You are on page 1of 2

MAJLIS PERPISAHAN RINGKAS PUAN ________

Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum kita memulakan majlis Seuntai Kasih Setulus Budi pada pagi ini, marilah
sama-sama kita membuka majlis dengan bacaan ummul Quran alFatihah.

Amin Amin ya Rabbal ’alamin

Salutasi Bias mentari hinggap di muka,


Lari berteduh si anak dara,
Majlis bermula tirai dibuka
Assalamualaikum pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang diraikan ___________________


Guru Sejarah

Yang Berusaha,
______________________
Pengetua ______________

Yang berusaha,
______________________
Penolong Kanan Tingkatan 6

Yang berusaha,
______________________
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha,
______________________
Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, ahli panitia Sejarah, ahli Kelab Guru, guru-guru, dan anggota
kumpulan pelaksana sekalian.
Kata-kata Jika tidak kerana unggas,
Aluan Tidaklah rosak padi di sawah,
Kalau tidak kerana tugas,
Tidaklah kita perlu berpisah.

Berkumpulnya kita pada pagi ini dalam majlis Seuntai Kasih Setulus Budi adalah
bagi meraikan seorang guru kita iaitu __________________. Setelah hampir 7
tahun mencurah bakti di ______________ iaitu bermula pada tahun 20__, kini
beliau akan membuka lembaran baharu di tempat baharu. Untuk pengetahuan,
____________ merupakan sekolah ke-3 beliau berkhidmat. Sebelum ini, beliau
pernah bertugas di ___________________________. Perkhidmatan beliau yang
bermula sejak tahun _____ lagi kini akan diteruskan di ____________.

Jalan berempat ke pekan Kelua,


Singgah sebentar memetik kekwa,

1
Berilah kata sepatah dua
Ucapan Untuk disemat di dalam jiwa.
Pengetua
Seterusnya,

Majlis menjemput Yang Berusaha, ______________ Pengetua


bagi menyampaikan ucapan buat yang diraikan, _________. Dengan segala
hormatnya dipersilakan

Cue: habis ucapan

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn Pengetua atas


ucapan beliau sebentar tadi. Semoga ucapan itu tadi akan menjadi kenang-
kenangan buat ___________akan kami yang masih berada di ____________.

Penyampaian Hadirin sekalian,


hadiah
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati ________ yang kita
raikan. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput
___________ untuk menerima cenderahati diiringi oleh Pengerusi Kelab Guru
__________. Majlis mempersilakan:

Rujuk lampiran hadiah

Terima kasih diucapkan kepada semua.


Penutup Hadirin sekalian,

Kini tibalah kita di penghujung majlis

Berdayung sampan ke tanah tanjung


Hendak membeli gelam rotan
Budi dikenang lelah disanjung
Kekal subur dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga ___________ yang bertungkus


lumus menjayakan majlis kenang-kenangan ini.

Semoga pertukaran ini akan memberikan hikmah buat semua. Semoga


______________ akan terus cemerlang, gemilang, dan terbilang walau dimana
jua beliau berada.

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz Assalamualaikum w.b.t

You might also like