You are on page 1of 9

KAMUS SAINS

TAHUN 4
Perkumuhan: Proses menyingkirkan bahan buangan (air kencing, peluh, karbon dioksida dan wap air) daripada tubuh badan. Organ pernafasan Kadar pernafasan: bilangan pergerakan dada dalam suatu tempoh masa. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Respirasi: proses pernafasan yang melibatkan aktiviti menarik nafas dan menghembus nafas. Rangsangan: sesuatu yang menyebabkan manusia, haiwan dan tumbuhan bertindak balas. Kitar hidup: peringkat bersiri yang dilalui oleh benda hidup daripada kelahiran sehinggalah dewasa. Contoh kitaran hidup bagi katak:

Penyahtinjaan: menyingkirkan bahan buangan yang terbentuk daripada makanan yang tidak tercerna dalam badan kita. Tinja: bahan buangan pepejal yang terdiri daripada bahan buangan yang tidak tercerna. Pembiakan: proses menghasilkan anak atau zuriat.

Unit piawai: satu unit yang digunakan oleh ahli sains di seluruh dunia. Ketepatan: kerapatan suatu nilai yang diukur terhadap nilai sebenarnya. Panjang: jarak di antara dua titik. Unit piawai bagi panjang ialah millimeter (mm), sentimeter (cm), meter (m) dan kilometer (km). Luas: saiz sesuatu permukaan.
Luas = panjang x lebar

alat ukuran piawai seperti bikar dan silinder penyukat.


1 L = 1000 mL 1 mL = 1 cm

Isipadu= panjang x lebar x tinggi 5cm = 4cm x 3cm x 5cm = 60cm

3cm 4cm

Unit piawai bagi luas ialah millimeter persegi (mm), sentimeter persegi (cm), meter persegi (m) dan kilometer persegi (km).

Jisim: jumlah bahan di dalam objek itu. Unit piawai bagi jisim ialah milligram (mg), gram (g) dan kilogram (kg).
1 g = 1000 mg 1 kg = 1000 g

5 cm

5 cm

Luas = panjang x lebar = 5cm x 5cm = 25 cm Isipadu (pepejal): saiz suatu ruang / jumlah ruang yang diisi objek.
Isipadu = panjang x lebar x tinggi

Masa: tempoh antara dua detik / ketika. Masa diukur berdasarkan proses atau kejadian yang berulang dengan seragam seperti ayunan bandul, air yang menitis, denyutan nadi dan waktu siang dan malam. Penebat: sesuatu bahan / objek yang tidak membenarkan haba atau elektrik mengalir melaluinya. Penebat elektrik: objek / bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Penebat haba: objek / bahan yang tidak membenarkan haba mengalir melaluinya.

Unit piawai bagi isipadu ialah millimeter padu (mm), sentimeter padu (cm), meter padu (m). Isipadu bagi cecair pula, guna

Konduktor: sesuatu bahan / objek yang membenarkan haba atau elektrik mengalir melaluinya. Konduktor elektrik: objek / bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Konduktor haba: objek / bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya. Pengaratan: keadaan apabila besi bertukar keperangan apabila terdedah kepada udara dan air. Bahan lut sinar: bahan yang membenarkan semua cahaya melaluinya. Kita dapat melihat dengan menerusi bahan lut sinar dengan jelas. Contohnya, kaca. Bahan lut cahaya: bahan yang membenarkan sedikit cahaya melaluinya. Kita tidak dapat melihat menerusi bahan lut cahaya dengan jelas. Contohnya, kertas surih, kertas tisu. Bahan legap: bahan yang tidak membenarkan sebarang cahaya melaluinya. Kita langsung tidak dapat melihat menerusi bahan legap. Contohnya, kayu, kadbod. Bahan asli: bahan ayng berasal dari batuan, galian, tumbuh tumbuhan dan haiwan.

Bahan buatan manusia: bahan yang dibuat oleh manusia contohnya plastik, kain sintetik (nilon, rayon, polyester) Guna semula bahan (reuse): menggunakan bahan secara berulang ulang kali. Mengurangkan suatu bahan (reduce): menggunakan sedikit dan hanya dalam jumlah yang diperlukan sahaja. Kitar semula (recycle): memproses semula objek yang tidak berguna kepada objek yang baharu. Asteroid: ketulan batuan besar yang mengelilingi Matahari. Terletak di antara planet Marikh dan Musytari yang dikenali sebagai jaluran asteroid. Komet: terbentuk daripada batuan, debu dan ais yang mengelilingi Matahari. Meteor: batuan kecil yang berpunca daripada asteroid. Membentuk satu coretan cahaya di langit pada waktu malam apabila memasuki atmosfera Bumi. Meteroid: ketulan batu atau logam yang terapung apung di angkasa lepas. Satelit semulajadi: objek yang bergerak mengelilingi planet. Satelit semulajadi bagi Bumi ialah Bulan.

TAHUN 5

Mikroorganisma: hidupan seni yang hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Penyakit berjangkit: penyakit yang boleh dibawa daripada seorang pesakit kepada orang lain. Merebak: disebarkan ke tempat yang lain (contohnya, penyakit) Kuarantin: mengasingkan seseorang pesakit daripada yang lain (untuk mengelakkan jangkitan penyakit) Kemandirian spesies: keupayaan hidupan untuk meneruskan hidup dalam keadaan yang susah atau bahaya. Penebangan hutan / penyahhutanan: penebangan pokok pokok di dalam hutan. Kepupusan: hilang selama lamanya. Pemburuan haram: pembunuhan haiwan liar tanpa permit / lessen. Bencana alam: fenomena alam yang menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa. Pengeluar: tumbuhan yang menghasilkan makanannya sendiri. Pengguna: haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain. Pengguna premier: pengguna yang pertama selalunya haiwan herbivor atau omnivor.

Pengguna sekunder: pengguna kedua dalam rantai atau siratan makanan. Selalunya haiwan karnivor atau omnivor. Pengguna tertier: pengguna ketiga dalam rantai atau siratan makanan. Selalunya haiwan karnivor. Pengurai: pengguna yang terakhir dalam rantai atau siratan makanan. Pengurai selalunya terdiri daripada mikroorganisma atau cacing. Rantai makanan: hubungan pemakanan antara tumbuhan dan haiwan. Siratan makanan: jaringan / gabungan dua atau lebih rantai makanan. Siratan makanan membantu mengawal populasi spesies di suatu habitat. Herbivor: haiwan yang hanya memakan tumbuhan sahaja (gajah, beluncas, tupai, panda) Karnivor: haiwan yang makan haiwan lain sahaja (ular, katak, helang, ikan paus) Omnivor: haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain (burung, ayam, kura kura, beruang) Tenaga yang tidak dapat diperbaharui: tenaga yang tidak dapat diganti semula setelah habis digunakan (petroleum, gas asli, arang batu)

Tenaga yang dapat diperbaharui: tenaga yang boleh wujud selama lamanya (biojisim, air, tenaga suria, angin) Tenaga elektrik: juga dikenali sebagai elektrik. Tenaga haba: dihasilkan oleh objek yang panas. Tenaga cahaya: dihasilkan oleh objek yang mengeluarkan cahaya. Tenaga keupayaan: tersimpan di dalam suatu objek akibat keadaannya (diregang, dimampatkan, ketinggian) Tenaga bunyi: dihasilkan oleh objek yang bergetar. Tenaga kinetik: dihasilkan oleh objek yang bergerak. Tenaga kimia: tenaga yang tersimpan di dalam bahan kimia. Contohnya lilin, kayu api, arang batu. Pengubahan tenaga: penukaran tenaga daripada suatu bentuk kepada bentuk tenaga yang lain. Litar elektrik: laluan yang menyambung sumber tenaga kepada komponen komponen lain. Litar bersiri: litar yang mempunyai hanya satu laluan untuk arus elektrik mengalir.

Litar selari: litar yang mempunyai lebih daripada satu laluan untuk arus elektrik mengalir. Renjatan elektrik: berlaku apabila seseorang tersentuh litar yang membawa arus elektrik yang amat tinggi. Elektrik mengalir melalui badan seseorang dalam masa yang lama lalu membunuhnya. Kejutan elektrik: berlaku apabila seseorang tersentuh wayar yang rosak dengan tangan yang basah. Kejutan elektrik tidak membunuh, tetapi menggoncang badan seseorang. Bayang bayang: lorekan gelap yang terbentuk di belakang suatu objek legap kerana cahaya tidak dapat menembusinya. Suhu: pengukuran betapa panas atau sejuk sesuatu objek. Suhu diukur dengan menggunakan thermometer. Unit metrik bagi suhu ialah darjah Celsius (C). Penyejatan: proses perubahan cecair kepada gas pada sebarang suhu. Cecair Gas

Peleburan: proses perubahan pepejal kepada cecair. Pepejal Cecair

Pendidihan: proses perubahan cecair kepada gas pada suhu 100C. Cecair Gas

Pembekuan: proses perubahan cecair kepada pepejal pada suhu 0C. Cecair Pepejal

ditolak atau ditarik. Kestabilan dipengaruhi oleh luas tapak dan ketinggian struktur. Luas tapak: Saiz permukaan di bahagian terendah sesuatu objek.Semakin besar luas tapak semakin stabil sesuatu struktur tersebut. Ketinggian: jarak tegak sesuatu objek. Kekuatan: keupayaan struktur itu untuk menampung beban yang berat tanpa mudah pecah. Kekuatan dipengaruhi oleh jenis bahan yang digunakan untuk membina struktur tersebut dan cara struktur ditempatkan.

Kitar air: pergerakan air dari permukaan Bumi ke udara dan kembali semula ke permukaan Bumi. Kertas litmus: bahan yang boleh digunakan untuk menentukan sifat keasidan dan kelalkalian sesuatu bahan. Berasid: sifat pada bahan yang menukarkan kertas litmus biru ke merah. Berasa masam contohnya cuka, oren. Kertas litmus biru merah

Beralkali: sifat pada bahan yang menukarkan kertas litmus merah ke biru. Berasa pahit contohnya sabun, peria. Kertas litmus merah biru

TAHUN 6
Interaksi: saling bergantung atau berhubung antara hidupan. Interaksi terbahagi kepada dua iaitu kerjasama dan persaingan. Hakisan tanah: lapisan tanah atas yang dibawa oleh hujan lebat. Spesies terancam: hidupan yang masih hidup pada hari ini tetapi bilangannya semakin berkurang. Haiwan berkumpulan: haiwan yang hidup bersama sebagai satu kumpulan. Haiwan menyendiri: haiwan yang hidup secara bersendirian.

Neutral: sifat pada bahan yang tidak mempunyai kesan terhadap kertas litmus. Buruj: gugusan bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak di langit. Paksi: paksi khayalan yang menghubungkan kutub utara dan kutub selatan Bumi. Siang dan malam: fenomena yang berlaku akibat putaran Bumi pada paksinya. Kestabilan: keupayaan objek itu untuk mengekalkan kedudukan asal apabila

Haiwan yang pupus: haiwan yang tidak lagi wujud di muka bumi dan tiada sebarang spesies yang masih hidup pada hari ini. Pembalakan berleluasa: penebangan pokok muda dan matang dengan banyak. Pemburuan haram: pembunuhan haiwan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Daya: tindakan yang melibatkan daya tolakan dan tarikan. Objek pegun: objek yang tidak bergerak. Geseran: daya yang menentang pergerakan objek. faktor faktor yang mempengaruhi geseran ialah jenis permukaan, keadaan permukaan dan jisim objek. Daya tolakan: daya yang dikenakan kepada objek apabila kita menolak sesuatu objek menjauhi kita. Daya tarikan: daya yang dikenakan kepada objek apabila kita menarik objek mendekati kita. Geseran: berlaku apabila dua permukaan bersentuhan. Kelajuan: ukuran betapa cepat atau perlahan sesuatu objek bergerak.
Jarak Kelajuan = -----------Masa

Pengawetan makanan: proses merawat dan mengendalikan makanan bagi melambatkan makanan daripada menjadi rosak. Proses pengeringan makanan: menyingkirkan air atau kelembapan daripada makanan. Pembotolan dan pengetinan: makanan dipanaskan dan disimpan di dalam bekas kedap udara (tin). Penjerukan: merendam makanan di dalam cuka, larutan garam atau larutan gula dalam tempoh masa yang tertentu. Larutan gula dan garam pekat mengeluarkan air daripada dalam makanan. Penyejukan: penyimpanan makanan di dalam peti sejuk pada suhu yang rendah iaitu 0C hingga 5C. Penyejukbekuan: penyimpanan makanan pada suhu yang sangat rendah kira kira 10C. Ini menyebabkan mikroorganisma tidak aktif dan tidak dapat bertumbuh pada suhu yang rendah (suhu beku). Pengasinan: membunuh mikroorganisma dengan mengeluarkan kelembapan daripada makanan dengan menggunakan garam yang banyak.

Pembungkusan vakum: makanan disimpan di dalam bungkusan dengan semua udara di dalamnya dikeluarkan. Pelilinan: makanan dilitupu (disalut) dengan lapisan lilin untuk mengelak kehilangan air daripada makanan. Pempasteuran: makanan dipanaskan untuk membunuh mikroorganisma dan disejukkan dengan cepat dan dibungkus serta merta untuk mengekalkan rasa dan nilai nutriennya. Pendidihan: membunuh mikroorganisma dalam makanan dengan menggunakan suhu yang tinggi. Penyalaian / pengasapan: asap digunakan untuk mengeluarkan kelembapan daripada makanan. Bahan buangan: bahan yang tidak diperlukan lagi dan dibuang. Bahan buangan domestik: bahan buangan daripada rumah kediaman contohnya botol kaca, tin logam, surat khabar, pakaian lama, beg plastik. Bahan buangan kimia: bahan buangan daripada kilang, kenderaan, kawasan pertanian, rumah kediaman atau tempat awam contohnya asap, cecair beracun, minyak, racun perosak, pelarut kimia, detergen (serbuk pencuci, Clorox).

Bahan buangan organik: bahan buangan daripada manusia, sisa tumbuhan dan haiwan contohnya najis haiwan, kumbahan manusia, bangkai haiwan, daun kering, sisa makanan. Bahan buangan terbiodegradasi: bahan buangan yang mereput apabila ditindak oleh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Proses pereputan: dikenali juga sebagai penguraian di mana bacteria dan kulat akan makan tumbuhan dan haiwan yang telah mati dan menyebabkan bahan bahan ini terurai atau reput. Proses pengomposan: proses menanam bahan buangan organik di dalam tanah supaya bahan buangan itu mereput dan membentuk baja. Mesin: alat yang membolehkan kita melakukan kerja dengan mudah, cekap dan cepat. Mesin dikelaskan kepada mesin ringkas dan mesin kompleks. Mesin ringkas: alat atau perkakas yang membolehkan kita menggunakan daya yang kurang untuk melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat. Mesin ringkas terdiri daripada roda dan gandar, tuas, baji, takal, gear, satah condong dan skru.

Roda dan gandar: terdiri daripada sebuah roda besar yang dipasang pada sebatang rod yang dikenali sebagai gandar. Tuas: terdiri dairpada sebatang rod tegar yang berputar di atas sokongan tetap yang dikenali sebagai fulkrum. Tuas membolehkan kita mengangkat objek yang berat menggunakan daya yang kecil. Baji: mempunyai satu atau dua satah condong yang membentuk satu hujung yang tajam. Takal: mempunyai roda beralur yang dapat berputar secara bebas. Takal membolehkan objek yang sangat berat diangkat dengan mudah. Gear: roda atau silinder yang bergerigi. Gear mengubah kelajuan ata arah daya. Satah condong: satu permukaan sendeng yang menghubungkan dua permukaan yang berbeza aras. Skru: mempunyai satah condong berpilin atau berlingkar yang disebut bebenang. Digunakan untuk mengetatkan atau mencantum dua objek. Mesin kompleks: perkakas atau peralatan yang mempunyai lebih daripada satu mesin ringkas.

You might also like