You are on page 1of 20

Qiraat Imam 'Asim Riwayat Hafs: Kajian Terhadap Dua Toriq

Abd Muhaimin bin Ahmad


Muhammad Hafiz bin Saleh
Norazman bin Alias
muhaimin@usim.edu.my
mhafiz@usim.edu.my
norazman@usim.edu.my

Universiti Sains Islam Malaysia


Abstrak

Qiraat Imam 'Asim Riwayat Hafs merupakan bacaan majoriti umat Islam di dunia.
Umumnya, toriq yang masyshur bagi riwayat ini adalah toriq Ubaid bin Sobah al-
Nahsyali yang dibawa oleh Imam al-Syatibi di dalam qasidahnya Hirz al-Amani wa
Wajhu al-Tahani. Namun hakikatnya, terdapat banyak toriq lain bagi bacaan riwayat
Hafs ini yang telah dihimpunkan oleh para qurra' di dalam kitab-kitab mereka. Kitab-kitab
tersebut telah dihimpunkan oleh Imam Ibn al-Jazari di dalam kitabnya al-Nasyr fi al-
Qira'at al-'Asyar. Di antara toriq-toriq ini terdapat perbezaan pada beberapa kalimah dan
hukum tertentu. Perbezaan tersebut kadang-kala menyebabkan pembaca al-Quran
mencampuradukkan bacaan di antara toriq tanpa pengetahuan dan kesedaran
sedangkan hukumnya adalah ditegah. Justeru, kajian ini akan menjelaskan bacaan
riwayat Hafs 'an 'Asim ini dengan memilih dua toriq sebagai skop kajian dan
mengemukakan perbezaan yang terdapat di antara dua toriq tersebut.

























2
1.0 Pendahuluan

Bacaan al-Quran menurut riwayat Hafs daripada 'Asim adalah bacaan majoriti
umat Islam di dunia. Mengikut statistik, sembilan puluh lima peratus (95%)
daripada umat Islam membaca al-Quran mengikut riwayat ini, manakala riwayat-
riwayat yang adalah bacaan minoriti umat Islam
1
.

Hakikatnya, riwayat Hafs daripada 'Asim yang menjadi bacaan majoriti
umat Islam ini mempunyai toriq-toriq yang berbeza di antara satu toriq dengan
toriq yang lain. Toriq yang masyhur yang menjadi pegangan umat Islam di dunia
umumnya dan di Malaysia khasnya adalah toriq al-Syatibiyyah, iaitu toriq yang
dibawa oleh Imam al-Syatibi di dalam qasidahnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-
Tahani. Manakala toriq-toriq lain bagi riwayat Hafs daripada 'Asim yang
diriwayatkan oleh para Qurra' turut menjadi pegangan dalam pembacaan al-
Quran sebahagian umat Islam yang mengetahui dan mempelajari secara khusus
toriq-toriq tersebut.

Namun, terdapat sebahagian pembaca al-Quran yang tidak memahami
selok belok perbezaan bacaan setiap toriq, lalu mencampuradukkan toriq-toriq
tersebut di dalam bacaan mereka sedangkan hukumnya adalah tegah.

Di dalam ilmu qiraat, mencampuradukkan bacaan di antara toriq, riwayat
dan qiraat dinamakan sebagai talfiq, takhlit atau tarkib. Para ulama' telah
menyebut perbuatan tarkib (mencampuradukkan) bacaan ini di dalam kitab-kitab
mereka sebagai peringatan supaya para pembaca al-Quran tidak terjerumus
melakukannya. Di antara mereka adalah Imam al-Sakhawi, al-Shofaqasi, Ibn al-
Jazari, al-Qastalani, Mustafa al-Izmiri dan Muhammad Ali al-Dhabba'.
2



1
. Warsy daripada Nafi: 3%, iaitu di Algeria, Morocco, Tunisia, Barat Afrika dan Sudan, Ibn Amir: 1%, iaitu di
sebahagian Yaman, Qalun daripada Nafi: 0.7%, iaitu di Libya dan sebahagian Tunisia dan Qatar, dan Duri daripada Abu
Amr: 0.3%, iaitu di sebahagian Sudan dan Barat Afrika. Lihat:
Abu 'Ammar, Yasir al-Qadhi. An Introduction to the Sciences of the Qur`aan. 1999. Dar al-Hidayah. Birmingham. C.1. 199.
2
. Lihat penulisan mereka: Kitab Jamal al-Qurra' wa Kamal al-Iqra', Ghaith al-Naf' fi al-Qiraat al-Sab', al-Nasyr fi Qiraat al-
'Asyar, Lataif al-Isyarat fi Funun al-Qiraat. 'Umdah al-'Irfan fi Tahrir Aujuhi al-Quran dan Shorih al-Nas.
3
Ibn al-Jazari berkata: "...Dan faedah daripada kami jelaskan dan
perincikan daripada toriq-toriq dan kami sebut kitab-kitab adalah supaya tidak
berlaku tarkib, kerana sesungguhnya apabila ia dibezakan dan dijelaskan maka
hilanglah perkara itu (tarkib)"
1
Imam al-Qastolani menyatakan: "...Dan
barangsiapa yang tidak (dapat) membezakan di antara toriq-toriq dan riwayat-
riwayat, tiada baginya jalan untuk tidak melakukan tarkib qiraat"
2
.

Menurut Sheikh al-Dhabba' perkara tersebut berlaku kerana kejahilan
pembaca al-Quran terhadap perbezaan toriq-toriq dan tidak berpegang pada
asas yang kukuh ketika mengambil sesuatu bacaan.
3
Justeru, jalan keluar bagi
mengelak berlakunya tarkib di dalam pembacaan al-Quran adalah dengan
menguasai kaedah bacaan setiap toriq, riwayat atau qiraat yang dibaca.

Di dalam kajian ringkas ini, penulis cuba mengupas bacaan riwayat Hafs
daripada 'Asim melalui perbandingan 2 toriq yang dipilih. Toriq-toriq tersebut
adalah toriq al-Syatibiyyah yang menjadi sandaran bacaan majoriti umat Islam
dan Toriq al-Farisi Daripada Kitab al-Tajrid yang turut dicatat oleh Ibn al-Jazari di
kitab al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar.

2.0 Toriq-toriq Riwayat Hafs Daripada 'Asim

Sebagaimana dimaklumi, bahawa riwayat Hafs daripada 'Asim menurut toriq al-
Syatibiyyah merupakan bacaan yang masyhur seluruh alam. Kemasyhurannya
menjadikan toriq-toriq selainnya kurang dikenali dan diamalkan oleh umat Islam.

Imam al-Syatibi telah memilih satu toriq sahaja bagi setiap riwayat yang
dikumpulkan di dalam kitabnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Beliau telah
mengekalkan toriq asal kitab beliau iaitu Kitab al-Taisir fi al-Qiraat al-Sab'
karangan Abu 'Amr al-Dani. Bagi riwayat Hafs daripada 'Asim, toriq tersebut
adalah toriq 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali.
4


1
. Ibn al-Jazari, Muhammad bin Muhammad. Al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar. 2006. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. Beirut. Jld.1.
152.
2
. al-Qastalani, Shihabuddin. Lataif al-Isyarat li Funun al-Qiraat. 1972. Lajnah Ihya' al-Turath al-'Arabi. Kaherah. Jld.1.
337.
3
. al-Dhabba', Muhammad 'Ali. Sorih al-Nas fi al-Kalimat al-Mukhtalaf fiha 'an Hafs. 1346H. Matba'ah Mustafa al-Babi al-
Halabi. Hlmn.3.
4
. al-Sofaqasi, 'Ali al-Nuri. Ghaith al-Naf' fi al-Qiraat al-Sab'. 1999. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. Beirut. 12-13.
4
Di samping itu, para ulama' yang lain telah memilih toriq-toriq yang lain
dan toriq-toriq tersebut telah di dihimpulkan oleh Imam Ibn al-Jazari di dalam
kitab beliau al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar. Ibn al-Jazari telah memilih bagi riwayat
Hafs daripada 'Asim 2 toriq yang utama iaitu:

1. Toriq 'Ubaid bin al-Sobah al-Nahsyali, yang telah mengambil
bacaan daripadanya Ahmad bin Sahl al-Usynani, dan daripada
toriq Usynani ini dua toriq:
1.1 Toriq 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi, dan daripadanya
terpecah kepada 10 toriq.
1.2 Toriq Abi Tahir 'Abd al-Wahid bin 'Umar, dan daripadanya
terpecah kepada 14 toriq.

2. Toriq 'Amru bin al-Sobah al-Nahsyali, dan daripadanya 2 toriq:
2.1 Toriq Abi Ja'far Ahmad bin Muhammad bin Hamid al-Fami
yang dikenali sebagai al-Fil, dan daripadanya terpecah
kepada 14 toriq.
2.2 Toriq Zur'an bin Ahmad bin 'Isa, dan daripadanya terpecah
kepada 14 toriq.

Jumlah semua toriq bagi riwayat Hafs daripada Imam 'Asim yang telah
dihimpun oleh Ibn al-Jazari di dalam kitab beliau adalah 52 toriq.
1


Sheikh al-Dhobba' di dalam kitab Sorih al-Nas telah menambah 5 toriq
yang lain yang tidak dipilih oleh Ibn al-Jazari iaitu 3 toriq daripada al-Fil dan 2
toriq daripada Zur'an. Ini telah menjadikan keseluruhan toriq bagi riwayat Hafs
daripada 'Asim adalah 57 toriq.
2


1
. Ibn al-Jazari. al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar. Jld.1. 125.
Lihat juga:
Dhamrah, Taufiq Ibrahim. Ahsan al-Bayan Syarh Turuq al-Tayyibah li Riwayat Hafs bin Sulaiman. 2009. Muassasah al-
Rayyan. 'Amman. Cetakan kedua. 45-46.
Hammad, 'Umar Yusuf. Al-Manar fi Riwayah Hafs min Turuq Tayyibah al-Nasyr. 2007. Jam'iyyah al-Muhafazah 'ala al-
Quran al-Karim. 'Amman. 41-42.
2
. al-Dhabba'. Sorih al-Nas. 3.
Lihat juga:
Dhamrah. Taufiq Ibrahim. Ahsan al-Bayan Syarh Turuq al-Tayyibah li Riwayat Hafs bin Sulaiman. 46.
Hammad, 'Umar Yusuf. Al-Manar fi Riwayah Hafs min Turuq Tayyibah al-Nasyr. 42.
5
3.0 Pengenalan Terhadap Toriq 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali Daripada Hirz al-
Amani wa Wajh al-Tahani Susunan Imam al-Syatibi

3.1 Pengenalan Terhadap Imam al-Syatibi
1

Nama sebenar Imam al-Syatibi adalah al-Qasim bin Firruh bin Kholaf bin Ahmad
Abu Qasim wa Abu Muhammad Al-Syatibi Al-Andalusi. Beliau dilahirkan di
Syatibah pada bulan Zulhijjah dalam tahun 538 Hijrah. Beliau adalah seorang
qari yang buta, tetapi mempunyai kepintaran yang menakjubkan.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat dan memahirinya daripada Abi Abdullah
Muhammad bin Abi al-'Ash. Kemudian beliau mendalami ilmu qiraat daripada Ibn
Huzail, di mana Imam al-Syatibi telah membaca di hadapan beliau qiraat
menurut kitab al-Taisir yang telah dihafaznya.

Beliau juga turut mempelajari kitab-kitab karangan ulama yang terkenal di
antaranya al-Kitab karangan Sibawaih dan al-Kamil oleh Mubarrod, Adab al-
Katib oleh Ibnu Qutaibah. Beliau turut membaca tafsir al-Muharrar al-Wajiz
karangan Ibn 'Athiyyah dengan Abi al-Qasim bin Hubaish.

Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, selepas solat Asar pada 28
Jamadilakhir 590H ketika beliau berumur 52 tahun. Beliau telah dikebumikan
pada hari Isnin di Qarafah iaitu tempat di antara Mesir dan Kaherah.

3.2 Pengenalan Terhadap Matan Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani
Ianya merupakan himpunan syair-syair atau qasidah karangan Imam Abi Qasim
bin Firuh bin Khilaf bin Ahmad Ruini Al-Andalusi Asy-Syatibi yang
menghimpunkan tujuh qiraat mutawatirah. Ia turut dikenali sebagai al-Syatibiyyah
sebagai nama ringkas yang dinisbahkan kepada pengarangnya iaitu Imam al-
Syatibi.
2



1
. Lihat bibliografi beliau pada:
Al-Zahabi, Muhammad bin Ahmad. Ma'rifah al-Qurra' al-Kibar 'ala al-Tabaqat wa al'-A'shar. 2003. Dar "Alam al-Kutub.
Riyadh. Jld.3. 1110-1115.
Ibn Al-Jazari, Muhammad bin Muhammad. Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra'. 2006. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
Beirut. C.1. jld.2. 20-22.
Al-Qostolani, Ahmad bin Muhammad. 2000. al-Fathu al-Muwahibi fi Tarjamati al-Syatibi. Dar al-Fath, Amman.
2
. Hammad. Al-Manar fi Riwayah Hafs min Turuq Tayyibah al-Nasyr. 22.
6
Qasidah ini terdiri daripada 1173 bait syair yang mengandungi bacaan
qiraat yang terdapat di dalam kitab al-Taisir karangan Abu 'Amr al-Dani dengan
penambahan khilaf oleh Imam al-Syatibi. Penambahan ini dikenali sebagai
Ziyadat al-Qasid, iaitu merujuk kepada penambahan yang dibawa oleh Imam al-
Syatibi ke atas kitab asal al-Taisir karangan Imam al-Dani.

Kitab ini mendapat perhatian besar daripada para ulama' di mana ia telah
disyarahkan oleh lebih daripada 50 ulama', di antaranya adalah:
1. Fath al-Washid fi Syarh al-Qasid karangan al-Sakhawi.
2. Ibraz al-Ma'ani min Hirz al-Amani karangan Abu Syamah
3. Siraj al-Qari' al-Mubtadi' wa Tazkirah al-Muqri' al-Muntahi
karangan Ibn Qasih.
4. Irsyad al-Murid ila Maqsud al-Qasid karangan al-Dhabba'.
5. al-Wafi fi Syarh al-Syatibiyyah fi al-Qiraat al-Sab' karangan 'Abd
al-Fattah al-Qadhi.

3.3 Toriq yang dibawa oleh Imam al-Syatibi
Imam al-Syatibi telah memilih satu toriq sahaja bagi setiap riwayat yang
dikumpulkan di dalam kitabnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Beliau telah
mengekalkan toriq asal kitab beliau iaitu Kitab al-Taisir fi al-Qiraat al-Sab'
karangan Abu 'Amr al-Dani. Bagi riwayat Hafs daripada 'Asim, toriq tersebut
adalah toriq 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang mengambil bacaan daripadanya
al-Usynani yang telah mengambil bacaan daripadanya al-Hasyimi.
1


Berikut adalah biodata ringkas para qari' di dalam toriq ini:

3.3.1 'Ubaid bin Sobah al-Nahsyali
2

Beliau adalah 'Ubaid bin Sobah bin Abi Shuraih bin Sabih al-Nahsyali al-
Kufi. Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada Hafs daripada 'Asim.
Beliau merupakan seorang qari' yang saleh dan kuat ingatan. Di antara
murid beliau adalah Ahmad bin Sahl al-Usynani, 'Abd al-Samad bin

1
. al-Sofaqasi. Ghaith al-Naf' fi al-Qiraat al-Sab'. 12-13.
2
. Ibn Al-Jazari. Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra'. Jld.1. 440-441.
7
Muhammad, al-Hasan bin al-Mubarak, Abu Tahir 'Abd al-Wahid bin
'Umar, 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi. Beliau wafat pada tahun 219H.

3.3.2 Al-Usynani
1

Beliau adalah Abu al-'Abbas Ahmad bin Sahl bin al-Fairuzan al-Usynani.
Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada 'Ubaid bin Sobah al-
Nahsyali dan sebahagian murid 'Amr bin Sobah iaitu al-Hasan bin al-
Mubarak, Ibrahim al-Simsar dan 'Ali bin Sa'id. Di antara anak murid beliau
adalah Ibn Mujahid, 'Ali bin Muhammad al-Hasyimi dan Abu Tahir 'Abd al-
Wahid bin 'Umar. Beliau wafat pada tahun 307H di Baghdad.

3.3.3 Al-Hasyimi
2

Beliau adalah 'Ali bin Muhammad bin Soleh bin Daud al-Hashimi al-Basri.
Beliau merupakan seorang qari' yang buta. Beliau mengambil bacaan al-
Quran daripada Ahmad bin Sahl al-Usynani dan di antara murid beliau
adalah Tahir bin Ghalbun dan Mansur bin Ahmad al-Sindi. Beliau wafat
pada tahun 368H.

Gambarajah Menunjukkan Riwayat Hafs daripada 'Asim menurut Toriq
al-Syatibiyyah



1
. Ibid. Jld.1. 59.
2
.Ibid. Jld.1. 568.
,=- - - -,_

_=,| _,=| , =,,- ,|
_=v ,= , =>|
_r == , _-
8
4.0 Pengenalan Terhadap Toriq al-Farisi Daripada Kitab al-Tajrid li Bughyah al-
Murid Karangan Ibn Fahham al-Soqili

4.1 Pengenalan Terhadap Ibn al-Fahham al-Siqili
1

Beliau adalah Abu al-Qasim 'Abd al-Rahman bin 'Atiq bin Khalaf. Beliau
dikenali sebagai Ibn al-Fahham al-Siqili. Menurut Ibn al-Jazari, al-Fahham
tidak pasti berkaitan tahun kelahiranrannya samada pada tahun 422H
atau 425H.

Beliau merupakan Sheikh al-Iskandariyyah. Di antara guru beliau
ialah Ibrahim bin Ismail al-Maliki, Ahmad bin Sa'id bin Ahmad, Nasr bin
'Abd al-'Aziz al-Farisi dan 'Abd al-Baqi bin Faris. Di antara murid beliau
pula adalah Abu Tahir Ahmad bin Muhammad al-Salafi, Abu Hasan
Muhammad bin 'Abd al-Rahman dan 'Abd al-Rahman bin Khalafullah bin
'Athiyyah. Beliau wafat pada bulan Zulqa'edah tahun 516H.

4.2 Toriq Yang Dibawa oleh Ibn al-Fahham
Terdapat 3 toriq yang di bawa oleh Ibn al-Fahham bagi riwayat Hafs
daripada 'Asim di dalam kitab beliau al-Tajrid li Bughyah al-Murid fi al-
Qiraat al-Sab'. 2 daripada toriq tersebut disandarkan kepada Abu Tahir
bin Abi Hasyim 'Abd al-Wahid manakala satu disandarkan kepada Abu al-
Hasan Zur'an.
2


Namun, di dalam kertas kerja ringkas ini penulis hanya akan
menghurai satu toriq sahaja daripada 3 toriq ini sebagai kajian
perbandingan terhadap toriq al-Syatibiyyah yang telah dinyatakan
sebelum ini. Bagi tujuan perbandingan tersebut, penulis memilih toriq al-
Farisi yang telah dibawa oleh Ibn al-Fahham di dalam kitab beliau.

Ibn al-Fahham telah mengambil bacaan toriq ini daripada Abi al-
Husin Nasr bin 'Abd al-'Aziz al-Farisi yang telah mengambil bacaan

1
. Ibn al-Jazari. Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra'. Jld.1. 338.
2
. Ibn al-Fahham, 'Abd al-Rahman bin 'Atiq. Al-Tajrid li Bughyah al-Murid fi al-Qiraat al-Sab'. 2002. Dar 'Ammar. Amman.
C.1. 112-113. Lihat juga:
Dhamrah. Taufiq Ibrahim. Ahsan al-Bayan Syarh Turuq al-Tayyibah li Riwayat Hafs bin Sulaiman. 50, 71 dan 116.
Hammad. Al-Manar fi Riwayah Hafs min Turuq Tayyibah al-Nasyr. 39, 45 dan 50.
9
tersebut daripada Abi al-Hasan 'Ali bin Ahmad al-Hammami yang telah
mengambil bacaan tersebut daripada Abi Tahir 'Abd al-Wahid bin 'Umar.
Berikut adalah biodata ringkas para qari' di dalam toriq ini:

4.2.1 Abi al-Husin Nasr bin 'Abd al-'Aziz al-Farisi
Beliau adalah Nasr bin 'Abd al-'Aziz bin Ahmad bin Nuh al-Farisi
al-Syirazi. Beliau merupakan seorang yang thiqah dan 'adil dan
telah menulis kitab al-Jami' fi al-Qiraat al-'Asyr. Di antara guru
beliau adalah Abi al-Hasan al-Hammami, Abi Ahmad al-Faradhi
dan Abu al-Farj al-Nahrawani. Di antara murid beliau adalah 'Abd
al-Rahman bin 'Atiq bin Fahham, Khalaf bin Ibrahim. Beliau wafat
pada tahun 461H.
1


4.2.2 Abi al-Hasan 'Ali bin Ahmad al-Hammami
Beliau ialah 'Ali bin Ahmad bin 'Umar bin Hafs bin 'Abdullah al-
Hammami. Beliau merupakan Sheikh al-'Iraq yang thiqah. Beliau
lahir pada tahun 328H. Di antara guru beliau ialah Abu Bakar al-
Naqqash, Ahmad bin 'Abd al-Rahman al-Wali dan 'Abd al-Wahid
bin 'Umar (Abu Tahir). Di antara murid beliau pula adalah al-
Hasan bin Abi Fadl, al-Hasan bin 'Ali al-'Attar dan al-Hasan bin
Qasim. Beliau wafat pada hari Ahad, 4 Sya'ban tahun 417H ketika
berumur 90 tahun.
2


4.2.3 Abi Tahir 'Abd al-Wahid bin 'Umar
Beliau ialah 'Abd al-Wahid bin 'Umar bin Abi Hasyim al-Baghdadi
al-Bazzar. Beliau merupakan tokoh besar di dalam ilmu qiraat dan
telah mengarang kitab al-Bayan wa al-Fasl. Di antara guru beliau
ialah Ahmad bin Sahl al-Usynani, Sa'id bin 'Abd al-Rahim dan Abu
Bakar Ibn Mujahid. Di antara murid beliau pula adalah 'Ubaidullah
bin 'Umar al-Masahifi, 'Ali bin 'Umar al-Hammami dan Ahmad bin

1
. Ibn al-Jazari. Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra'. Jld.2. 293-294.
2
. Ibid. Jld.1. 462-463.
10
'Abdullah bin al-Hidr. Beliau wafat pada bulan Syawwal tahun
349H ketika berumur lebih 70 tahun.
1


Gambarajah Menunjukkan Riwayat Hafs daripada 'Asim menurut Toriq
al-Farisi Daripada Kitab al-Tajrid


















5.0 Usul dan Farsy al-Huruf Yang Berbeza Padanya Toriq-toriq Riwayat Hafs
Daripada 'Asim
Secara amnya, riwayat Hafs daripada 'Asim tidak terdapat perbezaan yang
banyak di antara toriq-toriqnya. Toriq-toriq ini hanya berbeza di dalam beberapa
perkara yang menjadi usul qiraat dan farsh al-huruf. Berikut adalah senarai usul
qiraat dan farsh al-huruf yang berbeza padanya toriq-toriq bagi riwayat Hafs
daripada 'Asim:
2



1
. Ibid. Jld.1. 423-425.
2
. Lihat: Dhamrah. Taufiq Ibrahim. Ahsan al-Bayan Syarh Turuq al-Tayyibah li Riwayat Hafs bin Sulaiman. 51-56.
Hammad, 'Umar Yusuf. Al-Manar fi Riwayah Hafs min Turuq Tayyibah al-Nasyr. 70-92.

,=- - - -,_

_=,| _,=| , =,,- ,|
_=v ,= , =>|
- , =-,| =,- | ,,|
_-- == , _- .- ,,|
_=_| ,-| =,- , =
>| =,- ,- , , ;| , ,
11
5.1 Usul Yang Berbeza Padanya Toriq-toriq Riwayat Hafs Daripada
'Asim
Terdapat 6 usul yang tidak disepakati oleh toriq-toriq riwayat Hafs
daripada 'Asim:
1. Mad Munfasil: Toriq-toriq riwayat ini berbeza pada kadar panjang
bagi mad ini, di mana sebahagian toriq membaca dengan Qasr (2
harakat), Fuwaiq al-Qasr (3 harakat), al-Tawassut (4 harakat) atau
Fuwaiq al-Tawassut (5 harakat).
2. Mad Muttasil: Toriq-toriq riwayat ini berbeza pada kadar panjang
bagi mad ini, di mana sebahagian toriq membaca dengan al-
Tawassut (4 harakat), Fuwaiq al-Tawassut (5 harakat) atau al-Isyba'
(6 harakat).
3. Dengung (Ghunnah): Sebahagian toriq membaca idgham yang
sempurna (idgham kamil) bersama ghunnah pada huruf Nun atau
tanwin yang bertemu pada huruf Lam dan Ra'. Manakala sebahagian
yang lain membacanya dengan idgham yang tidak sempurna (idgham
naqis) dengan ghunnah pada pertemuan tersebut.
4. Saktah pada huruf berbaris sukun (mati) sebelum huruf Hamzah:
Toriq-toriq riwayat ini berbeza pada tempat huruf mati tersebut di
mana sebahagian mebaca tanpa saktah, sebahagian yang lain
membaca Saktah 'Am
1
atau Saktah Khas
2
.
5. Takbir: Sebahagian daripada toriq tidak membaca takbir, manakala
harus pada sebahagian yang lain membaca takbir am atau khas di
awal atau akhir surah-surah khatam.

5.2 Farsy al-Huruf Yang Berbeza Padanya Toriq-toriq Riwayat Hafs
Daripada 'Asim
Terdapat 16 lafaz atau kalimah khusus yang terdapat perbezaan di
antara toriq-toriq riwayat Hafs daripada 'Asim:

1
. Saktah 'Am merujuk kepada pada Saktah pada Alif Lam Ta'rif sebelum huruf Hamzah, , Sakin Mafsul dan Sakin
Mausul. Lihat: Ibn al-Jazari, al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar. Jld.1. 325.
2
. Saktah Khas merujuk kepada saktah pada Alif Lam Ta'rif sebelum huruf Hamzah, , dan Sakin Mafsul. Lihat: Ibn al-
Jazari, al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar. Jld.1. 325.
12
1. { {{ { 6 66 6 } }} } di dalam ayat 245 Surah al-Baqarah: Toriq-toriq berbeza
pada bacaan kalimah samaada dibaca dengan huruf Sin atau Shod.
2. { {{ { / // /} }} } di dalam ayat 69 Surah al-A'raf: Toriq-toriq berbeza pada
bacaan kalimah samaada dibaca dengan huruf Sin atau Shod.
3. { {{ { / // /} }} } di dalam ayat 22 Surah al-Ghasyiyah: Toriq-toriq
berbeza pada bacaan kalimah samaada dibaca dengan huruf Sin
atau Shod.
4. {`9#} di dalam ayat 37 Surah al-Thur: Toriq-toriq berbeza
pada bacaan kalimah samaada dibaca dengan huruf Sin atau Shod
atau harus kedua-duanya sekali.
5. Hamzah Wasol pada
{2%!#} di dalam ayat 143 dan 144 Surah al-An'am
{9#} di dalam ayat 51 dan 91 Surah Yunus
{!#} di dalam ayat 59 Surah Yunus dan 59 Surah al-Naml
Toriq-toriq berbeza pada membaca kalimah-kalimah ini secara ibdal
dengan isyba', tashil Hamzah kedua atau kedua-duanya sekali.
6. { 79 ]= } di dalam ayat 176 Surah al-A'raf: Toriq-toriq berbeza
membaca lafaz ini samada secara idgham, izhar atau harus
keduanya.

13
7. { $ =2# _6} di dalam ayat 42 Surah Hud: Toriq riwayat ini
berbeza membaca lafaz ini samada secara idgham atau izhar.

8. Huruf Nun dan Wau pada:
{3t:# #)9# } di dalam ayat 1-2 Surah Yasin
{ `` $ =)9# } di dalam ayat 1 Surah al-
Qalam
Toriq-toriq berbeza membaca lafaz-lafaz samada secara izhar
atau idgham.
9. {$'? } di dalam ayat 11 Surah Yusuf:
Toriq-toriq berbeza pada lafaz ini samada dibaca dengan isymam,
ikhtilas (ikhfa') atau keduanya sekali.
10. Saktah pada kalimah-kalimah berikut:
{ $% %`} di dalam ayat 1-2 Surah al-Kahf
{# $%} di dalam ayat 1-2 Surah al-Kahf
{ # %} di dalam ayat 27 Surah al-Qiyamah
{# / } di dalam ayat 14 Surah al-Muthaffifin
Toriq-toriq riwayat ini berbeza bacaan pada lafaz-lafaz ini di mana
sebahagian membaca dengan saktah pada 4 tempat ini,
14
sebahagian membaca saktah hanya pada sebahagian tempat
atau tidak membaca saktah (idraj) pada kesemua lafaz ini.
11. Huruf 'Ain pada 2 lafaz berikut:
{2} di dalam ayat 1 Surah Maryam
{ ,m} di dalam ayat 1-2 Surah al-Syura
Perbezaan bacaan lafaz ini adalah pada kadar mad huruf 'Ain di
mana sebahagian toriq membaca Qasr (2 harkat), Tawassut (4
harakat), isyba' (6 harakat) atau dengan 2 wajah iaitu tawassut dan
isyba'.
12. { } di dalam ayat 63 Surah al-Syu'ara'
Toriq-toriq berbeza bacaan pada kalimah ini di mana sebahagian toriq
membaca dengan nipis pada huruf Ra', tebal pada huruf Ra' atau
harus kedua-duanya.
13. { 8?#} di dalam ayat 36 Surah al-Naml
Toriq-toriq berbeza pada kalimah ini pada bacaan waqaf di mana
sebahagian membaca dengan ithbat (kekal) huruf Ya', hazaf huruf Ya'
atau harus kedua-duanya sekali.
14. Ayat 54 Surah al-Rum
} !# %!# 3)={ # O _ / # % O
_ / % $ 7 ,= $ '$ `=9# `)9# {
15
Toriq berbeza pada kalimah { #} dan {$} di mana ia harus
dibaca dengan baris atas (fathah) huruf Dhod, baris hadapan
(dhommah) atau harus keduanya sekali.
15. {=} di dalam ayat 4 Surah al-Insan
Toriq-toriq berbeza pada kalimah ini pada bacaan waqaf di mana
sebahagian membaca dengan ithbat (kekal) huruf Alif, hazaf huruf Alif
atau harus kedua-duanya sekali.

6.0 Jadual Perbezaan Di antara Toriq al-Syatibiyyah dan Toriq al-Farisi
Daripada Kitab al-Tajrid
1


Secara umum, telah dinyatakan sebelum ini berkaitan perkara Usul al-Qiraat dan
Farsh al-Huruf yang berbeza padanya toriq-toriq riwayat Hafs daripada 'Asim.
Berikut adalah perincian persamaan dan perbezaan di antara Toriq al-
Syatibiyyah dan Toriq al-Farisi daripada Kitab al-Tajrid yang melibatkan
sebahagian perkara Usul dan Farsh al-huruf tersebut.

BIL PERKARA
TORIQ AL-
SYATIBIYYAH
TORIQ AL-FARISI
1. Mad Muttasil 4 atau 5 harakat 4
2. Mad Munfasil 4 atau 5 harakat 4
3. Saktah pada huruf berbaris
sukun (mati) sebelum
huruf Hamzah
Tiada saktah Saktah Khas
4. Ghunnah pada huruf Nun
atau tanwin yang bertemu
pada huruf Lam dan Ra'
Tiada ghunnah Tiada ghunnah

1
. Lihat: . al-Dhabba', Muhammad 'Ali. Sorih al-Nas fi al-Kalimat al-Mukhtalaf fiha 'an Hafs. Dhamrah. Taufiq Ibrahim.
Ahsan al-Bayan Syarh Turuq al-Tayyibah li Riwayat Hafs bin Sulaiman. 75-76. Hammad, 'Umar Yusuf. Al-Manar fi
Riwayah Hafs min Turuq Tayyibah al-Nasyr. 95.

16
5. Takbir Tiada takbir Tiada takbir
6. Bacaan pada kalimah:
{ {{ { 6 66 6 } }} }
{ {{ { / // /} }} }

Dibaca dengan Sin Dibaca dengan Sin
7.
Kalimah {`9#}
Harus dibaca
dengan huruf Shod
atau Sin
Dibaca dengan
huruf Sin sahaja
8.
Kalimah { {{ { / // /} }} }
Dibaca dengan
huruf Shad
Dibaca dengan
huruf Shad
9. Bab Hamzah Wasol pada:
{2%!#}
{9#}
{!#}
Harus 2 wajah iaitu
ibdal dengan isyba'
dan tashil Hamzah
kedua
Ibdal dengan isyba'
sahaja
10. Bab:
{ 79 ]= }
Idgham
2 wajah iaitu
Idgham dan Izhar
11.
{ $ =2# _6}
Dibaca dengan
idgham
Dibaca dengan
idgham
12. Bab:
{$'? }
Dua wajah iaitu:
Ikhtilas dan Isymam
Isymam sahaja
13.
{ $% %`}
Saktah Idraj (Tanpa saktah)
17
{# $%}
14.
{ # %}
{# / }
Saktah Saktah
15. Kadar 'Ain pada:
{2}
,m} {

6 atau 4 harakah 2 harakah
16. Hukum huruf Ra' pada:
{ }
Harus 2 wajah iaitu
nipis atau tebal
Nipis sahaja
17. Waqaf pada:
{ 8?#}
Harus dua wajah
iaitu ithbat huruf Ya
atau hazaf
Ithbat huruf Ya'
sahaja
18. Huruf Dhad pada kalimah
{ #}
{$}

Harus 2 wajah iaitu
fathah dan
dhammah
Fathah sahaja
19. Waqaf pada kalimah
{=}
Harus dua wajah
iaitu ithbat atau
hazaf

Hazaf huruf Alif

Merujuk kepada persamaan di antara 2 toriq
18



7.0 Kesimpulan
Melalui kajian ringkas ini, penulis dapat menyimpulkan beberapa perkara
penting:
1. Riwayat Hafs daripada 'Asim merupakan bacaan yang paling masyhur di
kalangan umat Islam.
2. Toriq yang paling masyhur bagi riwayat ini adalah toriq al-Syatibiyyah, namun
terdapat toriq-toriq lain bagi riwayat ini termasuk Toriq al-Farisi daripada
Kitab al-Tajrid.
3. Adalah sangat penting mengetahui perbezaan setiap toriq yang dibaca bagi
mengelakkan talfiq di dalam bacaan.





















19



Rujukan

Abu 'Ammar, Yasir al-Qadhi. An Introduction to the Sciences of the Qur`aan. 1999. Dar
al-Hidayah. Birmingham. C.1.

Kitab Jamal al-Qurra' wa Kamal al-Iqra', Ghaith al-Naf' fi al-Qiraat al-Sab', al-Nasyr fi
Qiraat al-'Asyar, Lataif al-Isyarat fi Funun al-Qiraat. 'Umdah al-'Irfan fi Tahrir Aujuhi
al-Quran dan Shorih al-Nas.

Ibn al-Jazari, Muhammad bin Muhammad. Al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar. 2006. Dar al-
Kutub al-'Ilmiyyah. Beirut.

al-Qastalani, Shihabuddin. Lataif al-Isyarat li Funun al-Qiraat. 1972. Lajnah Ihya' al-
Turath al-'Arabi. Kaherah.

al-Dhabba', Muhammad 'Ali. Sorih al-Nas fi al-Kalimat al-Mukhtalaf fiha 'an Hafs. 1346H.
Matba'ah Mustafa al-Babi al-Halabi.

al-Sofaqasi, 'Ali al-Nuri. Ghaith al-Naf' fi al-Qiraat al-Sab'. 1999. Dar al-Kutub al-
'Ilmiyyah. Beirut.

Ibn al-Jazari, Muhammad bin Muhammad. al-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar. 2006. Dar al-
Kutub al-'Ilmiyyah. Beirut.

Dhamrah, Taufiq Ibrahim. Ahsan al-Bayan Syarh Turuq al-Tayyibah li Riwayat Hafs bin
Sulaiman. 2009. Muassasah al-Rayyan. 'Amman. C.2.

Hammad, 'Umar Yusuf. Al-Manar fi Riwayah Hafs min Turuq Tayyibah al-Nasyr. 2007.
Jam'iyyah al-Muhafazah 'ala al-Quran al-Karim. 'Amman.

20
Al-Zahabi, Muhammad bin Ahmad. Ma'rifah al-Qurra' al-Kibar 'ala al-Tabaqat wa al'-
A'shar. 2003. Dar "Alam al-Kutub. Riyadh.

Ibn Al-Jazari, Muhammad bin Muhammad. Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra'.
2006. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. Beirut.

Al-Qostolani, Ahmad bin Muhammad. 2000. al-Fathu al-Muwahibi fi Tarjamah al-Syatibi.
Dar al-Fath, Amman.

al-Fahham, 'Abd al-Rahman bin 'Atiq. Al-Tajrid li Bughyah al-Murid fi al-Qiraat al-Sab'.
2002. Dar 'Ammar. Amman. C.1.

You might also like