You are on page 1of 6

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA



SEMESTER JANUARI 2014


HBEF2803
TUGASAN 2 AKTIVITI 1 (T2A1)
TAJUK : PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN BERTERUSAN
: KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI


NAMA PELAJAR : ZAIDA BT ISMAIL
NO MATRIK : 700806035112001
KAD PENGENALAN : 700806035112
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU
E-MAIL : eyda_ismail@ymail.com
2


TUGASAN 2 AKTIVITI 1: RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1(T2A1)
Rumusan yang telah saya buat berdasarkan kepada video seminar yang bertajuk: Program
Pembangunan Profesionalisme Keguruan Berterusan : Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri
yang disampaikan oleh Dr.Nasaruddin B. Basar, Ketua Penolong Pengarah , Sektor Peningkatan
Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia kepada peserta OUM.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bangga dengan
penglibatan Open Universiti Malaysia (OUM) menjayakan Program Pensiswazahan Guru .
Minat para guru untuk menyambung pelajaran amat besar tetapi masa dan beberapa kekangan
menyebabkan program ini terbantut.Terdapat guru yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) menyebabkan mereka tercicir di tengah jalan.Bagi guru-guru yang
tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan kerjasama Open University Malaysia ( OUM ) telah mengadakan Program
Pensiswazahan Guru (PPG ) secara jarak jauh. Bidang pengajian dibuat secara on lines dan
ijazah yang dikeluarkan oleh Open University Malaysia ( OUM ) diiktiraf oleh pihak
Kementerian dan Kerajaan Malaysia. Kemudahan yang diberikan membantu lebih ramai guru
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui Open University Malaysia
(OUM). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengkaji
kumpulan yang berjaya dan kumpulan yang tidak berjaya yang ada di sekolah. Akhirnya
keputusan telah diambil iaitu Program OUM ini perlu diteruskan dengan
penambahbaikan.Kehadiran guru PPD dalam industri ini memberi impak besar kepada sistem
pendidikan. Oleh itu ,guru-guru hendaklah menggunakan peluang yang diberikan oleh Open
University Malaysia (OUM) .Open University Malaysia (OUM) menyediakan pendekatan
akademik , membuka pemikiran baru guru , membangunkan intelek guru dan mengaplikasikan
dalam bilik darjah bersama murid-murid.Guru perlu aplikasikan eleman teknologi yang
terkandung dalam bilik darjah bersama murid murid dan rakan-rakan guru yang lain.

Fokus kepada kebertanggungjawaban diri sendiri.Pembangunan Profesionalisme
Kendiri.Tanggungjawab diri sendiri lebih hebat daripada diarahkan.Semua pelajar yang masuk
dalam OUM inisiatif diri sendiri tanpa ada paksaan.Terdapat pilihan sama ada mahu
3


menyambung pelajaran atau tidak.Fokuskan kepada Kecemerlangan Kerjaya seorang guru
hasilnya berdasarkan inisiatif diri sendiri.Terdapat empat aspek iaitu :

Pertama, Aspek Pembangunan Profesionalisme Perguruan Kendiri. Perkembangan
Profesionalisme perguruan pada masa kini semakin mendapat perhatian seluruh masyarakat.
Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi amanah bagi memartabatkan
profesion guru. Bagi memastikan profesionalisme keguruan berada di landasan yang betul dan
dijamin kualitinya, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru
telah menyediakan pelbagai kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani
pelbagai kemahiran baru sesuai dengan arus globalisasi. Hasilnya guru yang dilahirkan pada
masa kini boleh dikatakan mempunyai kecekapan, keyakinan, dan kemahiran yang tinggi dalam
menghadapi cabaran pendidikan.Peranan guru amat besar dalam mewarnai profesionalisme
sebagai guru.Pelan Pembangunan Pendidikan dan Kehadapan Berganjak kepada pendekatan dan
berubah .

Kedua, Kebertanggungjawaban guru.Guru yang berjaya membangunkan diri dan
kerjaya memberi kesan kepada pembangunan pelajar.Guru adalah Profesion mulia .Bukan sahaja
mengukur pencapaian akademik iaitu cemerlang dalam peperiksaan awam malah menambahkan
kompotensi sebagai guru.Walaubagaimanapun, masih ada pelajar yang gagal dalam
peperiksaan.Oleh itu ,masih ada ruang menambahkan kompotensi sebagai guru. Pembangunan
profesion guru bukan diri guru sendiri, tetapi kemenjadian murid yang dididik yang merupakan
Modal Insan Negara.

Ketiga, Potensi dalam laluan kerjaya, guru sentiasa meningkatkan pembangunan
professional,meningkatkan kualiti seiring penambahbaikan kompotensi yang ada.Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Anjakan tranformasi profesion keguruan.Dialog
Nasional fokus utamanya kepada mentransformasikan profesion perguruan.Sebagai pendidik
berjaya atau tidak seseorang guru ada tiga faktor.Iaitu:
1. Melahirkan tenaga kerja yang boleh berkomunikasi .Komunikasi yang berkesan memberi
keyakinan kepada individu.Majikan mencari pekerja baru yang mampu berkomunikasi dalam
dua atau tiga bahasa.
4


2. Menghasilkan pelajar yang boleh berkolaborasi dengan semua pihak.Guru perlu ada
kompotensi baru .
3. Mahir dalam bidangnya.
Guru mentranformasikan diri dalam profesion keguruan untuk meningkatkan dan
memartabatkan profesion keguruan. Hal ini dibuktikan berdasarkan perancangan dan langkah
yang telah direncanakan oleh kerajaan ke arah memartabatkan profesion keguruan.Kementerian
Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme keguruan dengan
meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Kualiti pendidikan guru adalah
elemen yang dinamik tidak pada sesuatu standard sentiasa berubah dan bergerak kehadapan
untuk mencari kualiti-kualiti baru .Guru harus meningkatkan kualiti supaya anak murid yang
dihasilkan dapat mengharungi negara.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah lama disediakan oleh OUM dalam modul-
modul.Zaman hari ini sudah berubah bukan setakat lulus peperiksaan.Guru harus anjak
kehadapan mengaplikasikan dan menilai untuk keperluan generasi Y.Generasi Y sebenarnya
boleh belajar tanpa bantuan guru.Tetapi masih memerlukan bantuan guru sekiranya guru elemen
kepada mereka.Penguasaan ilmu mereka lebih hebat .Ilmu dalam tangan mereka diperolehi
daripada internet.Oleh itu ,OUM menyediakan kaedah teknologi melalui dunia media,ICT
supaya guru-guru dapat membangunkan diri dan tidak ketinggalan.Guru-guru hendaklah
menggunakan dan mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran .Guru tidak boleh
menunggu kualiti yang ditetapkan. Kementerian Pendidikan Malaysia bermatlamat untuk
menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipikul. Pihak Kementerian Pendidikan juga berusaha memartabatkan profesion keguruan
dengan memberi tumpuan dan penambahbaikan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran guru, iaitu dengan mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dalam bilik
darjah yang berkesan. Guru harus komited, efektif, berkesan ,sentiasa mampu membawa
perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan
memberi perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion keguruan. Usaha ini dijalankan
dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. Menggunakan teknik refleksi dan
5


menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bukanlah satu
perkara yang bersifat statik atau jumud, namun ia adalah satu proses yang hidup dan sentiasa
menerima perubahan dari masa ke semasa mengikut keperluan manusia. Oleh yang demikian,
pendekatan yang diamalkan oleh guru sudah pasti berbeza mengikut mata pelajaran, objektif
PdP, falsafah, kehendak dan tuntutan sesuatu institusi.Guru wajar sentiasa peka dengan
perkembangan zaman dan seterusnya menyusun serta mencari pendekatan terbaik dalam proses
PdP sejajar dengan keperluan semasa.

Kualiti Diri.Guru yang berada di tahap profesion perguruan yang baik akan dapat
membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Guru yang profesional mempunyai akauntabiliti
diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut mempunyai etika keguruan yang baik.
Hasilnya akan melahirkan minat murid untuk terus belajar dengan tekun.

Guru harus berfikir jauh kehadapan dan meningkatkan keupayaan supaya dapat
memenuhi kehendak generasi baru.Konsep profesional Perkembangan seiring dengan pemikiran
dan arah tuju . Guru hendaklah berubah jangan ditakuk lama. Guru harus bersedia memenuhi
kehendak murid.Guru yang telah tamat pengajian mesti menunjukkan kelainan. Pembangunan
Profesion Guru bukan sahaja kursus, seminar,pembacaan,dialog prestasi dengan guru di sekolah
dan kajian tindakan yang dibuat untuk membantu murid yang bermasalah.Malahan faktor guru
amat penting.
Kesimpulannya sebagai guru kita hendaklah sentiasa meningkatkan kompotensi yang
kita ada seiring dengan kehendak dunia. Zaman diarah telah berlalu inisiatif diri dan dalam masa
sama membawa kejayaan.Guru hari ini ,harus mengharungi generasi hari ini untuk bersaing
dengan generasi akan datang.Dalam menghadapi dunia yang semakin maju, bidang pendidikan
dan perguruan secara lojiknya tidak dapat dipisahkan. Oleh itu,guru perlu sentiasa mengetahui
perubahan semasa dalam perkembangan profesionalisme pendidikan guru.Saya yakin semua
guru dan pihak pengurusan sekolah dapat memainkan peranan penting dan menumpukan
sepenuhnya kepada profesion yang diamanahkan.

6

You might also like