Professional Documents
Culture Documents
PERKHIDMATAN EKOSISTEM Bentang-1
PERKHIDMATAN EKOSISTEM Bentang-1
Merujuk kepada perkhidmatan/ sumbangan/ keuntungan yang boleh diperolehi dari alam sekitar untuk kegunaan komponen biotik dan manusia.
Perkhidmatan ekosistem
Penyediaan perkhidmatan keperluan asas seperti air, makanan dan sebagainya. Perkhidmatan pengawalaturan seperti berlakunya banjir dan kawasan penyakit. Perkhidmatan kebudayaan seperti pembinaan, kerohanian, semangat dan manfaat dari aktiviti rekreasi.
Sumber api Kayu, najis haiwan, dan bahan biologi seperti etanol dari tebu bahan api biologi dari pokok air yang terapung, teratai menyumbang kepada sumber tenaga.
Sumber genetik Gen dan bahan genetik digunakan untuk tumbuhan dan penternakan haiwan termasuk bioteknologi. Biokimia, perubatan asli, dan farmakeutikal Perubatan dari tumbuhan (morfin, kuinin, aspirin) Bahan tambahan makanan (alga dari rumpai air) Sumber perhiasan Produk haiwan (kulit, cengkerang, bunga) Air tawar Satu contoh hubungan antara kategori- perkhidmatan menyumbang dan kitaran
Perkhidmatan kitaran
Pengekalan kualiti udara Ekosistem menyumbang bahan kimia dan ekstrak bahan kimia dari atmosfera. Ini mempengaruhi banyak aspek kualiti udara. Kawal atur cuaca Ekosistem mempengaruhi iklim tempatan dan global (menghasilkan gas) Kitaran air Masa dan magnitud/ jumlah penurunan, banjir dan pengeluaran air sangat dipengaruhi oleh perubahan pada penutup bumi, penukaran kepada paya/ penukaran hutan kepada tanah ladang. Kawalan hakisan Tumbuhan penutup bumi berperanan penting dalam pengekalan tanah dan halangan dari tanah runtuh
Pendebungaan Perubahan ekosistem memberi kesan penyebaran dan keberkesanan agen pendebungaan. Perlindung ribut/ ombak besar Hanya ekosistem pantai seperti bakau, dan terumbu karang boleh mengurangkan kerosakkan dari taufan/ ombak besar Tsunami.
Perkhidmatan kebudayaan
Kepelbagaian budaya Kepelbagaian ekosistem adalah satu faktor mempengaruhi kepelbagaian budaya. Kerohanian dan nilai keagamaan Banyak agama mengaitkan kerohanian dan nilai agama kepada ekosistem atau komponen-komponennya. Sistem pengetahuan Ekosistem mempengaruhi jenis sistem pengetahuan yang dibina oleh pelbagai kebudayaan. Dewa hutan, gunung, lautan: kemurkaan dewa dengan pencemaran/ kerosakkan dari manusia.
Nilai pendidikan Ekosistem/ komponennya dan proses menyumbang asas kepada pendidikan formal dan informal dalam banyak masyarakat. Aspirasi Ekosistem menyumbang banyak sumber inspirasi seni, dongeng, arkitek dan pengiklanan. Nilai astetik Ramai orang mendapati kecantikan atau nilai estetika dalam pelbagai aspek ekosistem seperti yang ditunjukkan dalam sokongan untuk tamantaman, pemacu indah dan pemilihan lokasi perumahan. Hubungan sosial Ekosistem mempengaruhi jenis hubungan sosial yang ditubuhkan dalam budaya tertentu. Contohnya: memancing, masyarakat berbeza daripada mengembalakan nomad atau masyarakat pertanian.
Mengesan tempat Ramai orang mempunyai rasa menghargai tempat yang dikaitkan dengan ciri-ciri yang diiktiraf persekitaran mereka. Nilai budaya keturunan Banyak masyarakat meletakkan nilai tinggi dalam mengekalkan kepentingan sejarah rekaan taman atau siknifikasi budaya sesuatu spesies. Rekreasi dan eco-tourism Manusia selalu memilih menghabiskan masa lapang berdasarkan ciri natural atau landskap pertanian pada kawasan tertentu.
Perkhidmatan ekosistem
Perkhidmatan perlu untuk penghasilan semua perkhidmatan ekosistem. Kesan kepada manusia secara tidak langsung atau untuk tempoh masa yang lama. Contoh perkhidmatan sokongan: - penghasilan perkhidmatan sokongan - penghasilan oksigen atmosfera - pembentukan tanah dan pengekalan - kitaran nutrien - kitar air
KITARAN AIR
Kegunaan Domestik Melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan harian seperti minuman, mencuci dan sebagainya. Rekreasi, eko pelancongan dan sukan air Sumber air seperti tasik dan air terjun dapat menambahkan keindahan tempat rekreasi dan menjadi tempat tarikan pelancongan. Perindustrian Sumber air penting dalam industri makanan, pakaian dan lain-lain. Air digunakan sebagai pencuci dan membersih produkproduk atau hasil perindustrian.
c) Proses Kerpasan (sumber daripada internet) i. Proses jatuhan titisan atau bintik-bintik air dari awan ke bumi.
d) Proses Infiltrasi
i. Proses pergerakan air ke dalam bahagian bawah tanah dan batu dari permukaan atas bumi.
Sinar matahari akan memanaskan air di lautan atau sungai dan ditarik sehingga berlaku proses sejatan dan perpeluhan. Air juga akan tersejat dari permukaan daun tumbuhtumbuhan melalui transpirasi.
Wap air kesan daripada proses sejatan dan perpeluhan akan naik ke atmosfera dan mengalami proses pemeluwapan lalu menghasilkan awan.
Kerpasan yang jatuh semula ke daratan dan lautan akan membentuk air larian permukaan bumi dan air larian bawah tanah.
Kemudian, proses pembentukan titisan hujan berlaku dan menghasilkan pelbagai jenis kerpasan iaitu hujan, salji, hujan beku dan hujan batu.
Walaubagaimanapun, bukan semua air larian akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi.
Sebahagian daripada air larian akan berada berdekatan dengan bumi lalu menyerap ke dalam sumber air permukaan serta lautan.
Air permukaan yang cetek akan diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan.
Sebahagian air akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi akuifer (tempat batuan untuk menakung air) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar.
Perindustrian
Pembinaan Empangan
Mengurangkan kadar larian air permukaan kerana kawasan cerun bukit telah ditenggalami air dan menjadi sebuah tasik yang besar. Menambahkan kadar sejatan dari permukaan tasik.
Pemusnahan secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi (perpeluhan) tumbuhan berkurangan dan mempengaruhi kelembapan udara di persekitaran. Udara menjadi kering dan akan mengganggu proses pemeluwapan dan hujan. Pembalakan dan Proses kitar air kekurangan air akibat aktiviti penyahutanan pemusnahan tumbuhan semula jadi di mana proses transpirasi melalui tumbuh-tumbuhan terganggu.
Aktiviti pembandaran
Aktiviti penurapan muka bumi dengan tar, bitumen atau aspalt menyebabkan liang-liang tanah akan ditutup. Proses infiltrasi air hujan ke dalam tanah akan terjejas dan kadar infiltrasi akan berkurangan. Dengan ini, sistem akuifer dan aliran air bawah tanah akan semakin berkurangan. Air hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan. Lebihan air permukaan boleh menyebabkan berlakunya banjir.
Kitaran Oksigen
Lokasi yang terlibat:
Atmosfera Darat (Tumbuhan / haiwan daratan) Sungai (Hidupan akuatik) Sampah sarap / Kilang Tanah bumi
Respirasi
Oksigen diperlukan untuk menguraikan sebatian organik (glukosa) bagi menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga. Fotosintesis tumbuhan menggunakan cahaya matahari, dan menggabungkannya dengan karbon dioksida dari atmosfera dan air dan zat-zat galian dari tanah untuk mensintesiskan makanan. Oksigen dibebaskan dan dikembalikan ke udara.
Pereputan Proses menguraikan bahan organik seperti sisa-sisa tumbuhan dan bangkaibangkai haiwan mati seperti yang diuraikan oleh bakteria dan kulat. Pengambilan oksigen dari ruang atmosfera untuk mengeluarkan karbon dioksida dan menghasilkan nutrien tanah.
Pembakaran membakar sampah sarap dari sisa tumbuhan dan bahan organik yang lain Pengambilan oksigen dilakukan.
mengurangkan oksigen disebabkan kekurangan tumbuhan untuk menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis
Pembakaran terbuka
mengurangkan oksigen secara berlebihan di atmosfera. Pengurangan oksigen dan pertambahan karbon dioksida di atmosfera akan meningkatkan suhu persekitaran dan menyebabkan kesan rumah hijau.
KITAR NITROGEN
PENERANGAN Proses pereputan akan menghasilkan sebatian amonia secara semula jadi ke dalam tanah yang akan diurai kepada sebatian nitrit dan nitrat di dalam tanah. Penghasilan nitrat melalui proses penguraian dan pereputan oleh bakteria. Bakteria nitrosomonas menukarkan ammonia kepada nitrat Bakteria nitrobakter mencantumkan nitrogen dan oksigen menjadi nitrat
TINDAKAN KILAT DAN AIR HUJAN Semasa kejadian kilat, nitrogen di udara akan bergabung dengan oksigen dan menghasilkan gas oksigen nitrus dan nitrik. Tindakan air hujan melarutkan gas tersebut dan membentuk Asid Nitrik & Asid Nitrus yang seterusnya menghasilkan Nitrit & Nitrat dalam tanah. Nitrat penting kepada pertanian kerana tumbuhan menukarkan nitrogen kepada protein yang menjadi sumber makanan hidupan lain.
ATMOSFERA
Nitrogen bebas, N2 yang tidak bergabung dengan elemen lain merangkumi 78 % di atmosfera bumi, tetapi banyak organisma tidak dapat menggunakan gas ini. Melalui penguraian mikroorganisma, bakteria pendenitritan akan menguraikan nitrit dalam tanah dan menukarkannya kepada gas nitrogen yang akan dibebaskan semula ke ruang atmosfera. Ia, berlaku secara semula jadi melalui tindakan kilat dan air hujan. Gas nitrogen akan meresap ke dalam Bakteria pengikat nitrogen (Frankia alni) yang terdapat dalam legum akar tumbuhan kekacang. Bakteria ini akan menukarkan gas nitrogen kepada nitrat. Nitrat akan diserap oleh akar tumbuhan hijau.
PROSES
Pengikatan Nitrogen
Gas nitrogen di atmosfera ditukar kepada bentuk yang boleh digunakan oleh organisma iaitu protein. Tumbuhan tidak dapat menggunakan Nitrogen di udara. Nitrogen di udara perlulah diikat dahulu menjadi sebatian Nitrogen seperti ammonia sebelum dapat digunakan oleh tumbuhan. Nitrogen di udara boleh diikat oleh bakteria pengikat Nitrogen (Rhizobium pada pokok legum, azotobacter) dan sianobakteria (alga biru hijau seperti Nostoc dan anabaena) Sebahagian kecil diikat oleh kilat. Dalam perindustrian pula, pengikatan nitrogen untuk membuat baja.
Nitrifikasi
Bakteria Nitrosomonas mengoksidakan ammonia menjadi nitrit setelah tumbuhan atau haiwan mati. Nitrosomonas Ammonia Nitrit
Asimilasi
Dengan menggunakan ammonia dan nitrat, tumbuhan dapat membina protein. Haiwan memakan protein tumbuhan dan menggunakan asid aminonya untuk membina protein haiwan.
Ammoniafikasi
Proses biologi pertukaran sebatian nitrogen kepada ammonia atau ammonium. Bermula apabila organisma menghasilkan sisa buangan seperti urea dan asid urik. Selepas organisma mati akan mengalami pereputan dan membebaskan ammonia yang akan diserap oleh tanah
Denitrifikasi
Bakteria pendenitritan mampu menguraikan nitrat menjadi gas Nitrogen dan oksigen semula. Gas Nitrogen dilepaskan di udara manakala oksigen digunakan oleh bakteria.
Kepentingan
Sumber protein Nitrat yang melarut resap dalam tanah diserap oleh tumbuhan untuk membina protein dalam tumbuhan.Tumbuhan yang mengandungi Protein tersebut menjadi makanan oleh haiwan-haiwan herbivor.Nitrat dalam tanah akan ditukarkan kepada gas nitrogen supaya bebas semula ke udara oleh bakteria pendenitritan / bakteria pengurai nitrat. Nitrogen merupakan salah satu komponen fotosintesis tumbuhan hijau. Hal ini kerana Nitrogen ialah juzuk dalam Klorofil & Enzim ketika Fotosintesis. Tanpa klorofil maka proses pembentukan makanan tidak akan berlaku (Fotosintesis). Apabila daun kekurangan Nitrogen maka Klorofil pada daun akan berkurangan & warna daun akan menjadi kekuningan yang menyebabkan daun keguguran & pertumbuhan tumbuhan menjadi lambat. Baja dalam bidang pertanian berguna untuk menjamin pertumbuhan hasil penanaman yang subur. Contoh: Baja yang mempunyai komponen nitrogen di dalamnya ialah baja organik,baja urea amonia sulfat dan amonia nitrat.
Penghasilan baja
Memelihara kesuburan tanah bagi meningkatkan hasil tanaman Membekalkan nitrat kepada tumbuhan yang merupakan pengeluar dalam rantai makanan sebagai bekalan makanan manusia dan haiwan Mengekalkan keseimbangan kandungan nitrogen dalam alam ciptaan tuhan
KITAR KALSIUM
Proses
1. Daripada biosfera Kalsium masuk daripada biosfera di atmosfera atau daripada organisma. Apabila haiwan mati, kalsium dalam badan haiwan tersebut akan mereput dan masuk ke dalam tanah.
2. Di dalam tanah Air akan membawa kalsium daripada tanah melalui luluhawa. Kalsium di dalam tanah tidak larut sehingga ia dipecahkan oleh mikrob ke dalam bentuk yang boleh digunakan. Kalsium disimpan di dalam batu oleh mineral. Kalsium boleh diserap oleh akar tumbuhan.
3. Tumbuh-tumbuhan Kalsium akan menjadi bentuk organik apabila diserap oleh tumbuhan. Kalsium dikitar semula antara akar tumbuhan dan tanah. Haiwan herbivor makan tumbuh-tumbuhan atau minum air dan kalsium akan kembali semula ke biosfera. Jika tumbuhan atau haiwan mati, pengurai memecahkan organisma dan kalsium dikembalikan semula kepada air atau tanah.
Kepentingan
Mengekalkan kesuburan tanah Membantu dalam proses penguraian
Kitar karbon
Proses
Kitar karbon merupakan proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam atmosfera secara berterusan. 1. 2. 3. Kitar karbon bermula dengan pengikatan gas karbon dioksida oleh tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis. Haiwan yang makan tumbuhan,memperolehi unsur-unsur karbon daripadanya. Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan dantubuh haiwan akan mereput. Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan kulat dalam tanah membebaskan karbon dioksida. Pembakaran bahan-bahan api yang mengandungi karbon seperti arang batu dan petroleum juga membebaskan karbon dioksida. Semasa pernafasan,kesemua tumbuhan dan haiwan membebaskan karbon dioksida.
4.
5. 6.
Aktiviti manusia yang boleh meningkatkan kadar penghasilan gas karbon dioksida, CO2
i) Pembalakan berlebihan tanpa tanam semula. ii) Pembakaran bahan fosil dalam industri. iii) Pembakaran sampah sarap secara terbuka. iv) Petani pindah membakar hutan.
Kitaran sulfur
2. Penghasilan baja
Sulfur semakin banyak digunakan sebagai satu komponen baja. Sulfur meningkatkan kecekapan penggunaan nutrien tumbuhan penting yang lain, khususnya nitrogen dan fosforus
KITARAN FOSFORUS
Kepentingan
Batu
Luluhawa batuan Fosfat dalam bahan organik
Haiwan Tumbuhan
Detritus
Fosfat berasal daripada batuan mendakan dan proses luluhawa mengeluarkan fosfat ini dari batuan mendakan dalam ion fosfat dan bentuk ini telah diserap oleh tumbuhan.
Apabila penguraian berlaku, kebanyakan bakteria dan kulat tidak membebaskan fosfat secara langsung tetapi membebaskan fosfat organik.
Fosfat digabungkan menjadi berbagai-bagai molekul termasuk lipid dan asid nukleik. Haiwan menggabungkan fosfat ke dalam gigi, tulang dan cangkerang yang tidak mengurai selama satu tempoh masa yang sangat lama.
Fosfat organik ditukarkan kepada fosfat tak organik oleh bakteria pemfosfatidaan
Dalam rantai makanan, ion fosfat tak organik akan diserap langsung oleh organisma autotrof.
Selain itu, ion fosfat tak organik mungkin bersebati dengan butir mendakan dalam tanah ekosistem daratan atau dalam mendakan ekosistem akuatik.
Tindak balas ini menghasilkan sebatian yang tak larut yang memegang fosfat dengan kuat hingga tidak dapat digunakan oleh tumbuhan.
Jumlah fosfat dalam bentuk larutan hanya sedikit kerana sifat fosfat yang kurang larut dan dapat bertindak balas dengan zarah-zarah dalam tanah.
Penyahutanan telah menyebabkan bekalan fosfat semakin berkurangan. Setelah pokok telah ditebang, hujan akan menyebabkan bekalan fosfat mengalir ke tempat lain lalu mengakibatkan tanah menjadi tidak subur. Peningkatan aktiviti pertanian, pelupusan sisa bandar dan industri yang mengandungi bahan fosforus dari daratan ke sistem akuatik telah mengakitbatkan pertumbuhan alga yang banyak di lautan dan tasik.
TERIMA KASIH