You are on page 1of 5

Teks Pengacara Majlis

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Wp Labuan 2014.



Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Yang berbahagia
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Yang berusaha En.Awgku Damit @Awgku Chuchu Bin Pengiran Md Yasin, Guru Besar SK
Pekan Dua
Yang berusaha
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Guru-Guru Penolong Kanan, Ustaz Dan Ustazah, Guru-Guru, hadirin dan hadirat serta murid-
murid sekalian.
Selamat datang ke Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Majlis Tadarus Al-Quran
Sekolah-Sekolah Peringkat WP Labuan 2014.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan memohon keberkatan dengan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Ustaz Muhammad Azhan bun Abd Ghani. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Amin amin ya Rabbal Alamin. Terima kasih kepada Ustaz Muhammad Azhan atas bacaan
doa itu tadi.
Hadirin & hadirat sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha
En.Awgku Damit @Awgku Chuchu Bin Pengiran Md Yasin, Guru Besar SK Pekan Dua untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Guru Besar diatas ucapan beliau sebentar tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Seterusnya majlis berbesar hati menjemput
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Majlis Tadarus Al-
Quran Sekolah-Sekolah Peringkat WP Labuan bagi tahun 2014. Majlis mempersilakan.
Terima kasih ___________________________________________________diatas ucapan
beliau sebentar tadi.
Bagi tidak membuang masa lagi, majlis menjemput
Ustaz______________________________________selaku Ketua Hakim untuk memberi
ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih Ustaz ___________________________________________________________
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia ____________________________________________
Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah- Sekolah Peringkat WP Labuan bukan sekadar sebuah
nama. Ianya merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam,
Pejabat Pendidikan WP Labuan, sebagai suatu aktiviti nilai tambah bagi melahirkan generasi
yang cintakan Al-Quran dan cintakan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Dengan tema
tahun ini Al-Quran Menjana Transformasi Ummah Wasstiyyah.
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan
pertandingan yang telah dilaksanakan.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput ______________________________
untuk mengiringi _____________________________________________________________
bagi menyampaikan hadiah. Majlis mempersilakan.
Bagi pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah tempat
3 jatuh kepada ______________________________________________________________
2.
1.
Bagi pertandingan hafazan Sekolah Rendah tempat
3 jatuh kepada ______________________________________________________________
2.
1.
Bagi pertandingan bercerita Sekolah Rendah tempat
3 jatuh kepada_______________________________________________________________
2.
1.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Sekolah
Menengah. Dengan ini, majlis dengan berbesar hati menjemput
_______________________________________________ untuk mengiringi
___________________________________________________________________________
bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Bagi pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah tempat
3 jatuh kepada ______________________________________________________________
2.
1.
Bagi pertandingan Hafazan Sekolah Menengah tempat
3 jatuh kepada ______________________________________________________________
2.
1.
Bagi pertandingan Syarahan Sekolah Menengah tempat
3 jatuh kepada ______________________________________________________________
2.
1.
Sekarang, keputusan yang ditunggu-tunggu oleh hadirin dan hadirat serta murid sekalian,
iaitu penyampaian hadiah johan keseluruhan. Sekali lagi, majlis dengan segala hormatnya
menjemput _________________________________________________________________
untuk mengiringi _____________________________________________________________
bagi menyampaikan hadiah kepada johan keseluruhan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-
Sekolah Peringkat WP Labuan 2014.
Hadiah Johan Keseluruhan bagi
1. Sekolah Rendah jatuh kepada sekolah__________________________________________
2. Sekolah Menengah jatuh kepada sekolah________________________________________
Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang kurang bernasib baik, berusaha sebaiknya
untuk pertandingan pada tahun hadapan. Insyaallah.
Pihak majlis merakamkan setinggi jutaan terima kasih kepada para hakim dan perasmi Majlis
Tadarus Al-Quran ini kerana turut serta dalam menjayakan majlis yang penuh barakah ini.
Dengan ini, pihak majlis menjemput _____________________________________________
turut mengiringi _____________________________________________________________
bagi penyampaian cenderahati kepada para hakim, perasmi dan pengelola yang bertungkus
lumus dalam menjayakan majlis ini.. Dengan segala hormatnya mempersilakan
Para hakim yang
1._________________________________________________________________________
2._________________________________________________________________________
3._________________________________________________________________________
Perasmi majlis, dijemput wakil dari Masjid An-Nur

Pengelola
En.Awgku Damit @Awgku Chuchu Bin Pengiran Md Yasin, Guru Besar SK Pekan Dua
Maka tamatlah sudah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penyampaian
cenderahati kepada para hakim, perasmi dan pengelola Malis Tadarus Al-Quran Sekolah-
Sekolah Peringkat WP Labuan 2014. Segala kekurangan datangya dari saya sendiri dan
segala kelebihan datangnya daripada Allah SWT.
Sebelum mengakhiri majlis terimalah serangkap pantun dari saya,
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.
Hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan. Majlis bersurai.

You might also like