You are on page 1of 29

1

IIA SJIAJGII
2013 - 2017
IFMBAGA IROMOSI IFSIHATAN MALAYSIA
3
Penyediaan dan penerbitan Pelan Strategik MySihat 2013-2017 tidak akan menjadi
kenyataan tanpa usaha dan kerjasama dari pelbagai individu dan organisasi. Semua pihak
telah memberikan sumbangan yang besar sepanjang proses menggubal dan mengemaskini
dokumen ini. Walaupun banyak pihak yang perlu disenaraikan di sini, namun beberapa
individu dan organisasi berhak untuk menerima penghargaan ini.
MySihat ingin menghargai sokongan dan bimbingan dengan dedikasi serta keazaman kepada
Ahli Lembaga MySihat, J awatankuasa Teknikal Projek Promosi Kesihatan, J awatankuasa
Teknikal Sukan & Rekreasi, J awatankuasa Teknikal Kebudayaan, J awatankuasa Teknikal
Penyelidikan dan J awatankuasa Teknikal Bina Upaya serta kepada semua anggota MySihat.
Penghargaan khas kepada Victoria Health Promotion Foundation (VicHealth) di atas
kebenaran mereka untuk mengguna pakai VicHealth Strategy and Business Plan 2009-2013.
Penghargaan
4
Perutusan Daripada Menteri Kesihatan Malaysia
Kata-kata Aluan Daripada Pengerusi
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)
Pra Kata Daripada Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)
3. Tujuan Pelan Strategik MySihat 2013-2017
4. Cabaran Semasa Kesihatan di Malaysia
5. Peranan dan Sumbangan Berterusan MySihat
6. Prinsip Panduan MySihat
7. Rangka Kerja Strategik MySihat 2013-2017
7.1 Fokus Keutamaan
7.2 Bidang Keberhasilan Utama (KRA)
KRA 1: Memperkasakan individu dan komuniti untuk
bertanggungjawab bagi kesihatan mereka.
KRA 2: Menggalakkan dan meningkatkan amalan gaya 12
hidup sihat dan kesedaran
KRA 3: Urus tadbir operasi 14
KRA 4: Menyokong dasar awam sihat
8. Pemantauan dan Penilaian 17
9. Kesimpulan
Rujukan 21

KANDUNGAN
i
iii
iv
1
2
3
3
5
6
10
10
10
10
16
20
5
Perutusan Daripada Menteri Kesihatan Malaysia

Y.B.Dato Sri Liow Tiong Lai
i
NCD sentiasa dalam lingkaran hidup kita. Sesetengah daripada kita mungkin telah
melihat penderitaan yang disebabkan oleh penyakit NCD ini di kalangan ahli keluarga kita
atau di kalangan rakan-rakan yang mengalami penyakit kardiovaskular, kencing manis,
kanser atau keadaan pernafasan kronik. Kita telah memerhati dan akan sentiasa dapat
melihat gaya hidup dan tingkah laku yang tidak sihat dalam komuniti kita iaitu penggunaan
tembakau dan pendedahan kepada asap rokok, diet yang tinggi dengan kandungan
lemak, garam atau gula, penggunaan alkohol yang berlebihan dan tidak aktif melakukan
Mungkin kita melihat banyak amalan tidak sihat yang masih digalakkan dan diterima
dalam masyarakat kita seperti bekerja di tempat kerja terdedah kepada asap rokok basi,
menu yang tidak sihat disajikan di sekolah, tiada ruang untuk berjalan atau berjoging di
bandar. Lebih banyak lagi amalan tidak sihat yang boleh disenaraikan!
Walaupun terdapat banyak cara untuk menangani masalah-masalah ini, strategi
keseluruhan adalah dengan promosi kesihatan, yang ditakrifkan oleh Piagam Ottawa
1986 sebagai proses yang membolehkan manusia untuk meningkatkan kawalan ke atas
diri sendiri dan memperbaiki kesihatan mereka.
Adalah dianggarkan seramai 2.6 juta rakyat dewasa Malaysia
menghidap kencing manis, 5.8 juta menghidap hipertensi,
6.2 juta dengan hypercholesterolaemia dan 2.5 juta
dengan obesiti. Ia amat membimbangkan bilamana banyak
kematian pra-matang di kalangan penduduk Malaysia kini
berpunca daripada keadaan berkaitan dengan Penyakit
Tidak Berjangkit atau NCD. Mangsa boleh menghidap NCD
sejak usia mereka masih muda, bahkan semasa zaman
kanak-kanak, menyebabkan masyarakat kehilangan zaman
produktif mereka.
7
MySihat terkenal di kalangan agensi-agensi kerajaan, media dan terutama sekali NGO.
Di arena antarabangsa, nama MySihat dipandang tinggi dalam kalangan agensi-agensi
kesihatan bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi juga di negara-negara Arab dan juga
Eropah. WHO juga telah mengiktiraf peranan aktif MySihat terutamanya yang berkenaan
dengan tembakau. MySihat telah meluaskan rangkaian hubungan dan perkongsian dengan
pelbagai sektor dan persekitaran.
Walau bagaimanapun, kami tidak mahu dikenali sebagai organisasi kebajikan yang hanya
dirujuk apabila ada pihak yang memerlukan bantuan kewangan. MySihat ditubuhkan bukan
sekadar menyediakan sokongan kewangan bagi aktiviti promosi kesihatan. Kami perlu
bertindak lebih proaktif dan inovatif untuk terus berada di hadapan dan menjadi rujukan di
dalam dan luar negara.

Melalui pelan strategik ini, MySihat telah menggariskan tindakan-tindakan dan langkah-
langkah yang perlu diambil dalam tempoh lima (5) tahun bagi memastikan peningkatan
akan datang.
Kata-kata Aluan Daripada Pengerusi
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysian (MySihat)
Y.A.Bhg. Toh Puan Dato Seri
Hjh.
iii
Dr. Aishah Ong
Kementerian Kesihatan telah merangka pelbagai rancangan
dan strategi untuk menangani masalah ini. Antaranya ialah Pelan
Tindakan Pemakanan Kebangsaan (2006-2015) dan Pelan
Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit yang
telah dilancarkan pada bulan Disember 2010. Lembaga Promosi
Kesihatan Malaysia (MySihat) melengkapi dan menyokong
dasar-dasar Kementerian Kesihatan. Pelan Strategik MySihat
2013-2017 menunjukkan kesungguhan kami mendukung
usaha-usaha ini dengan penekanan khusus terhadap kawalan
tembakau dan alkohol, pemakanan sihat, promosi kesihatan
8
Pra Kata Daripada Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)
Tumpuan utama adalah untuk membangunkan strategi yang paling sesuai, berkesan
mempromosikan program dan aktiviti gaya hidup sihat di kalangan komuniti. Ia digunakan
sebagai panduan untuk semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) untuk merangka
pelan bagi lima (5) tahun berikutnya.
Peranan MySihat adalah untuk mencegah dan mengawal NCD melalui pelbagai program
dan aktiviti. Strategi utama adalah dengan mempromosikan kesihatan. Promosi Kesihatan
merupakan satu proses sosial dan politik secara menyeluruh. Ia merangkumi tindakan yang
bukan sahaja untuk memantapkan kemahiran dan keupayaan individu, tetapi juga tindakan
untuk mengubah keadaan sosial, persekitaran dan ekonomi, bagi mengurangkan kesannya
kepada kesihatan awam dan individu.
Kita perlu memperluaskan usaha untuk mempromosikan kesihatan kerana pelbagai faktor
menentukan tahap kesihatan dan maklum balas dari pelbagai sektor diperlukan dalam
memperbaiki kesihatan. Dalam erti kata lain, jalinan kerjasama dengan pelbagai rakan
kongsi diperlukan untuk mendapat manfaat kesihatan yang berkesan. Pelan Strategik ini
telah menekankan jalinan rakan kongsi dengan NGO, kerajaan dan agensi swasta.
Harapan terbesar saya adalah supaya semua pihak terutamanya pihak yang berkepentingan
(stakeholders) dapat memberi lebih perhatian untuk melaksanakan strategi-strategi yang
telah dirancang dan dengan itu, kita boleh mencapai sasaran yang telah ditetapkan bersama-
sama.
Y.Bhg.Datuk Dr. Yahya Bin Baba
iv
Pelan Strategik MySihat 2013-2017 adalah sebuah
dokumen yang dibangunkan untuk memperkukuhkan lagi
usaha meningkatkan perhatian seluruh dunia terhadap
pencegahan dan kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
(NCD). Malaysia turut menghadapi ancaman besar
apabila NCD menjadi punca utama kematian pramatang
di kalangan orang dewasa di Malaysia. Pelan Strategik ini
menekankan beberapa cabaran utama dan menggariskan
usaha-usaha yang dirancang untuk menangani cabaran-
cabaran tersebut.
9
Visi
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
Misi
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama :
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
iii. dengan menekankan :
1. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
1
10
2. Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) merupakan sebuah badan berkanun di
bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Lembaga ini ditubuhkan pada bulan J un 2006
menerusi Akta Parlimen (Akta 651) yang diwartakan pada 1 April 2007. Ia ditadbir oleh
sebuah badan bebas yang terdiri daripada wakil-wakil dari kementerian berkaitan, NGO
dan profesional yang mempunyai kepakaran yang berkaitan dengan promosi kesihatan.
Objektif utama Lembaga adalah untuk menetapkan dan membangunkan agenda promosi
kesihatan di semua sektor terutamanya dengan penyertaan aktif badan-badan bukan
kerajaan (NGO). Peranan Lembaga ialah menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan
persekitaran sihat melalui pelbagai sektor.
Lembaga bertanggungjawab memperkasakan individu, organisasi dan masyarakat
melalui latihan dan inisiatif lain untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup
mereka. Lembaga juga bertindak sebagai pembina kapasiti dalam promosi kesihatan.
Ia menumpukan usaha kepada peranannya sebagai pelengkap kepada Kementerian
Kesihatan Malaysia dan sebagai pembina perkongsian dan pakatan kesihatan untuk
mendukung dasar awam yang sihat dalam pelbagai persekitaran.
Visi
Ke arah masyarakat Malaysia yang sihat dan aktif.
Misi
Menjadi sebuah pusat kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam
bidang promosi kesihatan melalui promosi gaya hidup, persekitaran dan masyarakat yang
sihat.
Nilai-nilai korporat
2
11
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) kini menjadi punca utama kematian di Malaysia. Penyakit
ini telah menjadi punca utama mortaliti pramatang, morbiditi dan kurang upaya yang
menjadi beban besar kepada sistem kesihatan Malaysia. Pelaburan untuk promosi yang
berterusan dan sasaran yang jelas serta aktiviti intervensi awal dapat mengurangkan risiko
situasi ini, melengahkan perkembangannya dan mengurangkan komplikasi yang berkaitan,
seterusnya meningkatkan kesihatan dan mengurangkan beban kepada sistem kesihatan.
Akibat daripada keadaan semasa ini, MySihat telah mengenal pasti tiga (3) tujuan dalam
Pelan Strategik 2013-2017 seperti yang berikut:
3.1 Mengenal pasti tindakan yang perlu diutamakan dan memberi tumpuan terhadap
faktor- faktor risiko tingkah laku utama yang dikongsi oleh penyakit kronik, iaitu
penggunaan alkohol yang membahayakan.
3.2 Menggariskan hala tuju utama bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif di
kalangan penduduk Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.
3.3 Melengkapkan promosi gaya hidup sihat dan strategi pencegahan penyakit kronik
serta pelan tindakan sedia ada. Ia juga menjadi panduan bagi membantu agensi-
agensi dan organisasi untuk mengukuhkan pembangunan dan pelaksanaan
program promosi kesihatan yang berkualiti.
3. Tujuan Pelan Strategik MySihat 2013-2017
3
4. Cabaran Semasa Kesihatan Di Malaysia
Di Malaysia, Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) (penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser
dan penyakit mental) merupakan beban kesihatan yang utama di negara ini. Menurut Kajian
Beban Penyakit yang dijalankan pada tahun 2004 (menggunakan data tahun 2000) yang
mengambil kira mortaliti dan morbiditi, lapan beban utama penyakit di Malaysia daripada
yang tertinggi hingga yang terendah ialah penyakit jantung iskemia diikuti oleh penyakit
mental, penyakit serebrovaskular/strok, kecederaan jalan raya, kanser, asma dan penyakit
paru-paru obstruktif kronik, diabetes melitus dan beberapa penyakit berjangkit yang menjadi
masalah kesihatan awam yang utama seperti denggi, HIV / AIDS dan lain-lain.
12
Data semasa juga menunjukkan bahawa NCD dan faktor-faktor risiko NCD sedang
meningkat pada kadar yang membimbangkan di Malaysia, seperti yang dibuktikan oleh
tiga kajian utama terkini berasaskan penduduk di seluruh negara:
(i) Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kali Ketiga 2006
(ii) Tinjauan Faktor Risiko NCD Malaysia Kali Pertama 2005/2006
(iii) Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011
Di sebalik segala kecanggihan sistem penjagaan kesihatan dan taraf hidup kita yang
tinggi, Malaysia merupakan sebuah negara yang menghadapi beberapa masalah
kesihatan yang serius terutamanya NCD. Penyakit-penyakit ini boleh dikurangkan atau
dielakkan melalui perubahan gaya hidup dan keadaan hidup yang lebih baik.
Terdapat semakin banyak bukti dari seluruh dunia tentang faedah dan keberkesanan
melabur dalam program promosi kesihatan. Program promosi kesihatan memberi manfaat
kepada komuniti dengan menggalakkan kesejahteraan, mengurangkan penyakit yang
boleh dicegah dan mengurangkan perbelanjaan penjagaan kesihatan secara keseluruhan.
Untuk mengelakkan peningkatan penyakit dan ketakdayaan pada masa hadapan dan
tekanan yang berkaitan terhadap sistem penjagaan kesihatan kita, kita perlu melakukan
sesuatu terhadap cara hidup kita. Ini memerlukan gabungan kreativiti, wawasan dan
pemikiran yang berani untuk menangani cabaran yang kita hadapi.
Cabaran-cabaran ini akan membentuk tumpuan MySihat untuk tempoh lima tahun
akan datang. Dengan komitmen, pemikiran inovatif, penilaian dan penyelidikan serta
penglibatan pelbagai sektor, kami akan membantu memastikan peningkatan kesihatan
4
13
Fokus MySihat ialah promosi kesihatan dan pencegahan khusus kepada penyakit tidak
berjangkit.
Pencegahan khusus kepada menangani punca-punca kesihatan yang buruk untuk
mencegah masalah daripada berlaku. Ia mampu memberi tumpuan kepada faktor-faktor
risiko dan tingkah laku individu atau faktor yang lebih luas seperti sosial, ekonomi dan
alam sekitar yang menyebabkan penyakit. Faktor sosial, ekonomi dan alam sekitar ini
selalunya dirujuk sebagai promosi kesihatan.

Promosi kesihatan bertindak lebih daripada sekadar mencegah kesihatan yang buruk.
Ia cuba meningkatkan prospek mencapai kesihatan yang optimum. Hal ini penting
bagi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan kemahiran dan pengetahuan serta
merealisasikan aspirasi yang dikongsi bersama iaitu mencapai tahap sebuah masyarakat
yang adil dan lestari.
MySihat berpengalaman dalam menarik pelbagai kumpulan untuk bersama-sama
mempengaruhi gaya hidup berasaskan kesihatan dan memperbaiki persekitaran sosial,
mengetengahkan apa yang boleh dicapai dengan mengintegrasikan aktiviti pembiayaan,
pemantauan, penyelidikan dan penilaian. Kami juga mencipta peluang agar orang ramai
memperolehi pengetahuan, dapat mempelajari kemahiran baru, mempunyai akses yang
lebih besar kepada aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kesihatan yang baik dan berkongsi
persekitaran yang sihat.
Peranan inovatif ini membolehkan kami memimpin dan mendukung pencapaian
kecemerlangan dalam pembangunan polisi dan program promosi kesihatan yang sesuai
serta mengekalkan pakatan strategik dengan kepentingan kesihatan awam kebangsaan
dan global bagi mengukuhkan lagi tindakan dan advokasi promosi kesihatan.
5. Peranan Dan Sumbangan Berterusan MySihat
5
Fokus MySihat
Promosi Pencegahan Intervensi Awal Rawatan Pemulihan
14
promosi kesihatan dalam Piagam Ottawa tentang promosi kesihatan. Prinsip-prinsip ini
boleh digunakan sebagai panduan untuk merancang dan menyampaikan program
promosi kesihatan yang bersepadu dengan berkesan.
6.1 Pemerkasaan
menggerakkan sumber-sumber yang perlu untuk menentukan hidup mereka
sendiri.
6.2 Kolaborasi antara sektor
menyampaikan program promosi kesihatan bersepadu dan mengurangkan
pertindihan dan penyerpihan dalam usaha promosi kesihatan.
6.3 Mobilisasi komuniti
membuat keputusan yang mempengaruhi kesihatan mereka.
6.4 Keterangkuman
dan tinggal dalam persekitaran yang menggalakkan kesihatan.

6.5 Berasaskan bukti
terbaik untuk keperluan dan perubahan yang mapan.
6. Prinsip Panduan MySihat
6

6.6 Penentu kesihatan (Faktor yang mempengaruhi kesihatan)
Menangani penentu kesihatan yang lebih luas, menyedari bahawa kesihatan
bukan sahaja dipengaruhi oleh genetik, gaya hidup individu, perkhidmatan
penjagaan kesihatan dan bahawa faktor politik, sosial, ekonomi dan alam sekitar
adalah amat penting.

15

6.6.1 Peringkat individu
boleh mempengaruhi kesihatan.
6.6.2 Peringkat komuniti
perkhidmatan dan kemudahan tempatan, kehidupan dan keadaan
kerja, rangkaian dan sokongan sosial, norma kumpulan dan rakan
sebaya dan peluang penyertaan.
6.6.3 Peringkat keluarga/isi rumah
tempat tinggal, struktur dan hubungan keluarga, tingkah laku dan
pendedahan berkaitan kesihatan.
6.6.4 Peringkat masyarakat
ekonomi, norma budaya, nilai dan kepercayaan, struktur sosial
dan institusi.
7
Pendapatan, kedudukan sosial, tahap pendidikan atau kapasiti anda untuk
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang membantu menghubungkan anda dengan
orang lain dalam komuniti merupakan faktor penting dalam menentukan
kesihatan dan kesejahteraan anda.
Kebanyakan strategi promosi kesihatan yang berjaya telah mensasarkan
penentu kesihatan di semua peringkat. Faktor-faktor yang mempengaruhi
kesihatan boleh dilihat sebagai suatu sistem besar yang mengintegrasikan
individu, keluarga, komuniti dan masyarakat sebagai subset sistem.

16
Semua faktor ini berinteraksi dengan cara yang kompleks sama ada meningkatkan
risiko tahap kesihatan yang buruk atau meningkatkan kesihatan. Sebagai contoh,
diet seseorang individu mungkin dipengaruhi oleh pengetahuan pemakanan dan oleh
persekitaran keluarga mereka (seperti pendapatan keluarga atau sama ada ahli keluarga
makan bersama-sama), dan juga oleh faktor persekitaran (seperti kedai-kedai makanan
tempatan) dan pengaruh masyarakat yang lebih luas (seperti peraturan pengiklanan
makanan dan dasar keselamatan pendapatan) (lihat Rajah 1).
Cabaran yang dihadapi oleh MySihat dan rakan kongsinya ialah untuk menyatukan dan
mengembangkan pendekatan ini dalam menangani pelbagai faktor yang rumit yang
menyumbang kepada beban penyakit kontemporari.
8
17
Rajah 1: Faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan
INDIVIDU
keluarga
pendedahan
berkaitan kesihatan
pendapatan
keadaan hidup
KELUARGA / ISI RUMAH
sokongan sosial
rakan sebaya
komuniti
infrastruktur komuniti
kemudahan tempatan
KOMUNITI
sosial & budaya
sosial
& sumber
ekonomi
MASYARAKAT
9
18
7.1 Fokus Keutamaan

7.1.1 Mengurangkan tabiat merokok
7.1.2 Menggalakkan amalan diet yang sihat
7.1.4 Menggalakkan kesihatan mental yang baik
7.1.5 Mengurangkan penggunaan alkohol yang berbahaya
7.2 Bidang Keberhasilan Utama (KRA)
KRA 1: Memperkasakan individu dan komuniti untuk bertanggungjawab bagi
kesihatan mereka
Rasional
Memperkasakan individu dan masyarakat agar bertanggungjawab untuk kesihatan mereka
dengan meningkatkan literasi kesihatan dengan cara mendidik individu dan masyarakat
melalui pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk penjagaan diri.
Ia perlu dilengkapkan dengan persekitaran yang memberangsangkan yang bertindak
sebagai pengupaya bagi memperkasakan individu dan komuniti seperti mewujudkan dan
mengukuhkan tindakan dan inisiatif komuniti, menjalinkan perkongsian dan kerjasama antara
sektor dan memupuk pejuang kesihatan.
MySihat akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk menyokong
gaya hidup yang sihat dan aktif melalui usaha dan penyertaan pelbagai agensi.
7. Rangka Kerja Strategik MySihat 20132017
10
19
1. Meningkatkan pembinaan
keupayaan individu dan komuniti

Objektif Program/Aktiviti
untuk membangunkan program promosi
kesihatan, membuat keputusan dan
kepimpinan.
komuniti untuk mewujudkan program
bagi meningkatkan penglibatan
komuniti.
2. Meningkatkan peluang untuk
rangkaian sosial baru.
3. Meningkatkan akses kepada
sumber-sumber promosi kesihatan latihan, bahan permohonan gran
dan laman web.
4. Menambah bilangan individu
yang mampu untuk
menterjemahkanpengetahuan
promosi kesihatan kepada
amalan.
modul latihan dan laman web.
11
Strategi
1. Berkomunikasi tentang isu-isu kesihatan utama.
2. Membangunkan kemudahan kesihatan yang inklusif, mudah didekati, adil dan selamat.
3. Menyokong organisasi dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti promosi
kesihatan.
4. Memudahkan penyertaan dan pembangunan kemahiran.
20
Rasional:
Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan bermula pada tahun 1991 atas
kesedaran bahawa gaya hidup memainkan peranan penting terhadap kesihatan dan
penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 dengan tema pertamanya
penyakit kardiovaskular.
Objektif jangka pendek dan sederhana kempen ini ialah (a) untuk meningkatkan kesedaran
dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan gaya hidup yang tidak sihat dan, (b) untuk menggalakkan mereka mengamalkan
amalan gaya hidup sihat dan yang mempromosikan kesihatan. Objektif jangka panjang
merupakan hasil daripada perubahan-perubahan tersebut, iaitu, dapat menurunkan kadar
morbiditi dan mortaliti penyakit-penyakit berkaitan dengan gaya hidup.
Sejak tahun 2003, kempen gaya hidup sihat mula memberi tumpuan kepada menggalakkan
perubahan tingkah laku yang sihat agar rakyat Malaysia dapat mencapai tahap kesihatan
yang lebih baik.
Bertemakan Sihat Sepanjang Hayat, tumpuan diberikan kepada 4 elemen asas yang
relevan dan penting kepada konsep gaya hidup sihat berikut:
i. Makan secara sihat
iii. Tidak merokok
iv. Mengendali stres
Bagi setiap faktor risiko gaya hidup seperti tabiat pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti
komuniti.
MySihat akan memberi tumpuan kepada tingkah laku khusus dan kesan jangka panjangnya
terhadap gaya hidup. Pendekatan ini akan memberi pengetahuan dan memudahkan
peningkatan kemahiran untuk komuniti mengamalkan tingkah laku yang sihat.
KRA 2: Menggalakkan dan meningkatkan amalan gaya hidup sihat dan kesedaran
12
21
Strategi
1. Mencipta dan menggunakan pengetahuan yang diperolehi melalui penyelidikan dan
penilaian.
2. Menghasilkan persekitaran yang menggalakkan kesihatan yang baik.
Objektif Program/Aktiviti
1. Meningkatkan pemakanan
yang optimum
3. Mengurangkan penggunaan
tembakau
4. Mengurangkan bahaya dari
alkohol
5. Meningkatkan kemahiran
hidup kesihatan mental
tembakau yang bertanggungjawab

isu-isu alkohol yang berkaitan dengan kesihatan.
13
22
Rasional
Bakat merupakan aset yang paling penting dan organisasi perlu menghargai sumbangannya
dan mengembangkan potensinya.
Sebagai peneraju dalam sektor promosi kesihatan, MySihat perlu mengetengahkan faedah
mengadakan persekitaran tempat kerja yang sihat dan mampan. MySihat berusaha gigih
untuk menjadi teladan menerusi amalannya sendiri bagi menunjukkan kebaikan sebuah
organisasi yang sihat, produktif dan mampan.
Strategi
1. Menggalakkan pembangunan sistem dan proses yang menyokong dan mengekalkan
fungsi MySihat.
2. Menyumbang dan mendukung dasar dan peraturan awam berkenaan dengan gaya
hidup sihat.
KRA 3: Urus tadbir operasi
Objektif Program/Aktiviti
1. Memastikan fungsi organisasi
yang berkesan melalui sistem
dan proses tanpa risiko
untuk penambahbaikan berterusan dalam
sistem dan proses.
maklumat dan komunikasi sedia ada.
pematuhan dan pelaporan yang teguh.
mempunyai risiko pematuhan dan
melaksanakan tindakan penambah-
baikan yang berterusan.
14
23
Objektif Program/Aktiviti
2. Membangunkan modal insan yang
berprestasi tinggi dalam
persekitaran kerja yang sihat dan
mampan
3. Beroperasi secara telus,
akauntabiliti dengan integriti
4. Menyediakan maklumat yang tepat,
boleh dipercayai dan tepat pada
masanya kepada pihak-pihak yang
berkepentingan dalam
pembangunan promosi kesihatan
Menggalakkan pembangunan organisasi melalui:

mengekalkan, memberi ganjaran dan
membangunkan modal insan.
kemahiran, latihan dan pengiktirafan pencapaian

yang berkesan
laporan tahunan dan kewangan bukan untuk
keuntungan dipertingkat Institut Akauntan
Bertauliah Malaysia, dalam laporan tahunan dan
struktur pelaporan luaran.
data kewangan dan operasi melalui sistem
(SAGA) dalaman dan luaran, untuk mengetatkan
akauntabiliti operasi.

tentang bidang keutamaan strategik MySihat.
termasuk anugerah, seminar, persidangan
dan forum MySihat.
menerusi aktiviti-aktiviti media.
yang kerap untuk memastikan aktiviti- aktiviti
komunikasi kekal relevan.
15
24
KRA 4: Menyokong dasar awam sihat
Rasional
Kementerian Kesihatan akan menggubal dasar awam untuk menyokong gaya hidup
yang sihat, memperhebatkan usaha promosi kesihatan dan memastikan dakwaan dan
iklan yang meragukan dihalang daripada sampai kepada orang ramai. Ini bermakna
akses yang lebih baik dan semakan maklumat kesihatan dalam bidang-bidang tertentu
contohnya pemakanan, anti merokok dan kesihatan mental.
Mempromosi dan menyokong dasar-dasar kesihatan sedia ada
1. Menyokong persekitaran yang
meningkatkan kesihatan
2. Mempromosi dan menyokong
dasar-dasar kesihatan sedia
ada
agensi yang mewujudkan dasar persekitaran
sihat dari segi bantuan kewangan
Asap Rokok di setiap negeri di Malaysia
16
Strategi
1. Menyokong dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-
agensi Kerajaan yang lain untuk menyokong gaya hidup sihat.
2. Mengambil bahagian dalam forum polisi peringkat negeri dan kebangsaan yang
berkaitan yang diadakan untuk menggalakkan gaya hidup sihat.
3. Menyumbang kepada penggubalan dasar awam yang sihat.
Program/Aktiviti Objektif
25
Bukti menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif berlaku dalam tempoh yang
panjang selepas intervensi. Kami juga mengharapkan program dengan gandingan
beberapa intervensi akan membuahkan berbilang hasil pada peringkat yang berlainan.
Oleh itu, pemantauan dan penilaian akan dibuat sepanjang pelaksanaan projek.
Rancangan penilaian menyatakan dan menghubungkan matlamat, objektif dan strategi
bagi projek-projek tersebut, bersama-sama dengan kaedah pengumpulan data untuk
penilaian.
Tiga jenis penilaian akan dijalankan iaitu penilaian proses, kesan dan hasil. Ia diringkaskan
seperti di bawah:
8. Pemantauan dan Penilaian
KRA 1: Memperkasakan individu dan komuniti untuk bertanggungjawab
bagi kesihatan mereka
1. Meningkatkan pembinaan
keupayaan individu dan
komuniti
2. Meningkatkan peluang
untuk rangkaian sosial
3. Meningkatkan akses
kepada sumber-sumber
promosi kesihatan
4. Menambah bilangan
individu yang mampu
menterjemahkan
pengetahuan promosi
kesihatan kepada amalan.
1. Meningkatkan %
program promosi
kesihatan
2. Meningkatkan %
permohonan geran
3. Meningkatkan %
laporan pamantauan

1. Meningkatkan amalan
gaya hidup sihat melalui
program-program promosi
kesihatan oleh NGO
17
KPI Objektif Hasil
26
KRA 2: Menggalakkan dan meningkatkan amalan gaya hidup sihat dan kesedaran
1. Meningkatkan
pemakanan yang
optimum
2. Meningkatkan aktiviti
3. Mengurangkan
penggunaan tembakau
4. Mengurangkan bahaya
alkohol
5. Meningkatkan kemahiran
hidup kesihatan mental
1. Membuat kajian atas
keberkesanan kos
2. Meningkatkan %
program pembinaan
kapasiti
1. Meningkatkan
perubahan tingkah
laku dalam kalangan
masyarakat melalui
program-program
yang dilaksanakan
oleh NGO
KRA 3: Urus tadbir operasi
1. Memastikan fungsi
organisasi yang berkesan
melalui sistem dan proses
tanpa risiko
2. Membangunkan modal
insan yang berprestasi
tinggi dalam persekitaran
kerja yang sihat dan
mampan
3. Beroperasi secara telus,
akauntabiliti dengan
integriti
1. Meningkatkan %
pembayaran geran
yang dikeluarkan
dalam tempoh tujuh
(7) hari dari tarikh
dokumen lengkap
diterima.
2. Meningkatkan
bilangan rangkaian
dan pencapaian
inisiatif pembinaan
imej.
1. Mewujudkan sistem
pengurusan yang
cekap dan berkesan
2. Mewujudkan bakat
yang sihat dan
mampan
3. Mewujudkan
pengiktirafan
antarabangsa
18
KPI Objektif Hasil
KPI Objektif Hasil
27
KRA 4: Menyokong dasar awam sihat
2. Mempromosi dan menyokong dasar-dasar kesihatan sedia ada
1. Menyokong persekitaran
yang meningkatkan
kesihatan
2. Mempromosi dan
menyokong dasar-dasar
kesihatan sedia ada
1. Meningkatkan
penglibatan bilangan
pihak berkepentingan
untuk memulakan dasar
awam yang sihat
2. Menambah bilangan
program-program dasar
sihat yang dimulakan
1. Peningkatan dasar
kesihatan awam
sedia ada
2. Meningkatkan
kualiti hidup
3. Mewujudkan
persekitaran yang
sihat
Hasil
19
2. Mempromosi dan menyokong dasar-dasar kesihatan sedia ada
4. Menyediakan maklumat
yang tepat, boleh dipercayai
dan tepat pada masanya
kepada pihak-pihak
berkepentingan dalam
pembangunan promosi
kesihatan

3. Memastikan semua
kakitangan patuh
menjalani latihan tujuh
(7) hari setahun
Hasil KPI
KPI
Objektif
Objektif
Hasil
Hasil
9. Kesimpulan
29
Rujukan
21
Department of Health. Western Australian Health Promotion Strategic Framework 2007-
2011: Executive Summary. Perth, Western Australia: Western Australian Government,
2007.
Department of Human Services Victoria. 2003. Integrated Health promotion Resource
Kit. Australia
Ministry of Health Malaysia. 2007. National Health Morbidity Survey III-2006. Institute
for Public Health. Kuala Lumpur.
Ministry of Health Malaysia. 2010. National Strategic Plan For Non-Communicable
Disease: Medium Term Strategic Plan to Further Strengthen the Cardiovascular
Diseases & Diabetes Prevention & Control Program in Malaysia (2010-2014). Disease
Control Division. MOH. Kuala Lumpur.
Ministry of Health Malaysia. 2011. Country Health Plan: 10th Malaysia Plan 2011-2015.
Bahagian Perancangan dan Pembangunan. MOH. Kuala Lumpur.
Ministry of Health Malaysia. 2011. Pelan Strategik 2011-2015 : 1Care for 1Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Pembangunan. MOH. Kuala Lumpur
Victorian Health Promotion Foundation (VicHealth). 2009. VicHealth Strategy and
Business Plan 2009 2013: Promoting Health and Preventing Illness. Australia.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

You might also like