You are on page 1of 9

Aktiviti Kepimpinan Pengetua Di Asia Tenggara : Analisis Data Kajian TIMSS 2011

Azlin Norhaini Mansor, 1Jamalullail Abd Wahab, 1Mohd Izham Mohd Hamzah, 2 Norhayati Yusoff
1

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2 Universiti Multi Media, Melaka

Tujuan kertas ini ialah untuk melaporkan sejauh mana pengetua di Malaysia, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Singapura yang menjadi responden kajian TIMSS 2011, melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan matlamat sekolah, iklim sekolah dan pengajaran guru. Dapatan adalah berdasarkan kepada analisis statistik deskriptif terhadap data TIMSS 2011 yang melibatkan responden pengetua di lima buah negara yang dinyatakan. Kajian ini mendapati bahawa semua pengetua memberikan paling banyak tumpuan kepada aktiviti kepimpinan ke arah mencapai matlamat sekolah, diikuti dengan aktiviti membangunkan iklim pembelajaran yang kondusif dan aktiviti kepimpinan bagi menggalakkan perkongsian amalan pengajaran guru. Secara umum, majoriti pengetua di Indonesia didapati paling kerap melakukan ketiga-tiga jenis aktiviti kepimpinan yang disenaraikan, diikuti oleh pengetua di Thailand, Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Dapatan ini menyokong kebanyakan literatur yang menggalakkan pengetua memberi tumpuan terhadap ketiga-tiga aktiviti kepimpinan tersebut kerana ia dijangka dapat meningkatkan pencapaian akademik murid. Namun demikian, trend aktiviti kepimpinan yang dilaksanakan tidak selari dengan trend pencapaian akademik bagi subjek sains dan matematik di mana murid di Indonesia menunjukkan pencapaian yang paling rendah berbanding Thailand, Malaysia, Hong Kong dan Singapura.. Kajian lanjutan secara kualitatif amat wajar dilaksanakan bagi menjelaskan dapatan yang sedemikian. Kata kunci : aktiviti kepimpinan, kepimpinan pengajaran, TIMSS 2011, pencapaian sains, pencapaian matematik

Pengenalan Kajian Trends In Mathematics and Science Study 2011 (TIMSS 2011) melaporkan bahawa dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Singapura menduduki tempat teratas dalam susunan pencapaian subjek Sains dan Matematik, diikuti oleh Hong Kong, Malaysia, Thailand dan Indonesia. Dalam hal ini, Leithwood (2004) melaporkan bahawa wujud hubungan yang kuat antara aktiviti kepimpinan pengetua dengan pencapaian murid. Ini kerana guru di sekolah memerlukan kepimpinan pengetua sebagai pemangkin untuk mereka melaksanakan tugas mendidik murid dengan cekap dan berkesan. Berdasarkan kepada susunan pencapaian murid dalam sains dan matematik di lima buah negara tersebut, maka apakah wujud perbezaan dalam aspek aktiviti kepimpinan pengetua yang mungkin telah menyumbang kepada trend pencapaian yang ditunjukkan? Menurut Leithwood (2004), aktiviti kepimpinan pendidikan yang berkesan (effective educational leadership activities) berupaya meningkatkan tahap pembelajaran murid. Tiada yang baru tentang pernyataan tersebut, namun yang masih kerap dipersoalkan ialah apakah aktiviti kepimpinan tersebut, bagaimanakah ia berfungsi dan sejauhmanakah ianya menyumbang kepada pencapaian akademik murid? Kajian lalu yang menguji keberkesanan peranan aktiviti kepimpinan terhadap pencapaian murid belum berupaya menghasilkan satu model aktiviti kepimpinan berkesan yang mampan kerana terlalu banyak variabel yang mempengaruhi amalan kepimpinan serta menyumbang kepada pencapaian akademik murid (Krger, Witziers, & Sleegers, 2007; Leithwood, Day, Sammons, Harris, dan Hopkins, 2006; Leithwood dan Levin, 2005; Mulford dan Silins, 2003; Leithwood dan Levin, 2005). Antara variabel tersebut termasuklah aspek peribadi pengetua, guru dan murid, kaedah pengajaran, kurikulum; sosioekonomi; sistem sokongan, persepsi komuniti dan kualiti sumber termasuklah struktur organisasi dan prasarana sekolah. Sorotan literatur tentang konsep kepimpinan yang berkesan atau effective leadership akan mengaitkannya dengan nama-nama khusus seperti transaksional, transformasional, instruksional, demokratik, pastisipatif, strategik, birokratik, kontingensi dan yang seumpamanya. Pentadbir dan para sarjana dalam bidang pentadbiran pendidikan seringkali disogokkan dengan terminologi tersebut bagi menggambarkan pelbagai jenis kepimpinan yang diamalkan di organisasi pendidikan termasuklah sekolah. Namun demikian, apabila diteliti, pelbagai jenis kepimpinan tersebut sebenarnya menerangkan kaedah atau pendekatan yang diambil oleh pengetua ke arah menghasilkan kepimpinan yang berkesan; yakni dengan (i) menetapkan hala tuju dan matlamat organisasi dan (ii) mempengaruhi subordinat supaya bersama-sama menggembeling usaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ini bermaksud aktiviti bagi menghasilkan kepimpinan yang berkesan adalah sama, yang berbeza hanyalah bagaimana aktiviti tersebut di lakukan. Latar belakang Berdasarkan kepada kajian-kajian lalu (Hallinger, 2008; Hallinger and Heck, 2002; McColl-Kennedy and Anderson, 2002; Leithwood dan Levin, 2005; Leithwood and Prestine, 2002; Hallinger dan Heck, 1998) dapat dirumuskan bahawa terdapat tiga aspek utama dalam aktiviti kepimpinan yang menyumbang kepada keberkesanan sesebuah organisasi pendidikan iaitu, aktiviti kepimpinan yang memfokus kepada hala tuju organisasi atau goals, kepimpinan yang mengekalkan persekitaran pembelajaran yang aman dan kondusif, dan kepimpinan yang menyokong pelaksanaan proses pengajaran.

Dalam hal ini, kajian oleh Halinger (2004), Murphy and Hallinger (1988), LaRoque and Coleman (1990) dan Quah (2011) mengesahkan bahawa ketiga-tiga aspek kepimpinan tersebut amat menyumbang kepada pencapaian akademik murid dan keberkesanan pengetua melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berkaitan didapati mempunyai korelasi dengan meningkatnya kualiti pencapaian murid. Oleh itu, pengetua seharusnya memastikan semua guru dan kakitangan sekolah jelas akan matlamat yang wajib dicapai seterusnya memastikan semua sumber termasuklah subordinat, kewangan, prasarana dan peralatan digembeling bagi membangunkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan kondusif ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Aktiviti kepimpinan yang menumpu kepada hala tuju organisasi memastikan semua ahli organisasi, yakni guru dan murid memahami apa yang hendak dicapai dengan berpandukan kepada Indeks Penentu Kejayaan atau KPI yang ditetapkan. Setiap ahli organisasi perlu jelas akan fungsi masing-masing serta tahu peranan dan tindakan yang perlu dilakukan. Pengetua juga seharusnya meletakkan jangkaan yang tinggi daripada setiap ahli dan melaksanakan kaedah yang jelas untuk memantau pelaksanaan dan pencapaian matlamat. Untuk membina persekitaran sekolah yang selamat, aman dan tiada gangguan salah laku disiplin oleh murid pula, pengetua perlu membangunkan sumber manusia sedia ada bagi memastikan kepimpinan beliau disokong oleh guru-guru dan staf sokongan yang berdaya saing dan berilmu pengetahuan. Sumber manusia yang pembangunan profesional mereka terjaga akan lebih komited dan bermotivasi seterusnya memudahkan pengetua mengawal, memantau seterusnya membina persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif. Aktiviti kepimpinan yang ketiga penting ialah mewujudkan kumpulan perbincangan sesama guru bagi menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Untuk melaksanakan aktiviti ini dengan berkesan, pengetua sewajarnya memperdalami ilmu dan kemahiran pedagogi bagi membantu guru mempertingkatkan kemahiran pengajaran mereka. Pernyataan masalah Kajian TIMSS 2011 melaporkan bahawa dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Singapura menduduki tempat teratas dalam susunan pencapaian subjek Sains dan Matematik, diikuti oleh Hong Kong, Malaysia, Thailand dan Indonesia. TIMSS 2011 meletakkan Malaysia di kedudukan ke-26 untuk pencapaian dalam mata pelajaran matematik, di bawah Hong Kong (4), Singapura (2), tetapi berada di atas Indonesia (38) dan Thailand (28). Dalam mata pelajaran Sains pula, Malaysia berada pada kedudukan ke-32 iaitu di atas Indonesia (40) dan di bawah Thailand (27), Hong Kong (8) dan Singapura (1). (Rujuk Jadual 1) Jadual 1 : Markah dan kedudukan Malaysia dalam Matematik dan Sains berbanding negara Asia Tenggara lain (markah purata = 500)
Rank 2 4 26 28 38 Matematik Singapore Hong Kong Malaysia Thailand Indonesia Markah 611 586 440 427 386 Rank 1 8 27 32 40 Sains Singapore Hong Kong Thailand Malaysia Indonesia Markah 590 535 451 426 406

Memandangkan data kajian TIMSS 2011 turut mengandungi maklumat tentang aktiviti kepimpinan pengetua, dijangkakan bahawa maklumat berkenaan dapat menjelaskan trend pencapaian murid di kelima-lima buah negara Asia tenggara di atas. Sehubungan itu, tujuan kertas ini ialah untuk melaporkan amalan pengetua di lima buah negara di Asia Tenggara iaitu, Singapura, Hong Kong, Malaysia, Thailand dan Indonesia dalam melaksanakan aktiviti kepimpinan di negara masing-masing. Dapatan kajian akan menyerlahkan amalan kepimpinan pengetua di Singapura dan Hong Kong, sebagai negara yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam sains dan matematik, berbanding Malaysia, Thailand dan Indonesia. Dapatan kajian dijangka dapat dijadikan garis panduan kepada pengetua Malaysia untuk melakukan amalan kepimpinan yang sama agar memperoleh pencapaian murid yang setanding pencapaian akademik Singapura dan Hong Kong. Dapatan kajian Dapatan kajian diperoleh dengan menganalisis data kajian TIMSS 2011. Kertas ini melaporkan data tentang kekerapan pengetua di Malaysia, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Singapura, melaksanakan 10 daripada 13 aktiviti kepimpinan yang disenaraikan dalam soalan nombor 17, set Soal Selidik Pengetua. Berikut ialah pernyataan soalan 17 Sejauhmanakah anda (pengetua) melakukan aktiviti-aktiviti kepimpinan yang disenaraikan berdasarkan kepada tiga tahap persetujuan (i) tidak pernah (no time), (ii) sekali sekala (some time) dan (iii) kerap (a lot of time). Laporan ini akan memaparkan data bilangan dan peratus pengetua yang memilih jawapan kerap terhadap 10 item yang disenaraikan. Daripada 10 item tersebut, empat item pertama merujuk kepada kekerapan pengetua melakukan aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan pembinaan hala tuju organisasi dan sejauh mana pengetua memastikan aktiviti pengajaran guru serta kemajuan akademik murid adalah selari dengan matlamat yang ditetapkan. Empat aktiviti kepimpinan seterusnya merujuk kepada kekerapan pengetua melakukan aktiviti kepimpinan bagi membina iklim sekolah yang kondusif dan selamat hingga menghasilkan suasana ukhwah yang erat dalam kalangan guru. Dua item yang terakhir bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan pengetua membantu, menyokong dan menasihati guru menangani masalah melaksanakan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah.

Aktiviti kepimpinan mencapai matlamat organisasi Secara keseluruhan, majoriti pengetua di Indonesia didapati paling kerap (78.1% - 85.5%) melakukan keempat-empat aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan hala tuju organisasi, diikuti oleh pengetua di Malaysia (69%78%), Thailand (67% - 78%), Singapura (64% -73%). Di Hong Kong pula, hanya 40 hingga 46 peratus pengetuanya memberikan keutamaan kepada aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan pembangunan hala tuju dan matlamat organisasi.

90 80 70 60
78.3 75 73.3 69.4

82.9

85.5 84.7 78.1

77.8 70.2 67.3 67.8 73.1 67.3 65.6 64.1 45.5 40

Mempromosikan matlamat dan hala tuju Membangunkan kurikulum dan hala tuju Memantau pengajaran guru Memantau kemajuan pembelajaran murid

50
40 30 20 10 0

46.4 40

MSIA

INDON

THAI

HK

SPORE

Rajah 1. Bilangan pengetua (dalam %) yang paling kerap melakukan aktiviti kepimpinan untuk membangun dan memantau pelaksanaan hala tuju pendidikan

Aktiviti kepimpinan membina iklim pembelajaran yang kondusif Analisis data TIMSS 2011 mendapati lebih ramai pengetua di Indonesia (94 dan 95%), Malaysia (87%) dan Thailand (78 dan 85%) yang kerap melakukan aktiviti kepimpinan bagi mengekalkan iklim sekolah selamat dan memastikan peraturan disiplin sekolah adalah jelas berbanding pengetua di Singapura (48 dan 57%) dan di Hong Kong (34% dan 54%). Pengetua di Hong Kong juga didapati paling tidak ramai (37%) melakukan aktiviti kepimpinan yang bertujuan untuk membangunkan budaya saling mempercayai dalam kalangan guru, berbanding pengetua di Singapura (57%), Thailand (71%), Malaysia (74%) dan Indonesia (92%). Begitu juga dengan aktiviti kepimpinan bagi menangani murid bermasalah, di mana hanya 11 peratus pengetua di Hong Kong menumpu kepada aktiviti tersebut, diikuti dengan pengetua Singapura (28%), Thailand (51%), Malaysia (74%) dan yang paling ramai ialah di Indonesia (84%).
120 100 80 60 40 20 0 MSIA INDON THAI HK SPORE
87.2 86.5 75.3 74.4 95.494.1 92.1 84.1

84.8 77.8

70.8 53.6 33.6 37.3 28.2 57.3 56.7 47.8

50.9

Mengekalkan iklim yang aman dan teratur. Memastikan peraturan disiplin jelas Menangani murid bermasalah Membangunkan budaya saling mempercayai

10.9

Rajah 2. Bilangan pengetua (dalam %) yang paling kerap melakukan aktiviti kepimpinan untuk membangunkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat.

Aktiviti kepimpinan menangani masalah pengajaran Seperti kedua-dua aspek kepimpinan yang dibincangkan di atas, pengetua di Indonesia didapati paling kerap (57 dan 75%) melakukan aktiviti untuk membantu dan menasihati guru yang menghadapi masalah berkaitan pengajaran dalam bilik darjah. Ini diikuti dengan pengetua di Thailand (56 dan 63%) dan Malaysia (54 dan 51%). Bilangan pengetua di Singapura dan Hong Kong yang memberi tumpuan kepada kedua-dua aktiviti tersebut adalah sangat rendah iaitu hanya 22 dan 26 peratus di Singapura dan 18 dan 20 peratus di Hong Kong.
80 70 60 50 40 26.3 22.3 53.9 51.1 58.6 74.8 62.6 56.1
Menggalakkan perbincangan bagi membantu guru yang menghadapi masalah dalam bilik darjah

30
20 10 0 MSIA INDON THAI

18.2 20

Menasihati guru yang menghadapi masalah melaksanakan pengajaran

HK

SPORE

Rajah 3. Bilangan pengetua (dalam %) yang paling kerap melakukan aktiviti kepimpinan untuk membantu guru menangani masalah pengajaran dalam bilik darjah.

Perbincangan Amalan aktiviti kepimpinan pengetua mengikut data TIMSS 2011 menggambarkan dua senario yang nyata. Pertama; majoriti pengetua di Indonesia, Thailand dan Malaysia memberikan tumpuan yang tinggi kepada semua aspek kepimpinan pendidikan yang dinilai berbanding pengetua di Singapura dan Hong Kong. Kedua; prestasi akademik subjek sains dan matematik murid di Singapura dan Hong Kong adalah jauh lebih cemerlang berbanding murid di Indonesia, Thailand dan Malaysia. Kedua-dua dapatan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Dapatan tersebut menggambarkan bahawa: Pertama: Semakin kerap pengetua memberikan tumpuan kepada aktiviti kepimpinan, semakin rendah pencapaian murid dalam sains dan matematik. Dapatan ini tidak selari dengan pandangan para akademik ( ) juga dapatan kajian oleh Hallinger (2004), Quah ( ) dan Leithwood ( ) malah menggambarkan senario yang bertentangan. Bagaimanakah pengetua di Hong Kong dan Singapura yang kurang memberikan tumpuan kepada semua aktiviti kepimpinan yang disenaraikan boleh menghasilkan murid yang berpencapaian cemerlang manakala sebaliknya berlaku di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Andainya pengetua di Hong Kong dan Singapura telah melakukan tindakan yang betul, apakah mungkin tumpuan secara keterlaluan yang ditunjukkan oleh pengetua di Malaysia, Indonesia dan Thailand berpunca daripada ketidakcekapan dalam melaksanakan aktiviti kepimpinan mereka sehingga menjejaskan kecemerlangan murid? Dalam hal ini, wujud kemungkinan bahawa aktiviti kepimpinan yang diamalkan adalah tambahan kepada aktiviti

pentadbiran seperti aktiviti bermesyuarat, pendokumentasian, pelaporan dan yang seumpamanya (Mansor, 2008). Dalam kajiannya, Mansor (2008) mendapati pengetua di Malaysia meluangkan 60 hingga 68 peratus daripada keseluruhan masa mengurus sekolah kepada aktiviti-aktiviti pentadbiran. Tumpuan yang keterlaluan terhadap pelaksanaan suatu aktiviti kepimpinan juga menggambarkan kelemahan system yakni struktur organisasi sekolah ( ). Struktur organisasi yang tidak jelas boleh menjejaskan kemahiran pengetua (i) mengurus sumber (ii) mendelegasi tugas; (iii) mengurus subordinat yang tidak kompeten; (iv) menangani prosedur pengurusan yang banyak, kerap berubah, kompleks atau tidak jelas; dan (v) berhadapan dengan terlalu banyak masalah dan kekangan. Kedua: Pengetua di Malaysia dan Indonesia paling kerap menumpu kepada aktiviti menangani salah laku murid atau addressing disruptive student behavior berbanding pengetua di negara lain. Terdapat beberapa jangkaan tersirat berdasarkan dapatan tersebut. Antaranya ialah (i) tahap disiplin murid Malaysia dan Indonesia rendah; (ii) pengetua terlalu mengambil berat hal-hal salah-laku murid; (iii) garis panduan disiplin/salah laku tidak jelas sehingga menyukarkan langkah menangani dan pelbagai andaian seumpamanya. Ketiga: Pengetua di Malaysia, Indonesia dan Thailand paling kerap melakukan aktiviti membangunkan budaya saling mempercayai dalam kalangan guru atau Creating a climate of trust among teachers didapati paling kerap dilakukan oleh pengetua di Malaysia, Indonesia dan Thailand, berbanding pengetua di Singapura dan Hong Kong. Dapatan ini memberikan gambaran bahawa hubungan antara guru-guru di Malaysia, Indonesia dan Thailand kurang akrab hingga pengetua terpaksa memberikan tumpuan yang banyak ke arah melaksanakan aktiviti tersebut. Pengetua di ketiga-tiga negara ini juga didapati paling kerap memberikan tumpuan kepada aktiviti menasihati dan membantu guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah. Senario di atas menggambarkan wujudnya isu kelemahan kompetensi dan kemahiran pedagogi dalam kalangan guru-guru di Malaysia, Indonesia dan Thailand berbanding di Hong Kong dan Singapura. Rumusan Sorotan literatur telah membuktikan bahawa pengaruh kepimpinan pengetua merupakan faktor yang kedua penting dalam menentukan pencapaian murid iaitu selepas faktor kualiti pengajaran guru. Ini kerana tanpa kepimpinan pengetua untuk menggembeling motivasi dan komitmen guru, kompetensi dan karakter guru tidak mungkin dapat diserlahkan untuk dipanjangkan kesannya kepada murid. Namun data kajian TIMSS 2011 menunjukkan bahawa aktiviti kepimpinan yang keterlaluan tanpa panduan dan perancangan tidak memberikan sebarang manfaat malah memberikan kesan yang bertentangan. Persoalannya ialah, di manakah punca kelemahannya - pengetua tidak cekap, guru tidak mahir, murid bermasalah, struktur organisasi tidak kejat atau garis panduan pengurusan tidak jelas? Sehubungan itu, banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti apakah faktorfaktor lain yang mempengaruhi tingkah laku kepimpinan pengetua dan bagaimana setiap tingkah laku tersebut mempengaruhi pencapaian akademik murid, khususnya dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Rujukan Hallinger, P. 2000. A review of two decades of research on the principalship using the Principal Instructional Management Rating Scale.http://www.leadingware.com [30 Disember 2009]. Hallinger, P. 2005. Instructional leadership and the school principal: A passing fancy that refuses to fade away. Leadership and Policy in Schools Journal. 4: 1-20. Hallinger, P. 2011. Leadership for learning: lessons from 40 years of empirical research. Journal of Educational Administration. 49 (2): 125-142 Hallinger, P & Heck, R.H. 2001. What do you call People with visions? The role of vision, mission and goals in school leadership and improvement. Dlm. Leithwood et al. (pnyt). The Handbook of Research in Educational Leadership and Administration Vol. II . SAGE Publications. Thuosand Oaks. Hallinger, P & Murphy, J. 1985. Assessing the instructional management behavior of principals. The Elementary School Journal, 86 (2). Hallinger, P & Murphy, J. 1987. Assessing and developing principal instructional leadership. Journal of Educational Leadership. 45 (1) Hallinger, P. (2008). A review of PIMRS studies of principal instructional leadership: Assessment of progress over 25 years. Paper prepared for presentation at the annual meeting of the American Educational Research Association (AERA), New York. Kenneth Leithwood, Karen Seashore Louis, Stephen Anderson and Kyla Wahlstrom. 2004. How leadership influences student learning. The Wallace Foundation. Ogbodo, C. M. and A. I. Ekpo. 2005. Principals managerial effectiveness and teachers work performance in Akwa- Ibom state secondary schools. Delsu Journal of Educational Research and Development, 4(1): 62-73. Gerdy ten Bruggencate, Hans Luyten, Jaap Scheerens, and Peter Sleegers. 2012 Modeling the Influence of School Leaders on Student Achievement: How Can School Leaders Make a Difference? Educational Administration Quarterly 48(4) 699-732 DOI: 10.1177/0013161X11436272 Quah Cheng Sim 2011 Instructional leadership among principals of secondary schools in Malaysia Educational Research (ISSN: 2141-5161) Vol. 2(12) pp. 1784-1800, December 2011 Available online@ http://www.interesjournals.org/ER

Bilangan dan Peratus Pengetua menjawab sangat kerap dalam melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan hala tuju dan matlamat sekolah
MALAYSIA Sejauhmanakah pengetua anda melakukan perkara berikut: N Mempromosikan matlamat dan hala tuju pendidikan sekolah ini Promoting the schools educational vision or goals Membangunkan kurikulum dan hala tuju pendidikan sekolah. Developing the schools curricular and educational goals Memantau pengajaran guru agar selari dengan hala tuju pendidikan sekolah. Monitoring teachers implementation of the schools educational goals in their teaching Memantau kemajuan pembelajaran murid bagi memastikan hala tuju pendidikan sekolah tercapai. Monitoring students learning progress to ensure that the schools educational goals are reached Bilangan (%) 125 (69.4%) INDONESIA N Bilangan (%) 126 (82.9%) THAILAND N Bilangan (%) 120 (70.2%) HONG KONG N Bilangan (%) 44 (40%) SINGAPORE N Bilangan (%) 105 (67.3%)

180

152

171

110

156

180

135 (75%)

152

130 (85.5%)

171

133 (77.8%)

110

50 (45.5%)

157

103 (65.6%)

180

132 (73.3%)

151

118 (78.1%)

171

115 (67.3%)

110

51 (46.4%)

156

100 (64.1%)

180

141 (78.3%)

150

127 (84.7%)

171

116 (67.8%)

110

44 (40%)

156

114 (73.1%)

MALAYSIA Sejauhmanakah pengetua anda melakukan perkara berikut: Mengekalkan iklim sekolah yang aman dan teratur. Keeping an orderly atmosphere in the school Memastikan peraturan tingkahlaku/ disiplin murid adalah jelas Ensuring that there are clear rules for student behavior Menangani tingkahlaku murid yang mengganggu suasana aman di sekolah Addressing disruptive student behavior Membangunkan budaya saling mempercayai dalam kalangan guru Creating a climate of trust among teachers N Bilang an (%) 154 86.5%

INDONESIA N Bilangan (%) 144 95.4%

THAILAND N Bilang an (%) 145 84.8%

HONG KONG N Bilanga n (%) 59 53.6%

SINGAPORE N Bilanga n (%) 89 56.7%

178

151

171

110

157

180

157 87.2% 134 75.3% 134 74.4%

152

143 94.1% 127 84.1% 140 92.1%

171

133 77.8% 87 50.9% 121 70.8%

110

37 33.6% 12 10.9 41 37.3%

157

75 47.8% 44 28.2 90 57.3%

178

151

171

110

156

180

152

171

110

157

MALAYSIA Sejauhmanakah pengetua anda melakukan perkara berikut: Menggalakkan perbincangan bagi membantu guru yang menghadapi masalah dalam bilik darjah Initiating a discussion to help teachers who have problems in the classroom Menasihati guru yang menghadapi masalah melaksanakan pengajaran Advising teachers who have questions or problems with their teaching N Bilang an (%) 92 51.1%

INDONESIA N Bilang an (%) 89 58.6%

THAILAND N Bilang an (%) 96 56.1%

HONG KONG N Bilang an (%) 20 18.2%

SINGAPORE N Bilanga n (%) 41 26.3%

180

152

171

110

156

180

97 53.9%

151

113 74.8%

171

107 62.6%

110

22 20.0%

157

35 22.3%

You might also like