You are on page 1of 4

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI AL-GHAZALI DAN ILMU KALAM Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu

Kalam. Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam penulisan beliau, Al-Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu Kalam. Ilmu kalam sudah pun berkembang dengan baik bagi mempertahankan dan membela akidah ahli as-Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain guru Imam Al-Ghazali. Pernah disebut dalam sejarah, Imam Al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan ilmu Kalam. Jika dijemput ke majlis seperti itu, beliau hanya berdebat berdebat dengan menggunakan metadologi Rasullah dan para sahabat. beliau berpendapat perdebatan yang berasaskan kepada hujah akal tanpa berpaksikan kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan As-Sunnah hanya akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat ketika itu. (Ibrahim, 1985:17) Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bidah di dalam Islam. Beliau megatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah. Keduanya, perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama salaf. Di antara kitab-kitab yang dikarang tidak ada satu pun yang beliau benar-benar menolak terhadap ilmu ini, malah dalam al-Munqidh beliau ada mengatakanaku sendiri juga ada mengarang kitab-kitab mengenai ilmu Kalam ini dengan kehendakku. Aku dapati ilmu Klam ini dapat memenuhi tujuannya tetapi tidak dapat memenuhi tujuanku. (Ghazali, 2002:10)

AL-GHAZALI DAN ILMU FALSAFAH Pada mulanya, beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu falsafah. Namun atas rasa tanggungjawab untuk membela agama Allah beliau telah mempelajari ilmu falsafah dengan semangat dan ketekunan yang tinggi. Imam AlGhazali menyedari bahawa musuh-musuh islam menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan umat Islam, beliau pun bangun menentang hujah-hujah golongan tersebut. Beliau telah mengkaji penulasanpenulisan yang berkaitan dengan ilmu falsafah secara individu tanpa berguru dengan mana-mana guru falsafah yang terkenal kerana beliau sibok mengajar ilmuilmu agama. (Ibrahim, 1985:22) Al-Ghazali memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam. Al-Ghazali telah membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan. Pertama, golongan atheis iaitu golongan yang mengingkari kewujudan pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua ialah natural iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tidak akan dihidupkan selepas mati dan mereka menafikan adanya hari akhirat. Golongan ketiga pula golongan theologi yang terdiri daripada ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan sepeerti Plato, Aristotle dan Sukratus. Mereka membahaskan perkara-perkara yang berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal. Ilmu falsafah terbahagi kepada enam iaitu Matematik, Logik, Fizik, Metafizik, Politik dan etikaAntara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid Al-Falasifah, Al-Munqiz Min Aldhalal dan Tahafuut Al-Falasifah. (Ibrahim, 1985:26) AL-GHAZALI DAN ILMU TASAWWUF Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daeipada ahli sufi, beliau sekali lagi membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Dalam bidang tasawwuf Al-Ghazali mempunyai guru antara yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Muhasibin. Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawwuf beliau akan melemparkan kritikan yang membina yang

bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam. (Ghazali, 2002:30) Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya Ulumuddin. Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini. Kitab ini telah diterjemahkan le dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan para ulama di rantau alam Melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewgan teori dan konsep fiqh serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan Sunnah. Kemudian para sahabat dan tabiin. Setelah merujuk kepada sumber primer ddan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya. (Ibrahim, 1985:55) Kehadiran kitab Ihya Ulumuddin member implikasi besar dalam pengajian tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana AlGhazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bidah. KESIMPULAN Setelah mengkaji dan mengetahui tenyang Imam Al-Ghazali, saya berasa amat kagum dengan ketokohan Imam Al-Ghazali sebagai Hujjatul Islam dan Pembaru dalam kurun ke-5. Ternyata tiada siapa yang mampu untuk mengatasi beliau dari sudut ilmu dan pengalaman pada zaman itu. Telah dinyatakan sebelum ini beliau bukanlah seorang penuntut ilmu yang hanya mampu mempelajari sesuatu ilmu daripada guru kemudian menulis dan menghafalnya sahaja, bahkan beliau telah pergi jauh sehingga mampu untuk mencungkil dan mengorek segala permasalahan dan segala kepincangandalam sesuatu bidang ilmu itu. Selain itu, apabila AlGhazali mendalami sesuatu bidang pengetahuan sudah pasti belilau menjadi seorang yang menguasai bidang tersebut dengan izin Allah mengatasi cerdik pandai yang telah lama berada dalam bidang tersebut. Ini dapat dibuktikan dalam dibuktikan dalam setiap ilmu yang diceburinya sentiasa ada pemikiran-pemikiran baru yang bersifat pembaharuan atau pengembangan konsep yang dikemukan oleh ilmuan yang terdahulu sebelumnya. Sekiranya baliau masih ada pada zaman ini, beliau pasti menjadiseorang tokoh ilmuan yang sangat hebat dari sudut ilmu dan

pengalaman. Dengan kecanggihan ilmu teknologi dan komunikasi serta pemerolehan maklumat tanpa sempadan kini pasti akan digunakan sepenuhnya oleh beliau umtuk menggali segala ilmu dan pengetahuan tanpa terhenti dalam satu bidang sahaja sebagaimana yang ada pada tokoh ilmuan masa kini. Tidak mustahil dengan kecanggihan ilmu yang ada, beliau mampu menulis lebih banyak buku hasil gabungan pengajian Islam dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi, social, politik, hubungan antarabangsa, geografi, sains dan bidang-bidang lain. Pada zaman teknologi sekarang susah untuk kita menemui tokoh ilmuan yang sama seperti Imam Al-Ghazali. Beliau telah memberi sumbangan yang amat besar dalam agama Islam. Begitu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan kepada umat Islam pada zaman beliau tetapi masih boleh digunakan sehingga sekarang. Kata Al-Alif As-Syadzali:Aku pernah melihat Rasullah SAW dalam mimpi, beliau membaggakan Al-Ghazali kepada Nabi Isa dan Nabi Musa. Beliau bersabda:Apakah di kalangan kamu berdua ada orang seperti Ghazali?. Nabi Isa dan Musa menjawab:Tidak ada. Sebagai umat nabi Muhammad kita juga patut berbangga dengan Imam Al-Ghazali kerana mempunyai tokoh ilmuan seperti beliau.

You might also like