You are on page 1of 16

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA MATEMATIK

SINOPSIS

Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang perlu diselesaikan menggunakan kemahiran matematik contohnya dalam menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin digunakan, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting bagi seseorang individu itu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalankan kehidupan dengan lebih terancang dan selesa.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan konsep asas matematik pra nombor, komponen matematik dan matematik dalam kehidupan seharian. 2. Mengenal pasti Teori Pembelajaran yang sesuai untuk pengajaran pemulihan matematik. 3. Menyenaraikan prinsip am pengajaran matematik.

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK KERANGKA TAJUK

Pengenalan Kepada Matematik

Konsep Asas Pra Nombor

Komponen Matematik

Matematik Dalam Kehidupan Seharian

Teori-teori Pembelajaran Pemulihan Matematik

Rajah 1.1 Gambaran Keseluruhan Isi kandungan

KANDUNGAN ISI 1.1 Konsep Asas Matematik (Pra Nombor) Kemahiran pra nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan kepada murid sebelum memperkenalkan konsep nombor. Kemahiran pra nombor ni melibatkan pengelasan, turutan/seriasi, perbandingan kuantiti dan konservasi. 1.1.1 Pengelasan (Klasifikasi) Warna Mengenal warna Menamakan warna Mencantumkan kad warna Mengasingkan warna Mengasingkan warna dengan objek Mewarna mengikut arahan yang diberi 2

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Saiz Membandingkan saiz objek konkrit yang ditunjukkan. Mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek Menamakan saiz Mengasingkan objek semi konkrit mengikut saiz Memadankan saiz yang sama Mewarnakan saiz yang sama.

Bentuk Mengasingkan objek mengikut bentuk Menamakan bentuk Memadankan bentuk yang sama dengan objek konkrit Mewarnakan bentuk-bentuk yang sama.

Jenis Menamakan benda mengikut jenis Mengumpul objek mengikut jenis (Semi maujud) Mengkelaskan objek mengikut jenis (piktorial) Mewarnakan/melukis objek mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid mengenal nombor dan secara tidak langsung membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka pelajari dalam pelajaran selanjutnya.

1.1.2 Seriasi /Turutan

Seriasi/turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objekobjek mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan. Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep 3

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK matematik dengan yang lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui lebih bermakna. Contohnya: Mengatur objek mengikut jenis Mengatur objek mengikut bentuk

1.1.3 Hubungan Satu Kepada Satu

Hubungan satu kepada satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep hubungan satu kepada satu. Contohnya, Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu Memadan bilangan yang sama Memadan bilangan objek dengan simbol nombor

1.1.4 Keabadian/Konservasi

Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002), konservasi bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu tersusun bagi mengatasi kemusnahan/ kerosakan dan lain-lain. Dalam konteks matematik khususnya aspek pra nombor, konservasi dimaksudkan sebagai pemeliharaan ilmu asas dengan pranombor dalam kalangan murid. Untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pra nombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat kekal, aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.

Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Konsep keabadian diperkenalkan adalah 4

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau dalam keadaan yang berbeza.

1.2

Pendahuluan dan Konsep

1.2.1 Komponen Matematik

Komponen matematik boleh dibahagikan kepada matematik asas dan matematik sosial. Matematik asas merangkumi mengenal, membilang, menulis dan melakukan operasi nombor manakala matematik sosial merupakan kemahiran berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian seperti masa dan waktu, ukuran dan timbangan.

1.2.1.1

Matematik Asas

Nombor merupakan asas yang penting dalam mata pelajaran matematik kerana nombor digunakan dalam operasi asas matematik dan juga dalam tajuktajuk matematik yang lain. Seseorang murid tidak akan dapat mempelajari matematik selanjutnya jika dia tidak menguasai kemahiran menulis nombor, membilang serta menulis nilai sesuatu nombor. Pada peringkat awal

pembelajaran, murid didapati boleh membilang serta menulis tetapi sering menghadapi masalah menentukan nilai tempat dan membundarkan nombor.

1.2.1.2

Matematik Sosial (Matematik Dalam Kehidupan Harian)

Menurut Kamus Dewan, Matematik bermaksud ilmu hisab. Dengan kata lain matematik bermaksud ilmu berkaitan dengan pengiraan. Perkataan sosial pula ditafsirkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK aktiviti masa lapang, suka bergaul dan bermesra dan berkenaan hal-hal kemasyarakatan.

Berdasarkan kedua-dua definisi ini, matematik sosial dapatlah ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian sesebuah masyarakat.

Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah:

Membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara lebih terancang. Membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik apabila mempunyai pengetahuan berkaitan dengan masa dan waktu. Membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun. Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan sesuatu .

1.3

Teori Pembelajaran Matematik

Teori pembelajaran selalu bertitik tolak dari sudut pandangan psikologi pendidikan tertentu. Dengan wujudnya ilmu pengetahuan tentang pendidikan, maka psikologi dalam pendidikan turut berkembang dengan pesat. Terdapat beberapa teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan. Sejak beberapa tahun yang lalu, teori behavioris yang dipelopori B.F. Skinner begitu dominan dalam dunia pendidikan. Kini wujud beberapa teori baharu yang telah dibangunkan seiring dengan teori behavioris bagi memenuhi keperluan dan kefahaman pengajaran dan pembelajaran (P & P) Matematik, termasuklah Teori

Konstruktivisme, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Perkembangan Kognitif.

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 1.3.1 Teori Konstruktivisme

Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah falsafah pendididkan yang berpegang teguh pada pendapat bahawa setiap murid akan membentuk atau membina pengetahuan dan pengalaman bergantung pada konteks dan bersifat unik serta tidak lazim diakses oleh individu lain. Pembelajaran konstruktivisme ialah proses penglibatan atau penyertaan murid dalam aktiviti penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal yang sesuai dalam pembelajaran. Murid membentuk atau membina pengetahuan sendiri melalui penjanaan idea dan pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman lalu. Di samping itu, murid mengaplikasikan pengetahuan ini dalam situasi baharu dan

mengintegrasikan pengetahuan baharu yang diperoleh dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Prinsip prinsip dalam pembelajaran konstruktivisme adalah seperti:

i.

Pengertian diusahakan oleh murid sendiri baik secara individu mahupun kumpulan;

ii. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada murid, kecuali jika murid itu sendiri aktif untuk belajar; iii. Murid aktif membina kefahaman secara terus menerus sehingga berlakunya perubahan konsep ke arah yang lebih terperinci, lengkap serta sesuai dengan konsep ilmiah; iv. Guru sekadar membantu menyediakan saranan dan situasi agar proses pembinaan kefahaman murid berjalan lancar sesuai dengan kemampuan murid.

Ciri-ciri pembelajaran matematik secara konstruktivisme adalah seperti :

i.

Murid terlibat secara aktif dalam pembelajarannya,

ii. Murid belajar konsep matematik secara bermakna, 7

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK iii. Murid belajar bagaimana cara belajar, iv. Maklumat baru harus dikaitkan dengan maklumat sebelumnya sehingga bersatu dengan skemata yang dimiliki oleh murid, v. Orientasi pembelajaran adalah inkuiri dan penemuan, vi. Berorientasi pada pemecahan masalah

Belajar matematik tidak sekadar learning to know, sebaliknya

harus

ditingkatkan menjadi learning to do, learning to be, sehingga learning to live together. Falsafah pengajaran matematik perlu dibaharui secara asas menjadi paradigma dalam proses pembelajaran matematik iaitu:

i.

Dari berpusatkan guru (teacher centered) menjadi berpusatkan murid (student centered),

ii. Dari berpusatkan pengajaran (teaching centered) menjadi berpusatkan pembelajaran (learning centered), iii. Dari berasaskan kandungan (content based) menjadi berasaskan kecekapan (competency based), iv. Dari hasil pembelajaran (product of learning) menjadi proses pembelajaran (process of learning), v. Dari penilaian sumatif (summative evaluation) menjadi penilaian formatif (formative evaluation).

Konstruktisvisme

merupakan

satu

teori

pembelajaran

berkaitan

pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman murid. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan murid-murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada murid-murid tersebut. Maka dunia pengalaman bukanlah kesimpulan berdasarkan data-data empirikal sahaja tetapi suatu bentuk epistimologi yang sesuai ( Akbar Suta -Wijaya, 2002).

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimen di samping pembelajaran koperatif. Apabila murid-murid

bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, murid-murid dapat membina pengetahuan baharu hasil daripada pembelajaran secara kendiri. Piaget, salah seorang tokoh konstruktivisme mengemukakan bahawa perkembangan kognitif bukanlah merupakan

pengumpulan dari kepingan maklumat yang terpisah, tetapi lebih merupakan pembinaan suatu kerangka mental oleh murid untuk memahami persekitaran mereka, sehingga mereka bebas membangunkan pemahamannya sendiri (Asikin, 2003).

Dalam

pendekatan

konstruktivisme

ini,

persekitaran

pembelajaran

berpusatkan murid-murid menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Murid-murid juga didorong untuk mengemukakan idea bagi

menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, murid-murid biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari pada masa akan datang.

Secara

kesimpulannya,

murid-murid

belajar

matematik

melalui

pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara.

Selain itu, murid-murid juga

dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baharu. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK 1.3.2 Teori Tingkahlaku dan Pembelajaran Sosial

1.3.2.1

Teori Tingkahlaku(Behaviorisme)

Teori-teori pembelajaran behavioris dikemukakan oleh para ahli psikologi behavioris seperti Thorndike, Ivan Pavlov dan B.F Skinner. Behaviorisme ialah teori yang memfokuskan pemerhatian tingkah laku dan cara untuk meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku negatif (Kennedy et al. 2008). Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.

Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila ada ikatan atau hubungan yang diwujudkan antara rangsangan dan gerak balas. Mereka berpendapat bahawa tingkah laku murid dipengaruhi oleh ganjaran (reward) atau pengukuhan (reinforcement) dari persekitaran sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mempunyai sejarah yang panjang dalam P & P Matematik. Guru-guru yang mengaplikasikan teori ini menggunakan rangsangan dan gerak balas bagi pelaksanaan aktiviti latih tubi dan latihan berterusan yang berulang-ulang dalam P & P Matematik.

1.3.2.2

Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura pada tahun 1986 atau disebut juga teori pembelajaran pemerhatian merupakan peluasan dari teori pembelajaran behavioris yang tradisional. Berbeza dengan penganut behavioris, Bandura memandang perilaku individu tidak semata-mata refleks secara automatik berdasarkan Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau dipengaruhi persekitaran, malah tingkah laku itu berubah akibat reaksi hasil interaksi antara persekitaran dengan skema kognitif individu itu sendiri. 10 Contohnya seorang

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK murid mungkin telah belajar bagaimana memudahkan kemahiran pecahan dalam Matematik tetapi tidak dapat melakukannya dengan baik dalam ujian kerana kemungkinan murid itu risau, sakit atau tidak membaca sesuatu soalan itu dengan teliti.

Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif sosial kerana melibatkan kedua-dua faktor luaran dan dalaman mewujudkan interaksi bersama dalam proses pembelajaran yang dikenali sebagai interaction of forces reciprocal determinism oleh Bandura (Woolfolk, 1998): Persekitaran sumber/bahan, kesan tindakan dan setting fizikal

i.

ii. Faktor peribadi kepercayaan, harapan (expectation), sikap dan pengetahuan iii. Tingkah laku tindakan individu, pilihan dan pernyataan lisan

Bandura juga memberi penekanan dua jenis pembelajaran yang terdapat dalam teori ini:

i.

Enactive learning - pembelajaran melalui perlakuan (doing) dan mendapat pengalaman daripada kesan atau akibat tindakan yang telah dilakukan. Dalam enactive learning, kesan atau akibat dikatakan sebagai pemberi maklumat tentang tindakan yang sesuai, mencipta harapan dan mempengaruhi motivasi (Schunk, 1996)

ii. Vicarious learning - pembelajaran melalui pemerhatian apa individu lain lakukan

Prinsip asas pembelajaran menurut teori ini ialah tingkah laku yang dipelajari individu terjadi melalui peniruan (imitation) dan contoh perilaku (modeling). Terdapat beberapa syarat keperluan bagi modeling dan peniruan yang efektif seperti berikut:

11

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK i. Tumpuan Murid-murid hendaklah memberi tumpuan untuk belajar melalui pemerhatian. Murid-murid lazimnya memberi tumpuan kepada individu yang menarik, cekap dan disanjungi. ii. Pengekalan Murid-murid hendaklah berusaha mengingat perkara yang telah diperhatikan agar dapat meniru tingkah laku model yang diperhatikan. Pengekalan boleh ditingkatkan melalui mental rehearsal (imaging imitating the behavior) dan amalan sebenar di samping mengingat urutan langkah sesuatu proses. iii. Hasil walaupun murid dapat mengingat urutan langkah tetapi mungkin tidak dapat melaksanakannya dengan lancar. Oleh itu, individu itu perlu lebih banyak latihan, maklum balas dan amalan supaya lebih cekap iv. Motivasi dan Pengukuhan - teori ini juga masih memandang pentingnya pelaziman. Melalui pemberian ganjaran dan hukuman, seseorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana yang mana perlu dilakukan.

1.3.3 Teori Perkembangan Kognitif

Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, dari Switzerland, seorang ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanakkanak belajar. Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat: Peringkat deria motor (02 tahun),

i.

ii. Pra-operasi (27 tahun), iii. Operasi konkrit (711 tahun) dan iv. Operasi formal (11 tahun ke dewasa).

12

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Walau bagaimanapun, usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan murid itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999) Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities . Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, guru harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit. Pada usia sebegini murid-murid hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti murid-murid itu sendiri. Beliau juga menegaskan bahawa interaksi idea-idea antara murid-murid tersebut dengan kawan-kawan sebaya penting untuk perkembangan mental.

Di samping itu, murid-murid secara aktif membina pengetahuan dengan cara berinteraksi dengan alam sekitarnya. Berdasarkan hasil interaksinya, murid mengembangkan Scheme(skema), bentuk tunggalnya Schema (ada pula yang menyebutnya Schema dan Schemata). Skema merupakan memori atau gambaran tentang sesuatu. Misalnya, seorang anak yang bermain basikal diberi penjelasan oleh bapanya bahawa itu adalah basikal, maka anak tersebut akan memiliki skema tentang basikal di dalam otaknya.

Selain skema, Piaget juga menunjukkan pentingnya Adaptasi dalam pembelajaran. Adaptasi merupakan proses menyesuaikan skema yang

dimilikinya dengan situasi baharu di persekitarannya. Misalnya, setiap kali anak menghadapi situasi atau hal baharu ia akan melakukan adaptasi. Adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu Asimilasi dan Akomodasi. Asimilasi merupakan proses menggabungkan maklumat baharu dengan skema yang telah dimiliki. Melalui proses tersebut pengetahuan manusia selalu bertambah.

Menurut Piaget, murid-murid juga belajar melewati tahap Disequilibrium (Ketidakseimbangan) menuju Equilibrium (Keseimbangan). Disequilibrium

merupakan situasi yang penuh dengan tanda tanya dan rasa ingin tahu murid13

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK murid kerana fenomena yang dihadapi tidak sesuai dengan skema yang dia miliki. Jika pertanyaan tersebut terjawab, maka murid-murid kembali ke situasi equilibrium, iaitu suatu keadaan murid akan berasa puas untuk seketika dengan jawapan atas pertanyaan dalam fikirannya.

14

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Melayari Internet (1 jam)

Melayari laman web berikut untuk mengumpul maklumat tentang konsep pra nombor. Sediakan satu rumusan kefahaman anda tentang pra nombor dan menulis refleksi. http://www.basicconcepts.co.za/systematic.htm http://www.col.org/stamp/UpMath4.pdf http://s22318.tsbvi.edu/mathproject/ch1.asp

Latihan

1.

Bincang dan bentangkan aktiviti Matematik yang sesuai untuk mengajar

konsep: klasifikasi seriasi / turutan hubungan satu kepada satu pengekalan dalam pengajaran pemulihan Matematik

2.

Bentangkan maklumat berkaitan dengan teori pembelajaran Matematik

dalam bentuk peta minda.

Berfikir (1 jam)

Bagaimanakah kamu melakukan hasil tambah, hasil tolak dan hasil darab terhadap nombor-nombor angka bererti? Rujuk kaedah matematik untuk melakukan operasi ini.

15

PKP3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK Perbincangan ( 1 jam)

Bincangkan alat-alat pengukur yang sesuai bagi mengukur kuantiti-kuantiti fizik berikut; panjang tali, ketebalan satu keping kertas, ketebalan cermin tingkap, ketebalan sebuah buku dan lebar meja.

Rujukan http://www.bipm.org/en/si/ http://en.wikipedia.org/wiki/SI (Sistem International)

16

You might also like