You are on page 1of 9

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER :MEI 2013

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME


KEGURUAN (T1A1)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO

731208125515001

IDENTITY CARD NO.

731208125515

TELEPHONE NO.

0138927731

E-MAIL

faudzi@oum.com.my

LEARNING CENTRE

OUM, TAWAU

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2803

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

1
2

ADAT RESAM PERKAHWINAN SUKU KAUM


IBAN DI SARAWAK
.
PENGENALAN
ADAT RESAM PERKAHWINAN

2
3

2.1 Adat Merisik


2.2 Adat Meminang dan Bertunang
2.3 Adat Berkahwin

3
4
4

RUMUSAN

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2803

ADAT RESAM PERKAHWINAN SUKU KAUM IBAN DI SARAWAK

1.

PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian dan keunikan bangsa
ateniknya. Walaupun mempunyai rakyat berlainan bangsa namun Malaysia tidak menghadapi
masalah berkenaan perbezaan tersebut. Hal ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang
penuh warna-warni dan keunikan tersendiri. Kaum Iban merupakan salah satu kaum yang
terdapat di Malaysia. Masyarakat Iban berasal daripada Sarawak dan merupakan suku kaum
terbesar di Sarawak. Kaum Iban pula terbahagi kepada beberapa suku kaum, contohnya,
Balau, sembayau, lemanak, dan lain-lain. Pada zaman dahulu kaum Iban sangat terkenal
sebagai pejuang yang handal dan berani dalam pemburuan kepala dan perlanunan. Kaum
Iban lazimnya tinggal di kawasan pendalaman berbanding kawasan Bandar. Hal ini demikian
kerana kebanyakan mereka mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional, seperti bercucuk
tanam, menternak binatang, dan memungut hasil hutan. Kaum Iban mempunyai adat resam
yang unik dan mereka memegang kuat kepada adat tersebut dalam kehidupan mereka.
Dari sudut agama, mereka menyembah tuhan yang dikenali sebagai singalang burung dan
tuhan burung peperangan. Namun kini kebanyakan mereka sudah menganut agama Kristian

Suku kaum Iban juga amat berpegang teguh pada adar resam dan budayanya. Oleh sebab itu,
adat resam perkahwinan kaum iban masih dikekalkan sehinggan kini. Berdasarkan kepada
kenyataan ini, E-portfolio ini akan mengupas lebih lanjut mengenai adat resam perkahwinan
suku kaum ini

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2803

2.

ADAT RESAM PERKAHWINAN

Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang
dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia
pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang
sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur
khusus yang ditetapkan.
Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi
kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar
denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan
bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat
dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka
akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga
membuat kerja-kerja tertentu.
Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik,
meminang, bertunang,majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

2.1

Adat Merisik

Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya
seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang
ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai
berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan
ditentukan

termasuklah

pemberian

dan

sebagainya.

Keluarga

pihak

lelaki

akan

menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2803

2.2

Adat Meminang dan Bertunang

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua
puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan
akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah
mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau
sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan
berbincangtentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi
menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki
akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

2.3

Adat Perkahwinan

Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak
keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan
kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan
termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan.

Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk


menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang
menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai 5
simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa 5 hari lagi. Wakil khas
akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang
bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari. Majlis perkahwinan berlangsung di
rumah pengantin perempuan, beratus-ratus orang tetamu yang akan dijemput untuk
menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Pada masa dahulu, para wakil akan membawa tali bersimpul (temukutali), satu simpulan
menandakan satu hari di antara hari pengataran jemputandengan hari perayaan. Setiap
simpulan dibuka atau dipotong untuk setiap hariyang berlalu. Semasa rombongan pengantin
lelaki hampir sampai di rumah pengantin perempuan, satu upacara diadakan iaitu upacara
4

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2803

bertanyakan petanda (Nanyaka Burong). Rombongan pengantin lelaki ini akan ditemukan
dengan wakil pengantin perempuan . Kedua-dua rombongan tersebut berjumpa di pekarangan
rumah panjang. Rombongan lelaki akan ditanya jenis petanda yang mereka temui semasa
dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan.

Sekiranya terdapat petanda buruk ditemui upacara penawar mesti dilakukan dan selepas
upacara penawar dilakukan rombongan tersebut barulah boleh naik dengan diiringi dengan
bunyi pukulan gong dan di kaki tangga, ayah pengantin lelaki akan mengorbankan seekor
babi sembahan. Di atas tangga yang teratas sekali terdapatnya dulang yang berisi seketul batu
dan air iaitu merupakan penawar petanda burung dan tangal (sakang). Di mana setiap ahli
rombongan yang naik akan membasuh kaki mereka dengan memasukkan sebelah kaki
mereka kedalam dulang tersebut.

Selain itu, pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang
pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya
pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat.
Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik
sahaja sampai di hadapanrumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan.
Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional.

Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih
seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan
kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tanggar umah itu pula, terdapat rangka yang
berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka
tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.

Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin
perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai.Mengikut adat tetamu perempuan hanya
dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama
untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu.

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2803

Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis
air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan
beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di
rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini
dinamakan air penyuci.

Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah
kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya
dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka
akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki
dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan,
tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang
kepada para tetamu.

Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka. Selepas
itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta pemberian. Terdapat nilai pemberian
yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran
memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing,
bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki
pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong,
penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu
dan beberapa pemberian kecil lagi.

Selepas menjelaskan segala pemberian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan
pemberian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya
perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami
wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50
sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak,
pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain. Seterusnya, upacara
membelah pinang dilakukan iaitu buah pinangtersebut telah dibelah kepada tiga, lima atau
tujuh ulas. Kemudian buah pinang tersebut akan disimpan di dalam bakul selok dan
diselimuti dengan Pua Kumbu. Buah pinang tersebut adalah merupakan gambaran
6

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2803

cahayamata pasangan pengantin tersebut. Selain itu, upacara membelah pinang atau
mengulang pinang turut dijalankan yang mana, pecahan pinang itu akan menentukan tempoh
masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang
atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula
dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu
dan diberi sarapan pagi.

Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada
kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan mandi
di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain
yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap
individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga
sebagai penebus dosa pengantin.

Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk
pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira
kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula
di rumah pengantin lelaki. Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit
masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat
ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding dalam kalangan masyarakat Melayu.

Kemudian beberapa orang tua dijemput untuk berdoa iaitu dengan mengunakan ayam
untuk membiau mereka berdua, yang bertujuan untuk memohon agar dewa memberkati
mereka berdua. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut.
Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang
telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah
disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini
akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum. Selepas mengadakan majlis di rumah
pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan. Sungguhpun
mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami
masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar
sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri sama ada baik
7

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH


HBEF 2803

atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana
mendapat petanda buruk.

3.

RUMUSAN

Berdasarkan kepada adat resam perkahwinan kaum Iban yang dijelaskan di atas,
pertembungan adat resam antara suku kaum masyarakat Malaysia amat signifikan sekali
kerana adat merisik, bertunang dan berkahwin turut dilakukan oleh suku kaum yang lain
seperti Melayu, Murut, Kadazan, dan India. Pertembungan ini adalah hasil hidup
bermasyarakat yang telah dilalui beratus tahun lamanya. Pengaruh amalan agama baik agama
Islam, Budha dan kristian turut merapati pertembungan ini. Pertembungan adat dan budaya
inilah yang menjadikan keindahan dan keunikan masyarakat Malaysia dan seterusnya
membantu kepada perpaduan bangsa.

Walaupun terdapat perbezaan yang ketara wujud dalam pengamalan adat akibat pengaruh
kepercayaan aqidah dan pengamalan nenek moyang namun perbezaan inilah yang
menjadikan Malaysia kaya dengan adat dan budaya. Nilai adat resam adan budaya sebegini
seharusnya dikekal dan dipertahankan untuk membentuk identiti bangsa Malaysia yang
bersefahaman, bertoleransi, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.
Pendek kata, jati diri bangsa tersemai hasil meemahami adat dan budaya kaum yang lain.

You might also like