You are on page 1of 22

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU

Lambang-lambang
negara Malaysia


Nama : Nurul Nabihah binti Burairah

Kelas : 1 M

Nama Guru : Pn. Noorazreen



Jata Negara



Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning melambangkan agama
Islam.
Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas buah negeri termasuk ibu
negeri di Malaysia.
Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia.
Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah
melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna
hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam,
putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri
Sembilan.Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu
(Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).








Jalur Gemilang




Bulan sabit dan bintang yang berwarna kuning melambangkan Islam adalah agama
rasmi Malaysia.
Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas negeri di Malaysia dan ibu
negeri.
14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negeri, Kuala Lumpur.
Warna biru melambangkan perpaduan.
Warna putih melambangkan kesucian.
Warna merah melambangkan keberanian.











Bunga Kebangsaan



Bunga Kebangsaan di Malaysia ialah bunga raya yang dikategorikan dalam Genus
Hibiscus. Bunga raya mempunyai lima kelopak dan telah dinobatkan sebagai bunga
kebangsaan pada tahun 1960 oleh Perdana Menteri pertama, YTM Al-Marhum Tunku
Abdul Rahman Al-Haj
Warna merah bagi bunga raya mewakili sifat berani menempuh cabaran dan
bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga memberi maksud yang berikut:
i.Mencapai perpaduan di kalangan rakyaMewujudkan demokrasi dalam
Negara
ii.Mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam membahagikan
kekayaan Negara
iii.Mewujudkan masyarakat yang bebas untuk mempraktikkan kebudayaan
yang pelbagai
iv.Mewujudkan masyarakat yang canggih dan cerdik dalam pembangunan
teknologi
Lima prinsip Rukun Negara juga digunakan sebagai panduan dalam kehidupan
rakyat Malaysia. Prinsip Rukun Negara adalah satu usaha dalam mewujudkan
perpaduan dalam Negara walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai jenis
agama, kepercayaan, kaum dan kebudayaan masing-masing.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan



Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia




BENDERA NEGERI SABAH

Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama
dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak
ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu
berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan
sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada
tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki
bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan
jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan
ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan
perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan
dan semangat kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian
Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.




LAMBANG NEGERI SABAH
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan
berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu
susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan
nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah
perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih
dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk
Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji.
Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan
cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang
menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di
kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan
kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran
Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman,
warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran
sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk
Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.








BENDERA NEGERI SARAWAK
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat
dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri
contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan
(Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna
hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak
dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang
yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di
mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-
cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu
kehidupan selepas merdeka.








LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi
dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan
ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan
keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.




BENDERA NEGERI TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah
hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama
Islam, agama negeri.




LAMBANG NEGERI TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di
Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku
Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai
melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.



BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah
iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.


Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan
kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.


LAMBANG NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di
tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di
Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan
Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula
ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan
zaman dahulu.



BENDERA PULAU PINANG


Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna
putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda
kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.



LAMBANG NEGERI PULAU PINANG
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang
dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini
melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel
pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina,
India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah
lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara
dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.




BENDERA NEGERI PERLIS
Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat.
Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.



LAMBANG NEGERI PERLIS

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.
Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.




BENDERA NEGERI SEMBILAN
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna
merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam
maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian
negeri ini.




LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya


Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang
Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam
gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di
tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran
Yang Di Pertuan Besar.



BENDERA NEGERI MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda
Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.







LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam
Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka
pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam,
agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat
namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati
riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama
mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.





BENDERA NEGERI KELANTAN

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.
Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.




LAMBANG NEGERI KELANTAN
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda
Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk
mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah
tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan
(kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang
kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang
itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata
negeri ini.




BENDERA NEGERI PAHANG
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas
dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran
Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di
negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah
melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna
bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan
pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila
serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan
berdaulat.


LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk
penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa


dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri
Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari
emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika
itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia
menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang
lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif
" juga dijadikan azimat yang berguna.




BENDERA NEGERI PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih,
kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan
kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna
kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak
Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia
Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.







LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan
bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja
Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga
padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.




BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai
kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar
belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga
melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.
Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya








LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda
Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.




BENDERA NEGERI JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan
negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.



LAMBANG NEGERI JOHOR
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu
menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar,
Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda
Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada
binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini.
Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan
Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.











PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kerana telah
memberikan sokongan dan membantu saya menyiapkan folio ini dengan
membeli bahan keperluan seperti kertas warna dan sebagainya. Selain itu,
saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan saya
kerana telah membantu saya . Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Puan Norazreen
kerana mengalakkan saya untuk menyertai pertandingan terbuka iaitu
membuat folio tentang lambing-lambang negara. Sekali lagi, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua.

You might also like