You are on page 1of 1

TANGGUNG JAWAB PEGAWAI/PENYELARAS LATIHAN DI BAHAGIAN / JABATAN KPM

1. Melaksanakan Analisa Keperluan Latihan (TNA) di semua peringkat bagi mengenalpasti keperluan kursus semua pegawai dan kakitangan. 2. Merancang keperluan latihan semua kakitangan di Bahagian / Jabatan merangkumi objektif latihan, strategi latihan, peruntukan yang diperlukan dan jadual latihan. 3. Mengemukakan perancangan latihan yang komprehensif kepada Jawatan Kuasa Latihan Induk mengikut masa yang telah ditetapkan. 4. Merekodkan prestasi kehadiran latihan, perbelanjaan dan pelaksanaan latihan secara sistematik dan berkala. 5. Melaksanakan penilaian bagi kursus/latihan yang telah dianjurkan bertujuan mengenalpasti keberkesanan kursus/latihan tersebut khususnya kepada peserta. 6. Memantau prestasi kehadiran latihan menerusi Sistem Pengurusan Latihan (SPL KPM) serta kad pelaporan latihan secara berkala bagi memastikan semua kakitangan dapat mencapai kehadiran kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun selaras dengan DLSM Sektor Awam. 7. Melaksanakan program pembacaan buku bagi kakitangan yang tidak mencapai kehadiran tujuh (7) hari setahun sebelum berakhirnya tahun semasa. 8. Memantau perbelanjaan peruntukan latihan dan menyediakan laporan perbelanjaan setiap 3 bulan dan 9. Mengadakan mesyuarat berkala di semua peringkat di Bahagian / Jabatan bagi membincangkan isu berkaitan latihan.

You might also like