You are on page 1of 5

Plan Kawasan Permainan Rounders

12m
12m
12m
2m
8.5cm
50m
50m
3m
2m
m
30m
10m
Tempat Pemukul menunggu
Pemukul Keluar
17m
2.5m
2.5m
7.5cm
2m
m
Tiang Pos Kedua
Tiang Pos Pertama
ma
Tiang Pos Ketiga
Tiang Pos Keempat
Pengadil Pemain
Pengadil Pemukul
Kawasan Permainan Rounders
1.Kawasan Memukul
Kawasan memukul hendaklah berukuran 2m persegi. Garisan hadapan padang
permainan hendaklah selari dan 7.5 meter dari barisan hadapan kawasan pemain.
Semua garisan akan dianggap sebagai sebahagian daripada kawasan permainan.
Garisan solid akan bermula daripada penjuru hadapan di sebelah tangan kanan
kawasan pemukul sehingga ke tiang pos pertama dan di antara tiang pos yang lain.
2. Kawasan hadapan dan belakang permainan.
i.) Kawasan hadapan padang permainan akan diukur dari kedua dua arah dengan
ukuran sekurang kurang nya 12m.
ii.) Garisan ini dan kawasan di hadapannya akan dipanggil sebagai kawasan
hadapan.
iii.) Kawasan di belakang garisan pula akan dipanggil sebagai kawasan belakang.
iv.) Sekurang kurangnya,10 meter di belakan setiap garisan kawasan hadapan dan
belakang, 15 meter di setiap bahagian penjuru sebelah tangan kanan kawasan
pemukul, garisan juga akan dilukis untuk menandakan kedudukan untuk pemukul
menunggu dan keluar.Pengadil hendaklah memastikan pemukul yang menunggu
dan pemukul yang keluar berada pada kawasan yang betul.
v.) Terdapat satu garisan sepanjang 2 meter daripada tiang pos yang keempat
sehingga ke kawasan belakang,di sudut kanan kawasan hadapan dan belakang.
3.Kawasan Pemain
Kawasan pemain hendaklah berukuran 2.5 meter persegi.Setiap garisan akan
dianggap sebagai kawasan pemain.
4.Trek Larian
Trek larian akan digunakan oleh pemukul untuk melakukan larian,seperti plan rajah
yang telah dilukis dan trek larian tersebut dilanjutkan sehingga 2 meter selepas tiang
pos yang keempat. Garisan 2 meter selepas tiang pos keempat masih dikira sebagai
trek larian.Pemukul akan berlari dari tiang ke satu tiang sehingga ke tiang terakhir.
5. Garisan Penghalang
Garisan penghalang berukuran 6 meter panjang dan 1 meter di belakang kawasan
pemain,penghalang hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga bola telah
dipukul oleh pemain atau telah melalui pemukul.
6.Garisan
Semua garisan adalah wajib.
7.Zon
Garisan bermula sepanjang 2 meter dari tiang pos pertama,kedua dan ketiga bagi
menandakan zon.















Alatan untuk permainan Rounders
Dalam permainan Rounders ini, terdapat beberapa alatan yang perlu ada semasa
permainan berlangsung :
I. Kayu Pemukul ( The Bat )

Kayu pemukul hendaklah berbentuk bulat di bahagian ata kayu
pemukul.
Kayu pemukul berukuran sepanjang 46cm (18 inci), manakala
diameter bagi kayu pemukul hendaklah berukuran 17cm (6.7 inci).
Berat kayu pemukul tidak melebihi 370gm.

II. Bola





Berat minimum bagi bola yang digunakan untuk permainan rounders
adalah 65gm,manakala berat maksimum bola adalah 85gm.
Ukuran lilitan pada bola rounders adalah di antara 18cm(7.1 inci) dan
20 cm (7.9 inci).

III. Tiang Pos
Terdapat dua jenis tiang pos untuk permainan rounders. Tiang pos kayu dan
juga tiang pos kayu bersalut PVC.






Sebanyak 4 tiang pos yang digunakan di dalam permainan rounders.
Tiang pos hendaklah berada di dalam kedudukan menegak dan berukuran 1.2
meter panjang.
Tiang pos hendaklah mempunyai penutup keselamatan.
Tiang pos hendaklah berada di atas base dan bukannya di dalam tanah.
Tiang pos kayu akan disarung di dalam plastik.

You might also like