You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA: MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEM MOTIVASI SYIAR HARAPAN 2014

BIL PERKARA HURAIAN TINDAKAN


1 KEHADIRAN
TETAMU
JEMPUTAN
2 PROTOKOL Bismillahirohmanirohim... SAADAH

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yg. Berbahagia _____________________________________

(________________________________________________)
Wakil rasmi PENGURUS BANK RAKYAT, CAWANGAN BINTULU

Yg. Berusaha Pn. Rohani Bte Hj Daud


(Pengetua SMK Baru Bintulu)

Yg. Berusaha ________________________________________)


(__________________________________________________)
Wakil Rasmi Yang Dipertua PIBG SMK Baru Bintulu.

Yg. Dihormati
(___________________________________________________)
(Pegawai Baitul mal Cawangan Bintulu)

(___________________________________________________)

(__________________________________________________)
Wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu

(__________________________________________________)
(Wakil daripada Seri Suria Catering)

Yg dikasihi Guru-guru kanan


Guru-Guru SMK Baru Bintulu, para ibu bapa serta para pelajar
sekalian.

3 BACAAN DOA Alhamdulilah... marilah bersama-sama kita merafakkan kesyukuran SAADAH


kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin kurnianya
dapatlah bersama-sama kita berkumpul pada pagi yang berbahagia
ini dalam acara Penutupan Perasmian KEM SYIAR HARAPAN 2014.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang berbahagia ini


dipersilakan Ustaz Husaini Bin Mokhtar bagi memimpin bacaan doa.

4 UCAPAN ALU Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan doa sebentar SAADAH
ALUAN tadi.
PENGETUA
Hadirin,
Kem Motivasi Syiar Harapan yang bertemakan
Sahsiah dan Pembangunan Akhlak ke Arah Kecemerlangan
Akademik merupakan satu program yang telah diusahakan secara
bersepadu oleh pihak SMK Baru Bintulu, yang melibatkan Panitia
Pend. Islam, Persatuan Pend. Islam, Persatuan Puteri Islam, Kelas
KAA dengan kerjasama BAKTI dan pihak PIBG SMK Baru Bintulu,

Program ini bermatlamatkan ke arah pembentukan tingkahlaku


pelajar yang positif dalam menyumbang kepada pembangunan
akademik, kokurikulum, pembaikan sahsiah dan pertumbuhan
kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab sebenar yang perlu
dipikul sebagai pelajar dan tanggungjawab kepada keluarga dan
agama.

Maka, sepanjang program ini pelbagai aktiviti yang berfaedah telah


diterapkan untuk memantapkan jiwa anak anak SMK Baru Bintulu
ini, yang mana mereka semua bakal menduduki Peperiksaan SPM
tidak lama lagi.

Hadirin,

Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya


mempesilakan PN. ROHANI BINTI HJ DAUD (Pengetua SMK Baru
Bintulu) untuk menyampaikan ucapan alu aluan.
Dipersilakan.

5 UCAPAN Terima kasih atas ucapan alu aluan sebentar tadi. SAADAH
PERASMIAN
Hadirin,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian penutupan Kem
Motivasi Syiar Harapan 2014.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia


(_________________________________________________)
(_______________________________________________)
Wakil rasmi Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Bintulu.
untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara
perasmian penutupan Kem Motivasi Syiar Harapan SMK Baru Bintulu
bagi tahun 2014. Dipersilakan.

6 PENYAMPAIAN Ribuan terima kasih diucapkan kepada SAADAH


HADIAH dan __________________________________________________ atas
CENDERAHATI ucapan perasmian penutupan sebentar tadi.

Kelebihan Nabi dengan Mukjizat


Kelebiham umat dengan muafakat
Air melurut dengan bandarnya
Benar Melurut Dengan Muafakatnya
Pisang Sesikat Gulai Sebelanga
Teruskan Muafakat Bersama-sama.

Hadirin Sekalian,
Dalam membangun dan menjayakan bidang pendidikan pastinya
memerlukan sokongan dan komitmen pelbagai pihak baik ibu bapa, pihak
sekolah dan agensi-agensi luar. Kerjasama dan sokongan inilah yang akan
membuka ruang yang lebih lebar untuk bidang pendidikan negara dalam
menghasilkan modal insan yang cemerlang.

Bersempena dengan itu, SMK Baru Bintulu sangat bertuah kerana sentiasa
mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak dalam menjayakan
beberapa aktiviti sekolah.

Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha


PN ROHANI BINTI HJ DAUD (Pengetua SMK BARU Bintulu) dengan
diiringi
_____________________________________________________
(____________________________________________________)
untuk menyampaikan cenderahati kepada para penyumbang bagi
Program Kem Motivasi Syiar Harapan ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

7 PENYAMPAIAN Oleh itu, majlis mempersilakan SAADAH


CENDERAHATI
KEPADA 1. (________________________________________________)
PENYUMBANG
_________________________________________________
Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, Bank Rakyat Cawangan
Bintulu, merupakan agensi luar yang banyak memberi sumbangan
kepada pihak sekolah, antaranya pada tahun 2014 ini pihak Bank
Rakyat telah menyumbangkan untuk PROGRAM IHYA RAMADHAN,
SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM DAN SUMBANGAN KEPADA
PARA PELAJAR MUALAF.

Seterusnya dipersilakan,

2. (________________________________________________)
Pegawai Baitul Mal Cawangan Bintulu.

Dan seterusnya dipersilakan,


3. (________________________________________________)

Wakil daripada pihak Seri Suria Catering @ Kantin SMK Baru


Bintulu.

Seri Suria Catering juga merupakan penyumbang utama dalam


beberapa program SMK Baru Bintulu terutama dalam tajaan
makanan dan minuman...

Terima Kasih Daun Keladi.....

Dengan itu, majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn


Pengetua atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

8 PENYAMPAIAN Acara diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada SAADAH


CENDERAHATI penceramah dan para fasilitator.
KEPADA Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
PENCERAMAH (_______________________________________________________)
DAN
FASILITATOR ________________________________________________________
dengan iiringi Pn Rohani Binti Hj Daud (Pengetua SMK Baru Bintulu)
Untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati. Dipersilakan.

1. Dipersilakan Penceramah sepanjang Kem Motivasi ini iaitu


________________________________________________

2. Seterusnya, dipersilakan para fasilitator yang telah


bertungkus lumus dalam bersama-sama membantu para
pelajar ini
9 PENYAMPAIAN Acara penyampaian hadiah diteruskan lagi, Oleh itu, dipersilakan SAADAH
SIJIL KEPADA Adik___________________________________________________
PENGHULU (PENGHULU KEM MOTIVASI SYIAR HARAPAN SMK BARU BINTULU)
Sebagai mewakili para peserta Kem Motivasi Syiar Harapan
menerima sijil Penyertaan. Dipersilakan.

10 PENYAMPAIAN Acara penyampaian hadiah telah sampai kekemuncaknya, oleh itu SAADAH
HADIAH diumumkan 3 kumpulan terbaik sepanjang Kem Motivasi Syiar
KUMPULAN Harapan ini berlangsung. Diumumkan...
TERBAIK
Tempat ke 3 :

Tempat ke 2 :

Tempat Pertama :

Majlis merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada


EN_____________________________________________________
(_______________________________________________________)
atas kesudian menyampaikan hadiah dan cenderahati sebentar tadi.

11 PENUTUP Hadirin... SAADAH


Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi maka
berakhirlah sudah Kem Motivasi Syiar Harapan 2014, Diharapkan
para peserta akan mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna
sepanjang program ini berlangsung di samping terus mengguna
pakai segala ilmu yang dipelajari.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para


penymbang, jawatan kuasa Kem Syiar Harapan 2014, dan tidak lupa
kepada semua yang hadir kerana telah menjayakan program yang penuh
bermakna ini.

Saya mewakili jawatan kuasa pelaksana sambutan ingin memohon beribu


keampunan sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang majlis sambutan ini
berlangsung, kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt
dan yang buruk itu datangnya dari kesilapan kami sendiri.

Sekian... terima kasih

12 PENGUMUMA
N

You might also like