Blog Panitia Sejarah SMK Engku Husain Konsep Sejarah Penjepunan -Penjepunan ialah menanamkan rasa taat setia

kepada maharaja Jepun tanpa berbelah bahagi. -Untuk melaksanakannya Jepun mengharamkan bahasa pengantar inggeris dan cina. Kempetai -Polis tentera yang bertugas sebagai pengintip. -Agen Jepun bagi menjaga keamanan negara Terkenal dengan kezaliman dan kekejaman CMDN [cukup makan dalam negeri] -Jepun menekankan dasar ke arah pengeluaran petanian padi untuk cukupkan makan dalam negeri. -Jepun memperkenalkan padi Taiwan suapaya penanam padi 2 kali dalam setahun MPAJA -Malayan People’s Anti Japanese Army (bintang tiga) -Orang cina yang militan dengan komunis -Undur ke hutan untuk melancarkan serangan gerila -Berkuasa selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah.(sebelum British sampai ke Tanah Melayu) -Mengambil alih penguasaan balai polis untuk undang-undang sendiri Force 136 -Markas -Sri Lanka(Ceylon) -India -Ketua -Richard Brome -John Davis -Tengku Mahmud Mahyiddeen

- Force 136 dibantu oleh Persatuan Melayu Pahang (wataniah) untuk menentang Jepun. Berpecah kepada kumpulan kecil dan bersembunyi di dalam hutan. Dasar Bumi Hangus - Berlaku di Sarawak - Apabila yang mempertahankan Sarawak terdiri daripada pasukan tempatan ( tidak bercorak ketenteraan) dan unit bantuan pertahanan British serta Regimen Punjabi yang bilangannya kecil dan kelengkapan perang tidak lengkap berbanding dengan tentera Jepun. - Contoh: - British telah memusnahkan lombong minyak di - Lutong dan Miri sebelum mereka menyerah kalah. Double Tenth - Merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh Gerila Kinabalu (Sabah) terhadap Jepun - Ketua: -Musa -Karom -Albert Kwok Malayan Union - Sistem pemerintahan baru British selepas Pentadbiran Tentera British(BMA) dibubarkan. - Untuk menubuhkannya British menghantar Mac Michael untuk mendapatkan persetujuan Sultan dengan mengugut. - Pentadbiran Malayan Union

-Malayan Union di tentang oleh rakyat.

Jus Soli -Jus Soli ialah kewarganeraan yang diberikan oleh British kepada orang bukan melayu. -Ini untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk untuk membentuk Malayan Union.

Umno - Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) - Tujuan penubuhan ialah untuk menyatukan orang melayu untuk menentang Malayan Union - Ketua Dato’ Onn bin Ja’afar - Ditubuh kan selepas keputusan dan ketetapan Kongres Melayu Se-Malaya yang diadakan di Kelab Sulaiman, Kuala Lumpur. Rancangan Briggs -Rancangan Sir Henry Gurney (1950) -pengarah Operasi left Sir Harold Rowdon Briggs -tujuan penubuhan rancangan ini: menyelamatkan mereka daripada diugut oleh Min Yuen untuk memberikan makanan dan maklumat -tindakan 1-memindahkan penduduk Cina dari kawasan terpencil dan menempatkan mereka dikawasan penempatan semula atau kampung baru 2- penduduk diberi banyak kemudahan seperti -pendidikan -perkhidmatan dan kesihatan -tempat tinggal -bekalan elektrik dan air paip 3- gerakan kelaparan -sema anggota menjalankan kawalan rapi supaya bahan makanan, ubat, pakaian, dan senjata tidak dihantar ke komunis. -melibatkan kerjasama pegawai perkhidmatan awam dan polis serta tentera -sekatan² jalanraya turut diadakan untuk menghalang bantuan komunis -kad pengenalan dikeluarkan sebagai cara mengawal pergerakan mereka

-hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang tertentu sahaja. Akibat -komunis terpaksa berpindah-randah dan ramai komunis telah dibunuh. Semangat komunis menjadi lemah. Sungguhpun begitu, komunis telah berjaya membunuh sir henry gurney. Ini kerana beliaulah yang mencadangkan rancangan Briggs Kampung Baru Kawasan yang dipagar dengan kawat berduri serta dikawal Semua penduduk Cina dipindahkan disini Jumlah penduduk 470509 orang ditempatkan di 440buah kampung baru Turut dibantu oleh MCA Perang saraf Kempen bulan penduduk tanah melayu menentang komunis Masalah -menghapuskan komunis -masalah perkauman (masalah besar) Semasa Henry Gurney -tindakan -mengadakan kempen bulan penduduk tanah melayu menentang komunis.melibatkan 500 000 orang. Kempen ini mengutuk keganasan komunis dan membakar patung -telah menubuhkan jawatankuasa perhubungan antara kaum *terdiri daripada pelbagai kaum DOJ, EEC Thuraisinghamdan Tan Cheng Lock -beliau telah menggalakkan penubuhan parti politik cina untuk mengurangkan sokongan orang cina kepada PKM. *sewaktu itu parti politik Cina ialah MCA Sir Gerald Templer Tindakan -menawarkan hadiah bagi sesiapa yang membunuh komunis *tawaran penangkapan Chin Peng $250 000 -menandatangani perjanjian dengan Thailand untuk memburu komunis. -Sept 1952, beliau mengishtiharkan kawasan putih pertama di Melaka

-kerajaan telah membuat pindaan syarat² kewarganegaraan *membolehkan 120 000orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara persekutuan tanah melayu. -semua jenis sekolah seberapa boleh hendaklah diseragamkan dari segi pentadbiran dan mata pelajaran Kesan -Templer tidak mendapat sokongan daripada rakyat. 1954 Sir Gerald Templer meninggalkan TM apabila didapati cita² PKM gagal. Beliau telah diganti oleh Sir Donald McGillivary. Johor dan Pahang masih dianggap kawasan hitam Kawansan Putih Kawasan yang bebas dari komunis -kawasan hitam ialah kawasan yang belum bebas dari ancaman komunis Rundingan Baling PKM meminta rundingan pendamaian bagi mencari jalan supaya PKM diterima bergiat dalam partio politik secara sah. Parti Perikatan mengeluarkan penawaran pengampunan beramai² kepada pengganas komunis - mereka yang menyerah diri tidak akan dihukum - mereka dan ikhlas dan taat pada negara akan dibebaskan - sekatan kebebasan akan dikenakan kepada mereka - sesiapa yang ingin pulang ke China akan dipertimbangkan Rundingan - berlaku di Baling Kedah 28 – 29 Dec 1955 - Chen Tien ( PKM) mengaturkan pertemuan dengan TAR - Cdhin Peng (PKM) , TAR, David Marshall ketua menteri Singapura, Tan Cheng Lock, Rashid Mashideen, Chen Tien hadir - Chin Peng menolak tawaran TAR kerana *PKM tidak dibenarkan bergiat sebagai sebuah parti yang sah *menolak keras syarat yang mahu kesetiaan PKM disiasat terlebih dahulu - TAR tarik balik tawaran itu tetapi sentiasa bersedia berunding dengan PKM Selepas dan Kesan Keganasan Komunis

Komunis lumpuh -12 tahun pemerintahan darurat dikenakan *11 000 nyawa telah terkorban *2 500 orang awam menjadi mangsa komunis J/K Barnes dan Fenn-WU Pengerusi L. J Barnes (Pakar Pendidikan British) Laporan Barnes - 1 jenis sekolah peringkat rendah untuk semua pelajar - sukatan pelajaran hendaklah disamakan - bahasa penghantar yang dicadangkan untuk sekolah rendah (Bi & BM) - BI untuk peringkat menengah - diterbitkan pada pertengahan tahun 1951 JHAK (Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum) - ditubuhkan pada awal tahun 1949 tujuan - mengatasi masalah hubungan antara kaum - supaya pemimpin² daripada pelbagai kaum dpt berjumpa dan berbincang bersama tentang masalah yang mereka hadapi supaya jalan penyelesaian ke arah perpaduan dapat dicapai ahli - 15 orang anggota yang merupakan tokoh penting daripada kaum masing² - orang Cina terdiri daripada ahli MCA - orang Melayu terdiri daripada ahli UMNO Sistem Ahli - Jemaah Menteri [sekarang] - diperkenalkan pada April 1951 kandungan sistem - beberapa Jabatan Kerajaan diletakkan dibawah kawalan ahli Majlis Undangan

Persekutuan - Setengah daripada Jabatan ini ditadbiroleh pentadbir penjajah yang menganggotai Majlis tersebut - jabatan lain ditadbir beberapa tokoh politik termasuk Dato Onn Jaafar - Pada tahun 1954 bilangan jabatan dibawah kawalan ahli Majlis bertambah - Kebanyakan daripada jabatan itu ditadbir oleh tokoh setempat melalui system ini -tokoh² politik diberi peluang bertanggungjawab dan menggunakan kuasa politik dalam bidang tertentu - tokoh² ini dipilih menganggotai sistem ini terdri daripada semua kaum Pilihanraya Majlis Bandaran (1951-1952) > Georgetown, P. Pinang (Dis 1951), Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan seremban (spjg. 1952) Peringkat Negeri (1954) Pilihanraya Umum (1955) akibat pertubuhan IMP dan NAGARA dipimpin oleh (Dato Onn Jaafar) IMP - Independence For Malaya Party penubuhan - Dato Onn Jaafar menubuhkan IMP pada September 1951 tujuan - menuntut pilihanraya Umum 1955

- Tanah Melayu mesti mencapai kemerdekaan 1961 - banyak rancangan pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan social dibentangkan - Proses menggantikan pegawai2 British dengang orang tempatan dalam pentadbirang @ Malayanisasi juga dirancang - Singapura dicadang bargabung dengan P. T/M yang merdeka - Keputusan pilihanraya 1942 di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa IMP tidak disokong oleh kebanyakan pengundi Cina - Disebabkan MCA cawangan Selangor telah berpakat dengan Umno dalam pilihanraya itu - Hubungan dato Onn Jaafar dan Tan Chenn Lock renggang - Akhir tahun 1953 IMP dibubarkan - Bulan Februari 1954 Dato Onn Jaafar menubuhkan Parti NAGARA MALAYANISASI proses menggantikan pegawai² British dengan orang tempatan dalam bidang pentadbiran Rundingan Kebangsaan (DOJ) - April (1953) Dato Onn Jaafar menjemput semua pertubuhan politik - bagi membincangkan langkah² ke arah kemerdekaan - setelah 2 kali berhimpun (April & Sept 1953) 2 usul dikemukakan

- 1/2 anggota Majlis Undangan Persekutuan yang baru hendaklah terdiri daripada wakil rakyat - adakan pilihanraya umum pertama pada tahun 1956 Konvensyen Kebangsaan - mendesak supaya pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 1954 - konvensyen telah mendapat sambutan baik dari orang ramai Perlembagaan - istilah untuk undang² yang menetukan bagaimana caranya sebuah pertubuhan @ organisasi dikendalikan

Suruhanjaya Reid - ditubuhkan untuk perlembagaan baru pada mac 1950 ahli - Lord Reid - Sir Ivor Jennings - William Mckel - Hakim b. Malik tujuan - menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu (yang akan merdeka) - Prinsip demokrasi berparlimen menjamin kedudukan dan Martabat orang melayu - menjaga hak dan kepentingan orang

melayu cadangan - Tanah Melayu diketuai oleh raja - Demokrasi berparlimen diamalkan - Raja² melayu kekal sebagai ketua di negari masing2 - Pulau Pinang dan Melaka (negeri tidak berRaja) diketuai oleh Yg. di-Pertuan Agong pindaan - Agama Islam sebagai agama rasmi - Bm dan BI sahaja boleh digunakan dalam Majlis Perundangan - Hak keistimewaan orang Melayu dipertimbangkan semula atas arahan Yang diPertuan Agong #Zawir, Amar, Rushdi, Syafiq

Majlis tempatan [Sabah] Yang pertama ditubuhkan di Kota Belud Bertugas mengendalikan: Kesihatan Kewangan Pendidikan Pertanian & ternakan Bekalan air & elektrik 3. Diperkenal pada tahun 1952. 4. Namanya telah ditukar kepada Majlis Daerah pada tahun 1960. 5. Majlis Daerah tidak berfungsi sebagai badan penggubal undang-undang. 6. Pada tahun 1962 pilihanraya diadakan secara tidak langsung dalam Majlis Undangan. 7. Penjajahan British di Sabah lebih luas dan menyeluruh berbanding Sarawak. Majlis tempatan [Sarawak]

1. Tugas utama: · Mengawal perbelanjaan di kawasannya. · Mengurus pungutan cukai. · Mengurus pendidikan rendah. 2. Tujuan: · Menambah bilangan ahli dalam Majlis Negeri[ menjadi 45 org ahli] dan Majlis Tertinggi [menjadi 10 org ahli]. 3. Majlis Tempatan yang dibentuk pada tahun 1947 menandakan langkah kea rah berkerajaan sendiri di Sarawak 4. Penduduk tempatan berpeluang mendapat latihan dan pengalaman melalui MAJLIS TEMPATAN yang ditubuhkan oleh kerajaan British. 5. Pilihan Raya Majlis Daerah yang pertama diadakan untuk Majlis Bandaran Kuching pada tahun 1956 6. pada tahun 1956, Perlembagaan baru diperkenalkan dan diperkuatkuasa pada 1 April 1957 7. Perlembagaan ini dikekalkan sehingga Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963

GERAKAN ANTI PENYERAHAN Persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kpd kerajaan British ialah: PKMS PPM PDS BPS Persatuan-persatuan tersebut bergerak aktif di Sarawak pada 1940-an Penentangan diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah Golongan penentang mahu keluarga Brooke memerintah Sarawak supaya mereka dapat menuntut kemerdekaan dengan mudah Mereka ingin mempertahankan hak istimewa orang Melayu Mereka menghantar surat bantahan dan telegram kepada kerajaan British tetapi tidak mendapat perhatian. PKMS mengadakan tunjuk perasaan mendesak British berundur dari Sarawak.

Tunjuk perasaan yang terbesar diadakan semasa upacara pelantikan gabenor yang pertama di Kuching. Tunjuk perasaan diadakan pada 1 julai setiap tahun bersempena dengan tarikh penyerahan Sarawak kepada British Pada 1 Julai 1947 satu tunjuk perasaan dijalankan oleh PKMS dan PDS Pihak British mendapati pemimpin anti-penyerahan terdiri daripada kakitangan kerajaan dan guru-guru. PEKELILING NO.9 Cara penentangan yang ke4 British mengeluarkan pekeliling ini pada bulan Disember1946. Tujuan: Meminta kakitangan kerajaan supaya setia dan tidak terlibat dalam gerakan antipenyerahan Kesan: Sebanyak 338 kakitangan kerajaan meletak jawatan akibat tidak bersetuju dengan keputusan British. Kebanyakan kakitangan kerajaan yang meletakkan jawatan ialah guru. Akibatnya 22 sekolah melayu terpaksa ditutup. RUKUN 13 Ditubuhkan oleh golongan pemuda PPM Sibu. Satu kumpulan sulit Kumpulan ini berasa kecewa kerana bantahan secara lembut tidak dihiraukan malahan mereka terus dihina dalam ucapan rasmi. Ahli-ahlinya bersumpah akan menghapuskan pemimpin dan pegawai yang menyokong penyerahan Pada 3 Disember 1949, Rosli Dhobie telah menikam Gabenor Duncan Stewart British telah menghukum gantung sampai mati ke atas empat orang yang terlibat dalam kumpulan ini dan memenjarakan 15 orang. Tindakan keras British telah melumpuhkan gerakan antipenyerahan. Persatuan ini boleh bergerak melalui persatuan sosial dan agama

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong pada 12 Jun 1959. Tujuan: Memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan rakyat Sarawak.

Kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Cina. Mereka terlibat dalam perniagaan dan perdagangan Ahli-ahli SUPP menentang gagasan Malaysia kerana khuatir ekonomi meeka akan terjejas Gagasan Malaysia Ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963 Faktor Penubuhan Malaysia: Menyekat ancaman komunis. Mempercepat proses kemerdekaan Keseimbangan kaum Memajukan ekonomi o Dianggotai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. o Reaksi Singapura: Parti PETIR menyambut baik gagasan Malaysia o Reaksi Brunei: Parti Rakyat di Brunei di bawah AM. Azahari melancarkan pemberontakan. o Reaksi Indonesia: Presiden Sukamo melancarkan dasar konfrontasi o Reaksi Filipina: Filipina menentang penubuhan Malaysia kerana tuntutannya terhadap Sabah. o Reaksi Sabah dan Sarawak: Pada mulanya, pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan Malaysia kerana mereka kurang memahami konsep Persekutuan Malaysia. Sabah dan Sarawak akhirnya bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia. o Di Sabah: Parti Kebangsaan Sabah Bersatu berpendapat bahawa perkembangan ekonomi dan kestabilan politik terjamin dengan gagasan Malaysia. o Di Sarawak: Berpendapat bahawa taraf pendidikan, ekonomi dan politik bumiputera dapat dipertingkatkan melalui gagasan Malaysia.

PERLEMBAGAAN 1941 Asas untuk mentadbir Sarawak Menurut perlembagaan mempunyai dua majlis iaitu majlis negeri dan majlis tertinggi Majlis negeri terdiri daripada 25 ahli(14 ahli rasmi dan 11 ahli tidak rasmi) yang berkuasa untuk membentuk undang-undang dan kuasa kewangan Ahli rasmi terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan awam manakala ahli tidak rasmi dilantik oleh pemerintah bagi melindungi penduduk Ahli majlis tertinggi juga terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam dan ahli majlis

negeri Majlis tertinggi sekurang-kurangnya mempunyai 5 orang ahli untuk berunding dengan gabenor mengenai pentadbiran Gabenor Sarawak pertama ialah Sir Charles Arden-Brooke Posted by Wan Norizan Binti Wan Ahmad at 11:38 AM

T U E S D A Y, J U LY 3 1 , 2 0 0 7 Renungan Sejenak RAJIN BELAJAR, MALAS BELAJAR Kena buli MALAS BELAJAR, RAJIN BERCAKAP Wayang Cina MALAS BELAJAR, MALAS BERCAKAP Tak guna MALAS BELAJAR, SUKA MENGADU Langau MALAS BELAJAR, SELALU PONTENG Lebih baik behenti MALAS BELAJAR, SUKA TERMENUNG Lebih baik mati MALAS BELAJAR, RAJIN MENGADU Kaki bodek RAJIN BELAJAR, RAJIN BERCAKAP BAGUS T U E S D A Y, J U L Y 3 1 , 2 0 0 7

Kaedah Penggunaan Buku Teks Yang Berkesan Tumpuan kertas kerja ini membincangkan kaedah penggunaan buku teks yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid lemah secara individu. Perbincangan secara umum difokuskan kepada aspek yang berkaitan dengan konsep umum buku teks, kebaikan buku teks sebagai bahan pembelajaran untuk murid lemah dan jenis aktiviti yang digunakan. Salah satu aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah cara atau kaedah yang sesuai dan berkesan bagi membantu murid lemah dalam pembelajaran. Seseorang guru Sejarah bertanggungjawab memastikan murid lemah memahami dan menguasai pelajaran Sejarah pada peringkat keupayaan dan kebolehan yang mereka miliki. 2. Kaitan Buku Teks Dengan Pembelajaran Murid Lemah Buku teks Sejarah dalam konteks ini merupakan salah satu media cetak yang terpenting digunakan sebagai bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid di sekolah menengah atas (SMA) iaitu murid Tingkatan IV dan Tingkatan V. Buku teks ditulis berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM yang baru dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku teks Sejarah mengekalkan Kesepaduan unsur pengetahuan sejarah, pemupukan nilai-nilai murni, patriotisme dan kemahiran belajar. Buku teks Sejarah Tingkatan 4 mengandungi 10 bab yang merangkumi 3 tema iaitu tema 7 (Tamadun Awal Manusia), tema 8 (Tamadun Islam dan Perkembangannya) dan tema 9 (Perkembangan Di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara) Buku teks Sejarah Tingkatan 5 mengandungi 9 bab yang merangkumi tiga tema iaitu tema 10 (Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua), tema 11 (Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat) dan tema 12 (Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa)

Murid lemah ialah golongan yang mempunyai kurang keupayaan dalam aspek mental, fizikal dan emosi pada tahap tertentu berbanding murid normal yang berada pada tahap purata perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor mereka. Hal ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk mengikuti pelajaran dengan berkesan dan menghadapi kesukaran untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru. Justeru, buku teks mempunyai pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar. 3. Kelebihan Buku Teks Sejarah Mempunyai peta konsep sebagai garis kasar isi pelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam perancangan pelajaran. meringkas dan merumuskan sejumlah maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu bidang. membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan. menyediakan sumber maklumat yang seragam untuk semua murid. memberi idea kepada guru tentang organisasi maklumat dan aktiviti yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. menyertakan gambar, graf, peta dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid. menyertakan lain-lain bahan pengajaran seperti ringkasan, latihan dan soalan terancang. meringankan beban guru dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran 4. Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Satu aspek yang dipertimbangkan dalam penggunaan buku teks yang berkesan dalam pembelajaran murid lemah ialah tahap kebolehbacaan. Murid lemah sukar memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman mereka.

Seseorang guru Sejarah harus bijak memilih bahan yang sesuai dalam buku teks untuk murid lemah dan seterusnya dapat digunakan dengan berkesan bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari. Guru Sejarah perlu memilih isi yang penting, menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami ketika menerangkan dan menguji tahap kefahaman murid melalui lembaran kerja yang disediakan. Buku teks dan lembaran kerja ini boleh digunakan di dalam dan di luar bilik darjah Guru Sejarah perlu mendidik murid cara menyusun maklumat dan berfikir secara sistematis dalam mengisi petak lembaran kerja yang disediakan. Melalui lembaran kerja yang disediakan murid dapat mencari dan mengingat maklumat penting daripada buku teks dengan mudah. Buku teks Sejarah boleh digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sama ada permulaan, pertengahan atau pada akhir pembelajaran. 5. Teknik Penggunaan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah berkesan, guru wajar menitikberatkan perkara berikut: · Peta konsep · Kemahiran berfikir kritis dan kreatif · Kecerdasan pelbagai · Unsur dan nilai patriotisme · Kemahiran teknologi komunikasi maklumat · Penggunaan bahan grafik · Maklumat tambahan · Pelbagai aktiviti pembelajaran yang kreatif dan inovtif

· Latihan-latihan Pada peringkat awal P&P guru wajar memberi gambaran keseluruhan (Big Picture) mengenai bab yang akan diajar dengan berpandukan peta konsep yang terdapat pada awal bab buku teks. (Rujuk buku teks sejarah ms 1, ms 37, ms 71) Guru seterusnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pedagogi yang sesuai berasaskan buku teks. Bahan-bahan grafik seperti gambar, peta, carta, jadual dan gambarajah perlu digunakan secara maksimum di dalam pengajaran dan pembelajaran guru bagi menarik minat dan tumpuan murid. Gerak kerja yang bersesuaian dengan pedagogi yang digunakan boleh dilaksanakan bersama. Guru boleh membuat rumusan dengan pelbagai cara berpandukan buku teks. Posted by Wan Norizan Binti Wan Ahmad at 11:31 AM 0 comments: Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments T U E S D A Y, J U L Y 3 1 , 2 0 0 7 Kesilapan Pelajar dan Cara Mengatasi Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh calon ketika belajar Sejarah. Antaranya ialah tidak mengulangkaji secara konsisten, kurang membuat latihan, gemar meramal soalan dan tidak mengetahui teknik menjawab soalan dengan betul. Cerita arnab dan kura-kura memberi banyak pengajaran berkaitan dengan penggunaan masa, ketahanan mental dan usaha yang konsisten. Dalam kisah itu, Sang Arnab yang mempunyai kekuatan berlari dengan pantas telah dikalahkan oleh Sang Kura-Kura yang berjalan lambat tetapi konsisten. Sebenarnya istilah ‘tiada mood’ atau ‘ada mood’ tidak harus wujud dalam mengulangkaji pelajaran.

Pada peringkat sejarah PMR, kandungan sukatan pelajaran Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua adalah menarik dan ringan. Sukatan pelajaran Tingkatan Tiga lebih ringan! Calon boleh merujuk guru Sejarah pada bila-bila masa jika menghadapi masalah pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Calon perlu menghabiskan 3 jam sehari atau sekurang-kurangnya sejam bagi mana-mana tajuk Sejarah tersebut. Di samping melakukan secara konsisten calon perlu membuat latihan untuk meningkatkan kecekapan. Kekerapan mengulangkaji adalah kunci kepada kefahaman kerana ia mengatasi proses lupa! Ingat! Lupa berlaku disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak diulangi dan diulangkaji. Cara belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses yang sistematik, iaitu maklumat yang dibaca dimasukkan ke dalam minda secara tersusun dan konsisten. Semak tajuk yang belum diulangkaji dan tajuk yang belum diulangkaji. Calon perlu menyedari bahawa latihan di kelas, di pusat tuisyen dan di rumah bertujuan memberi kefahaman tentang sesuatu topik. Namun begitu, ramai calon PMR membuat latihan secara sambaleweng dan tidak sepenuh hati. Ramai calon PMR tidak menggunakan masa luang yang ada.Lebih malang lagi ada calon tidak berusaha membuat persediaan (tidak mengulangkaji) sebelum menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru. Ingat! Belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses ulang dan kaji. Janganlah mengharapkan keputusan yang cemerlang, sekiranya kekerapan anda mengulangkaji boleh dihitung dengan jari. Saya ulangi, calon perlu kerap membaca dan mengulangkaji untuk mengingat fakta Sejarah. Setiap tahun, soalan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai sumber. Bagi calon PMR yang telah bersedia awal, soalan ramalan hanya merupakan soalan yang perlu diberi penekanan. Sebenarnya mereka sudah bersedia menghadapi apa jua jenis soalan yang meliputi pelbagai tajuk. Tetapi terdapat ramai calon PMR yang belum bersedia. Mereka menggadaikan masa depan dengan bergantung kepada soalan ramalan sematamata. Tindakan ini sangat berbahaya. Sekiranya soalan yang diramal itu tidak keluar sudah tentulah anda yang keluar!

Saya mengesyorkan calon PMR mengulangkaji bab yang mudah dahulu dikuti bab yang lebih sukar secara konsisten. Ramai calon PMR mengulangkaji mengikut bab yang mereka sukai sahaja. Ini baik untuk mendorong anda bersemangat dan meminati pelajaran Sejarah. Namun begitu topik dalam Sejarah mempunyai kesinambungan iaitu ditulis dari bab yang mudah kepada bab yang susah. Calon harus menguasai bab yang awal dahulu sebelum bab yang kemudian. Walau apa pun anda perlu menghadiri kelas pada setiap hari. Kegagalan anda mengikuti sesuatu tajuk akan mengganggu kefahaman anda terhadap tajuk tersebut. Terdapat pelbagai teknik pembelajaran Sejarah seperti menyenaraikan isi kandungan, menulis nota peta minda, teknik perbincangan, penggunaan teknik mnemonik untuk tajuk yang membosankan dan sebagainya. Kesemua teknik adalah berkesan dan baik jika bersesuaian dengan cara anda belajar. Salah satu kelemahan calon PMR ialah menjawab soalan aneka pilihan dan aneka pelengkap dengan teknik yang cepat, tepat dan betul. Calon perlu mempunyai pengetahuan, maklumat dan telah menguasai semua tajuk dalam buku teks Sejarah. Secara umum calon perlu menjawab soalan objektif menggunakan kaedah berikut. * Pastikan bahawa anda membaca semua soalan dengan teliti. Fahamkan betul-betul sebelum menjawab * Jawab semua soalan yang anda pasti atau yakin tentang jawapannya terlebih dahulu sebagai strategi memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya. * Tandakan jawapan anda dengan jelas di tempat yang disediakan sebaik sahaja setiap soalan dibaca * Tinggalkan dahulu soalan susah atau tidak pasti jawapannya.

* Bagi soalan susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya, pilih jawapan yang betul dengan memotong pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan melalui kaedah peyingkiran * Singkirkan pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan anda * Jika tinggal dua jawapan, pilih jawapan yang anda fikir lebih tepat dan munasabah Posted by Wan Norizan Binti Wan Ahmad at 11:28 AM 0 comments: Post a Comment M O N D A Y, J U L Y 3 0 , 2 0 0 7 Konsep-konsep Sejarah (3) Pelabuhan entrepot ----Tempat yang menjadi pusat menerima barang-barang dagangan dari satu negeri untuk dikirim ke negeri lain. Mulaqah ----Istilah Arab yang bererti ‘pertemuan’yang dikaitkan dengan asal –usul nama Melaka Malakat ----Istilah yang diberi oleh pedagang-pedagang arab yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’ Syahbandar ----Pegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan. Cukai rasmi ----Cukai rasmi yang sama seperti duti import yang digunakan sekarang. Cukai tidak rasmi ----Cukai dalam bentuk hadiah yang diberikan kepada sultan dan pembesar.

Surat kebenaran ----Surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Melaka untuk pedagang menjalankan urusan jual-beli. Nakhoda ----Ketua kapal atau ketua perahu,kapten kapal. Kiwi ----Penyewa petak perahu dan juga menjalankan perniagaan serta penolong nakhoda. Bendahara ----Perdana menteri,wazir,orang yang memegang harta benda kerajaan. Bendahari ----Penghulu bendahari iaitu ketua kepada semua bendahari,syahbandar dan ketua urusetia istana serta pemungut hasil atau ufti. Laksamana ----Ketua angkatan laut Melaka. Temenggung ----Pembesar kerajaan Melayu dibawah bendahara(ketua polis) Lingua Franca Bahasa perantaraan (bahasa melayu) ketika berdagang di Melaka Perang tiga segi ----Perang yang melibatkan tiga pihak iaitu Acheh,Melaka,Johor selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak berterusan. Sogit ----Sejenis hukuman ----Dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang. Babas

----Sejenis hukuman. ----Dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan. Kapanasan ----Sejenis hukuman. ----Dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat. Rumah Panjang ----Kebiasaannya didiami oleh masyarakat Iban, Bidayuh, Kedayan, Kayan dan Kenyah. ----Berfungsi seperti satu unit perkampungan bagi penghuninya. ----Mereka hidup seperti sebuah keluarga yang diketuai oleh tuai rumah.Tadau Kaamatan ----Perayaan menuai yang diadakan pada setiap tahun di kalangan orang Dusun/Kadazan. ----Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. ----Diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam. ----Upacara yang diadakan semasa pesta ini: --Tarian Sumazau. --Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik). ----Semasa pesta, petani-petani menjual hasil tanaman di tempat perayaan/di Tamu Besar. Tuai Rumah ----Ketua yang mengetuai keluarga-keluarga yang tinggal di dalam rumah panjang ----Dipilih daripada kalangan ketua-ketua keluarga yang dihormati. ----Peranan: --Menjaga keamanan di kawasannya. --Menyelesaikan masalah perkahwinan,perceraian, peraturan dan perayaan. --Menetapkan bila ‘Hari Gawai’/pesta menuai dan perayaan ‘beranyi’ akan diadakan. Perayaan Kaul ----Diraikan oleh orang Melanau bukan Islam di Mukah, Sarawak. ----Perayaan ini adalah hari pemujaan makhluk ghaib seperti ‘Ipok Kala’. ----Disambut bagi menandakan: --Bermulanya tahun baru bagi kaum Melanau

-- Berakhirnya musim hujan. Hari Gawai ----Disambut oleh orang Iban. ----Terdapat pelbagai perayaan Hari Gawai yang diraikan oleh masyarakat Iban contohnya: --Gawai Batu --Gawai Kenyalang atau Gawai Antu. ----Diadakan sebagai tanda kesyukuran bagi hasil padi yang diperoleh. ----Pada hari ini juga diadakan tarian ngajat. ----Mereka saling kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan hubungan pada Hari Gawai. ----Kini menjadi perayaan tahunan yang dirayakan setiap bulan Jun.

SURAT KEW --Dikeluarkan pada tahun 1795 --Kandungan - British dibenarkan menduduki kawasan Belanda sepanjang peperangan KONVENSYEN LONDON --Ditandatangani selepas perang napoleon tamat-1814 --British memulangkan semula kepada Belanda semua kawasan yang diduduki --Melaka diserah kembali kepada Belanda pada tahun 1818. NEGERI-NEGERI SELAT --Bermula pada tahun 1826 --Gabungan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka di bawah satu pentadbiran. --Pentadbiran - Diketuai oleh seorang Gabenor yang tinggal di ibu negeri. - Gabenor dibantu oleh Residen Konsular di setiap negeri. --Ibu Negeri - 1826-Pulau Pinang - 1832-Singapura-1867-Pentadbiran NNS dipindahkan dan diletakkan di bawah- Pejabat Tanah Jajahan di London.

- Diketuai oleh Gabenor. REVOLUSI PERINDUSTRIAN --Perubahan daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat perusahaan dan daripada pengeluaran yang dihasilkan di rumah kepada pengeluaran kilang. --Kesan --Bekalan bahan mentah terutamanya bijih timah banyak diperlukan bagi pengeluaran barangan kilang. DASAR CAMPUR TANGAN --1874-British menukar dasar daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. --Contoh dasar campur tangan British-Campur tangan British di Kedah dan Johor yang mengakibatkan pengambilan Pulau Pinang. --Faktor-faktor:-Negeri-negeri Melayu kaya dengan bahan mentah. - British bimbang Tanah Melayu akan dikuasai oleh kuasa Barat lain. - Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 mendekatkan jarak di antara Timur dengan Barat. RESIDEN --Wakil British yang ditempatkan di negeri-negeri Melayu. --Tugas-tugas - Menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal adat dan agama Islam - Melantik pegawai-pegawai British untuk memungut cukai. - Membuat undang-undang di negeri yang dipertanggungjawabkan. DURBAR --Persidangan Raja-raja Melayu --Anggota 4 orang Raja Melayu 4 orang Residen dan Residen Jeneral1897 - Durbar yang pertama di Kuala Kangsar. - Perbincangan tertumpu pada masalah adat istiadat dan agama Islam serta kebajikan orang Melayu1903 - Durbar kedua di Kuala Lumpur. - Raja-raja Melayu mendesak supaya kuasa mereka dikembalikan.1909

- Durbar dibatalkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU --Dikenali juga sebagai Persekutuan tahun 1896 --Dicadangkan oleh Frank Swettenham. --Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang disatukan. --Ketua-Residen Jeneral --Pusat pentadbiran-Kuala Lumpur --Tujuan - Untuk menguatkan system pertahanan di negeri-negeri Melayu. - Untuk menyelaraskan system pentadbiran - Untuk menjimatkan kos pentadbiran - Untuk mengatasi masalah kewangan di Pahang - Untuk menyeragamkan system cukai, keadilan dan undang-undang. --Kesan - Perkhidmatan pakar dikongsi bersama - Wujud kerjasama antara negeri. - Pelaburan asing bertambah. - Pendapatan Persekutuan bertambah MAJLIS NEGERI SARAWAK Tujuan --Membawa semua ketua kaum bumiputra dalam satuperjumpaan yang besar. --Mendengar ucapan dasar pemerintahan Raja Brooke --Memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan - Diadakan sekali dalam 3 tahun- 8 September 1867 -Persidangan pertama-Diadakan di Bintulu - Kekal sehingga 1941 - Tidak mempunyai keahlian dan keahlian yang tetap SISTEM PEWARISAN TAKHTA Tuntutan takhta mengikut pewarisan takhta yang telah ditentukan di negeri-negeri Melayu

Sekolah Latihan • Sekolah yang ditubuhkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak ketua anak negeri. Bunga Emas • Pokok yang di perbuat daripada emas nilai berbeza bergantung dengan kemakmuran sesebuah negeri • Dihadiahkan kepada Siam menjadi amalan negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu sebagai tanda persahabatan hingga 1909 Hak Wilayah Asingan • Kuasa perundangan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada negara lain. • Mengikut peraturan ini, rakyat negeri yang memperolehi hak ini tidak tertakluk kepada system peraturan negara yang menyerahkan hak itu. Sistem Kangcu • Orang Cina diberi satu surat tauliah atau dokumen lebih kenali sebagai ‘surat sungai’ • Mereka juga dibenarkan menetap dan mengusahakan di kawasan tebing-tebing sungai di Johor Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu • Negeri-negeri di bawah naungan British • Sultan disetiap negeri diberi hak masing-masing memerintah secara berasingan Buruh Kontrak • Orang Cina yang bekarja di bawah buruh kontrak disediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian. • Mereka bekerja dengan majikan tanpa gaji sehingga hutang tambang mereka datang ke tanah melayu selesai Sistem Ibedem • Menoreh pokok getah mengikut torehan seperti tulang ‘ikan herring’ Rancangan Sekatan Stevenson • Dilakukan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah

• Negara naungan British seperti tanah melayu dan sri langka sahaja yang menyertainya • Diperkenalkan kerana kemelesetan ekonomi dunia. Getah Perca • Sejenis hasil hutan yang diperoleh daripada sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di dalam hutan Sistem Kangani • System membawa masuk buruh India untuk bekerja di lading getah di tanah melayu Semanagat Kebangsaan • Perasaan cintakan negara dan tanah air. Kaum Muda • Golongan yang berlandaskan ajaran Al-Quran dan Hadis • Golongan yang mahukan pembaharuan seperti meninggalkan amalan bukan islam • Memodenkan fikiran umat islam supaya maju Kaum Tua • Golongan yang menentang idea kaum muda. • Tidak bersetuju dangan sebarang perubahan terhadap Agama Islam di negara ini • Berpegang kuat kepada adat dan agama. Posted by Wan Norizan Binti Wan Ahmad at 3:23 PM 0 comments: Post a Comment M O N D A Y, J U LY 3 0 , 2 0 0 7 Konsep-konsep penting Sejarah (2) Kaedah Lisan Maksud • Sesuatu yang diucapkan / diberitahuContoh • Hasil temu bual• Ucapan yang dirakamkan

Kelamahan • Sering dipengaruhi oleh cirri-ciri tokok tambah, dongeng, mitos, dan lagendaKaedah Bertulis Maksud • Catatan pengalaman / peristiwa penting yang dialami oleh • manusia Contoh • Lukisan / tulisan yang dilakarkan di atas batu / dinding gua • Batu Bersurat, Catatan Pelayaran Ibnu Batutta, Catatan Pelayaran Munsyi Abdullah, Surat Perjanjian Pangkor 1874 dan Laporan Banci Penduduk Kebaikan • Membantu ahli sejarah membuat kajian tentang kehidupan • masyarakat masa lalu dengan lebih jelas dan tepatKaedah Arkeologi Maksud • Kesan peninggalan masyarakat masa lampau Contoh • Tapak Bandar Kedah Tua, Candi Lembah Bujang, monumen, fosil/artifak Kaedah • Ahli arkeologi akan membuat kajian saintifik ke atas bahan itu dan mentafsirnya Fakta Sejarah Cara merekod • Kalendar untuk merekod hari, minggu, bulan, dan tahun • Jam untuk merekod saat, minit, dan jam Contoh • Kurun - seratus tahun, abad • Zaman – jangka waktu yang agak lama • Abad – masa seratus tahun, kurun • Dekad – jangka masa sepuluh tahun Hijrah – tahun yang dikira dari tarikh hijrah Tafsiran

Maksud • Ulasan atau kupasan terhadap sesuatu perkara Persamaan • Maklumat, bila ia berlaku, tempat ia berlaku, dan siapa yang terbabit Pandangan • Dato’ Maharaja Lela,Tok Janggut dan Dato’ Bahaman menentang penindasan oleh penjajah British di negara ini. - Sejarawan Barat : tokoh-tokoh tersebut adalah penjajah British - Sejarawan Tempatan : tokoh-tokoh tersebut adalah pejuang tanah air Zaman Paleolitik Nama lain • Zaman Batu Awal Petempatanawal • 35,000 tahun dahulu - Kota Tampan (Perak) - Gua Niah (Sarawak) - Tingkayu (Sabah)Kediaman utama • Dalam gua batu kapur Kemahiran Menggunakan dan mencipta alat-alat daripada batu untuk memburu binatang dan mempertahankan diri Zaman Mesolitik Nama lain • Zaman Batu PertengahanPetempatan awal • Banyak kawasan ditenggelami air • Selat Melaka, Selat Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa, dan lautan lain di Gugusan Kepulauan Melayu mula wujud Gua Musang (Kelantan) - Gua Kecil (Pahang) - Gua Kepah (Kedah) - Gua Madai (Sabah) Kemahiran • Mengguna alat-alat batu yang lebih baik buatannya berbanding orang zaman paleolitik • Memburu, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan bercucuk tanam

Zaman Neolitik Nama lain • Zaman Batu Baru Petempatan awal • Gua Cha (Kelantan) • Gua Kelawar (Perak) • Bukit Tengkorak (Sabah) Kemahiran • Mencipta alat tembikar dihiasi dengan ukiran tertentu • Mahir dlm berinteraksi sesama sendiri melalui jalan air jalan darat Zaman Logam Nama lain • Zaman Gangsa – BesiPetempatan awal • 2,500 tahun dahulu - Sg. Tembeling (Pahang) - Batu Buruk (Terengganu) - Pagoh (Johor) Kemahiran • Mencipta peralatan yang diperbuat daripada logam seperti loceng gangsa • Mula menjalankan kegiatan perdagangan antara kawasan Posted by Wan Norizan Binti Wan Ahmad at 3:16 PM 0 comments: Post a Comment M O N D A Y, J U L Y 3 0 , 2 0 0 7

Konsep-konsep penting Sejarah 1 Sejarah Maksud • Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau - Kamus Dewan –• Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka

melakukannya – Herodotus (Bapa Sejarah Dunia) – • sejarah membawa kita mengenali jati diri / asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepasa negara - Prof. Dato’ Dr. Muhammad Yusuff Hashim (ahli sejarah) Faedah • Melahirkan masyarakat yang memahami dan mengenali bangsa • Melahirkan rasa bangga dan cintakan negara • Menjadi iktibar dan panduan dalam kehidupan • Mendorong ke arah kemajuan dan kejayan • Menghargai dan menyanjung sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada negara • Mencontohi kejayaan bangsa dan negara yang telah maju Sumber Pertama • Sumber Primer-bahan asal yang pertama / yang utama • Bahan asal yang belum diolah oleh sejarawan / penulis lain Sumber • Gambar, peta, manuskrip, majalah sezaman, surat khabar sezaman, artifak, fosil, karya asal, dan orang sumber yang terlibat secara langsung • Tulisan (bahan rasmi, umum, persendirian)• Lisan (rasmi, tidak rasmi)• Pembuatan (artifak, tanah, arkeologi) Sumber Kedua • Sumber Sekunde – bahan yang kedua / tidak lagi utama • Sumber pertama yang telah diolah oleh sejarawan / penulis lain. Sumber • Buku ensiklopedia, surat khabar, dan majalah • Tulisan, lisan, dokumentari Posted by Wan Norizan Binti Wan Ahmad at 3:11 PM 0 comments: Post a Comment Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful