You are on page 1of 4

SMK.

ABDUL RAHMAN TALIB


TELUK INTAN, PERAK

KERTAS CADANGAN

LAWATAN PROFESIONALISME
BELAJAR SAMBIL MELAWAT

Tarikh :
12 hingga 14 Ogos 2005 (Jumaat,Sabtu & Ahad)

Destinasi:
1. MRSM Langkawi
2. PKG Kuah, Langkawi
3. Makam Mahsuri
4. Water World, Langkawi

Disediakan oleh:

KELAB STAF
SMK ABDUL RAHMAN TALIB
TELUK INTAN
LAWATAN PROFESIONALISMA
BELAJAR SAMBIL MELAWAT

1.0. PENGENALAN

Guru dan kakitangan di sekolah merupakan nadi penggerak sesebuah sekolah. Justeru itu
mereka selalu dibebani tugas yang berat samaada di bilik darjah mahupun luar bilik
darjah. Adalah menjadi harapan kepada semua guru dan kakitangan untuk menambah
ilmu dalam bidang pengurusan sekolah disamping merehatkan minda mereka.
Oleh yang demikian satu lawatan yang berfokus diharapkan dapat memberi manafaat
kepada semua guru dan kakitangan sekolah dalam menjalani arus globalisasi yang
mencabar masa kini. Lawatan ini bertujuan melihat bagaimana sesebuah sekolah
seperti MRSM Langkawi dapat mengekalkan prestasi kecemerlangan pelajarnya.
Diharapkan lawatan in dapat memberi pengalaman dan fokus terhadap pekerjaan
sebagai seorang guru mahupun kakitangan sekolah in.

2.0. MATLAMAT

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada guru dan kakitangan sekolah
dalam urusan pengurusan pelajar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di MRSM
Langkawi. Di samping itu beberapa tempat sejarah yang menjadi lagenda Pulau
Langkawi menjadi distinasi lawatan ini.

3.0. OBJEKTIF

3.1. Melihat corak pengurusan MRSM Langkawi


3.2. Melihat corak P&P dalam kelas
3.3. Melihat kesan sejarah Pulau Langkawi
3.4. Pameran Water World

4.0. SASARAN

Semua guru dan kakitangan SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan.

5.0. JANGKAMASA

Program ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula 12 Ogos hingga 14 Ogos
2005.

6.0. KAEDAH PELAKSANAAN

6.1. Lawatan
6.2. Dialog
6.3. Laporan
7.0. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Tn. Hj. Mat Noh bin Supaat


(Pengetua SMART)

Pengerusi : En. Mohd Radzi bin Ismail


(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Samsiah binti Raji


(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : En. Amin Zaki bin Mohamad Yusof


(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha : Encik Ahmad Puad Bin Esa


(Pengerusi Kelab Staf SMART)

Penyelaras Program : En Roshaimmi Bin Mohamad


(AJK Kelab Staf Biro Rekreasi)

8.0. KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan

Sewa Bas 2 hari @ RM1800.00 x 2 bas RM 3600.00


Makan & Minum @ 80 orang x RM10.00 x 2 hari RM 1600.00
Penginapan @ 80orang x RM40 RM 3200.00
Tiket masuk tempat lawatan RM25 x 80 RM 2000.00
---------------
JUMLAH RM10,400.00
---------------
9.0. TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH/HARI MASA AKTIVITI

2/9/2005 10.00 malam - Bertolak ke Kuala Perlis


Jumaat

3/9/2005 5.30 pagi - Solat Subuh di Kuala Perlis


Sabtu 8.00pagi - Jeti Feri ke Pulau Langkawi
9.30 pagi - Bertolak ke tempat penginapan di Kuah
- Melawat MRSM Langkawi
- Melawat PKG Langkawi

4/9/2005 8.30pagi - Melawat Makam Mahsuri


Ahad 10.00pagi - Melawat Underwater World
12.30tgh - Bertolak pulang ke Teluk Intan
8.00malam - Tiba di Teluk Intan

10.0. PENUTUP

Lawatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya dapat
menjadikan warga pendidik yang profesional dan berdedikasi. Ini semua dapat dicapai
sekiranya dapat kerjasama dari semua pihak yang dengan ikhlas memberikan kerjasama.
Insya Allah.

You might also like