersebut dan keduanya mempunyai pengetahuan barang yang berada di dalam kawalan dan jagaan tersebut adalah dadah

berbahaya, seperti yang diputuskan di dalam kes Chan Pean Leon V. PP [1956] MLJ 237 (lihat juga kes-kes lain Choo Yoke Choy V. PP [1992] 2 MLJ 632).

[13]

Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwa saya dapati pihak pendakwa

telah mengemukakan fakta bahawa terdapat rundingan di antara SP8 dan OKT Pertama untuk urusan jual beli dadah jenis cannabis bermula dengan pertemuan pada 11 hb. Mac 2006 di mana SP8 diperkenalkan kepada OKT Pertama oleh sumber beliau. Peranan sumber tersebut hanyalah sekadar memperkenalkan SP8 kepada OKT Pertama sahaja. Di dalam pertemuan pertama ini SP8 telah meminta OKT Pertama membekalkan dadah jenis cannabis seberat lima kilogram dengan harga yang telah dipersetujui dan OKT Pertama bersetuju untuk membekalkan dadah tersebut. OKT Pertama akan membekalkan dadah tersebut apabila beliau mempunyai bekalan dadah tersebut. Selepas pertemuan pertama itu terdapat perhubungan talipon di antara SP8 dan OKT Pertama yang berbincang lanjut tentang masa dan tempat penyerahan dadah seberat lima kilo tersebut. Saya menerima keterangan SP8 tentang adanya perbincangan melalui talipon ini. Saya sedar keterangan SP8 tentang perkara ini telah tertakluk kepada pemeriksaan balas yang ketat. Saya dapati pemeriksaan balas terhadap SP8 tentang perkara ini dan rundingan lain beliau dan OKT Pertama tidak dilemahkan oleh pemeriksaan balasan ini. Hasil perbincangan melalui talipon ini akhirnya dimuktamatkan pada 23 Mac 2006 apabil mereka bersetuju dadah tersebut akan diambil oleh SP8 dari OKT Pertama sebelum pukul 5.00 petang hari tersebut, di Taman Sutera, Sungai Petani.

[14]

Pertemuan, perbincangan dan persetujuan di antara OKT Pertama dan SP8 ini

telah dimaklumkan kepada pegawai atasan SP8, ASP Rosli. Walaupun ASP Rosli tidak dipanggil saya dapati keterangan SP8 tentang perkara ini juga boleh diterima dan dipercayai. Keterangan menunjukkan satu taklimat serbuan telah diadakan pada 23 Mac 2006 tersebut di atas arahan ASP Rosli, walaupun beliau tidak memberi taklimat serbuan tersebut, sebaliknya taklimat telah disampaikan oleh SP5. Selepas taklimat itu tamat pasukan-pasukan serbuan yang telah ditetapkan telah pergi ke tempat dadah tersebut akan diserahkan kepada SP8. SP8 yang dilantik sebagai AP dibantu oleh SP7 juga pergi ke sana. Apabila sampai di jalan Besar Taman Sutera tersebut, SP8 dan SP7 telah berjumpa dengan OKT Pertama sebanyak dua kali. Pada kali pertama OKT Pertama menunggu SP8 di tepi jalan besar tersebut di atas sebuah motorsikal. Apabila berjumpa dengan SP8 OKT Pertama meminta SP8 tunjukkan terlebih dahulu wang untuk dibayar harga dadah yang hendak dibeli oleh SP8. Hanya selepas berpuashati SP8 mempunyai wang tersebut barulah OKT Pertama masuk ke Taman Sutera dan kemudiannya datang dengan OKT Kedua ke tempat yang dijanjikan menaiki motorsikal yang sama.

[15]

Kemudiannya satu serbuan telah dilakukan oleh pasukan serbuan yang diketuai

SP5 dan di awasi SP3 setelah menerima isyarat dari SP7 bahawa terdapat dadah berbahaya di dalam raga motorsikal yang ditunggang oleh OKT Pertama dan dibonceng oleh OKT Kedua tersebut. Kedua-dua OKT ditangkap di dalam serbuan tersebut dan dari dalam raga motorsikal mereka SP3 menjumpai satu beg plastik yang mengandungi lima ketulan mampat yang disyaki dadah berbahaya jenis cannabis. Lima ketulan

mampat tersebut dihantar oleh Pegawai Penyiasat (SP9) untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia Pulau Pinang. Dadah yang dihantar tersebut telah dianalisa oleh Ahli Kimia Puan Rosni binti Abdul Hamid. Ahli kimia tersebut telah meninggal dunia sebelum perbicaraan kes ini. Selepas menjalankan analisa ke atas dadah tersebut Puan Rosni telah menyediakan laporan kimia (P11) yang mencatatkan keputusan analisa beliau ke atas lima ketulan mampat tersebut menunjukkan kandungan ketulan mampat tersebut dadah berbahay jenis cannabis. Pihak pendakwa kemudian mengemukakan laporan kimia (P11) bagi membuktikan dadah berbahaya yang terlibat adalah dadah jenis cannabis.

[16]

Itulah secara ringkasnya keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa

untuk membuktikan kes priam facie. Keterangan saksi-saksi pendakwa ini telah saya pertimbangkan secara maksima bagi memutuskan samada keterangan ini telah membuktikan kesemua intipati pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh . Mengenai laporan kimia (P11) Peguambela OKT Kedua telah berhujah laporan kimia ini walaupun boleh diterima tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk membuktikan berat dan jenis dadah berbahaya tersebut kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa ini tidak dapat dipanggil dan disoal balas tentang ujian-ujian yang beliau jalankan dan termasuklah isu bagaimana berat bersih dadah tersebut telah diperolehi beliau. Saya telah

pertimbangkan perkara ini dan saya dapati laporan kimia yang mengandungi finding yang dibuat oleh ahli kimia yang telah meninggal dunia tersebut boleh diterima. Soal bagaimana analisa dan berat yang diperolehi tersebut boleh diterima on the face of it.

10

Dalam Balachandran V. PP [2005] 1 CLJ 85 Mahkamah Persekutuan memutuskan:The second part of the submission of learned counsel relates to the

telah

nature of the evidence that must be adduced from the chemist. It is true that the chemist did not give any evidence of the tests carried out by him in arriving at his conclusion. It has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court casesof Munusamy v. PP [1987] 1 MLJ 492, PP v. Lam San [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v. PP [1994] 2 CLJ 151 that the court is entitled to accept the evidence of the chemist on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert. The rationale of this view is lucidly explained in Khoo Hi Chiang v.PP [1994] 2 CLJ 151 where it was held that the evidence of a chemist on dangerous drugs analysed by him is one of fact and not of opinion. In the circumstances the evidence of a chemist is not controlled by s. 51 of the Evidence Act 1950 thereby making it unnecessary for him to testify on the tests conducted by him in arriving at his conclusion. The evidence of the chemist is therefore sufficient.
Per Augustine Paul FJ muka surat 98

[17]

Saya pertimbangkan di dalam keadaan kes ini walaupun sedikit berbeza dengan

kes di atas, pengemukaan laporan kimia yang disediakan oleh ahli kimia yang telah meninggal tersebut adalah mencukupi untuk membuktikan secara prima facienya barang yang telah dianalisa oleh beliau adalah dadah jenis berbahaya. Adalah tidak perlu bagi mana-mana ahli kimia lain untuk mengemukakan lembaran kerja yang telah dicatat oleh ahli kimia yang telah meninggal tersebut bagi membuktikan jumlah berat yang beliau capai adalah betul dan proses analisa yang beliau jalankan adalah sesuai.

11

Kes terhadap OKT Kedua. [18] Pertuduhan yang dirangka terhadap kedua-dua OKT adalah secara niat bersama

yang bererti pihak pendakwa hanya perlu membuktikan kesalahan sedemikian telah dilakukan oleh salah seorang OKT sahaja tetapi kesalahan tersebut dilakukan bagi meneruskan niat bersama tersebut dan ini membolehkan sabitan dikenakan ke atas kedua-dua OKT. Niat bersama memerlukan adanya rancangan yang diatur dahulu

(pre-arranged plan) untuk melakukan kesalahan tersebut dan kesalahan tersebut telah dilakukan oleh salah seorang bagi meneruskan niat bersama tersebut. Di dalam kes ini apabila diteliti keterangan yang ada OKT Pertama telah melakukan beberapa perbuatan yang aktif sehinggalah serbuan dijalankan dan kedua-dua OKT ditangkap. Keterangan SP8 yang bertindak sebagai AP di dalam kes ini menunjukkan beliau hanya berurusan dengan OKT Pertama sahaja sepanjang masa sehingga pertemuan awal di tepi jalan besar Taman Sutera. Di dalam urusan di antara SP8 dengan OKT Pertama, OKT pertama ada menyebut tauke beliau dua kali iaitu apabila mengatakan dadah akan dibawa keluar dari Sungai Petani oleh tauke beliau jika tidak diambil sebelum pukul 5.00 petang hari kejadian dan sekali lagi apabila bertemu SP8 beliau berkata akan datang dengan tauke beliau.

[19]

Selanjutnya selepas pertemuan tersebut OKT Pertama datang ke tempat

tersebut semula bersama OKT Kedua. Tidak ada keterangan langsung yang menunjukkan SP8 dengan apa cara sekalipun telah kenal OKT Kedua atau telah ada berurusan dengan beliau pada bila-bila masa sebelum kejadian ini. Oleh yang demikian dapat disimpulkan SP8 hanya bertemu OKT Kedua pada kali pertama apabila OKT

12

Kedua datang bersama-sama OKT Pertama ke tempat dimana dadah dijanjikan akan diserahkan oleh OKT Pertama kepada SP8. Apabila sampai disitu OKT Pertama tidak mengenalkan OKT Kedua sebagai tauke yang beliau maksudkan dan SP8 serta SP7 juga tidak bertanya OKT Pertama adakah OKT Kedua adalah tauke yang beliau katakan sebelum ini.

[20]

Dari keterangan ini memang boleh disimpulkan OKT Pertama dan seorang yang

beliau sebut sebagai tauke beliau mempunyai niat bersama untuk melakukan kesalahan mengedar dadah tersebut kepada SP8. Oleh itu persoalan yang timbul ialah siapa tauke OKT Pertama tersebut? Adakah OKT Kedua ini tauke yang dimaksudkan tersebut? Oleh itu bagi membuktikan kes terhadap OKT Kedua pihak pendakwa perlu membuktikan OKT Kedua adalah tauke yang dikatakan oleh OKT Pertama sebelum ini yang mempunyai niat bersama dengan OKT Pertama bagi melakukan kesalahan ini. Satu-satunya keterangan yang boleh digunakan terhadap OKT Kedua oleh pihak pendakwa untuk membuktikan beliau ada pre-arranged plan untuk melakukan kesalahan tersebut ialah OKT Kedua datang bersama-sama OKT Pertama ke tempat kejadian. Kehadiran beliau ke tempat tersebut hanyalah satu keterangan mengikut keadaan yang relevan tetapi tidak membawa kepada satu konklusi sahaja.

[21]

Apabila pihak pendakwa bergantung kepada keterangan keadaan bagi

membuktikan sesuatu fakta atau kesalahan keterangan tersebut mestilah membawa natijah kepada satu konklusi saja iaitu wujudnya fakta tersebut atau kesalahan tersebut.

13

Dalam MAGENDRAN MOHAN v. PP [2011] 1 CLJ 805 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan:[9] The law on circumstantial evidence, in our opinion, is well settled. There are numerous decisions by the courts in our country as well as other jurisdictions which deal with circumstantial evidence. [10] The mode of evaluating circumstantial evidence has been stated by the Supreme Court of India in Hanumant Govind Nargundkar v. State of Madhya Pradesh AIR [1952] SC 343 as follows: It is well to remember that in cases where the evidence is of a circumstantial nature, the circumstances from which the conclusion of guilt is to be drawn should in the first instance be fully established, and all the facts so established should be consistent only with the hypothesis of the guilt of the accused. Again, the circumstances should be of a conclusive nature and tendency and they should be such as to exclude every hypothesis but the one proposed to be proved. In other words, there must be a chain of evidence so far complete as not to leave any reasonable ground for a conclusion consistent with the innocence of the accused and it must be such as to show that within all human probability the act must have been done by the accused. [11] Again, in Chandmal & Anor v. State of Rajasthan AIR [1970] SC 917, the Supreme Court of India in dealing with circumstantial evidence had this to say: It is well settled that when a case rests entirely on circumstantial evidence, such evidence must satisfy three tests. Firstly, the circumstances from which an inference of guilt is sought to be drawn, must be cogently and firmly established. Secondly, those circumstances should be of a definite tendency unerringly pointing towards the guilt of the accused. Thirdly, the circumstances, taken cumulatively, should form a chain so complete that there is no escape from the conclusion that within all human probability the crime was committed by the accused and no one else. That is to say the circumstances should be incapable of explanation on any reasonable hypothesis save that of the accused's guilt. (See also: Ghambir v. State of Maharashtra AIR [1982] SC 1157). [12] In Kishore Chand v. State of H.P. AIR (SC) (1990) 2140, the Supreme Court of India was again confronted with the issue of circumstantial evidence and speaking through K. Ramaswamy J it held that: The entire prosecution case rested on circumstantial evidence ... 14

The question, therefore, is whether the prosecution proved guilt of the appellant beyond all reasonable doubt. In a case of circumstantial evidence, all the circumstances from which the conclusion of the guilt is to be drawn should be fully and cogently established. ... The circumstances must be satisfactorily established and the proved circumstances must bring home the offences to the accused beyond all reasonable doubt. ... In other words when there is no direct witness to the commission of murder and the case rests entirely on circumstantial evidence, the circumstances relied on must be fully established. ... ... If any of the circumstances proved in a case are consistent with the innocence of the accused or the chain of the continuity of the circumstances is broken, the accused is entitled to the benefit of the doubt. ... There is a long distance between may be true and must be true. The prosecution has to travel all the way to establish fully all the chain of events which should be consistent only with hypothesis of the guilt of the accused ... ... In other words, there must be a chain of evidence so far consistent and complete as not to leave any reasonable ground for a conclusion consistent with the innocence of the accused and it must be such as to show that within all probability the act must have been done by the accused and the accused alone.

[22]

Khusus bagi kes ini pihak pendakwa perlu membuktikan bahawa OKT Kedua

adalah tauke yang telah dinyatakan oleh OKT Pertama dan jika dikaitkan dengan keterangan sebelum ini akan menunjukkan OKT Kedua mempunyai niat bersama dengan OKT Pertama untuk melakukan kesalhan tersebut. Di dalam kes ini saya dapati kehadiran OKT Kedua semata-mata di tempat kejadian tanpa disokong oleh keterangan lain tidak membawa kepada kepada satu konklusi saja iaitu beliau adalah tauke yang dikatakan oleh OKT Pertama yang mempunyai niat bersama dengan OKT Pertama untuk melakukan kesalahan mengedar dadah tersebut.

15

[23]

Saya juga mempertimbangkan keterangan SP8 tentang penangkapan OKT

Kedua ini yang mungkin boleh digunakan untuk membuktikan niat bersama tersebut. Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya SP8 mengatakan semasa serbuan OKT Kedua lari ke belakang lori dan ditangkap oleh beliau. Semasa disoal balas pula SP8 mengatakan beliau terus menangkap OKT Kedua yang berada berhampiran beliau. Keterangan semasa disoal balas ini membawa inferens bahawa OKT Kedua tidak sempat atau telah cuba melarikan diri sebelum ditangkap oleh SP8. Terdapat pula percanggahan keterangan di antara SP3 dan keterangan SP8 tentang siapa yang menangkap OKT Kedua ini. Menurut SP3 beliau telah menangkap OKT Kedua di tempat serbuan semasa OKT Kedua melarikan diri. Keterangan SP3 ini diragui kerana menurut keterangan SP5 pula SP3 berada jauh dari situ semasa

serbuan dilakukan dan hanya datang setelah kedua-dua OKT ditangkap. Oleh kerana itu saya dapati adalah tidak selamat untuk menerima keterangan SP3 tentang beliau telah menangkap OKT Kedua ketika OKT Kedua melarikan diri. Jika berdasarkan keterangan SP5 beliau telah menyerahkan kedua-dua OKT yang sedia ditangkap

kepada SP3 apabila SP3 sampai di situ, menunjukkan OKT Kedua ini bukan ditangkap oleh SP3.

[24]

Keterangan tentang tingkah laku OKT Kedua yang lari semasa serbuan di dalam

kes ini adalah keterangan yang relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1952 jika dibuktikan. Dengan percanggahan yang wujud tentang siapa yang menangkap dan bagaimana OKT Kedua ini ditangkap telah persoalan timbul adakah OKT Kedua benarbenar bertindak untuk melarikan diri apabila diserbu. Faedah percanggahan ini

16

sepatutnya diberikan kepada OKT Kedua dan saya dapati keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa tidak membuktikan OKT Kedua telah melarikan diri bagi menunjukkan beliau mempunyai kaitan dengan dadah yang dibawa oleh OKT Kedua. OKT Kedua hanyalah pembonceng dan bungkusan plastik yang mengandungi dadah tersebut pula diletakkan di dalam raga motorsikal.

[25]

Oleh yang demikian saya dapati keterangan yang dikemukakan oleh pihak

pendakwa terhadap OKT Kedua tidak cukup untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT Kedua. OKT Kedua dilepaskan dan dibebaskan.

Kes Prima Facie Terhadap OKT Pertama. [26] Keterangan SP8 dan SP7 telah membuktikan identiti OKT Pertama sebagai orang yang berurus dengan SP8 untuk jual beli dadah. Hasil dari pertemuan pertama dan rundingan melalui panggilan talipon di antara OKT Pertama dan SP8 pertemuan di tempat kejadian telah diatur. Saya menerima keterangan saksi-saksi pihak pendakwa yang telah membuktikan dadah berbahaya di dalam kes ini telah dijumpai di dalam raga motorsikal yang telah telah ditunggang oleh OKT Pertama. Keterangan SP8 dan SP7 yang mengatakan OKT Pertama telah menunjukkan bungkusan plastik yang mengandungi dadah berbahaya yang beliau bawa di dalam raga motosikal tersebut bagi maksud diserahkan kepada SP8 menunjukkan dengan jelas OKT Pertama mempunyai kawalan dan jagaan fisikal ke atas beg plastik yang mengandungi dadah tersebut. Keterangan ini juga jelas menunjukkan OKT Pertama sememangnya tahu kandungan di dalam beg plastik tersebut adalah dadah berhaya jenis cannabis.

17

Keterangan-keterangan ini adalah jelas dan walau pun telah disoal balas dengan hebatnya boleh duterima dan dipercayai. Saya tidak ada sebab sama sekali untuk tidak menerima dan mempercayai keterangan mereka ini. Berasaskan keteranganketerangan yang dikemukakan saya berpuashati pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT Pertama.

Pembelaan. [27] OKT Pertama telah memberi keterangan secara bersumpah sebagai pembelaan.

Di dalam keterangannya OKT semasa di dalam pemeriksaan utama tidak menafikan ada berjumpa dengan seorang bernama Dahlan pada 11 Mac 2006 di Sungai Petani. Dahlan ini kemudiannya di katakan oleh OKT Pertama sebagai polis yang menangkap beliau kemudiannya tetapi tidak membuat pengecaman Dahlan ini sebagai SP8. Di dalam pertemuan tersebut beliau telah diperkenalkan oleh kawannya Hasan kepada Dahlan. Di dalam pertemuan tersebut tertuduh menafikan telah membincangkan dengan Dahlan OKT seterusnya menafikan di dalam pertemuan tersebut Dahlan telah memberikan nombor talipon kepada beliau dan Dahlan telah menghubungi beliau pada 22 Mac 2006 dan 23 Mac 2006.

[28]

Bagaimana pun semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya OKT

Pertama menafikan ada bertemu dengan Dahlan pada 11 Mac 2006. Semasa diperiksa semula juga OKT Pertama menafikan ada berjumpa dengan Dahlan pada 11 Mac 2006. OKT Pertama mengakui ada bertemu dengan Dahlan pada 23 Mac 2006 di Taman Sutera setelah disuruh oleh Hasan. Di dalam pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula OKT Pertama berkata itulah kali pertama beliau berjumpa dengan Dahlan. 18

Menurut OKT di dalam pertemuan itu beliau pergi ke situ bersama Awi dengan menaiki motorsikal KAK 1745 kepunyaan seorang bernama Mahmud. Di dalam pertemuan itu beliau telah ditangkap oleh Dahlan.

[29]

Keterangan pembelaan OKT Pertama ini saya dapati pembelaan penafian

semata-mata. Pembelaan sebegini bukanlah pembelaan yang baik dan boleh menimbulkan keraguan terhadap kes prima facie yang telah dibuktikan terhadapnya oleh pihak pendakwa. Keterangan pembelaan ini perlu ditimbangkan bersama-sama dengan keterangan saksi pendakwa terutama SP8. OKT Pertama menyebut ada berjumpa dengan Dahlan yang beliau katakan anggota polis. Di peringkat kes pendakwaan pihak pendakwa telah mengemukakan keterangan seorang anggota polis Detektif Lans Kopral Ahmad Dahlan bin Yunus (SP8). SP8 ini saya dapati seorang agent provocateur yang telah membincangkan urusan jual beli dadah dengan OKT Pertama di peringkat kes pendakwaan. Keterangan SP8 ini telah saya terima setelah menimbangkannya dengan berhati-hati. SP8 ini bagaimana pun tidak dicamkan oleh OKT sebagai anggota polis yang menangkapnya. Dari keseluruhan keterangan yang dikemukakan saya tidak ragu-ragu Dahlan yang dikatakan sebagai anggota polis oleh OKT Pertama adalah SP8. Keterangan pembelaan OKT Pertama merupakan satu

keterangan yang cuba menyanggah keterangan SP8 yang telah menunjukkan sebelum OKT Pertama ditangkap oleh polis pada 23 Mac 2006 telah berlaku pertemuan di antara OKT Pertama dan SP8. Saya dapati dari keseluruhan keterangan yang

dikemukakan perjumpaan di antara OKT Pertama dan Dahlan pada 23 Mac 2006 adalah sebagai lanjutan dari perjumpaan di antara OKT Pertama dan SP8 pada 11 Mac 2006 yang kemudiannya diikuti oleh perbincangan melalui talipon di antara keduanya. 19

[30]

Saya telah pertimbangkan keterangan pembelaan OKT Pertama ini. Adalah

menjadi tugas pihak pembela untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwa untuk membolehkan OKT dilepas dan dibebaskan. Di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 kes prima facie yang diputuskan oleh mahkamah hanya boleh tertolak (overthrown) melalui keterangan rebuttal. Sesuatu keterangan rebuttal itu yang boleh menolak suatu kes prima facie mestilah suatu keterangan yang kuat dan boleh dipercayai serta tidak sengaja diada-adakan selepas difikirkan kemudian. Keterangan yang tidak memenuhi tahap ini tidak boleh menolak kes prima facie. Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase prima facie case in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase prima facie case is defined in similar terms in Mozley and Whiteleys Law Dictionary, 11th edn as:

20

A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of

21

any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.

[31]

Saya dapati keterangan OKT secara keseluruhannya

tidak boleh dipercayai

malah berdasarkan penilaian sebenar ke atas keterangan beliau menunjukkan keterangan ini sengaja di adakan yang difikirkan kemudian (afterthought). OKT juga tidak konsisten di dalam keterangannya. Saya dapati keterangan pembelaan ini samasekali tidak boleh mengakas (rebut) kes prima facie yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwa. Pertimbangan rapi ke atas keterangan pembelaan ini juga saya

dapati tidak berjaya menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwa. Dengan mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dan pihak pembelaan di dalam kes ini saya dapati pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Oleh itu tertuduh di dapati salah dan disabitkan.

A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. Muka surat 99.

[32]

Oleh itu menjadi tugas pihak pembela mengemukakan keterangan yang boleh

mengenepikan kes prima faci melalui keterangan rebuttal yang boleh menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie tersebut (Mat V. PP). Saya telah mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan di dalam kes ini, 22

termasuk keterangan pembelaan tertuduh pertama ini. Berdasarkan keseluruhan keterangan tersebut saya dapati pembelaan yang ditimbulkan tertuduh pertama tidak dapat menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwa. Yang jelasnya keterangan pembelaan tertuduh pertama merupakan keterangan pebafian iaitu beliau menafikan keterangan saksi-saksi pendakwa yang mengatakan telah terdapat perbincangan urusan jual beli dadah tersebut di antara tertuduh pertama dan SP4 melalui perbualan talipon dan juga melalui perbincangan lansung di pasar malam Gurun. Selanjutnya tertuduh pertama menafikan beg merah yang mengandungi dadah kannabis yang dijumpai di dalam motokar tersebut kepunyaan beliau sebaliknya mengatakan beg tersebut kepunyaan SP5.

HUKUMAN [33] Di atas sabitan ke atas tertuduh pertama beliau tertakluk kepada hukuman mati

mandatori yang diperuntukkan di bawah seksyen 39B(2) ADB 1952. Tertuduh hendaklah menjalani hukuman tersebut dengan digantung pada lehernya sehingga mati pada masa dan tempat yang akan ditetapkan.

............................................... Mohd Zaki bin Abdul Wahab, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Star, Kedah.

Bertarikh: 28hb. May 2011

23

PEGUAM: TPR Ahmad Zakhi bin Daud; Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah untuk Pendakwa Raya Encik Prem Singh Mohan; Tetuan Prem Subra & Ass., untuk OKT Pertama Encik Raman A/L Supramaniam; Tetuan S. Raman & Co, untuk OKT Kedua .

24

You might also like