You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER :MEI 2013

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


(T1A2)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR

MOHAMAD FAUDZI B.
MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI

731208125515001

NO. KAD PENGENALAN

731208125515

NO. TELEFON

0138927731

E-MAIL

faudzi@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

OUM, TAWAU

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

1
2

ADAT RESAM PERKAHWINAN SUKU KAUM


IBAN DI SARAWAK
.
PENGENALAN
GAMBAR DAN RAKAMAN PERKAHWIANAN

2
3

2.1 Gambar Perkahwinan


2.2 Rakaman Perkahwinan

3
14

RUMUSAN
ADAT
RESAM
PERKAHWINAN
BERDASARKAN PENGALAMAN LAPANGAN

15

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

ADAT RESAM PERKAHWINAN SUKU KAUM IBAN DI SARAWAK

1.

PENGENALAN

Jurnal ini merupakan kesinambungan kepada jurnal terdahulu (T1A1). Jurnal terdahulu
menjurus kepada laporan penulisan berkaitan adat resam perkahwinan suku kaum Iban di
Sarawak berdasarkan kepada rujukan dokumen dan bahan internet yang dirujuk. Jurnal kali
ini pula, dihasilkan berdasarkan pengalaman sendiri menyaksikan upacara perkahwinan yang
berlangsungi. Bagi memastikan jurnal yang dihasilkan mempunyai nilai kesahan yang boleh
dipercayai dan kukuh, jurnal ini mengandung gambar-gtambar dan video yang dirakam
sepanjang majlis perkahwinan yang dihadiri. Di akhir jurnal ini, rumusan ringkas mengenai
majlis perkahwinan akan dipaparkan untuk membolehkan penghasilan jurnal yang seterusnya
dihasilkan.

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

2.

GAMBAR DAN VIDEO RAKAMAN MAJLIS PERKAHWINAN SUKU


KAUM IBAN DI RUMAH PANJANG KAPIT, SARAWAK

Gambar dan rakaman ini dilakukan pada 15hb.Ogos. 2013 di rumah panjang Kapit, Sarawak.
Bermula dari jeti kampung pengantin lelaki sehingga ke rumah pengantin wanita.

2.1

Gambar-gambar yang ditangkap.

Gambar 1 : Suasana ketika bertolak dari jeti kampung pengantin lelaki

Gambar 2 : Bot Ekspress yang digunakan untuk membawa rombongan pengantin lelaki
3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 3 : Gong dipukul sepanjang perjalanan

Gambar 4 : Keluarga pengantin perempuan menanti ketibaan rombongan pengantin


lelaki di jeti

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 5 : Wakil Pengantin perempuan menyambut ketibaan rombongan pengantin


lelaki yang diketuai oleh wakil ketua

Gambar 6 : Wakil ketua pengantin lelaki dijamu dengan arak haus sebagai tanda
perhubungan
5

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 7 : Wakil keluarga perempuan berbaris menyambut mesra pengantin lelaki yang
telah berpakaian lengkap pengantin.

Gambar 8 : Pengantin lelaki dijamu dengan arak untung sebagai tanda kesyukuran
menerima keluarga baru
6

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 9 : Wakil ketua pengantin lelaki diberi penghormatan dengan upacara memotong
atau menyembelih babi

Gambar 10 : Rombongan pengantin lelaki dijamu dengan arak haus, arak dahaga dan
arak untung sabaik sahaja memasuki rumah panjang pengantin perempuan
7

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 11 : Kedua-dua keluarga pengantin lelaki melakukan upacara berpusiang


sebanyak tiga kali di birai rumah pengantin perempuan selepas beramah-mesra

Gambar 12 : Pesembahan tarian ngajat untuk meraihkan rombongan pengantin lelaki


8

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 13 : Irama gong menceriahkan suasana perkahwinan

Gambar 14 : Jamuan juada meraikan rombongan pengantin lelaki


9

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 15 : Pengantin perempuan bersediadengan pakaian pengantin untuk upacara


Pecah Pinang

Gambar 16 : Pengantin perempuan dibawa keluar untuk membelah pinang


10

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 17 : Pengantin menuju ke tempat duduk dimalam hari

Gambar 18 : Pengantin duduk di atas gong bagi upacara perkahwinan

11

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 19 : Upacara perkahwianan dimula dan dilangsungkan oleh ketua rumah

Gambar 20 : Upacara perkahwinan dimulakan dengan memusingkan ayam putih


sebanyak tiga kali di atas keoala pengantin
12

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 21: Ketua rumah memalitkan darah ayam ke dahi pengantin berkali-kali

Gambar 22 : Pengantin beramah mesra dengan para tetamu selepas upocara perkahwinan

13

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Gambar 23 : Pengantin berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan ahli keluarga baru
semasa jamuan perkahwinan

2.2

Rakaman video perkahwinan

Tempoh masa : 2:21:06


Saiz : 271 KB
Format : Movie Edit Pro 2013 Plus-Project (.MVP)

14

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

3.

RUMUSAN
ADAT
RESAM
PENGALAMAN LAPANGAN

PERKAHWINAN

BERDASARKAN

Adat perkahwinan suku kaum Iban adalah berbeza mengikut kawasan dan agama yang
dianuti. Sungguhpun begitu, adat perkahwinan masyarakat ini sering dirujuk kepada suku
kaum Iban yang mendiami negeri Sarawak. Pengamalan adat juga turut dipengaruhi oleh
faktor masa, keadaan sekeliling dan kesesuaian mengikut pertimbangan yang dipersetujui
bersama dalam kalangan komuniti mereka.

Hasil pengalaman merakam detik-detik perkahwinan sepasang pengantin di daerah Kapit,


Sarawak baru-baru ini, saya mendapati sebahagian besar adat resam nenek-moyang mereka
masih diamal dan dipertahankan keana terdapat banyak nilai murni yang harus dipertahankan
sebagai identiti berharga suku kaum mereka.

Masyarakat Iban sentiasa berpegang teguh pada janji. Bagi mereka janji perlu ditunaikan dan
ditepati. Semasa hari perkahwinan, mereka telah bersiap awal dan bertolak mengikut masa
yang ditetapkan. Walaupun kos menyewa sebuah bot ekspress adalah mahal namun bagi
memastikan mereka tiba awal seperti yang dijanjikan mereka sanggup menyewanya. Begitu
juga dengan pihak keluarga pengantin perempuan. Mereka telah bersiap sedia menunggu
ketibaan rombongan pengantin lelaki dan memastikan semua persediaan perkahwinan
disediakan.

Hubungan erat di antara keluarga merupakan elemen penting dalam klehidupan masyarakat
Iban. Hubungan ini terus kekal walaupun hubungan pertalian darah semakin jauh.
Masyarakat lain sudah tentu tidak mempunyai hubungan erat dan rapat terhadap keluarga
yang mempunyai pertalian agak jauh seperti masyarakay Iban. Oleh sebab itu, dalam
menjalankan upacara perkahwinan hampir keseluruhan keluarga hadir dan melibatkan diri.
Selain itu juga, adat menyambut dan merai keluarga baru semasa upacara perkahwinan amat
dititikberatkan. Upacara penghormatan menyembelih binatang, penyediaan jamuan, majlis
ramah-mesra dan majlis perkenalan merupakan upacara yang memupuk nilai ikatan
kekeluargaan yang erat dan kukuh sesama mereka.
15

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2703

Masyarakat Iban juga terkenal dengan nilai budaya menghormati, menyanjungi dan
mematuhi pemimpin. Nilai ini juga terpancar melalui tradisi penrkahwinan yang dijalankan.
Dalam majlis perkahwinan masyarakat Iban, ketua-ketua dari kedua-dua pihak memainkan
peranan yang besar terhadap kelancaran dan kejayaan majlis yang diadakan. Ketua pengantin
lelaki akan keluar dahulu dari kenderaan yang dinaiki dan mengadap ketua pengantin
perempuan yang mengetuai rombongan menyambut. Ketua juga diberi penghormatan untuk
menyembelih binatang. Di samping itu juga, ketua rumah diberi penghormatan untuk
melangsungkan upacara perkahwinan.

Kesimpulannya, tradisi perkahwinan suku kaum Iban di Sarawak merupakan satu perjuagan
untuk mengekalkan nilai budaya yang tinggi dan mulia. Atas sebab itulah, sehingga hari ini
masyarakat Iban masih dikenali sebagai masyarakat yang menghormati tetamu, mematuhi
pendapat dan arahan ketua, mempunyai pertalian keluarga yang erat dan bersatu padu.
Budaya dan nilai ini jugalah yang sebenarnya menyaksikan rumah-rumah panjang masih
terus dibina dan diperjuangkan. Kerana di rumah inilah nilai dan budaya itu terus ditanam
dan dipupuk dalam jiwa setiap bangsa Iban. Tradisi perkahwinan hanyalah sebahagian
daripada wahana untuk mempertahankan nilai dan identiti bangsa masyarakat mereka.

16

You might also like