You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2013







HBAE 1403 :

MENGGAMBAR





SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )
DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG MATEMATIK




MATRICULATION NO : 700806035112001
IDENTITY CARD NO. : 700806035112
TELEPHONE NO. : 0198999449
E-MAIL : eyda_ismail@ymail.com
LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU



HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 1



ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1 PENGENALAN 2

2 PROSES DAN KAEDAH APRESIASI SENI 4

2.1 Proses Apresiasi Seni 5

2.1.1 Proses Menggambarkan 7
2.1.2 Proses Menganalisa 7
2.1.3 Proses Tafsiran 7
2.1.4 Proses Penilaian 7

2.2 Kaedah Apresiasi Seni 8

2.2.1 Kaedah Hedonistik 8
2.2.2 Kaedah Kontekstualistik 8
2.2.3 Kaedah Organistik 8
2.2.4 Kaedah Normistik 9
2.2.5 Kaedah Elektik 9

3 DAPATAN HASIL PERBINCANGAN KARYA MURID TERPILIH 9

3.1 Kreativiti Dalam Karya 10
3.2 Hubungkait Antara Hasil Seni Dengan Psikologi Perkembangan Seni
Kanak-Kanak
12

4 PENUTUP 13

Bibliografi 14













HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 2

1. PENGENALAN

Seni merupakan satu bidang ilmu kemahiran yang menggalakkan aktiviti apresiasi dan
kritikan seni yang seterusnya menghasilkan satu karya baru yang lebih bermakna. Menurut
Herbert Read di dalam bukunya Education Through Art dan History of Moden Art, beliau
telah menyentuh tentang keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah
penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian
estetik. Sejak awal lagi beliau telah mengatakan bahawa seni adalah alat untuk mendidik.
Beliau selalunya mengemukakan tiga perkara penting dalam seni iaitu ekspresi diri dan
komunikasi, pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak dan apresiasi serta
tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain.

Dalam memperkatakan seni kanak-kanak pula, Herbert Read dalam bukunya Art and Society
(1937) menjelaskan bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul)
dengan yang sebenar. Seni kanak-kanak merupakan persepsi kanak-kanak terhadap realiti.
Imej simbolik lukisan kanak-kanak berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap
orang kanak-kanak. Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang
memberangsangkan dalam seni kanak-kanak yang mempunyai perkaitan dengan kestabilan
komuniti berdasarkan kajian beliau terhadap catan dan arca avant- garde orang dewasa. Seni
kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia
sekelilingnya. Dalam hal ini Read (1937) mengambil kira tujuan avant- garde yang
menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap individu. Read (1937) juga mendapati
kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis bagi maksud yang tersirat. Analisis
bagi maksud yang tersirat terhadap imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan
membolehkan kreativiti kanak-kanak dapat dinilai dan diperkembangkan. Proses inilah yang
dikatakan sebagai apresiasi seni.

Sungguhpun begitu, keberkesanan proses apresiasi seni terhadap perkembangan kreativiti
kanak-kanak bergantung kepada kebijaksanaan guru merancang dan memilih kaedah yang
tersusun dan bertepatan. Menurut Koster (2001), kanak-kanak perlu dirangsang dengan
aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang
dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka.

HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 3

Guru pendidikan seni memainkan peranan yang besar dalam perkembangan kreativiti kanak-
kanak melalui perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran seni yang berkesan.
Kegagalan guru untuk memainkan peranan sebenar akan menyebabkan matlamat dan objektif
pembelajaran seni tidak tercapai. Walaupun terdapat pelbagai kaedah pengajaran seni
diperkenalkan namun kegagalan guru menterjemah kaedah tersebut tidak akan memberi apa-
apa makna.

Menurut Daoed Yoesoef (1980), setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui
latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk
disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin
dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni
dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni
dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada
kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar,
seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara
(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Sungguhpun begitu, perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut para guru
membuat perubahan terutama dari aspek psikologi, pedagogi mahupun metadologi. Para guru
seharusnya melihat perkembangan pendidikan sejajar dengan pendidikan kanak-kanak
terutama dari aspek psikologi perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Keyakinan untuk
melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya individu yang imaginatif, kreatif,
berdaya peka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Ini bermakna bahawa
peranan Pendidikan Seni Visual amat penting dalam pembentukan individu yang seimbang
dan bersepadu secara menyeluruh dengan mengamalkan demokrasi dalam pendidikan.
Dalam usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial, maka aspek psikologi perlu diterapkan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini adalah kerana pembelajaran merupakan sebahagian
daripada kehidupan manusia, dan ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja samada secara
formal atau tidak formal. Pembelajaran itu sebenarnya merupakan satu proses yang dinamik
di mana pelajar samada perlu merangsang atau dirangsang dan dibimbing ke arah mencapai
matlamat.
HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 4

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, maka penulisan yang seterusnya akan mengupas
mengenai proses dan kaedah apresiasi seni yang merupakan sebahagian dari proses pedagogi
Pendidikan Seni Visual. Merujuk kepada dapatan kajian-kajian terdahulu seperti kajian Read
(1933), Viktor Lowenfeld (1987) dan pengkaji-pengkaji seni lain, pengamalan apresiasi
dalam pembelajaran seni akan membolehkan perkembangan seni kanak-kanak
dipertingkatkan. Di samping itu juga, aktiviti ini akan membolehkan kreativiti kanak-kanak
diperkembangkan. Penulisan ini juga akan membincangkan hasil penilaian terhadap hasil seni
kanak-kanak yang terpilih berdasarkan unsur kreativiti dan psikologi perkembangan kanak-
kanak. Di akhir penulisan pula, kupasan ringkas secara menyeluruh terhadap kandungan
penulisan dilakukan.

2. PROSES DAN KAEDAH APRESIASI SENI

Salah satu elemen penting dalam pengajaran Seni Visual di sekolah ialah apresiasi. Secara
leksikografi, perkataan apresiasi berasal dari bahasa Inggeris iaitu apreciation, yang berasal
dari kata kerja to Apreciate. Manakala Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Inggeris Melayu &
Melayu Inggeris (1996) pula mentafsirkan apresiasi sebagai proses untuk menilai nilai,
memahami atau menikmati sepenuhnya dengan cara yang betul. Secara umumnya, apresiasi
adalah pengertian dan memahami sesuatu dengan sepenuhnya sehingga mampu menilai
secara betul.

Selain itu, apresiasi juga boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau
pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail
mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif.
Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil
seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat
pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Hurwitz dan Day (2001),
apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah
melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya, manakala Smith
(1966) pula menjelaskan bahawa apresiasi seni memerlukan operasi logik seperti
menentukan, menilai dan menjelaskan.
Dalam kaitannya dengan kesenian, apresiasi bererti kegiatan memahami dan menyedari
sepenuhnya sesuatu karya seni serta menjadi sensitif terhadap gejala estetis dan artistik
HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 5

sehingga mampu menikmati dan menilai karya tersebut secara betul. Dalam apresiasi,
seorang pengkarya sebenarnya sedang mencari pengalaman estetis. Sehingga motivasi utama
yang muncul dari diri pengkarya seni adalah motivasi untuk mencari pengalaman estetika.

Pengalaman estetika menurut Albert R. Candler (1933) adalah kepuasan kontemplatif atau
kepuasan intuitif. Sedangkan Yakob Sumardjo (2000) menjelaskan pengalaman seni adalah
keterlibatan aktif dengan kesedaran yang melibatkan kecendekiawan, emosi, indera dan
intuisi manusia dengan lingkungan (benda seni).


2.1 Proses Apresiasi Seni

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni
beranggapan Pendidikan Seni Visual di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan
teknik menghasilkan karya seni sahaja. Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui
apresiasi karya seni, pelajar-pelajar akan dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu
masyarakat. Macfee (1961) menegaskan bahawa setiap budaya mempunyai perbezaan
samada dari segi nilai, kepercayaan yang diyakini merentasi bahasa dan ketamadunan seni
seperti pakaian, perhiasan dan seni hiasan.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya proses penggunaan deria rasa atau sentuh dan deria
pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dan kolaj akan dipandang dan direnungi
sementara acra dan binaan disentuh dan dirasai kehalusannya. Menurut Zakaria Ali (1989),
penghargaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan penglibatan
sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan
bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam
konteks ini penekanan oleh guru Pendidikan Seni Visual terhadap penguasaan pengetahuan
dan perbendaharaan kata Seni Visual amatlah diperlukan untuk memastikan objektif apresiasi
seni mencapai matlamatnya.

Apresiasi seni juga melibatkan proses memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ia
juga memerlukan murid dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil
lain berdasarkan persepsi visual. Selain itu, apresiasi seni juga melibatkan proses
HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 6

menghubungkan nilai antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain untuk membentuk
keyakinan dan kefahaman diri serta penghargaan terhadap pengkarya seni yang terdahulu
dan yang lain. Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan
penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan secara naratif dan tersusun
untuk memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian,
diskriminasi dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni.

Selain itu, perlu difahami bahawa proses apresiasi seni bukan bertujuan untuk mengesan
kelemahan atau kesilapan pengkarya. Oleh sebab itu, guru Pendidikan Seni Visual harus
memastikan murid-murid yang menjalankan proses apresiasi seni tidak menyentuh soal-soal
berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya seni kerana tujuan
apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara lansung.
Menurut Seabolt (2001) aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai
sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni
dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi
mengenai seni.

Di samping itu, konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina
tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman estetik akan
meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang
membantu menyelami perasaan penghasil karya. Menurut Johari Abdul Hamid (2004),
apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman.
Apresiasi seni terbahagi kepada enam peringkat iaitu peringkat analitikal, peringkat
penerangan, konteks dan skop, aspek assosiasi, aspek kritikal dan aspek hubungan baik.

Sungguh pun begitu Feldman (1986) dan Smith (1966) telah mencadangkan aktiviti-aktiviti
apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu
menggambarkan, menganalisia, tafsiran dan penilaian.
2.1.1 Proses Menggambarkan

Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk,
rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.


HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 7

2.1.2 Proses Menganalisa
i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan
struktur.
ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
iii. Menghuraikan stail sesuatu karya

2.1.3 Proses Tafsiran
i. Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol,
unsur-unsur seni, prinsip, struktur, corak dan bahan.
ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk
menjelaskan makna tersebut.

2.1.4 Proses Penilaian

i. Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian,
gubahan, teknik dan fungsi.
ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, sosial,
keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.




2.2 Kaedah Apresiasi Seni


2.2.1 Kaedah Hedonistik

Kaedah ini merupakan pelahiran perasaan secara spontan tentang kesukaan, minat,
kegemaran, menarik dan kebencian terhadap sesebuah karya seperti kata saya suka, saya
HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 8

amat berminat, saya menggemari, saya tertarik dan saya benci. Sungguh pun begitu, kaedah
ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi yang berpendapat, kaedah ini
tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) kerana ia berdasarkan maklumat kendiri serta tidak
dapat diukur bilangan sebenar disebabkan terdapat pelbagai citarasa yang dizahirkan.


2.2.2 Kaedah Kontekstualistik

Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan
kefahaman serta kejelasan. Kaedah ini juga berhubungkait dengan pengetahuan sejarah,
falsafah dan prinsip rekaan. Selain itu juga, kaedah ini menitikberatkan perincian atau
spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi,
hujah dan penilai karya. Melalui pengamalan kaedah ini, pengetahuan yang lebih konkrit
akan diperoleh hasil proses pengamatan karya, pemahaman konsep, kepelbagaian
bandingbeza dan seterusnya membentuk persepsi pemerhati bahawa seni adalah suatu
pendekatan yang menarik.


2.2.3 Kaedah Organistik

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang.
Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan
menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan
cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna,
jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

2.2.4 Kaedah Normistik

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat,
agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa
takwa, tidak ada unsur sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur
ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana
pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.
HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 9



2.2.5 Kaedah Elektik

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi
penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilai menekankan unsur asas
prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak,
tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan
kurang baik.



3.0 DAPATAN HASIL PERBINCANGAN KARYA MURID TERPILIH


Kad Ucapan di bawah ini telah dihasilkan oleh adik Ross Ardini binti Amirul iaitu seorang
murid Tahun 4 Amanah, Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau 1, Tawau. Murid ini berasal
dari keluarga yang bertaraf sederhana. Ayahnya bertugas sebagai mekanik di sebuah syarikat
swasta manakala ibunya pula seorang surirumah sepenuh masa. Kedua-dua mereka hanya
berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Sungguhpun begitu, berdasarkan karya seni ini
daya kreativiti, nilai estetika yang positif, keceriaan dan nilai diri yang positif telah tersurat.
Selain itu juga, penghasilan karya ini juga menepati psikologi perkembangan kanak-kanak.

HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 10


Hasil karya Adik Ross Ardini (10 Tahun)


3.1 Kreativiti Dalam Karya

Institut Perguruan Malaysia (2009) menjelaskan bahawa ciri-ciri murid yang kreatif (dalam
proses artistik) adalah murid yang menunjukkan sikap yang fleksibel, bersikap sensitif dan
peka, berkemampuan untuk mengemukakan idea-idea menarik dan asli yang bersandarkan
cetusan rasa dan bersikap terbuka. Berdasarkan karya murid tersebut, didapati ciri-ciri kreatif
tersebut dapat diperhatikan.

HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 11

Imej-imej yang dihasil dalam karya ini mempunyai hubungkait antara tema dan susana
meriah yang digambarkan oleh murid ini. Gambaran ini bersifat asli dan menarik kerana
murid ini mengaitkan perayaan dengan sikap patriotisme melalui imej bendera Malaysia yang
dilukis. Perlambangan ini juga menunjukkan murid ini cuba menjelaskan bahawa perayaan
hari raya disambut oleh seluruh masyarakat Malaysia. Kemeriahan sambutan hari raya pula
dilambangkan dengan pancaran bunga api dan pakaian yang dipakai oleh ibubapanya.
Manakala perasaan gembira pada dirinya pula dilambangkan melalui penggunaan imej buah
hati yang dihasilkan dengan banyak sekali. Ciri-ciri karya yang dihasilkan ini bersesuaian
dengan pendapat Read (1933) yang mengatakan bahawa seni kanak-kanak merupakan
persepsi kanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolik lukisan-kanak-kanak berasal dari simbol
primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak.

Sikap terbuka dan sikap fleksibel serta sikap sensitif pengkarya juga telah diterjemah melalui
penerimaan diri terhadap perayaan yang disambut adalah sambutan untuk dikongsi bersama
dengan penganut agama yang lain. Selain itu juga, penggunaan warna-warna yang terdapat
pada bendera Malaysia untuk imej-imej yang lain seperti warna biru dan merah untuk buah
hati menunjukkan penerimaan pengkarya terhadap konsep perpaduan dan keberanian. Hasil
karya ini selari dengan pendapatb Read (1933) yang menyatakan seni kanak-kanak telah
dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya. Di
mana beliau mengambilkira tujuan avant- garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam
minda setiap individu.

Kreativiti pengkarya ini juga dapat dilihat melalui susun atur imej yang dihasilkan. Imej
utama diletakkan di pusat tumpuan. Manakala imej hiasan utama diletakkan di sebelah kanan
untuk menunjukkan perkaitan yang erat imej utama dengan tema karya. Imej-imej hiasan
sokongan pula diletakkan di bahagian bawah dan ruangan lain untuk menggunakan ruang
secara maksima. Gaya susun atur imej pada karya ini menunjukkan bahawa pengkarya telah
berjaya menunjukkan nilai estetika pada karyanya kerana ruang-ruang yang kosong akan
menyebabkan kesimbangan imej tidak diterjemah dan menyebabkan karya menjadi tidak
menarik.



HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 12

3.2 Hubungkait Antara Hasil Seni Dengan Psikologi Perkembangan Seni Kanak-
Kanak

Lowenfeld dan Britain (1987) telah mengemukakan enam peringkat perkembangan
pengutaraan tampak kanak-kanak berdasarkan peringkat umur. Kanak-kanak yang berusia
tujuh hingga sembilan tahun didapati mula menghasilkan lukisan mengikut skema atau
konsep tertentu. Objek diualang-ulangkan dengan cara yang sama. Pendapat ini selari dengan
hasil lukisan murid yang dipilih ini baik penghasilan betuk dan warna objek. Selain itu,
pengkarya juga mementingkan susunan objek dan imej pada karyanya. Contohnya imej
utama dilukis pada pusat tumpuan manakala objek yang berkaitan diletakkan di bahagian
kanan. Cara susunan ini selaras dengan pendapat Lowenfeld dan Britain (1987) seterusnya
iaitu penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej
manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya..

Narimah dan Nani Menon dalam Rohanidan Mohd Sharani (2003) berpendapat bahawa
aktiviti seni dan kreatif sebagai sesuatu yang sangat penting dalam perkembangan
pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni
seperti melukis. Hal ini selari dengan hasil karya pengkarya yang dinilai ini. Kegembiraan
pengkarya jelas kelihatan di dalam objek dan imej yang dihasilkan. Imaginasi suasana
gembira dengan sambutan hari raya seperti bermain mercun dan pakaian baru Manakala,
keseronokan menyambut bersama rakan-rakan yang bukan seagama digambarkan melalui
imej percikan bunga api dan pakaian yang dipakai kedua ibubapanya.
Laura Chapman (1978) menyatakan bahawa karya seni bukan satu mod tingkahlaku
semulajadi semata-mata tetapi adalah asas kepada matlamat kematangan individu. Hasil
karya pengkarya yang dinilai ini menunjukkan kematangan cara berfikir kerana pengkarya
telah dapat menghubungkaitkan perayaan hari raya dengan kepentingan negara melalui
perlambangan imej bendera Malaysia. Malah perlambangan pencikan bunga api sebagai
ekspresi diri terhadap kegembiraan menunjukkan proses seni memperkembangkan
kematangan berfikir kanak-kanak.


HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 13


4.0 KESIMPULAN
Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang memperkembangkan potensi
individu kanak-kanak melalui aktiviti artistik seperti proses penghasilan karya dan proses
apresiasi. Murid-murid yang terlibat dengan pembelajaran seni akan berpeluang
mengembangkan daya kreativiti diri sekiranya guru seni dapat memainkan peranan dalam erti
kata sebenar.
Salah satu peringkat aktiviti artistik ialah apresiasi seni. Peringkat ini membolehkan kanak-
kanak memperkembangkan pengetahuan dan kreativiti melalui proses pengamatan, sentuhan
dan penggunaan laras bahasa seni. Pelontaran ide secara spontan, kebolehan menilai dan
menterjemah maksud imej dan objek dan penilaian penggunaan bahan akan membolehkan
kanak-kanak belajar melontarkan perasaan secara sihat, menilai kekutan diri dan seterusnya
menghargai karya yang dihasilkan. Sikap sebegini merupakan salah satu sikap yang perlu ada
untuk melahirkan generasi yang kreatif.
Hasil penilaian dan perbincangan terhadap karya kanak-kanak yang terpilih menunjukkan
kanak-kanak berkembang selaras dengan peringkat umurnya. Kanak-kanak yang mempunyai
pengalaman seni di peringkat awal akan mampu untuk menghasilkan karya yang ideal,
estetik, bersandarkan pengalaman, mencurahi luahan perasaan dan menterjemah imaginasi
kedalam bentuk imej dan objek yang tersusun dan realistik.
Sesungguhnya, seni dan kreativiti berkait rapat antara satu sama lain kerana sifat-sifat seni itu
sendiri. Seni melibatkan perasaan, sentuhan, pengamatan, akal dan fikiran serta gerakan-
gerakan psikomotor yang teratur dan halus.
2858 Patah Perkataan




HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 14


BIBLIOGRAFI
Chapman (1978). Approaches in Art Education. United State: Amazon.com.

Ecker (1966). The Short-term Qualitative Impact of an Interdisciplinary Arts-centered
Curriculum on Rural, At-risk Middle School Students. UMI. United State : ProQuest
LLC.

Feldman, E.B. (1986). Becoming human through art. New Jersey: Prentice Hall

Hurwitz, A., & Day, M. (2001). Children and their art: Methods for the elementary
school. Belmont, CA: Wadsworth Group/Thomson Learning.

Institut Perguruan Malaysia (2009). Kreativiti dan Seni Kanak-kanak. Program
Pengsiswazahan Guru. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Johari Abdul Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni.Perak:Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Koster, J. (2001). Bringing art into the elementary classroom. Belmont, CA:
Wadsworth/Thomson Learning.

Lowenfeld, V.& Brittain,W.L.(1987). Creative and mental growth. (8th. ed.). USA : Mac
Millan Pub.

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan
kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur : Percetakan Cergas (M) sdn. Bhd.

Read (1933). Art Now. London: Faber & Faber

Reed (1937). Art and Society. London: Heinemann

Smith, Datus C (1966). Introduction to Book Publishing. New York: RR Bowker.

Yakob Sumardjo (2000). Sosiologi Seniman Indonesia. Jakarta : Penerbit ITB.

Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman. Esei Seni Halus. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka .








HBAE1403 : MENGGAMBAR


ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001 15




Rujukan Web


Albert R. Candler (1933). http://setyahermawan.blogspot.com/p/apresiasi-seni.html

Daoed Yoesoef (1980). http://pakguruonline.pendidikan.ne
/buku_tua_pakguru_dasar_kpdd_154.html

Macfee (1961) . http://colourexist.blogspot.com/

Seabolt (2001). http://www.scribd.com/doc/129437592/Apresiasi-Seni-Mdm-Faz

You might also like