You are on page 1of 1

Sekolah Wawasan di lokasi sesuai

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata, walaupun hanya enam Sekolah Wawasan buat masa ini, namun angka itu tidak menggambarkan kegagalan kerajaan melaksanakan sekolah tiga aliran vernakular di negara ini. Kementerian akan melihat keperluan dan lokasi bersesuaian sebelum menambah bilangan Sekolah Wawasan. Ini kerana daripada enam Sekolah Wawasan sedia ada, hanya satu memiliki populasi tiga kaum iaitu Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rashid Din (PKR-Merbok) yang ingin tahu mengapa hanya enam Sekolah Wawasan dilaksanakan buat masa ini.

Kepada soalan asal Rashid mengenai keberkesanan Sekolah Wawasan, Wee berkata, hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat tempatan dan guru menyokong konsep sekolah itu. Mereka menyokong penubuhan sekolah itu dan yakin ia akan berjaya. Malah, kementerian juga menyimpan hasrat melihat kejayaan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi pelaksanaan sekolah berkenaan, katanya.

Menjelas lanjut, Wee berkata, pelaksanaan Sekolah Wawasan juga membawa kepada penurunan kos pembinaan sekolah (konvensional) berikutan adanya perkongsian kemudahan. Kami melihat sekolah sedia ada...kalau didirikan di sempadan sama, kami cuba terapkan program RIMUP bagi memastikan jalinan antara dua sekolah dapat dilakukan, katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SekolahWawasandilokasisesuai//Article/article_prin t

You might also like