You are on page 1of 2

SEKTOR JAMINAN KUALITI

JABATAN PELAJARAN SELANGOR


Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4
40604 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Talian Telefon : 03-55186201
Talian Faks : 03-55107299

LAMAN WEB SPSK :-
www.moe.gov.my/jpnselangor/kualitiv2
E-MEL
jpn.selangor@moe.gov.my
JABATAN PELAJARAN SELANGOR TERBILANG

Sistem
Pengurusan
Sekolah
Kualiti
(SPSK)
Kerja Berkualiti
Kecemerlangan Pasti
KELEBIHAN
PENGURUSAN BERKUALITI
1. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan
terhadap pencegahan dan bukan mengatasi
masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku;
2. Kajian semula yang berterusan ke atas proses-
proses yang kritikal dan membuat tindakan
pembetulan;
3. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan
menepati prinsip betul pertama kali dan setiap
kali;
4. Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur
yang didokumenkan; dan
5. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk
membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.
DEFINISI PENGURUSAN
BERKUALITI
Pengurusan : Satu proses sosial yang melibatkan
aktiviti seperti merancang, mengelola,
melaksana (memimpin) dan mengawal
pelaksanaan program-program atau tindakan
bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Berkualiti: Perkhidmatan (output) memenuhi
kehendak pelanggan dan stakeholder.
CIRI-CIRI
PENGURUSAN BERKUALITI
1. Penambahbaikan berterusan.
2. Penekanan yang lebih kepada peranan
pengurusan atasan.
3. Mengambil kira keperluan undang-undang
dan peraturan.
4. Objektif yang boleh diukur pada setiap
peringkat dan fungsi yang berkaitan.
5. Memastikan keberkesanan latihan.
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran
pencapaian pelaksanaan sistem kualiti.
7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan
pencapaian sebagai pengukuran pencapaian
objektif kualiti.

VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI
Membangun Potensi Individu
Melalui Pendidikan Berkualiti


SLOGAN
JABATAN PELAJARAN SELANGOR TERBILANG

DASAR KUALITI
Jabatan Pelajaran Selangor bertekad untuk
memastikan sistem pengurusan perkhidmatan
pendidikan dilaksanakan secara profesional,
efisien dan berkualiti bagi memenuhi kehendak
dan kepuasan hati pelanggan. Proses ini
melibatkan kerja sepasukan, kajian semula
pengurusan dan proses penambahbaikan yang
dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

LATAR BELAKANG
PROGRAM SPSK
MATLAMAT PROGRAM SPSK

1. Memantapkan kecemerlangan sekolah agar
memperoleh Tawaran Baru (Baiah) setiap
tahun.
2. Menyediakan sekolah ke arah Sekolah Kluster
Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi
menjelang 2014.
3. Sifar sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7
menjelang 2014 di Selangor kecuali sekolah yang
baru dibuka.
4. Sifar sekolah di negeri Selangor mendapat Audit
Berteguran menjelang tahun 2014.
5. Memastikan semua sekolah di negeri Selangor
mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti Be-
rasaskan MS ISO 9000 menjelang tahun 2015.
PK01 Pengurusan Panitia

PK02 Pengurusan Jadual Waktu

PK03 Pengurusan Pembelajaran & Pengajaran

PK04 Pengurusan Pencerapan

PK05 Pengurusan Peperiksaan

PK06 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK08 Pengurusan Bimbingan

PK09 Pengurusan Pusat Sumber

PK10 Pengurusan Perkembangan Staf

PK11 Pengurusan Aduan Pelanggan

PK12 Pengurusan Maklum Balas Pelanggan

PK13 Pengurusan Kawalan Dokumen dan
Rekod Kualiti

PK14 Pengurusan Audit Dalam

PK15 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan
yang Tidak Akur

PK16 Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan
Penambahbaikan

PK17 Pengurusan Perolehan
PROSEDUR KUALITI (PK)
SPSK YANG DILAKSANAKAN
DI SEKOLAH
SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan
Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK ada-
lah pemantapan dari segi pengurusan dan
pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran
yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor.
SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur
kualiti MS ISO 9001:2008 dengan matlamat
menyediakan semua sekolah di negeri Selangor ke
arah sekolah bertaraf dunia.

OBJEKTIF SPSK

1. Mel aksanakan 100% pengajaran dan
pembel ajaran berdasarkan Rancangan
Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-
parkara yang di luar kawalan sekolah.
2. Memastikan pencapaian murid setiap
sekolah di negeri Selangor mencapai 65%
lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari
tahun sebelumnya dalam setiap mata
pelajaran bagi peperiksaan pertengahan
tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.
3. Memastikan 100 % murid sekolah di negeri
Selangor mendapat Perkhidmatan
Bimbingan dalam Kemahiran Belajar,
Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan
Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara
yang di luar kawalan pihak sekolah.
4. Melaksanakan Prosedur Pengurusan Kewangan,
tanpa teguran audit.
STATUS PELAKSANAAN
Jumlah sekolah yang telah melaksanakan SPSK ada-
lah 76 buah sekolah (2010 & 2011)

2010 41 buah sekolah berprestasi rendah
2011 35 buah sekolah berprestasi sederhana
2012 Semua sekolah di negeri Selangor
melaksanakan SPSK

You might also like