You are on page 1of 2

Tranformasi pendidikan Orang Asli gariskan tujuh inisiatif

21 Jun 2012
KUALA LIPIS - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan merangka satu paradigma
perubahan pendidikan yang menyeluruh di bawah Transformasi Pendidikan Orang Asli yang
menggariskan tujuh inisiatif untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang membanggakan
negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata inisiatif pertama adalah Pemantapan tadbir urus
sekolah-sekolah yang mempunyai murid Orang Asli bermula di peringkat sekolah,
Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian.
"Dalam konteks ini, kepimpinan dan pengurusan di semua peringkat akan dipertingkat
kualitinya dengan memastikan segala isu dan permasalahan anak-anak Orang Asli dapat
diselesaikan segera," katanya ketika berucap melancarkan Transformasi Pendidikan Orang
Asli Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Betau di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata inisiatif kedua adalah Memasukkan elemen
Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di peringkat menengah rendah di semua sekolah
menengah harian yang menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli.
Inisiatif ketiga, katanya, Mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli ke sekolah
sebanyak 6 peratus setiap tahun mulai tahun depan. Berdasarkan statistik terkini, kadar
keciciran ini ialah 30 peratus.
"Keadaan ini amat membimbangkan dan merugikan negara jika tidak diambil tindakan lebih
drastik.
"Justeru, saya berharap dalam tempoh lima tahun akan datang, kadar keciciran murid Orang
Asli ke sekolah menengah akan dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali dengan
memastikan setiap murid Orang Asli berjaya mendapat pencapaian akademik sekurangkurangnya Sijil Pelajaran Malaysia," katanya.
Muhyiddin berkata menerusi inisiatif keempat pula, Kementerian Pelajaran memutuskan
pengambilan pelajar bagi Program Khas Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis ditingkatkan
mengikut keperluan semasa.

"Usaha ini bertujuan supaya lebih ramai guru dalam kalangan Orang Asli dapat berkhidmat
kepada masyarakat mereka sendiri di samping mengimbangi kadar bilangan guru mengikut
kaum," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga sedang merangka mewujudkan jawatan Pembantu
Pengurusan Murid dari kalangan Orang Asli bagi membantu guru mengurus penyediaan
makanan, penjagaan diri dan kebersihan murid.
"Inisiatif kelima adalah Penambahbaikan kemudahan infrastruktur dan prasarana
pendidikan Orang Asli.
"Sehubungan itu, kerajaan bersetuju untuk menambah lagi empat buah Sekolah Model Khas
Komprehensif K9. Model K9 ini adalah gabungan pendidikan rendah dan menengah rendah
sehingga Tingkatan 3 yang dilengkapi dengan kemudahan asrama yang bersesuaian,"
katanya.
Muhyiddin berkata inisiatif keenam adalah Memperkasa jalinan kerjasama melalui
pewujudan hubungan yang lebih strategik dengan rakan sinergi, rakan di lapangan
serta

rakan

antarabangsa

bagi

membolehkan

hasrat

untuk

merealisasikan

transformasi itu tercapai.


Beliau berkata inisiatif terakhir adalah Mewujudkan satu Sistem Pengesanan Prestasi
Sekolah dan murid Orang Asli.
Menurutnya, sistem itu mengandungi aspek auditan pencapaian prestasi sekolah-sekolah
dan murid Orang Asli yang bertujuan untuk membuat penambahbaikan dan pembetulan dari
semasa ke semasa.- Bernama

You might also like