You are on page 1of 12

Mohd Ikhwan Bin Mohd Sabies Mohd Idris Bin Jusoh

Kesalahan-kesalahan Pemandu Dan Hukumanhukuman Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987


1) Tidak membuat tukaran hak milik kenderaan

dalam tempoh 7 hari. Setiap pembelian atau pencapaian sesebuah kenderaan, harus di laksanakan tukaran milik dalam tempoh 7 hari. Jika tidak berbuat demikian merupakan suatu kesalahan. Ini melanggar Seksyen 14 (1) A.P.J. Sekiranya bersalah, boleh di denda RM100.

2) Tiada nombor pendaftaran atau nombor kabur,

keliru atau tidak mengikut peraturan. Kesemua di atas merupakan kesalahan menurut Seksyen 14 (1) A.P.J. Sekiranya anda melakukan kesemua kesalahan di atas, sudah pasti akan di saman RM100. Jangan mengunakan kenderaan yang tiada nombor pendaftaran, nombor kabur, keliru atau yang tidak mengikut peraturan atau pun saiz.

3) Tukar alamat dalam tempoh 7 hari. Sebenarnya, ianya satu-satu kesalahan.ianya boleh di denda sebanyak RM100 di bawah Kaedah 8GV (LD65 LN158 / 65).

4) Lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen memandu. Kesalahan ini jatuh di bawah Seksyen 26 (1). Ini adalah kes mahkamah. Denda yang dikenakan RM150. Boleh juga di denda RM1000 atau dikenakan penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

5) Tidak patuhi syarat-syarat L. Beberapa syarat lesen L adalah: i) Mesti pasang L di depan dan belakang. ii) Tidak boleh angkut orang. iii) Hendaklah memakai topi keledar. iv) Tidak boleh menggunakan telefon bimbit sewaktu menuggang motor. Sekiranya bersalah, RM200 akan dikenakan.

6) Memandu sewaktu lesen C.D.L. di gantung atau di batal. Jikalau memandu, sebenarnya melanggar Seksyen 38 (2). Ini kesalahan mahkamah. Denda yang dikenakan RM2000 dan penjara 6 bulan.

7) Tidak memberi lesen atau kerjasama kepada pengawai penguat kuasa. K 14GV (LD/LN 158/65) mengatakan anda salah. Itu adalah kesalahan berat. Ianya akan dikenakan denda besar. RM3000 denda jika disabit kesalahan.

8) Memandu atau membenar memandu di bawah umur. Sekiranya baru 15 tahun. Anda tidak dibenarkan memandu. Ianya melanggar Seksyen 39 A.P.J. Kes ini akan dibawa ke mahkamah. Dendanya RM1000 atau penjara 6 bulan ataupun kedua-duanya sekali.

9) Melanggar had laju kenderaan atau melebihi had laju kebangsaan bagi segala jalan. Memandu lebih had laju salah di bawah Seksen 40 (1) A.P.J. Denda dikenakan RM1000. Lesen mungkin di gantung satu bulan. Sabit kesalahan lesen boleh di gantung 3 bulan. Melebihi had laju kebangsaan bagi segala jalan pula, dendanya ialah: i) Melebihi 40 km/j Denda RM300. ii) Melebihi 26 km/j 39 km/j Denda RM200. iii) 1 km/j 25 km/j Denda RM100. Kesemua kesalahan di atas jatuh di bawah Seksyen 69 (1A).

10) Memandu dengan melulu dan membahayakan atau menyebabkan kematian. Boleh di dakwa kesalahan Seksyen 41 A.P.J. 1987 di mahkamah kerana memandu dengan melulu dan bahaya. Sabit kesalahan, boleh di penjara 10 tahun.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like