You are on page 1of 1

FORMAT LAPORAN INOVASI P&P

Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi P&P yang dijalankan. Laporan
pelajar merangkumi:

1. Refleksi P&P lalu
- Pelajar perlu mengaitkan pengalaman P&P lepas dengan empat perkara utama P&P:
a. Guru
b. Murid
c. Isi kandungan pelajaran
d. Persekitaran
- Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-
bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang
berkaitan.

2. Objektif kajian
- Objektif kajian hendaklah berbentuk positif dan boleh
diukur/dikesan/dinilai/dilaksana
- Contoh objektif kajian, : Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran
murid

3. Kumpulan sasaran
- Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji
- Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji

4. Perlaksanaan inovasi P&P
- Pelajar perlu menyediakan P&P yang berteraskan inovasi sebagai contoh:
Flipped classroom;
Blog;
Wordpress;
Prezi;
atau lain-lain yang seumpama
- Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat

5. Laporan perlaksanaan konsep inovasi yang dijalankan.
- Laporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan (terangkan proses-proses yang
telah dilalui didalam bilik darjah setelah melaksanakan inovasi dalam P&P)
contohnya, jika guru memilih inovasi Flipped Classroom apakah keberkesanan dan
kelemahan P&P ini.
- Laporkan penilaian terhadap aktiviti yang dilakukan (sebelum dan selepas inovasi
P&P)

6. Lampiran
- Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan
- Bukti penilaian selepas dan sebelum P&P

You might also like