You are on page 1of 4

PENGURUSAN MANGSA TERCEDERA

PENGENALAN Semasa berlakunya kecemasan,mengetahui apa yang perlu dibuat merupakan keadaan
kritikal bagi menetukan hidup atau mati.

Oleh itu,mewujudkan pengurusan mangsa tercedera merupakan perkara yang harus


diambil perhatian oleh semua pihak yang bergelar penyelamat.

Pengurusan mangsa tercedera dubahagikan kepada


o mangsa kadang-kadang bertindih o Mencari dan menyelamat Pengurusan mangsa dapat mengurangkan risiko kematian dalam sesuatu bencana yang berlaku Justeru,pihak pasukan penyelamat haruslah terlebih dahulu bersedia dalam menghadapi keadaan dalam situasi menyelamat.

DEFINISI KECEDERAAN Kecederaan membawa maksud kerosakan pada struktur atau fizikal badan yang disebabkan oleh agen luar atau kekerasan yang boleh dating secara fizikal atau kimia.Kecederaan yang teruk pada fizikal badan boleh mengancam nyawa atau menyebabkan trauma. Kecederaan terbahagi kepada 2 iaitu kecederaan akibat kemalangan yang tidak disengaja dan kecederaan yang disengajakan.

JENIS-JENIS KECEDERAAN KECEDERAAN KEPALA Bahagian kepala manusia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kulit kepala,tengkorak dan otak.kecederaan kepala adalah trauma di kepala yang boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat daripada hentakan yang kuat secara langsung dan tidak langsung.

Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan boleh membawa kematian.Kecederaan kepala juga boleh berkait dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain terutamanya leher. Apabila seseorang itu mengalami kecederaan pada bahagian tengkorak,dia akan mengalami beberapa tanda seperti sakit ditempat tercedera dan mungkin terdapat luka dan pendarahan.Selain itu terdapat kesan lebam disekeliling mata dan belakang telinga yang timbul selepas beberapa jam terjadinya kejadian tersebut. Tanda-tanda seseorang itu mengalami kecederaan otak pula ialah mangsa mungkin tidak sedar danmengalami hilang ingatan.Mangsa juga akan berasa loya dan mengalami gejala muntah.

TRIAGE
DEFINISI Triage adalah satu prosedur penilaian dan pengelasan pesakit untuk tujuan rawatan dan pemindahan mengikut priority.Konsep triage adalah untuk menghadapi bilangan pesakit yang ramai dan memerlukan keutamaan,tujuan memberi bantuan yang terlalu banyak,mengelas pesakit mengikut keutamaan rawatan iaitu 1 minit 1 mangsa,setelah itu pesakit juga akan ditandakan dengan tag atau lebel triage dan seterusnya hantar ke hospital.

MENGAPA TRIAGE PENTING?

Kematian boleh berlaku dalam beberapa minit/jam

Mangsa yang terlalu ramai atau malapetaka

Pembantu yang sakit

Mangsa trauma yang memerlukan pembedahan segera hanya seorang mangsa dalam sesuatu masa

Pemindahan dan pengankutan yang terhad

BAGAIMANA MELAKUKAN TRIAGE? Langkah 1 : penilaian persekitaran Stop,listen & think Memastikan keselamatan dan menghindari bahaya

Langkah 2 : melaksanakan triage suara Mengenalkan identitit,memberi arahan kepada mangsa yang boleh berjalan ke lokasi tertentu Ditandakan tag HIJAU & KUNING

Langkah 3 : penilaian mangsa dan menandakan tag Menilai mangsa terdekat kepada yang jauh dam memberi tanda tag merah,kuning dan hitam Setiap pesakit yang tertinggal diperiksa airway,penafasan,kuku & mental

Langkah 4 : merawat mangsa kritikal Mengurus airway,merawat pendarahan & renjatan.

Langkah 5 : merawat mangsa separa & kritikal

KATEGORI TRIAGE

warna merah (P1/immediate)

mereka yangb di zon warna merah adalah dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembedahan segera.Ahli pertolongan cemas hendaklah meberikan keutamaan kepada mangsa yang berada di zon ini agar dapat diselamatkan.

warna kuning (P2/Observation)

mangsa yang berada dalam kategori ini berada dalam keadaan separa kritikal dan mereka juga perlu dihantar ke hospital segera setelah semua mangsa yang berada pada warna merah di hantar ke hospitl

warna hijau (P3/wait)

keadaan mangsa yang tidak kritikal.Mereka yang dalam kategori ini memerlukan keutamaan yang segera namun memrlukan penjagaan seorang doktor dalam beberapa jam atau hari-hari tetapi bukan dengan serta merta.

warna hitam (P4/die)

mangsa berada dalam keadaan yang amat parah/kematian yang mungkin tiada harpan untuk hidup.mereka mengalami kecederaan yang parah sehingga menyebabkan mereka meninggal ditempat kejadian.Golongan ini akan diletakkan ditempat yang berasingan.

warna putih (Dismiss)

mangsa hanya mengalami kecederaan yang kecil dan tidak memerlukan memerlukan penjagaan doktor.Kecederaan hanya bersifat luaran dan tidak memberi kesan yang lebih teruk walaupun tidak dirawat dalam masa yang lama dan juga tidak memudaratkan orang lain.

You might also like