You are on page 1of 3

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET ANTARA SMT/V PERINGKAT ZON MELAKA & NEGERI SEMBILAN

TAHUN 2011 A. PERATURAN UMUM 1. PASUKAN 1.1 1.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan sahaja. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang pelajar (berusia 16 tahun sebelum 31 Disember 2011) dengan seorang guru pembimbing.

2. KATEGORI PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan ini terbahagi kepada DUA kategori seperti berikut: a) Kategori R1 Sasaran (Target) b) Kategori R2 Payung terjun (Parachute) 2.2 Setiap pasukan wajib mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori R1 dan R2 sebagai syarat penentuan pemenang kejohanan. 2.3 Johan keseluruhan ditentukan berdasarkan jumlah markah yang diperolehi daripada kategori-kategori seperti berikut: a) Kategori R1 40% b) Kategori R2 60% 3. SPESIFIKASI MODEL ROKET AIR

3.1

Setiap pasukan dibenarkan membina model roket air di sekolah masing-masing dan dibawa ke pertandingan kejohanan.

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Setiap komponen utama model roket air perlu dibina dengan menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. Hanya bahan berasaskan plastik serta bahan lembut sahaja yang dibenarkan dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja. Semua roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja. Setiap pasukan dinasihatkan membina model roket air seperti bilangan berikut: a) Kategori Sasaran R1 dua roket air b) Kategori Payung terjun R2 dua roket air.

4. PENGHAKIMAN DAN BANTAHAN 4.1 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal. 4.2 Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan. 4.3 Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urusetia kejohanan dalam tempoh 1 jam dengan wang cagaran sebanyak RM50 menggunakan borang (Borang STTJ/B-R) yang disediakan oleh pihak pengelola. 4.4 Sebarang bentuk bantahan kepada hakim pertandingan tidak akan dilayan.

B. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN 1. KATEGORI SASARAN (TARGET) R1

2. KATEGORI PAYUNG TERJUN (PARACHUTE) R2

You might also like